BERANI MEMBUAT PILIHAN... |
Penyanyi lagu Melayu asi meninggal dunia Posted: 01 Jul 2015 04:07 AM PDT Penyanyi lagu-lagu Melayu Asli, Samsudin Lamin, 76, meninggal dunia pagi tadi akibat komplikasi jangkitan kuman pada paru-paru, di kediamannya di Kuang, Rawang, Selangor. Allahyarham meninggalkan isteri Yunetta Yusof, 57, dan empat orang anak. Yunetta ketika dihubungi Bernama berkata beliau berada di sisi suaminya semasa Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada pukul 7.44 pagi. "Allahyarham telah lama mempunyai komplikasi tersebut malah sebelum bulan puasa, dia pernah koma dan dirawat di Hospital Sungai buloh selepas terjatuh di bilik air," katanya. Allahyarham akan disembahyangkan di Surau Kampung Setia, Kuang sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 20, Kuang selepas solat Zohor. Karier seni Samsudin bermula apabila beliau menyanyi untuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) sejak 1951 bersama Orkes Rangkaian Tunas Baru. Allahyarham juga pernah menyertai pertandingan Bintang Asli pada tahun 1961 dan 1971. Antara lagu yang pernah didendangkan Allahyarham ialah 'Titisan Embun Pagi', 'Pantun Seloka' dan 'Dondang Sayang Hari Raya' secara berduet bersama Jamilah Abu Bakar. - Bernama | ||
Maut angkara skandal dengan isteri orang Posted: 30 Jun 2015 05:45 PM PDT
Difahamkan, lelaki berusia 50-an dari Johor Bahru itu ditemui oleh orang ramai kira-kira jam 11 pagi dalam keadaan nazak di tepi jalan taman perumahan berkenaan sebelum mereka menghubungi talian kecemasan. Sumber berkata, mangsa difahamkan memandu kereta Mercedes Benz berwarna cerah dari arah pekan Yong Peng masuk ke kawasan taman perumahan berkenaan sambil diekori sebuah kenderaan lain. Katanya, kenderaan terbabit dinaiki dua lelaki berusia awal 50-an kemudian memintas kereta dipandu mangsa setibanya di tempat kejadian sebelum menghampiri dan menarik mangsa keluar dari keretanya. "Difahamkan, mangsa cuba menjelaskan sesuatu kepada dua lelaki terbabit sebelum cuba melarikan diri, tetapi dihalang suspek yang membelasahnya sehingga rebah. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/61303#sthash.7mQeBSwB.dpuf |
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |