Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

The Antics of Husin Lempoyang

$
0
0

The Antics of Husin Lempoyang


Laporan berlainan media tentang 1MDB

Posted: 30 Jun 2015 06:40 PM PDT

Menyangkal tuduhan Tok Wan bodoh ... masih normal
Beberapa hari lepas, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato Wan Junaidi menafikan tindakan pihak berkuasa untuk siasat The Edge dan Sarawak Report tiada tujuan untuk menekan media untuk siar laporan tentang 1MDB dan hormati kebebasan Internet.

Jelasnya Tok Wan yang merupakan peguam dan bekas polis bahawa ada asas untuk pihak berkuasa mengesyaki kedua media tersebut guna dokumen yang sudah diubahsuai dari dokumen asal. The Star putarbelit kata Tok Wan memandai buat andaian.

Hal kebebasan media pula terus diputarbelit pelbagai pihak. Lain yang dicakap tapi laporan yang dibuat mengikut agenda masing-masing:

  • Malaysia Chronicle menulis kerajaan tidak boleh tahan media 
  • Rakyat Post tekankan kerajaan tidak akan tutup mulut media
  • Laporan Malaysian Insider pula kata kerajaan tiada kuasa tahan laporan tentang 1MDB
  • FMT jodolkan laporan sebagai tiada kawalan ketat media terhadap isu 1MDB
Itu media mirip pembangkang. Boleh bayangkan media lain punya laporan:
  • Malaysia Digest jodolkan kerajaan tidak tekan media untuk tutup isu 1MDB
  • NST lapor Najib hadapi fitnah 1MDB dengan tenang
  • Utusan Malaysia tulis Najib cabar media dedahkan tentang 1MDB 
  • Berita TV3 siarkan Najib tidak akan lakukan Ops Lallang terhadap media seperti Tun M
  • Sinar Harian sensasikan sebagai Tok Wan akui Najib tidak boleh tahan serangan Tun M
  • Harian Metro beri sentuhan raya. Kanak-kanak cedera main mercun ketika ibu bapa sibuk baca Sarawak Report
  • Malaysia Reserve laporkan Isu dan media tidak penting, Najib mesti turun
 Media parti boleh dijangka:
  • Rocketkini tuduh penafian Wan Junaidi tunjuk niat Najib tutup media untuk selamatkan 1MDB
  • Suara Keadilan akan tuduh media dan Internet bakal diketatkan untuk 1MDB terus curi duit rakyat   
  • Tulisan Malaysia Nandan berjodol Dr.Subramaniamமஇகா தலைவர்இருக்க வேண்டும்1MDBபயன்படுத்தப்பட்டது
  • Tamil Nesan laporkan 1MDBஊடகஅமைதிப்படுத்தலுக்கான Palanievel காப்பாற்ற முடியாது
  • Sin Chew laporkan 1MDB事项或媒体,无极钱去
  • Harakah pula bertanya 1MDB tu gapo? Dok pahe
Wow! Bulan puasa tak mahu cakap bohong

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710