BERANI MEMBUAT PILIHAN... |
- Azwan Ali seorang yang fasik - Mufti Perak
- Harga runcit petrol RON95, RON97 naik lagi
- Hebat Rani Kulup, dengan satu gertakan, Azwan Ali terus layu minta maaf
- Rani Kulup juga 'sertai' zikir maki hamun Azwan Ali @azwanhjali
- 'Anwar ada ketumbuhan 4cm di buah pinggang, mohon tahanan rumah'
- Laaa..ada wanita bogel rupanya dalam gambar ni
- Penduduk dengar polis sembang lucah dalam helikopter
- Isteri setia gadai tubuh untuk langsai hutang suami tercinta
- Akhirnya, pemilik Me'nate balas cercaan Azwan Ali...sedihnya
- Suspek dera anak tiri ramai 'peminat'
- Buang bayi sebelum solat terawih
- Dunia terima bonus satu saat esok, sistem komputer bakal terganggu?
Azwan Ali seorang yang fasik - Mufti Perak Posted: 30 Jun 2015 02:00 PM PDT Menurut Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria berkata, apa yang dipaparkan Azwan Ali di akaun Twitternya juga menunjukkan ciri-ciri golongan fasik. Ini berikutan sikap biadab pengacara popular tersebut yang mencetuskan kontroversi kerana tweetnya tidak menggambarkan teladan dan sifat seorang Muslim sebenar. "Sikap dia bukan sikap Muslim yang berpuasa. Bulan puasa begini kita hendak lahirkan orang yang bertakwa. Jadi apa yang dia lakukan itu menggambarkan sifat fasik. Dia seperti tidak menghormati bulan Ramadan. Apa yang dia cakap bukan macam orang berpuasa" "Tuduh menuduh dan memaki orang lain bukan sifat Muslim. Dia bukan sahaja menuduh malah kenyataannya penuh dengan prasangka buruk," katanya kepada Astro Awani. Dr Harussani mengulas kontroversi Azwan yang tersalah tafsir komen seorang pengikutnya di Twitter. Catatan awalnya bertanya restoran terbaik untuk berbuka puasa sekali gus mendapat reaksi pengikutnya yang mencadangkan restoran 'Me'nate'. Azwan yang tersalah anggap jawapan itu terus mengherdik pengikutnya yang bernama NurAziraWA dengan kata cacian selan dianggap sesuatu yang kelakar dan memalukan oleh pengguna sosial lain. Sementara itu kata Dr Harussani, Azwan juga diminta menghayati surah al-Hujurat yang jelas meminta orang-orang yang beriman untuk menjauhi sifat banyak prasangka buruk kepada orang lain. "Ayat di dalam surah itu jelas meminta orang-orang yang beriman supaya tidak mencari-cari kesalahan dan keaiban orang selain tidak mengumpat," ujarnya. (rtky/s) | ||
Harga runcit petrol RON95, RON97 naik lagi Posted: 30 Jun 2015 07:40 AM PDT KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON95 naik 10 sen manakala RON97 sebanyak 20 sen seliter bagi Julai 2015 berkuat kuasa tengah malam ini. "Namun harga diesel kekal pada RM2.05 seliter," kata Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia Datuk Zulkifli Mokti ketika dihubungi Bernama. Beliau berkata harga baharu RON95 ialah RM2.15 seliter manakala RON97 sebanyak RM2.55 seliter selepas Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). "Harga tersebut berkuat kuasa mulai 12.01 pagi, 1 Julai ini," katanya. - Bernama | ||
Hebat Rani Kulup, dengan satu gertakan, Azwan Ali terus layu minta maaf Posted: 30 Jun 2015 02:19 AM PDT Setelah pelbagai pihak mengecam, Azwan Ali terus gah dengan bersaksikan puluhan ribu peminatnya. Namun begitu, setelah Rani Kulup memberi amaran kepadanya, Azwan Ali terus mengeluarkan satu kenyataan melalui akaun Instagramnya memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat. Hebat Ayahanda Rani Kulup ni... Azwan menulis: BILA AYAH CABAR AZWAN ALI? TAK JADI MASALAH BERSAKSIKAN 82. 5 RIBU LEBIH FOLLOWERS ? TEPAT JAM 450 PTG 30 JUNE 2015 ? SAYA AZWAN ALI MOHON MAAF JIKA ADA PIHAK PIHAK YG TERUS TERSINGGUNG ! AZWAN ALI SEORANG YG HORMAT ORANG TUA SEPERTI AYAH ATAU NAMA PENUH NYA ABDUL RANI KULUP ABDULLAH SELAKU PRESIDEN PERTUBUHAN MARTABAT JALINAN MUHIBBAH MALAYSIA ! TIDAK LANGSUNG BESAR HAMA ADA MASALAH & HARAP SEMUA PIHAK BERSIFAF TERBUKA & MENGHENTIKAN ISU YG TELAH DI PERBESAR BESAR OLEH PIHAK KE 3 YANG TIDAK BERTANGGUNG JAWAB ! BAK KATA AYAH "INI BULAN PUASA ! HARI BAIK BULAN BAIK" KEPADA SEMUA MELAYU KHAS NYA SI BATU API TOLONG #MUHASABAH ! AZWAN ALI TIDAK GENTAR DGN BERDEPAN APA JUGA KEBENARAN ! BACA TERIMA MAAF & STOP ALL NONSENSE ! READ ON | ||
Rani Kulup juga 'sertai' zikir maki hamun Azwan Ali @azwanhjali Posted: 30 Jun 2015 01:55 AM PDT MINTA maaf atau anda akan dilapor kepada polis kerana menghina Melayu! Itu amaran Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah apabila ditanya mengenai mengenai kelantangan mulut bekas pengacara, Azwan Ali. "Azwan Ali perlu sedar diri yang dia itu pun orang Melayu. Dia hina orang Melayu, dia sendiri pun keturunan Melayu juga. Dia perlu minta maaf atas apa yang dia buat. "Ayah bagi tempoh masa seminggu untuk dia berbuat demikian, sekiranya dia masih gagal untuk minta maaf, ayah akan lapor pada pihak berkuasa. 'Sangkut' dia nanti," ujar Abdul Rani atau lebih dikenali dengan panggilan Ayah Arka. Menurut Arka, tempoh seminggu itu juga diberikannya memandangkan kini bulan Ramadan. MJMM sebuah badan bukan kerajaan yang sentiasa kehadapan dalam isu-isu Melayu dan Raja-raja Melayu dengan membuat laporan polis supaya tindakan mengenainya boleh diambil pihak berkuasa. "Dia tidak boleh kata Melayu itu anjing, Melayu neraka. Itu salah. Itu dikira menghina orang Melayu. Ayah bagi kelonggaran sikit sebab ini bulan puasa. Hari baik, bulan baik. Kalau tidak, sudah lama ayah lapor polis! Kalau minta maaf pun, itu bukan satu perkara yang hina," tambahnya lagi. Terbaru, selebriti tempatan ini sekali lagi menggegar negara apabila memaki seorang gadis yang memperkenalkan sebuah restoran kepadanya. Kontroversi bermula apabila Azwan yang menggelar dirinya Diva AA meminta cadangan lokasi restoran yang kurang dikunjungi ramai Melayu untuk menikmati hidangan steak menerusi akaun Twitternya. Tweetnya itu turut mendapat respons dari seorang pengikutnya, @NurAziraWA yang secara ringkas menjawab 'menate'. Selebriti dan bekas hos televisyen itu yang tersalah tafsir jawapan tersebut terus menyerang dan menghina wanita berkenaan. "... bertudung paling binatang #menyalak real anjing! #puiii puashati tak ...?," tulis Azwan. Namun, @NurAziraWA tidak cepat melatah dan menjawab bahawa dia hanya merujuk sebuah restoran yang diberi nama 'Menate' dan bukan mengutuk. "Maksud saya Steak House Menate," jawabnya. Salah faham itu mendapat pelbagai reaksi dari netizen lain selepas 'screen shot' perbualannya dengan selebriti itu menjadi viral di media sosial. | ||
'Anwar ada ketumbuhan 4cm di buah pinggang, mohon tahanan rumah' Posted: 30 Jun 2015 12:11 AM PDT Peguam kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa pihak berkuasa untuk mengeluarkan beliau dari penjara dan menempatkan tokoh itu bawah tahanan rumah. Ini bagi membolehkan bekas ketua pembangkang itu mendapat rawatan kesihatan. Dalam kenyataan akhbar hari ini, Peguam Sivarasa Rasiah dan Jared Genser berkata tahap kesihatan Anwar "semakin teruk dan amat membimbangkan" kerana beliau dinafikan rawatan perubatan yang sesuai. Sivarasa dan Genser berkata Anwar kehilangan 6kg sejak penahanannya pada 10 Februari dan mengalami tekanan darah yang tidak menentu, ketumbuhan 4cm di buah pinggang, otot bahu yang terkoyak dan artritis kronik. Antara rawatan lain, peguam berkata, Anwar memerlukan diet tanpa gluten dan fisioterapi intensif, yang tidak dapat ditawarkan di penjara Sungai Buloh. Ini disimpulkan selepas Anwar dihantar ke Hospital Besar Kuala Lumpur pada 2 Jun, di mana beliau telah ditempatkan selama dua hari. "Para doktor melaporkan secara lisan bahawa beliau memerlukan penilaian dan rawatan lebih lanjut berkaitan beberapa isu kesihatan. "Pihak penjara berkata ia masih belum menerima sebarang laporan kesihatan dari pihak hospital yang meminta ujian lanjut," kata peguam Anwar itu. Dalam kenyataan itu juga, Sivarasa dan Genser berkata Anwar ditempatkan dalam kurungan bersendirian dengan disediakan baldi untk mandi dan tandas cangkung. Mereka juga berkata keadaan panas dan lembab dengan pengudaraan yang menimum memburukkan lagi masalah kesihatan beliau. | ||
Laaa..ada wanita bogel rupanya dalam gambar ni Posted: 29 Jun 2015 11:01 PM PDT GAMBAR pemandangan yang telah ditangkap dari seluruh negara ini sangat menakjubkan. Namun apa yang lebih menariknya lagi, di dalam setiap gambar ini sebenarnya 'terselit' beberapa orang model yang sedang berbogel, betul ke? Jika diamati dengan teliti, memang terdapat beberapa orang model yang berbogel dan disembunyikan melalui teknik solekan serta penyamaran yang hebat. Gambar kreatif ini merupakan hasil kerja seorang pelukis atau artis dari Switzerland, Filippo Loco yang sanggup melancong ke luar negara untuk mencari tempat paling sesuai untuknya berkarya dalam gambar. Loco hanya menggunakan cat berasaskan air, pigmen mentah, tanah liat, makanan serta kotoran untuk menyembunyikan model-model tersebut serta sebatikan mereka dengan persekitaran sehingga sukar dilihat. Dia telah menjelajah dari Puerto Rico ke Itali dan California serta mengambil sekurang-kurangnya 8 jam untuk mendapatkan hasil yang sempurna. – MYNEWSHUB.CC | ||
Penduduk dengar polis sembang lucah dalam helikopter Posted: 29 Jun 2015 10:25 PM PDT WINNIPEG: Kru helikopter Polis Kanada secara tidak sengaja tertekan suis pembesar suara sehingga membolehkan penduduk Winnipeg mendengar perbualan mereka. Peristiwa itu berlaku ketika kru terbabit sedang menjalakan rondaan udara di sekitar Winnipeg. Bunyi kipas helikopter yang kuat menyebabkan mereka tidak menyedari perkara itu. Apa yang lebih memalukan adalah mereka sedang bersembang mengenai perkara lucah, dan hampir semua penduduk mendengar perbualan lucah mereka. Perbualan mereka itu menyebabkan ramai penduduk untuk mula Tweet kepada jabatan polis mengenai kejadian itu walaupun kru helikopter terbabit masih terbang menjalankan rondaan. Polis Winnipeg dalam tweetnya selepas kejadian itu memohon maaf dan mengakui kecuaian yang dilakukan oleh anggotanya. - Agensi Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/63549 | ||
Isteri setia gadai tubuh untuk langsai hutang suami tercinta Posted: 29 Jun 2015 08:01 PM PDT | ||
Akhirnya, pemilik Me'nate balas cercaan Azwan Ali...sedihnya Posted: 29 Jun 2015 06:01 PM PDT Pemilik Me'nate Steak House telah memberi respon dengan memberi sedikit komen tentang isu yang melanda Azwan Ali yang dilihat meroyan secara tiba-tiba kepada seorang gadis. Chef Mustaffa yang lebih mesra di sapa Pak Mus telah memberi komen yang menyebabkan ramai terperanjat kerana kata-katanya yang penuh merendah diri langsung berbeza dengan sikap bodoh sombong Azwan Ali. Jom baca komen dari Pak Mus tentang kontroversi yang dikaitkan dengan restorannya: Mungkin si Azwan Ali tidak kenal dengan Pak Mus namun caranya memandang hina restoran Menate Steak House memperlihatkan betapa sempit dan ceteknya pemikirannya. Pak Mus yang merupakan pakar daging pernah berkerja dengan Ratu Elizabeth dan sememangnya layak mempunyai gelaran Master Butcher. Salute kepada Pak Mus dan Menate Steak House. Semoga peniagaan Chef Mus semakin berkembang maju. Ini antara komen paling sadis dari Azwan Ali:
Syaitan dah tak ada.. Mungkin, Si Azwan Ali ini ingin mengambil tugas syaitan di bulan Ramadhan ini. Selepas dikiritk satu Malaysia akan sikap biadapnya, sekali lagi Azwan Ali mengeluarkan video minta ditampar. Sumber: Astroll Awatni | ||
Suspek dera anak tiri ramai 'peminat' Posted: 29 Jun 2015 05:31 PM PDT
Hasil tinjauan Sinar Online mendapati lebih dua puluh 'fan page' atau page khas yang menampilkan suspek kes dera tersebut, termasuk menggunakan foto muka dan nama suspek yang sebenar. Tinjauan juga mendapati ramai pengguna melepaskan rasa marah dan pelbagai carutan kurang enak di page-page tersebut. Sementara itu, ramai juga yang berpendapat kewujudan page-page berkenaan akan mengeruskan keadaan. Terdahulu, pasangan suami isteri yang didakwa mendera Nur Zuliana Zaara Zulkifli, 5 telah ditahan reman selama empat hari untuk membantu siasatan polis. | ||
Buang bayi sebelum solat terawih Posted: 29 Jun 2015 05:01 PM PDT GEORGETOWN - Bayi perempuan yang masih bertali pusat dan berbalut tuala ditemui di tepi tangga Masjid Sungai Gelugor, di sini hari ini. Bayi itu ditemui oleh orang ramai yang baru selesai menunaikan solat Maghrib di masjid berkenaan kira-kira 8 malam. Seorang saksi, Mohammad Hafiz Mohammad Zaidi, 26, berkata, jemaah lelaki dimaklumkan mengenai bayi itu oleh seorang jemaah wanita yang terdengar bunyi tangisan bayi. "Selepas solat Maghrib, saya ke tandas dan seorang makcik bertanya kepada saya ada jemaah perempuan solat di bahagian lelaki ke, kerana dengar bunyi tangisan bayi di tangga masjid. "Sebaik dimaklumkan, kami terus ke bahagian tangga dan mendapati bayi perempuan sedang menangis. Saya terus beritahu imam dan jemaah lain," katanya. Mohammad Hafiz berkata, seorang daripada jemaah terus mengambil bayi itu dan melihat ada lampin pakai buang serta beberapa helai baju bayi dalam sebuah beg berhampirannya. "Ada jemaah lelaki yang nampak seorang wanita menghampiri tangga masjid sebelum tergesa-gesa keluar, tapi dia tidak sangka wanita itu meninggalkan bayi berkenaan," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Kominsioner Mior Faridalatrash Wahid ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, bayi itu dalam keadaan sihat dan dihantar ke Hospital Pulau Pinang. Beliau berkata polis akan mendapatkan rakaman CCTV yang terdapat di kawasan masjid itu untuk siasatan lanjut. "Saya minta sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya. - Bernama | ||
Dunia terima bonus satu saat esok, sistem komputer bakal terganggu? Posted: 29 Jun 2015 04:31 PM PDT KUALA LUMPUR: Esok, waktu harian seluruh dunia akan bertambah satu saat berikutan fenomena dikenali sebagai saat lompat. Pegawai Sains Agensi Angkasa Negara, Mohd Zamri Shah Mastor, berkata ini bermaksud waktu keseluruhan pada hari esok akan menjadi 24 jam satu saat. Beliau menarik perhatian bonus satu saat' ini adalah berikutan faktor kadar putaran bumi di atas paksinya yang perlahan. Kadar putaran bumi antara lain, beliau berkata dipengaruhi faktor pergerakan kutub, geseran pasang surut air laut, interaksi pusat bumi dengan lapisan tengah bumi dan cuaca. "Faktor-faktor ini boleh menyebabkan putaran bumi sama ada semakin perlahan atau cepat, jadi fenomena saat lompat ini juga bukan sesuatu yang tetap, ia bergantung kepada putaran bumi," katanya kepada Bernama, di sini, hari ini. Mohd Zamri berkata bonus satu saat itu akan diperoleh di penghujung hari esok. Dalam hal ini, beliau berkata International Earth Rotation and Reference Systems (IERS) yang berpangkalan di Paris dan berfungsi sebagai badan pemantau putaran bumi akan menyeragamkan waktu piawaian dunia (UTC) mengikut kadar putaran bumi yang sebenar. "Walaupun bertambah cuma satu saat dan ramai yang terlepas pandang, namun pertambahan waktu ini memberi kesan kepada industri yang berorientasikan pemasaan kepersisan tinggi, katanya. Setakat ini, menurut Zamri, UTC telah ditambah satu saat sebanyak 25 kali sejak tahun 1972 dengan kali terakhir pada 1 Julai 2012. Sementara itu, Pengetua Kanan Metrologi, Makmal Metrologi Kebangsaan, Sirim Berhad, Dr Mohd Nasir Zainal Abidin, ketika ditanya sama ada masa, antara lain, di telefon bimbit perlu diselaraskan secara manual, beliau berkata semua alat elektronik akan disegerakan secara automatik ke masa rangkaian pelayan protokol. Begitu juga dengan komputer saling berkaitan atau rangkaian, katanya sambil menambah bahawa isu kemasukan saat lompat hanya kritikal pada pelayan. Ditanya kemungkinan pelayan gagal berfungsi dengan baik esok, beliau menjelaskan apa yang berlaku pada fenomena yang sama pada Jun 2012 berlaku pada hujung minggu. "Walaupun begitu, 10 peratus masa protokol rangkaian pelayan di seluruh dunia melakukan kesilapan. Kebanyakan pelayan dapat ditetapkan dalam masa sejam tetapi beberapa pihak lain mengambil masa sehari," katanya, sambil menambah di Australia, sistem daftar masuk penerbangan ekoran saat tambahan telah menjejaskan laman web popular. Oleh itu, bagi hari kerja biasa esok, beliau menasihatkan langkah berjaga-jaga dalam perniagaan dalam talian, sistem rangkaian, pembekal perkhidmatan internet, perkhidmatan notari masa digital dan aplikasi seperti MySQL, Hadoop dan Cassandra. "Beberapa pembekal perkhidmatan sedang mengambil langkah untuk menggantung atau menghentikan operasi untuk beberapa jam sebelum dan selepas perubahan masa. Adalah sukar untuk menyatakan dengan tepat kerana ini tidak banyak dilaporkan. "Walau bagaimanapun, masalah ini tidak boleh diabaikan kerana jumlah besar transaksi perniagaan boleh berlaku dalam masa sesaat. Tambahan pula, transaksi tidak terhad kepada zon masa tunggal," katanya. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |