Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

$
0
0

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Nik Aziz amal solat terawih tidak sama dengan masjid, surau

Posted: 29 Jun 2015 04:01 PM PDT

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak mengamalkan solat sunat tarawih sama seperti yang dilaksanakan di masjid atau surau di negara ini pada bulan Ramadan.

Menurut anak saudaranya, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani, Allahyarham mengasingkan solat sunat tarawih dan solat sunat witir

"Mengimbas Ramadan, kalau nak sebut tentang rindu itu, saya rindu semasa solat tarawih dengan Allahyarham. Allahyarham mengajar kepada semua ahli keluarga, solat tarawih lapan rakaat tanpa ada witir di belakangnya.

"Setiap kali tarawih, Allahyarham akan sampaikan tazkirah selang empat rakaat dan selepas selesai empat rakaat lagi, beliau akan suruh baliklah," katanya kepada Sinar Online.

Ketika ditanya sebab Allahyarham mengasingkan solat sunat tarawih dan solat sunat witir, Ustaz Ahmad Dusuki berkata, ia bagi menggalakkan kita bangun malam untuk menunaikan solat sunat witir sebelum bersahur.

"Sudah menjadi satu budaya di mana beliau beritahu keluarga agar bangun pagi sebelum Subuh untuk solat sunat witir. Jadi, Allahyarham tidak solat sama seperti yang kita buat di masjid-masjid.

"Kerana beliau mahu galakkan supaya balik nanti jangan tidur sahaja..tidak bangun. Solat sunat witir itu ditunaikan pada waktu pagi sebelum sahur," ceritanya.

Ustaz Ahmad Dusuki yang juga menantu Nik Abdul Aziz akui merindu bacaan Allahyarham dan gaya pemimpin itu sepanjang hayatnya.

Allahyarham menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 13 Februari lalu d kediamannya di Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan.

Jenazah Allahyarham disolatkan ribuan umat Islam yang datang dari seluruh negara di Masjid Pulau Melaka sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka.

Ada kesan puntung rokok di kemaluan

Posted: 29 Jun 2015 01:25 AM PDT

Putrajaya: Jabatan Kebajikan Masyakat (JKM) akan mengambil tindakan untuk perintah jagaan sementara kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang didera di Rantau Panjang, Kelantan kepada ibu kandung sekiranya bersesuaian.

Menteri Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Karim berkata, siasatan terperinci sedang dijalankan dan perintah jagaan sementara akan diambil selepas kanak-kanak berkenaan selesai menjalani rawatan.

Ini kerana, katanya kanak-kanak terbabit didapati tidak boleh banyak bergerak.

"Selain itu, khidmat kaunseling dan bimbingan untuk mengendalikan kes ini kepada ibu kandung akan disediakan oleh JKM supaya kanak-kanak ini dapat dijaga dengan sempurna, malah JKM juga turut memberikan perhatian serius terhadap kebajikan kanak-kanak itu.

"Hasil siasatan awal mendapati kanak-kanak itu kini sedang mengalami trauma akibat daripada beberapa kesan kecederaan di seluruh badan seperti retak di rusuk kiri, tulang belakang membengkok akibat tolakan yang kuat ataupun terjatuh dari tempat tinggi, kesan patah yang hampir sembuh, beberapa kesan luka di kepala dan badan serta kesan puntung rokok di kemaluan," katannya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Rohani berkata, hasil siasatan juga mendapati ibu bapa kanak-kanak itu sudah bercerai pada 2013 dan kanak-kanak itu di bawah jagaan bapa kandung.

Sepuluh kanak-kanak diliwat budak 12 tahun

Posted: 28 Jun 2015 07:09 PM PDT

BULAWAYO (Zimbabwe): Sepuluh kanak-kanak lelaki dari Kem Polis Commonage Barat berusia antara enam hingga sembilan tahun menjadi mangsa liwat budak lelaki berusia 12 yang tinggal di kawasan sama dan rakannya yang tidak diketahui identiti mereka.

Tiga daripada tujuh mangsa dilaporkan hanya tinggal di dalam rumah sejak tiga hari lalu kerana tidak mampu berjalan akibat kecederaan serius.

Kejadian 14 Jun lalu itu dikatakan tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa kerana ibu bapa budak yang dipercayai ketua geng terbabit mengancam keluarga mangsa.

Semua mangsa yang juga murid sekolah rendah berlainan itu dibawa untuk pemeriksaan di Hospital Mpilo dan doktor mendapati tiga daripadanya mengalami kecederaan serius.

Laporan perubatan yang didedahkan ahli keluarga mangsa menunjukkan memang ada tanda mereka diliwat.

Seorang ibu berkata: "Saya rasa ada sesuatu tidak kena dengan anak selepas dia pulang dalam keadaan terhenjut-henjut. Apabila disoal, dia mendakwa cedera ketika bermain. Tetapi saya tahu sesuatu yang tidak kena kerana dia murung dan akhirnya mengaku diliwat.

"Malangnya, dia antara tiga yang paling teruk cedera. Namun, kami memutuskan untuk mendiamkan perkara ini kerana ibu kanak-kanak yang meliwatnya mengancam melakukan sesuatu yang buruk jika kami mendedahkan nama anaknya.

"Apa yang lebih penting kini adalah anak-anak kami mendapat perlindungan supaya boleh membesar dengan tenang."

Seorang bapa mangsa menyuarakan rasa terkejut seorang kanak-kanak tergamak mencederakan budak yang lebih kecil.

"Saya masih terkejut bagaimana budak bawah umur boleh melakukan perkara seperti itu? Anak saya kini terpaksa makan ubat dan berharap dia kekal stabil.

"Pihak sekolah tidak menyedari kejadian itu kerana bimbang berita tersebar seterusnya mempengaruhi kesihatan mental mereka," katanya.

Seorang lagi ibu berkata, anaknya menceritakan dengan terperinci apa yang berlaku walaupun laporan perubatan mengatakan dia tidak diliwat.

"Si pelaku yang juga ketua kes liwat itu mempunyai beberapa rakan yang tinggal di luar kem. Saya tidak akan berhenti kerana perkara ini memberi kesan buruk kepada mental anak saya.

"Lebih membimbangkan, polis tidak mengambil langkah tegas untuk membawa perkara itu ke mahkamah.

"Bagaimana anak-anak kami mahu melalui kehidupan setiap hari dengan melihat orang yang meliwat mereka?" katanya.


- Agensi

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>