Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

$
0
0

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Azwan Ali hina kedai stik Me'nate, jangan berbuka di kedai 'binatang'

Posted: 28 Jun 2015 06:00 PM PDT

Setelah seorang wanita yang mendakwa dimaki hamun oleh Azwan Ali di laman Twitter mendapat jemputan dari kedai Me'nate yang disarankan kepada beliau, Azwan Ali kelihatan tidak mahu mengalah setelah teruk dihentam peminat.

Melalui lama Instagram beliau, beliau memuat naik video yang bertajuk"JANGAN BERBUKA DI KEDAI BINATANG" khas untuk menghina peminat-peminat yang menghentamnya di laman twitter.

Di dalam video berkenaan, beliau berpesan kepada peminatnya yang mahu sarankan kedai makan padanya supaya lihat kepada taraf beliau dahulu. Menurut beliau, beliau hanya berkunjung di hotel bertaraf lima bintang dan bukan kedai murahan.

Berikut adalah video cover malu Azwan Ali

Azwan Ali strikes back! Tak main lah makan kedai murah-murah...
Posted by Pilihan Anda by Desperado on Sunday, 28 June 2015

Wanita ini dimaki hamun Azwan Ali dalam Twitter, sudahnya...

Posted: 28 Jun 2015 02:01 AM PDT

Baru-baru ini, Azwan Ali memuat naik tweet di laman Twitternya yang bertanya tentang restoran mana yang menghidangkan steak, kerana beliau mengidam untuk berbuka puasa dengan menu tersebut.

"Salam. Nak steak la todayyyy! Nak cari cafe yang tak sesak Melayu Jebawokkk! Any ideas?,"

Lantas menjawab pertanyaan selebriti itu, Ajiwaaa atau @NurAziraWA membalasnya dengan jawapan 'MENATE'.

Malangnya, jawapan yang diberikan oleh Nur Azira itu telah disalahfahamkan oleh Azwan Ali.

"Sundal bertudung paling binatang #Menyalak real anjing! #Puiii Puas hati tak neraka?"

Terkejut dan tidak menyangka tweet balas dari Azwan. Nur Azira menjawab:

"I means steak house Menate laaa divaaa. Apa ni? katanya.

Ekoran itu, ramai yang mengecam tindakan biadab Azwan Ali yang melemparkan ayat kurang hajar itu kepada follower Twitternya.

Bagaimanapun, perkara itu mendapat perhatian pemilik restoran berkenaan.

"Assallam, semoga ramadhan ini terus menerus memberkati hidup Cik/Puan Nur Azira Wazi Azman serta keluarga. Harap tabah dengan segala dugaan yang ditempuhi atas dasar sabar.

"Terima kasih kerana niat Cik/Puan kerana mencadangkan kedai saya Menate Steak Hub pada saudara Azwan Ali. Ini bukanlah warkah simpati buat puan/cik dari kami warga Menate.

"Saya selaku tuan punya Menate Steak Hub, Mustaffa Hj Othman dengan rasa rendah diri menjemput Puan/Cik... " mesej seterusnya tidak dapat dibaca.

Itulah yang dikatakan sebagai dugaan dan rezeki. Moga Azwan Ali meminta maaf pada 'mangsanya' itu dan berpada-padalah sebelum melemparkan kata-kata biadab seperti itu.

Di bulan baik dan mulia ini, jagalah pertuturan dan kelakuan. Tiada gunanya berpuasa jika tutur kata tidak dijaga sehingga memalukan diri sendiri.

Difahamkan, berikutan insiden yang memalukan itu, Azwan Ali telah mengubah laman media sosialnya kepada private. Malu? Mungkin. - THEHYPEMEDIA.COM

Dirogol rakan sekerja selepas rai ulang tahun bekerja

Posted: 28 Jun 2015 01:26 AM PDT

SEREMBAN - Seorang wanita dirogol selepas diberi minum arak oleh rakan sekerjanya yang meraikan ulang tahun pertama bekerja di sebuah pusat jagaan orang tua di bandar ini, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.10 tengah malam, wanita warga Pakistan berusia 25 tahun itu dirogol lelaki warga India berusia 32 tahun di dalam salah sebuah bilik di pusat jagaan terbabit sebelum melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, berdasarkan laporan, sebelum kejadian mangsa masuk ke bilik untuk tidur akibat pening kepala dan muntah selepas minum arak yang diberikan suspek.

"Pada malam kejadian, suspek memberi minuman arak kepada mangsa selepas meraikan ulang tahunnya selama setahun bekerja di pusat jagaan orang tua itu.

"Mangsa berasa pening kepala dan muntah selepas minum air itu dan terus masuk bilik untuk tidur dan apabila terjaga dari tidur, dia melihat suspek mengambil gambarnya tanpa sebarang pakaian sebelum merogolnya," katanya.

Muhamad Zaki berkata, mangsa kemudiannya menolak suspek dan melarikan diri dengan keluar dari pusat jagaan orang tua tersebut sementara mangsa meminta pertolongan jiran di hadapan rumah yang kemudian bertindak menghubungi talian kecemasan 999.

"Sebaik polis tiba, suspek telah melarikan diri dan usaha mengesannya giat dijalankan termasuk mendapatkan bantuan pemandu teksi yang membawa suspek ke Kuala Lumpur selepas kejadian itu.

"Suspek akhirnya berjaya ditahan selepas tiga jam melakukan jenayah rogol iaitu kira-kira jam 3.30 pagi di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur," katanya.

Menurutnya, ketika ditahan polis turut merampas barang-barang milik mangsa iaitu sebuah beg, komputer riba dan tiga telefon bimbit milik mangsa dan milik penghuni rumah orang tua tersebut.

"Suspek kini direman sehingga 3 Julai depan dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 376 dan 392 Kanun Keseksaan kerana merogol dan melakukan samun," katanya.

Pasangan pelajar berzina tepi jalan yang sibuk

Posted: 27 Jun 2015 07:31 PM PDT


Hong Kong: Seorang pelajar wanita dari tanah besar China mengaku salah melakukan seks bersama teman lelakinya di tepi jalan yang sibuk dengan lalu lintas di bandar ini, dua bulan lalu.

Pasangan itu dirakam kamera tertutup melakukan aksi lucah itu sekitar jam 4 pagi pada 1 April lalu di luar asrama Universiti Politeknik Hong Kong.

Gambar itu menjadi viral sehari kemudian dan polis menahan teman lelakinya Yang Hao, 19, juga pelajar dari tanah besar.

Pelajar wanita terbabit, Wu Xinyi, 18, menyerah diri selepas pulang daripada bercuti pada 10 April apabila melihat video itu di Internet.

Wu pada mulanya mengaku tidak bersalah bersama Yang di Mahkamah Bandar Kowloon, namun wanita itu kembali ke mahkamah dua jam kemudian untuk menukar pengakuannya.

Mahkamah menetapkan 8 Julai untuk menjatuhkan hukuman dan membenarkannya dibebaskan dengan ikat jamin.

Yang bagaimanapun tidak mengaku salah dan kes akan dibicarakan pada 13 Ogos ini.

Dia yang juga dibenarkan jaminan dijangka memanggil lima saksi manakala dua video akan dikemukakan di mahkamah.

Seorang pengawal keselamatan di universiti itu berkata, dia melihat pasangan berkenaan yang tidak menghiraukan orang ramai yang lalu di situ.

Katanya, dia menjerit supaya mereka berhenti namun tidak dipedulikan.

Polis sampai di situ sebaik mereka selesai dan sedang memakai baju menyebabkan pasangan itu dilepaskan kerana ketiadaan bukti pada masa itu.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>