BERANI MEMBUAT PILIHAN... |
- Inilah janin 19 minggu yang keguguran, ibunya diberi peluang membelai kali terakhir...sedihnya..
- Wajah ibu tiri dera budak 5 tahun separuh mati didedahkan di FB
- Buah dada ini selamatkan saya
- Rambut bukan aurat wanita - Sisters in Islam
- Gadis datang haid dibelasah ibu saudara
Inilah janin 19 minggu yang keguguran, ibunya diberi peluang membelai kali terakhir...sedihnya.. Posted: 27 Jun 2015 09:00 AM PDT Laman Facebook Saya Sangat Sayang Suami Saya telah memuat naik beberapa keping gambar janin dari seorang ibu yang keguguran kandungannya di usia 19 minggu. Janin tersebut telah pun dibersihkan, malah ibu tersebut juga diberi peluang untuk membelainya buat kali terakhir sebelum dikebumikan. Walaupun kemenjadiannya tidak sempurna, ianya kelihatan begitu suci sebsgai makhluk Allah yang belum punya apa-apa dosa. Semoga ibu bapanya terus tabah dan sentiasa berdoa untuk yang terbaik di masa hadapan. Seorang ibu keguguran janinnya yg berusia 19 minggu... diberi peluang utk membelai anaknya... sedihnya | ||
Wajah ibu tiri dera budak 5 tahun separuh mati didedahkan di FB Posted: 27 Jun 2015 07:01 AM PDT Susulan kes penderaan yang berlaku pada seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun oleh ibu tirinya, gambar-gambar ibu tiri dan gambar kecederaan mangsa tanpa ditapis tersebar di laman sosial. Gambar-gambar yang dimuat naik oleh Sheila Khan itu telah dikongsi ramai pengguna Facebook dan mencetuskan kemarahan orang ramai yang berang dengan tindakan ibu tiri mangsa. Baca luahan sedih Sheila Khan di bawah: "Baby Zara, I can't believe this happen to you sayang. Umur baru lima tahun dan terpaksa lalui saat-saat yang sangat sukar dipukul ibu tiri separuh mati sehingga patah tulang belakang. Patah tulang rusuk dan bahagian-bahagian badan lain. Retak hampir 10 bahagian di badan. Kepala pecah akibat hantukan kuat di dinding. Dahi dihentak ke lantai. Tak diberi makan sehingga 0 protein dalam badan. "Allah, please be nice to her. Dia dah sakit terlalu lama sendirian tanpa kami tahu. Dia yang menanggung setiap kesakitan dan kami hanya mampu berdoa. Jauhilah segala duka di matanya. "Ya Allah, pulihkan semangatnya, kuatkan jiwannya. Ya Allah, jika ada keajaiban, pindahkanlah deritanya kepada ku. Ya Allah, pasti ada hikmah di setiap kejadian. Berikanlah balasan yang setimpal kepada yang melakukan. "Zahara sayang, be strong Yaya. Mama Yaya and family semua hari-hari doakan Yaya cepat sembuh," katanya. Sumber - THEHYPEMEDIA.COM | ||
Posted: 27 Jun 2015 03:04 AM PDT LONDON – Ibarat pantang maut sebelum ajal, seorang wanita Inggeris dilaporkan media Britain terselamat daripada maut selepas dilanggar oleh sebuah kereta hanya kerana memiliki sepasang buah dada yang besar. Sarah Foster, 28 tahun, telah memberhentikan kenderaannya di tepi jalan dan keluar untuk merokok serta ingin menghubungi ibunya sebelum dilanggar oleh sebuah kereta jenis Mini Cooper yang dipercayai terbabas. Sarah yang tercampak di bahagian cermin kereta itu terselamat kerana telah dilantunkan semula oleh buah dadanya yang bersaiz 38JJ sekali gus berjaya mengurangkan impak gegaran lebih serius terhadap dirinya. Pasangannya, Marie, 36 tahun; yang ketika itu berada dalam kereta mereka bersama-sama dengan dua orang anak mereka bergegas berlari ke arah Sarah yang tidak sedarkan diri dan menariknya ke tempat yang lebih selamat. | ||
Rambut bukan aurat wanita - Sisters in Islam Posted: 27 Jun 2015 02:17 AM PDT PETALING JAYA: Sisters In Islam (SIS) dibidas kerana memberi pandangan bahawa rambut bukan sebahagian daripada aurat wanita. Pegawai Majlis Ulama Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Muhammad Firdaus Zalani berkata, perjuangan SIS bahawa rambut wanita bukan aurat bukanlah perjuangan demi mendapat kebenaran syariat Islam yang sebenar. Sebaliknya, ia hanya perjuangan bertunjangkan kepada hawa nafsu samata-mata yang dihiasi kononnya dengan hujah akademik dan syarak. "Kalaulah benar mereka pendokong al-Quran seperti yang ditunjukkan dalam kes ini, maka dalam kes hudud merekalah yang sepatutnya paling hadapan menyokongnya kerana kesemua hukuman hudud disebut jelas lagi terang di dalam Al-Quran. "Kalaulah mereka benar ingin memenuhi seruan al-Quran, tidak mungkin mereka akan pertikai hak pewarisan isteri,anak perempuan yang selama ini dilaungkan kerana al-Quran menyebut dalam masalah ini jelas satu persatu. Kita kenal siapa mereka dan apa mereka perjuangkan walaupun mulut mereka cuba berkata sebaliknya," katanya seperti yang disiarkan di laman web muis.org.my. Muhammad Firdaus berkata, hujah SIS kononnya mereka berpandukan kepada hujah Syiekh Albani dan Syiekh Thariq Iwadullah adalah tindakan yang langsung tidak jujur dalam mencedok pandangan ulama. Ini kerana, katanya, kedua-dua ulama itu membincangkan hadis tersebut pada perspektif perkara yang memang sedia menjadi khilaf di kalangan ulama, iaitu aurat muka dan tapak tangan, bukan berkenaan aurat rambut kerana aurat rambut adalah suatu perkara yang sudah jelas tanpa pertikaian. "Bukalah mana-mana kitab ulama silam atau semasa jelas menunjukkan persepakatan mereka bahawa menutup rambut adalah wajib. "Perselisihan yang berlaku hanya dalam sekitar muka,tapak tangan dan kaki, selain daripada itu mereka bersepakat akan pengharamannya. Jelas! sumber hukum aurat rambut meliputi ketiga-tiga sumber pensyariatan- al-Quran, Hadis dan ulama," katanya. - FMT | ||
Gadis datang haid dibelasah ibu saudara Posted: 26 Jun 2015 06:35 PM PDT
Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, mangsa baru pulang dari sekolah sebelum diminta menyidai pakaian dan mangsa akur arahan berkenaan. Sumber polis berkata, ketika mangsa menyidai pakaian, wanita itu memerhatikan gerak-geri anak saudaranya dan dengan tiba-tiba wanita itu menyatakan mangsa kelihatan segar dan menyoal sama ada dia berpuasa. "Mangsa yang uzur pada hari berkenaan mengaku tidak berpuasa dan menyatakan akan menggantinya pada hari lain. Jawapan mangsa itu menyebabkan ibu saudaranya naik angin sebelum menamparnya di muka. "Tindakan kejam wanita itu tidak berhenti begitu saja sebaliknya mangsa ditolak ke tanah sebelum ditendang beberapa kali di bahagian perut hingga wanita itu puas hati," katanya. Selepas melihat mangsa sudah lemah, wanita itu meninggalkan mangsa bersendirian dan dengan bantuan jiran yang menyaksikan kejadian itu, mangsa tampil membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Way untuk tindakan lanjut. - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/60576#sthash.jd7VBzh7.dpuf |
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |