BERANI MEMBUAT PILIHAN... |
- Tesco Dikecam Jual Pringles Perisa Babi Sempena Ramadan
- Posting pemimpin ulama PAS ‘mimpi jumpa nabi’ dicemuh di media sosial
- Harith Iskander jijik gambar anak sendiri di laman web lucah
Tesco Dikecam Jual Pringles Perisa Babi Sempena Ramadan Posted: 25 Jun 2015 06:01 AM PDT LONDON: Tindakan berani pasaraya Tesco di Liverpool baru-baru ini yang menawarkan makanan ringan, Pringles didakwa mengandungi perasa bakon sempena promosi Ramadan dikecam pengguna media sosial apabila gambar promosi tersebut menjadi 'viral'. Menurut portal berita The Independent UK, insiden tersebut menjadi perbincangan hangat dalam talian apabila pengguna menyifatkan promosi tersebut sebagai satu sindiran dengan menyatakan pengambilan daging babi dan mana-mana produk yang dihasilkan daripada daging babi adalah dilarang dalam Islam. Meskipun, produk sebenar Pringles tidak mengandungi produk yang dibuat daripada bakon, tindakan Tesco membuat promosi tersebut juga adalah satu pilihan yang kurang bijak. Sementara itu seorang pengguna, Raza Hassan ketika ditemui di pasaraya itu menyatakan bahawa insiden tersebut adalah suatu yang lucu dan bukan sesuatu yang menguris hati. "Apabila pertama kali saya melihat promosi itu, terdapat banyak kerepek (perasa lain), ia hanya kebetulan perasa berkenaan (bakon) diletakkan di bahagian atas. "Saya merasakan ia adalah satu idea yang sangat bagus dan isyarat daripada Tesco, cuma ia kelihatan sedikit sindiran," katanya kepada i100.co.uk. Susulan insiden tersebut, Tesco memaklumkan telah mengeluarkan Pringles berperasa bakon dari promosi Ramadan dan menyatakan ia adalah satu kesilapan yang tidak disengajakan. "Kami berbangga untuk menawarkan pelbagai makanan dan produk dalam memenuhi keperluan pelanggan-pelanggan kami pada bulan Ramadan. "Kami menyedari Pringles ini tidak diletakkan di tempat yang sesuai dan pekerja kami kini telah memindahkan ke tempat yang lain," jelas Tesco dalam satu kenyataan. - mD | ||
Posting pemimpin ulama PAS ‘mimpi jumpa nabi’ dicemuh di media sosial Posted: 25 Jun 2015 12:15 AM PDT Tulisan Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Mokhtar Senik mendakwa bermimpi bertemu Nabi Muhammad dan sahabat baginda Umar Al-Khattab berpuluh kali semasa dalam tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kem Tahanan Kamunting menjadi viral di media sosial sejak semalam. Umat Islam percaya bermimpi bertemu Nabi Muhammad adalah satu kelebihan.Pelbagai pihak membuat pelbagai posting mengulas dan menyindir tulisan Mokhtar, yang juga ketua Dewan Ulama PAS Pahang itu. Mokhtar dalam Facebooknya menulis, antara hiburan Allah kepada mereka semasa di dalam tahanan ISA di Kamunting adalah mimpi-mimpi yang indah. "Antaranya kami dikurniakan mimpi bertemu Rasulullah SAW. Sepanjang tiga tahun lebih ditahan di situ, berpuluh kali saya bermimpi di datangi Saidina Umar Alkhattab," tulis Mokhtar mengenai pengalaman ditahan kerana terlibat dengan kumpulan Al Maunah pada 2000 yang dituduh cuba melancarkan perang terhadap Yang Dipertuan Agong pada ketika itu. Bagaimanapun, Mokhtar kemudiannya memadamkan posting tersebut. ![]() Pelbagai pihak membuat posting di dinding Facebook masing-masing bagi mengulas atau menyindir Mokhtar yang bersama kem Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam pemilihan lalu. Nur Hadi Mohamad menulis, "Malam ni semua pakat berangan nak mimpi jumpa nabi atau sahabat nabi macam 'ulamak PAS'. Esok pagi boleh update kat FB bagitau semua orang. "Yang aku pelik macam mana boleh yakin sangat orang yang dia jumpa dalam mimpi tu betul-betul nabi atau sahabat nabi." Seorang lagi pengguna Facebook Zizie Ali menulis: "Untuk PRU akan datang, saya dah hampir buat keputusan. Kalau semua calon di kawasan saya mendakwa mereka bermimpi jumpa nabi, saya mungkin tidak akan pergi mengundi." Sementara Sharifah Zehra Irdina pula menulis di Facebooknya: "Tidurlah, mana tahu mimpi jadi bini Mokhtar Senik." "Mokhtar Senik mimpi jumpa Nabi dan para sahabat berkali-kali sampai lupa mau kira. Apa kelas Mursyidul Am baru mimpi takat jumpa kelibat Nabi. Apa kelas makam Presiden takat baru jumpa dua tiga kali," tulis Sohaimi Ali merujuk kepada Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din dan Hadi. – 25 Jun, 2015. | ||
Harith Iskander jijik gambar anak sendiri di laman web lucah Posted: 24 Jun 2015 05:01 PM PDT KUALA LUMPUR: Hati siapa yang tidak retak apabila melihat gambar anak sendiri disalah guna oleh pihak yang tidak bertanggunjawab. Selebriti terkenal tanahair, Harith Iskander meluahkan rasa jijik kerana gambar anak sulungnya yang berusia tiga tahun dimuat naik di sebuah laman web lucah, baru-baru ini. Harith ketika dihubungi Astro AWANI menyedari perkara tersebut pagi Rabu ketika mendapat notifikasi 'Google Alert' menerusi emel pada Rabu. "Menerusi notifikasi emel tersebut, ada artikel bertajuk macam 'Gambar terbaru anak Harith Iskander'. "Saya tidak dapat lihat laman web berkenaan menerusi telefon pintar jadi saya menggunakan komputer riba untuk melihat laman web berkenaan. "Ternyata ia merupakan laman lucah oleh kerana ia mempunyai beberapa perkataan seperti 'porn' dan 'seks'. Laman web itu juga dalam Bahasa Malaysia. "Memang ada gambar saya mendukung anak lelaki saya. Di sebelah gambar bayi itu adalah gambar wanita bogel.
Beliau turut menyedari bahawa laman web berkenaan turut mengandungi gambar anak penyanyi dan pelakon, Erra Fazira dan penyanyi, Tomok. "Saya tidak tahu apa niat mereka untuk membuat ini. Satu tidak tahu sama ada mereka mahu menggunakan nama saya 'Harith Iskandar' untuk meningkatkan 'pageviews' atau ia mungkin ada unsur pedofilia. Harith akui tidak layari laman web berkenaan dalam tempoh yang lama kerana jijik dengan laman web berkenaan. "Isteri saya pun sama jijik dan meluat dengan laman web berkenaan," katanya. Harith akui ada yang memberitahu beliau jangan meletakkan gambar anak-anak di media sosial, namun beliau berkata perkara berkenaan tidak boleh dielak di zaman sekarang. "Semua orang mahu memuat naik gambar keluarga mereka, dan mereka mahu kongsi kegembiraan keluarga mereka. "Saya tidak rasa takut setakat ini kerana kalau laman web itu diturunkan, orang lain boleh membuat laman web yang lain. Ada sahaja orang yang sakit di luar sana," katanya. Setakat ini, Harith memberitahu akan membuat laporan polis dan laporan di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam masa yang terdekat. "Sememangnya saya mahu laman web lucah itu diturunkan serta-merta," kata Harith. Pelawak terkenal tersebut juga berkata yang dia akan membuat laporan polis di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail, Petaling Jaya pada 10 pagi, Khamis. Harith melangsungkan perkahwinan dengan Dr Jezamine Lim Iskander beberapa tahun lalu dan dikurniakan sepasang cahayamata, Zander Xayne dan Alessandrea Jayne Iskander, lapan bulan. Read more at: http://www.astroawani.com/berita-hiburan/harith-iskander-jijik-gambar-anak-sendiri-di-laman-web-lucah-63601?cp |
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |