Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

$
0
0

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Dirogol bergilir-gilir oleh pasangan kembar tanpa belas

Posted: 24 Jun 2015 04:00 PM PDT

SUBANG JAYA - Tindakan seorang gadis berusia 15 tahun menerima pelawaan tiga lelaki untuk bersiar-siar mengundang padah apabila dia dirogol secara bergilir-gilir di sebuah hotel di sini, baru-baru ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam, mangsa dikatakan duduk di tingkat bawah sebuah pangsapuri di Petaling Jaya sebelum didatangi tiga lelaki termasuk satu pasangan kembar.

Sumber berkata, suspek bersembang selama beberapa jam dengan mangsa sebelum mengajaknya bersiar-siar menaiki sebuah kereta jenis Myvi.

Mangsa bersetuju dan dibawa ke sebuah hotel di Subang Jaya kira-kira jam 4.15 pagi, suspek mendaftar masuk dan membawa mangsa ke sebuah bilik.

"Tiba di bilik, seorang daripada suspek terus membuka baju serta seluar mangsa, sementara dua rakan suspek menunggu di luar," katanya.

Setelah selesai, pasangan kembar yang menunggu di luar pula masuk dan merogol mangsa secara bergiir-gilir tanpa belas kasihan.

"Kesemua mereka tidak mempedulikan jeritan mangsa, disebabkan tidak bermaya mangsa tidak mampu melawan perbuatan suspek terhadapnya," kata sumber itu.

Mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Subang Jaya, polis berjaya memberkas ketiga-tiga suspek untuk tindakan selanjutnya.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli ketika dihubungi Sinar Harian memberitahu pihaknya ada menerima laporan daripada mangsa.

Tangkapan dibuat terhadap ketiga-tiga suspek namun selepas beberapa hari, mangsa menarik balik laporan dibuat.

Terkedu dituduh sebar foto bogel Tasha Shila

Posted: 24 Jun 2015 06:01 AM PDT

Mungkin tidak perlu lagi kami sebut nama selebriti tersebut namun baru baru ini sekeping gambar separuh bogel beliau telah tersebar di internet dan walaupun belum ada kesahihan tentang identiti empunya gambar, ramai peminat berspekulasi ianya memang milik pelakon wanita popular itu.

Dalam kekecohan tentang gambar yang tersebar itu, nama Kaka Azraff terpalit dikatakan sebagai penyebar gambar tersebut lebih lebih lagi beliau sebelum ini pernah juga dikaitkan dengan kontroversi berkaitan teman lelaki pelakon wanita tersebut.

"Mengaitkan diri saya dengan penyebaran foto terbabit sememangnya satu fitnah terlampau. Saya sangat marah pada orang yang menyebarkan gambar itu. Gara gara dirinya, nama saya terpalit sama sedangkan saya tidak tahu menahu langsung tentang hal ini," kata Kaka Azraff.

Kaka Azraff juga meluahkan rasa simpati terhadap pelakon wanita tersebut dan sebagai seorang wanita juga beliau turut merasa malu dengan kejadian ini.

"Saya sudha penat dengan gossip dan kontroversi. Ramadhan tahun ini banyak mengajar saya untuk mendekatkan diri dengan Allah dan tidak mahu lagi dengar pelbagai cerita panas berbanding kerjaya seni saya," tambahnya lagi kepada Berita Harian. (rtky/m)

Ketagih bau seluar dalam wanita

Posted: 24 Jun 2015 01:46 AM PDT

Linyi (China): Seorang lelaki berusia 44 tahun disiasat polis selepas lebih 150 coli dan seluar dalam wanita ditemui di rumahnya.

Lelaki yang masih belum berkahwin dan dikenali sebagai Liang itu ditangkap selepas dia dirakam mencuri di sebuah buah kedai pakaian.

Rakaman itu menunjukkan Liang melalui kedai berkenaan yang menjemur pakaian dalam wanita.

Dia memberhentikan vannya sebelum mengambil beberapa pasang pakaian itu dan melarikan diri.

Pemilik kedai menyerahkan pita rakaman itu kepada polis yang kemudian menjejaki Liang.

Mereka menemui longgokan coli dan seluar dalam ketika menyerbu kediamannya.

Jurucakap polis berkata, Liang mengaku mencuri pakaian itu.

"Saya tidak boleh tidur tanpa meramas dan mencium bau seluar dalam yang saya curi daripada orang ramai," katanya.

Dia mengaku mencuri pakaian dalam itu sejak tiga tahun lalu.

"Walaupun kerugian dari segi kewangan tidak besar, tetapi perbuatannya menyebabkan wanita di bandar ini trauma," kata polis. - Agensi

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/59762?m=1#sthash.6vnnDxC2.dpuf

Model separuh bogel jadi tuan puteri Sweden

Posted: 23 Jun 2015 11:09 PM PDT

Putera Sweden, Carl Philip, mengahwini bekas bintang realiti televisyen yang juga bekas model separuh bogel, Sofia Hellqvist, 30, dalam majlis penuh gemilang di Istana Diraja Stockholm, hujung minggu lalu.

Putera Carl, 36, ialah pewaris ketiga takhta Sweden selepas kakaknya, Puteri Mahkota Victoria dan anak perempuan kakaknya, Puteri Estelle, 3.
Pasangan itu bertemu pertama kali di sebuah restoran pada 2010 dan sejak hubungan mereka diketahui umum, media Sweden melaporkan banyak kisah silam Sofia, termasuk bergambar separuh bogel untuk majalah lelaki pada 2004. Setahun kemudian dia muncul dalam rancangan realiti TV Sweden, Paradise Hotel.

Kira-kira 500 tetamu menghadiri majlis perkahwinan mereka dan kerabat diraja, termasuk Puteri Takamado dari Jepun dan Putera Edward dari Britain.

Pasangan itu kemudian diarak dengan kereta kuda melalui bandar raya Stockholm sambil melambai kepada orang ramai.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/58167#sthash.rh3YvFAP.dpuf

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>