Panglima Perang Cyber |
Posted: 23 Jun 2015 07:22 PM PDT
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata operasi itu turut melibatkan tangkapan sebanyak 89 orang, sekali gus membongkar sebanyak tujuh makmal dadah. "Antara dadah dirampas ialah heroin seberat 261.78kg, syabu (257.4kg), pil Eramin 5 (1.46 juta biji) dan pil Ecstacy (19,522 biji). "Sementara itu, bagi serbuan ke atas sarang pengedaran dan penagihan dadah iaitu 'Ops Sarang', sebanyak lapan operasi dijalankan dengan 737 tangkapan. Selain itu, 31 individu terlibat dalam pengedaran dadah di 'port' atau sarang penagih yang diserbu, telah dan sedang diambil tindakan," katanya dalam kenyataan, di sini Selasa. Beliau berkata dalam tempoh yang sama, pihaknya turut memberi tumpuan ke atas kumpulan kongsi gelap yang terlibat dalam pengedaran dadah dan sebanyak 17 anggota kongsi gelap ditangkap kerana terlibat dalam kegiatan itu. Mohd Mokhtar berkata sepanjang 2014, 19 operasi terancang dilancarkan dengan tangkapan sebanyak 122 orang dipercayai anggota sindiket pengedaran dadah dengan jumlah rampasan dadah bernilai RM55.87 juta. "Tangkapan itu terdiri daripada anggota sindiket pengedaran dadah antarabangsa dan tempatan. Makmal haram yang berjaya dibongkar sepanjang tahun lepas adalah sebanyak enam buah. "Antara dadah dirampas ialah heroin seberat 141.31kg, syabu (338.47kg), cecair syabu (48.8kg), Ketamin (169.73kg) dan pil Eramin 5 (14,578 biji)," katanya. Beliau berkata menerusi Ops Sarang, sebanyak 11 operasi dijalankan dan menghasilkan 676 tangkapan, manakala 24 anggota kongsi gelap ditangkap. Unit elit Sting ditubuhkan pada 30 Jan lepas dan dirasmikan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. -- BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Panglima Perang Cyber / Cyber Warlords To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |