BERANI MEMBUAT PILIHAN... |
- Akibat pakai jeans ketat dan duduk bertinggung (khas untuk wanita)
- Guru Ditahan Adakan Seks Lesbian Dengan Pelajar 15 Thn
- Khalid Samad cabar PAS berubah dalam 100 hari atau berdepan parti baru
Akibat pakai jeans ketat dan duduk bertinggung (khas untuk wanita) Posted: 23 Jun 2015 06:01 AM PDT London: Mereka yang suka memakai seluar jeans ketat perlu berhati-hati, terutama jangan bertinggung terlalu lama berikutan doktor di Australia melaporkan seorang wanita berusia 35 tahun terpaksa dirawat ke hospital selama empat hari. Kaki wanita itu mengalami kerosakan otot. bengkak dan saraf tersekat selepas bertinggung selama beberapa jam ketika memakai seluar jeans ketat. "Kami amat terkejut dengan apa yang berlaku kepada saraf dan otot wanita itu," kata Dr Thomas Kimber dari Hopsital Royal Adelaide di Australia melalui emel. Wanita itu yang menghabiskan harinya sebelum itu membantu seseorang bergerak, bertinggung lama ketika mengosongkan almari ketika memakai jeans ketat , memberitahu doktor dia kakinya menjadi kebas ketika berjalan pulang hingga terjatuh. Wanita itu yang gagal bangun selama beberapa jam kemudian dihantar ke hospital. Semalam, Kimber dan rakan sekerjanya menyiarkan laporan kes itu dalam Journal Neurology, Neurosurgery and Psychiatry. Menurut Kimber, seluar jeans ketat sebelum ini dilaporkan memberi kesan kepada saraf di kelengkang dan bertinggung memberi tekanan kepada saraf kaki, mengurangkan penyaluran darah kepada otot. Selepas seluarnya dibuka dan dirawat selama empat hari, wanita itu masih berasa lemah pada kakinya tetapi kini sudah pulih. - AP |
Guru Ditahan Adakan Seks Lesbian Dengan Pelajar 15 Thn Posted: 22 Jun 2015 08:01 PM PDT SEORANG guru wanita ditahan di atas kesalahan mengadakan hubungan seks lesbian dengan seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun di kediamannya, baru-baru ini. Lauren Mitchell, 32, yang sudah berumah tangga mengajar di Sekolah Dr Lena Edwards Academic Charter, New Jersey, Amerika Syarikat. Perbuatan cikgu itu terbongkar selepas beberapa orang guru di sekolah terbabit merasa curiga di atas pelakuan dan hubungan mesranya dengan pelajar berkenaan sehingga menyebabkan mereka melaporkan hal itu kepada pihak polis. Kes ini akan disebut di mahkamah pada 7 Julai depan. – MYNEWSHUB.CC 10 Shocking Teacher – Student Affairs |
Khalid Samad cabar PAS berubah dalam 100 hari atau berdepan parti baru Posted: 22 Jun 2015 07:22 PM PDT Ahli Parlimen Shah Alam MP hari ini memberi kepimpinan ulama PAS 100 hari untuk berubah atau sebahagian daripada anggota progresif akan menubuhkan parti baru yang menyokong Pakatan Rakyat. Kenyataannya selaras dengan permintaan Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang meminta kepimpinan ulama diberik tempoh 100 hari bagi membuktikan diri mereka. Ahad lalu, Khalid pada ucapannya di sebuah majlis di Pantai Baharu, berkata wawasan yang diiperjuangkan oleh Datuk Fadzil Noor dan Datuk Nik Aziz Nik Mat perlu dipertahankan. |
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |