Belantan |
Najib akan panggil Palanivel beri penjelasan? Posted: 22 Jun 2015 05:33 AM PDT Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan memanggil Presiden MIC, G. Palanivel kerana menyalahkannya dalam krisis parti India itu. Najib melalui tulisan terbarunya di akaun Facebook miliknya sebentar tadi memberitahu Palanivel tidak sewajarnya menyalahkan mana-mana pihak dalam masalah dalaman parti itu. Sebaliknya tulis Perdana Menteri lagi, pemimpin India itu perlu patuh kepada keputusan mahkamah dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dalam menyelesaikan kemelut pemilihan parti itu. "Saya akan panggil Datuk Seri Palanivel untuk menjelaskan komennya yang dilaporkan di PWTC. "Beliau (Palanivel) sepatutnya berhenti menyalahkan pihak lain, dan perlu menerima keputusan mahkamah dan ROS," tulisnya dalam akaun Facebook miliknya, sebentar tadi. Semalam, Palanivel dalam ucapannya pada Perhimpunan Khas MIC di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) menyalahkan Najib kerana menyebelahi RoS yang membatalkan pemilihan parti itu pada 2013. Suara Politik Belantan |
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |