BERANI MEMBUAT PILIHAN... |
- Wanita bogel punca bekalan elektrik terputus
- Janda kehausan, kesepian jadi pilihan
- Pelakon lelaki popular umum murtad
- Selepas JPJ, SUK Selangor halang wartawan berpakaian seksi
- Sebelum muktamar difitnah, sudah kalah dibelasah, kata bekas naib presiden PAS
- Pakej 'ranjang' bulan Ramadhan
- Majikan berulang kali cabul di tapak binaan
- Perkahwinan Dalam Video 'Ala Kristian dalam Gereja' Sah
Wanita bogel punca bekalan elektrik terputus Posted: 22 Jun 2015 07:27 AM PDT Seattle: Lebih 4,000 penduduk di Seattle terputus bekalan elektrik Jumaat lalu, selepas seorang wanita yang memandu dalam keadaan bogel melanggar tiang bekalan elektrik. Anggota polis yang sampai di tempat kejadian di Shoreline, utara Seattle, kira-kira jam 1.30 pagi waktu tempatan, mendapati ada kabel berarus elektrik di atas kereta wanita itu lalu menghubungi bomba dan syarikat penyedia elektrik Selepas kabel berkenaan dialihkan, mereka terkejut menemui seorang wanita berusia 24 tahun yang tidak sedarkan diri dalam kereta berkenaan kerana wanita itu langsung tidak berpakaian. Wanita berkenaan yang tidak cedera teruk, dibawa ke hospital untuk diambil darah bagi menentukan kemungkinan dia memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah. Kemalangan itu menyebabkan kira-kira 4,400 penduduk terputus bekalan elektrik selama beberapa jam. - Reuters - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/59370#sthash.aUW5s8k4.dpuf | ||
Janda kehausan, kesepian jadi pilihan Posted: 22 Jun 2015 12:01 AM PDT
Difahamkan, kumpulan terbabit cuba menipu wanita tempatan dengan mempamerkan perwatakan alim seterusnya terpedaya untuk menerima mereka sebagai suami yang sah. Hakikatnya, tujuan sebenar suspek bukanlah untuk berkeluarga atau mencintai wanita-wanita itu sebaliknya mahu mendapatkan pas pemastautin bagi tinggal dalam tempoh yang lebih lama. Sumber berkata, modus operandi terbabit dikesan apabila satu tangkapan terhadap seorang warga utara Afrika yang dipercayai pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dibuat pada 9 Jun lalu. Suspek berusia 31 tahun dan penjenayah yang berada dalam senarai paling dikehendaki di negara asalnya kerana terlibat dalam IS dipercayai hampir menipu dua orang janda setelah bersembunyi di Malaysia sejak Mac tahun lalu. "Dia cuba memikat beberapa wanita tempatan khususnya janda untuk berkahwin supaya dapat berada di negara ini dalam tempoh yang lebih lama. "Malah, pas pelajar yang digunakan suspek juga amat diragui kerana dia merupakan pelajar di institut pengajian tinggi awam (IPTA). Kemungkinan pas itu diperoleh daripada satu sindiket pemalsuan dokumen," kata sumber, di sini hari ini. Sementara itu, dalam perkembangan penahanan anggota IS itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, suspek yang ditangkap sepasukan polis Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman itu telah diusir keluar pada Rabu lalu. Kata beliau, suspek pernah ditangkap pada 2007 dan dipenjarakan di negara asalnya selama dua tahun atas kesalahan terlibat dalam aktiviti keganasan. "Bagaimanapun, sekitar 2013, dia telah berlepas ke Syria untuk menyertai kumpulan IS dan ditangkap semula pada awal tahun lepas ketika cuba menyusup masuk ke Turki. "Kemudian, suspek dikesan masuk ke negara ini pada Mac 2014 dan dipercayai menggunakan pas pelajar sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang disyaki palsu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Mengulas tentang penggunaan pas pelajar itu, Khalid berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan susulan bagi mengenalpasti anggota-anggota sindiket pemalsuan dokumen yang dipercayai beroperasi di Lembah Klang. "Kita akan lakukan siasatan segera kerana kita tidak mahu perkara ini dieksploitasi oleh anasir-anasir pengganas asing untuk berselindung dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah pangkalan operasi mereka," katanya. - See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/janda-kesepian-pilihan-militan-1.105210#sthash.aoSwppPU.dpuf | ||
Pelakon lelaki popular umum murtad Posted: 21 Jun 2015 11:09 PM PDT KUALA LUMPUR 21 Jun – Pelakon popular Indonesia, Lukman Sardi (gambar) menggemparkan negara itu apabila mengumumkan keputusannya keluar daripada Islam dan memeluk agama Kristian. Pengakuan anak kepada legenda biola Indonesia, Allahyarham Idris Sardi itu dapat ditonton dalam rakaman yang dimuat naik dalam saluran media sosial popular, YouTube. Menurut Lukman, 43, keputusannya berpindah agama bukanlah disebabkan oleh tekanan daripada mana-mana pihak atau kerana kecantikan isterinya, Pricillia Pullunggono. Dalam pengakuan itu juga, Lukman memberitahu, Allahyarham bapanya sedia maklum dengan hasratnya untuk berpindah agama semasa beliau masih hidup. Kata Lukman, bapanya turut merasa kecewa sebaik mendengar berita itu. "Waktu saya pindah (agama), ayah saya orang yang paling kecewa. Kerana dia dari orang Muslim taat. Tapi saya punya prinsip bahawa ini yang saya pilih. sampai akhirnya beliau bilang, 'ya sudah, tetapi kamu harus bertanggungjawab dengan pilihan kamu'," kata Lukman lagi. Allahyarham Idris meninggal dunia pada 28 April tahun lalu ketika berusia 76 tahun. Lukman sering melakonkan watak seorang Islam yang baik khususnya dalam filem Sang Pencerah dengan memegang karakter seorang kiai. Antara filem lain lakonan Lukman ialah Soekarno, Merah Putih, Laskar Pelangi dan Negeri Tanpa Telinga. Pelakon itu bernikah dengan Pricillia Pullunggono yang menganut agama Kristian pada 2009. - See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/aktor-lukman-sardi-umum-murtad-1.105643#sthash.OssizcQI.dpuf | ||
Selepas JPJ, SUK Selangor halang wartawan berpakaian seksi Posted: 21 Jun 2015 10:01 PM PDT Pemimpin DAP itu berkata, wartawan NSTP itu hadir membuat liputan sidang media atas jemputan, namun dihalang pengawal keselamatan SUK. Menurut Santiago, mereka diarahkan memakai sarung untuk menutup kaki kerana menganggap pakaian mereka terlalu singkat. "Kenapa perlu periksa bahagian kaki wanita? Kenapa pengawal keselamatan perlu melihat kaki wanita? "Adakah ini peranan baru pengawal keselamatan?" tulis Santiago dalam Facebook hari ini. Beliau juga menggesa Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali menarik balik dasar peraturan keselamatan sedemikian. "Sedangkan JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) secara terbuka sudah meminta maaf beberapa minggu lalu, kenapa pengawal di SUK menguatkuasakan polisi ini? "Sila gugurkannya segera, Azmin Ali," katanya. – 22 Jun, 2015. | ||
Sebelum muktamar difitnah, sudah kalah dibelasah, kata bekas naib presiden PAS Posted: 21 Jun 2015 09:34 PM PDT Bekas Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub kesal dengan sikap ahli parti Islam itu yang masih mengecamnya walaupun tewas mempertahankan jawatannya semasa pemilihan muktamar ke-61 awal Jun lalu. Sejurus diumumkan dilantik sebagai ahli jawatankuasa kerja (AJK) PAS Pusat semalam, Salahuddin berkata pelbagai respons diterimanya, ada yang memberi nasihat dan memujuk, malah ada juga yang memberi amaran dan ancaman memutuskan persahabatan. "Kesian saya. Sudahlah sebelum muktamar ditohmah fitnah, dah kalah pun kena belasah lagi. Tapi saya tak boleh marah-marah. "Itulah asam garam dunia politik yang saya telah pilih dengan jiwa raga saya," katanya dalam satu kenyataan malam tadi. Bekas ahli Parlimen Kubang Kerian itu bagaimanapun belum memutuskan sama ada mahu menerima jawatan itu dan akan mengumumkannya selepas Hari Raya Aidilfitri. "Saya akan membuat keputusan dalam masa yang terdekat (mungkin selepas kita menyambut Syawal yang mulia)," katanya. Salahuddin adalah di antara pemimpin progresif PAS yang "dibersihkan" daripada parti itu dalam muktamar lepas. Katanya, keputusan yang bakal dibuat, sama ada menerima atau menolak jawatan itu adalah perhitungan hidup mati kariernya dalam PAS. Salahuddin berkata, kariernya bermula dengan perjuangan PAS sejak tahun 1981 menjadi timbalan yang dipertua kawasan Pontian hingga menjadi naib presiden pada 2015. Katanya, keputusan yang dibuat itu nanti berdasarkan pilihannya sendiri selepas mendapat beberapa pandangan tanpa tekanan pihak lain. "Betul atau salah keputusan yang saya akan buat , diri saya sendiri lah yang akan menanggungnya sepanjang hayat. "Orang lain hanya mampu ketawa dan bersedih buat seketika waktu saja," katanya. Turut dilantik AJK PAS Pusat sesi 2015-2017 adalah bekas Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar. Manakala jawatan Mahfuz itu diganti oleh ahli Parlimen Temerloh yang memenangi jawatan AJK PAS Pusat semasa muktamar lalu, Nasruddin Hassan. Bekas Penolong Setiausaha Agung Datuk Takiyuddin Hassan mengambil alih tugas utama setiausaha agung, menggantikan Datuk Mustafa Ali yang diturunkan pangkat sebagai ketua pengarah pilihan raya PAS. – 22 Jun, 2015. | ||
Pakej 'ranjang' bulan Ramadhan Posted: 21 Jun 2015 08:31 PM PDT
Persembahan 'panas' itu digunakan pemilik premis yang cuba menarik pelanggan lelaki datang berhibur selain mendapatkan khidmat seks. Malah, difahamkan premis yang sudah beroperasi sejak tiga tahun lalu itu akan mengarahkan GRO menari bersama pelanggan sebelum dibawa ke ranjang dengan caj bayaran tertentu. Bagaimanapun, kaedah pemasaran mereka ini dibongkar polis hasil operasi Ops Noda dilakukan kira-kira jam 11.30 malam kelmarin. - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/59209#sthash.4l6rsRK6.dpuf | ||
Majikan berulang kali cabul di tapak binaan Posted: 21 Jun 2015 08:07 PM PDT
Dalam kejadian jam 7 petang Khamis lalu, mangsa mendakwa dicabul suspek berusia 51 tahun tahun di sebuah kawasan tapak pembinaan di Cheras di sini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad berkata, kejadian berlaku apabila mangsa diarah suspek mengekorinya ke tapak binaan bersebelahan pejabat mereka. "Sebaik tiba di tapak binaan, suspek (majikan) mengeluarkan kata-kata lucah terhadap mangsa, namun tidak diendahkan. "Bagaimanapun suspek bertindak lebih biadap apabila berulang kali memegang paha kiri mangsa," katanya. Menurutnya, mangsa hanya mampu mendiamkan diri selain berusaha menjauhkan diri daripada suspek dan beberapa pekerja tapak binaan itu. Zainuddin berkata, suspek bagaimanapun menghampiri mangsa sebelum bertanyakan lagi pelbagai soalan berbaur seks termasuk hubungan mangsa dengan suaminya. "Mangsa hanya mendiamkan diri dan kembali ke pejabat dalam keadaan ketakutan," katanya. Menurutnya, mangsa membuat laporan di Balai Polis Pudu di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut. "Sehingga kini suspek belum diberkas dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (KK). Usaha mengesan suspek masih dilakukan," katanya. | ||
Perkahwinan Dalam Video 'Ala Kristian dalam Gereja' Sah Posted: 21 Jun 2015 05:01 PM PDT |
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |