BERANI MEMBUAT PILIHAN... |
- Artis wanita kantoi menyundal dalam panggung wayang di bulan Ramadhan
- 'Tak ada SPM boleh sara keluarga': Peminat samakan Emma Maembong dengan pelacur di Chow Kit
- Bekas pimpinan pemuda PAS sertai DAP
- Pro-ulama menang pemilihan PAS dengan bantuan UMNO - Mat Sabu
- Gadis guna tubuh mengiurkan untuk upah lumayan
- Tembak anak hamil luar nikah
Artis wanita kantoi menyundal dalam panggung wayang di bulan Ramadhan Posted: 21 Jun 2015 04:00 PM PDT
Pertama sebab ini bulan Ramadan dan cerita disampaikan boleh diklasifikasikan 18SX namun Cik Pang tidak pasti kebenarannya. Teman Cik Pang itu beriya-iya mengatakan perkara itu dilakukan artis yang juga model bersama teman lelakinya yang muka ala-ala Arab. Artis ini dikatakan selamba 'badak' bermesra dalam panggung wayang minggu lepas. Kebetulan waktu itu panggung tayang cerita Jurassic World dan difahamkan penonton pun tidak ramai. Sedang asyik melayan babak dinosaur menerkam mangsa, tiba-tiba teman Cik Pang terdengar bunyi mencurigakan di kerusi belakang. Tidak sanggup Cik Pang hendak kongsi cerita itu di sini. Ada juga penonton yang bukan Islam tegur secara berdehem supaya mereka hentikan lakonan di luar layar itu tapi ada mereka kisah? Apa sekalipun, Cik Pang harap sangat cerita yang disampaikan teman Cik Pang ini hanya khayalan semata-mata. Atau mungkin teman Cik Pang tersalah cam muka si pelaku. Ya lah, mungkin pelanduk dua serupa. Tapi serupa tak serupa, yang penting janganlah buat perkara tak senonoh di mana-mana pun, waima di dalam panggung. Sebab hal-hal macam ini lah, Allah murka dan bila-bila saja boleh tarik rahmat serta kekayaan yang dimiliki negara kita ini. - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/59040#sthash.SnjKjm0l.dpuf | ||
'Tak ada SPM boleh sara keluarga': Peminat samakan Emma Maembong dengan pelacur di Chow Kit Posted: 20 Jun 2015 11:01 PM PDT NAMA Emma Maembong kembali hangat diperkatakan apabila pelakon jelita itu membuat satu kenyataan bahawa dia mampu menyara kehidupannya dan keluarga dengan baik biarpun tidak mempunyai kelulusan akademik yang tinggi. Mungkin menjawab kepada sindiran yang diterima kerana tahap pendidikannya, gadis yang berasal dari Terengganu ini memberitahu Kosmo! bahawa kesenangan yang dimilikinya, seperti yang dilihat orang ramai hanyalah bersifat luaran. Di sebalik semua itu, kata Emma, dia bekerja keras dan kini mampu berbangga dengan hasil titik peluhnya walaupun belajar sehingga tingkatan dua. Kenyataan Emma itu, bagaimanapun menerima reaksi yang pelbagai daripada netizen. Ramai yang meluahkan rasa tidak setuju, di samping bimbang jika pendapat sedemikian menjadi ikutan anak muda di luar sana. Kata mereka, bukan semua orang bertuah seperti Emma yang dikurniakan bakat dan kecantikan yang memungkinkan dia mencari rezeki sebagai pelakon. Ada juga yang melihat kenyataan Emma itu dari sudut yang positif kerana tahap akademik bukan jaminan nilai seseorang. Sebilangan kecil pula beranggapan kenyataan Emma itu tidak sepatutnya dinilai dari luar konteks kerana Emma kemungkinan hanya memberi jawapan kepada persoalan sesetengah pihak yang mempersendakan tahap akademiknya. Menurut beberapa laporan media sebelum ini, Emma tidak menghadiri kelas formal di sekolah kerana menjaga adik lelakinya yang tidak boleh berjalan. Laporan itu juga menyebut bahawa Emma hanya mengikuti pelajaran tidak formal di rumah dengan bantuan seorang guru. Minat terhadap seni lukis mendorong Emma belajar daripada ayahnya bagi mengembangkan bakat dalam bidang lukisan selain bercita-cita mengikuti jejak langkah ayahnya sebagai pelukis satu hari nanti. | ||
Bekas pimpinan pemuda PAS sertai DAP Posted: 20 Jun 2015 10:40 PM PDT Ditengah-tengah hubungan DAP dan PAS yang semakin meruncing, seorang aktivis parti Islam itu menyertai parti sekular itu. Bekas pemimpin pemuda PAS Johor Sheikh Omar Ali kini secara rasmi ahli DAP. Sheikh Omar menyerahkan borang keahliannya kepada penasihat DAP Lim Kit Siang dalam satu majlis berbuka puasa di Kluang Johor semalam. Manakala aktivis reformasi Norazimah Mohamad Nor pula akan menyerahkan borang kemudian kerana beliau tiada dalam majlis itu semalam. Sasterawan Negara Datuk A Samad Said, yang menyertai DAP Sabtu lalu, dan MP Kluang Liew Chin Tong turut hadir dalam majlis itu. Sheikh Omar menjelaskan bahawa beliau mengambil keputusan menyertai DAP kerana senario politik yang kian parah di negara ini. "Isu yang melibatkan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB), Felda Global Ventures (FGV), Tabung Haji, penyelewengan Tabung Haji, krisis dalaman Umno dan banyak lagi, amat menuntut kepada satu langkah tuntas bagi memastikan rakyat dapat diselamatkan dari terus menjadi mangsa," katanya Justeru, dalam kenyataannya semalam, Sheikh Omar percaya dengan menyertai DAP, terdapat ruang baginya untuk memainkan peranan buat parti itu terutamanya kerana beliau seorang yang muda sebagai agen perubahan. Ini bukan kali pertama Sheikh menjadi tajuk utama berita, sebelum ini beliau mencabar Jawatankuasa PAS Pusat semasa mesyuarat Persatuan Ummah Sejahtera (PasMa) untuk menggulingkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum muktamar parti itu bulan lepas. 'Bentuk M'sia yang demoratik' Sheikh adalah seorang graduan Universiti Malaya yang pernah memimpin kumpulan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan juga pembantu kepada MP Kluang Liew Chin Tong. Tindakan beliau itu mengejutkan banyak pihak dalam PAS, ekoran krisis yang berterusan antara parti itu dan DAP. "Saya juga punya keyakinan menerusi wadah DAP ini akan dapat menjadi platform untuk saya memainkan peranan lebih aktif dalam usaha ke arah membentuk Malaysia yang lebih demokratik, adil dan sejahtera," katanya. Dalam muktamar PAS dua minggu lalu, telah meluluskan usul memutuskan hubungan dengan DAP mendorong Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengarahkan wakil PAS di Pulau Pinang supaya melepaskan jawatan mereka. Sejak itu, DAP menjelaskan bahawa Pakatan Rakyat telah mati manakala Hadi menegaskan parti Islam itu masih lagi dalam Pakatan. Sementara itu, Norazimah yang lebih dikenali sebagai Nora Reformis, memberitahu Malaysiakini beliau telah memberitahu beberapa pemimpin DAP mengenai hasratnya untuk menyertai parti itu. "Keputusan saya adalah berdasarkan penilaian saya terhadap DAP sebagai mempunyai platform yang terbaik untuk rakyat. Bagi saya, tiada sempadan untuk rakyat," kata Nora. Wanita berusia 40 tahun itu sebelum ini pernah bermalam di lokap polis merupakan aktivis yang terkenal dalam demonstrasi jalanan sejak reformasi 1998. | ||
Pro-ulama menang pemilihan PAS dengan bantuan UMNO - Mat Sabu Posted: 20 Jun 2015 10:21 PM PDT KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mendakwa kumpulan pro-ulama PAS mendapat 'bantuan' UMNO untuk memenangi pemilihan pimpinan parti Islam itu baru-baru ini. Dalam temu bualnya bersama Malaysiakini, Mohamad yang mesra dikenali sebagai Mat Sabu berkata media yang dikuasai UMNO bertungkus lumus berkempen untuk kepimpinan barisan ulama. "Semua agensi media pro-UMNO seperti Utusan Malaysia, TV3 dan Bernama memberi keutamaan laporan kepada golongan ulama menjelang pemilihan parti. "Ini jelas menunjukkan pusat strategi Umno terlibat secara aktif dalam pemilihan PAS," Mohamad dipetik sebagai berkata oleh Malaysiakini. Dalam pemilihan pimpinan PAS awal bulan lalu, kumpulan pro-ulama menyapu bersih jawatan dalam PAS Pusat, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat manakala calon Dewan Ulama dimenangi tanpa bertanding. Mohamad dan pemimpin PAS yang selama ini dilihat ke depan dalam memperjuangkan isu rakyat tewas pada pemilihan baru-baru ini. Pemimpin progresif dalam PAS dianggap tidak setia kepada presiden parti Islam itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan dilabelkan sebagai 'budak DAP'. Hanya Mazlan Aliman, calon yang tidak tersenarai dalam 'cai' pro-ulama itu, memenangi jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat. Mazlan bagaimanapun mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan yang dimenanginya kira-kira seminggu selepas Muktamar PAS ke-61 itu berakhir. | ||
Gadis guna tubuh mengiurkan untuk upah lumayan Posted: 20 Jun 2015 06:08 PM PDT Berbekalkan wajah cantik dan tubuh menawan, segelintir gadis menawarkan diri menjadi teman wanita kontrak dengan upah mencecah ribuan ringgit untuk menjalinkan hubungan singkat. Sebahagian mereka tidak mempedulikan status sebagai pelajar sekolah demi memburu kehidupan mewah. Klik keratan akhbar untuk baca berita selanjutnya | ||
Posted: 20 Jun 2015 05:00 PM PDT Ankara: Seorang ibu berusia 36 tahun menembak mati anak perempuannya selepas mengetahui gadis berusia 17 tahun itu hamil 3 bulan. Si ibu, Emimn A, mengetahui anaknya Meryem mengandung luar nikah ketika berkunjung ke rumah jiran. Akhbar Hurriyet melaporkan, Emime pulang ke rumah untuk mencari pistol dan kembali ke rumah jirannya itu lalu menembak anaknya limak kali. Beberapa jiran di blok apartment di Selcuk, daerah di Bigde, Selatan Turki, berusaha membantu dan membawa Meryem ke hospital tetapi di mati dalam perjalanan. Emine yang pengsan selepas menembak mati anaknya kini ditahan polis di hospital. Pihak berkuasa Turki mengaku berdepan masalah keganasan terhadap wanita di negara itu tetapi dalam kebanyakan kes, ia membabit serangan oleh lelaki |
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |