Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

tok gajah

$
0
0

tok gajah


Terowong bawah dasar laut P Pinang RM6.3 bilion disifat bazir, ancam alam sekitar

Posted: 20 Jun 2015 09:00 PM PDT

Pelbagai pihak di negeri itu membantah projek tersebut yang bukan sahaja membazir malah mengancam alam sekitar. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 21 Jun:

Penasihat DAP, Lim Kit Siang sepatutnya menegur anaknya, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang akan melaksanakan projek mega membina terowong bawah dasar laut dengan kos lebih RM6.3 bilion.

Awang Selamat berkata pelbagai pihak di negeri itu membantah projek tersebut yang bukan sahaja membazir malah mengancam alam sekitar.

Malah katanya, alangkah baiknya jika wang sebanyak itu dibelanjakan untuk membina rumah rakyat.

"Sudah ada dua jambatan selain perkhidmatan feri menghubungkan pulau dan Seberang Prai, untuk apa lagi terowong itu?

"Pelbagai pihak di negeri itu membantah projek tersebut yang bukan sahaja membazir malah mengancam alam sekitar tetapi Guan Eng tetap mahu meneruskan," katanya yang dipetik dalam Mingguan Malaysia.

Dalam pada itu, Awang berkata Biro Tatanegara (BTN) sekali lagi menjadi sasaran DAP.

Kali ini, Kit Siang mahu BTN dimansuhkan kerana didakwa hanya membazirkan wang dan menyemai sentimen perkauman.

"Awang sekadar senyum. Ini taktik lama DAP untuk memberikan gambaran buruk mengenai BTN kepada masyarakat.

"Untuk apa takut dengan biro tersebut yang peranannya memupuk perpaduan kaum dan mendukung Perlembagaan negara? Menggunakan alasan pembaziran juga sangat rapuh," ujarnya.

Jelasnya, memandangkan Kit Siang menyentuh soal BTN, beliau mencadangkan biro itu diberi lebih peruntukan bagi diperkasakan lagi dan diperluaskan peranannya melahirkan rakyat Malaysia berjati diri tinggi dan cintakan negara.

"Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung," katanya.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/06/21/terowong-bawah-dasar-laut-p-pinang-rm6-3-bilion-disifat-bazir-ancam-alam-sekitar/#ixzz3df5k3kbt

Krisis Pakatan mungkin lebih awal jika ia menang PRU13, kata Kit Siang

Posted: 20 Jun 2015 07:42 PM PDT

Pakatan Rakyat (PR) mungkin menghadapi krisis dalaman jika ia berjaya mengambil alih Putrajaya pada pilihan raya umum lepas, kata pemimpin DAP Lim Kit Siang.

Mengakui perkara ini, Ketua Parlimen DAP itu berkata, ini kerana Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak pernah menerima Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri bagi pakatan pembangkang yang kini tidak lagi berfungsi itu.

"Malah, krisis PR mungkin berlaku lebih awal jika ia berjaya memenangi majoriti kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke-13 dua tahun lalu kerana Hadi tidak pernah menerima Anwar sebagai calon perdana menteri Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tahun lepas, pemimpin PKR Rafizi Ramli berkata, PAS yang diketuai Hadi, menolak Anwar sebagai calon PR untuk menjadi perdana menteri dan sebaliknya, bercadang menamakan Tengku Razaleigh Hamzah daripada Umno untuk jawatan tertinggi itu.

Menyerang Hadi, Lim berkata usul PAS di muktamar baru-baru ini yang memutuskan hubungan dengan DAP adalah "kemuncak kepada segala kesabaran". – TMI

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=292002:krisis-pakatan-mungkin-lebih-awal-jika-ia-menang-pru13-kata-kit-siang&Itemid=2#ixzz3df0VoMCU
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter

IFTAR@KL tukar wajah Dataran Merdeka sempena Ramadan

Posted: 20 Jun 2015 09:00 AM PDT

Majlis berbuka puasa dan sembahyang terawih setiap hujung minggu akan diadakan di Dataran Merdeka dengan nama iftar@KL sebagai usaha mengimarahkan bulan puasa pada tahun ini. - Foto TRP/Daniel Chan

KUALA LUMPUR, 20 Jun:

Dataran Merdeka amat sinonim dengan acara sambutan kemerdekaan negara kerana setiap tahun majlis itu akan diadakan di lokasi paling ikonik di ibu negara ini.

Bersempena bulan Ramadan tahun ini, Dataran Merdeka akan bertukar wajah menjadi salah sebuah lokasi bukan sahaja untuk beriadah tetapi juga untuk berbuka puasa dan beribadah.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Phesal Talib berkata, majlis berbuka puasa dan sembahyang terawih setiap hujung minggu akan diadakan di Dataran Merdeka dengan nama iftar@KL sebagai usaha mengimarahkan bulan puasa pada tahun ini.
Pelajar-pelajar sekolah agama mengalunkan bacaan Al-Quran sementara menunggu waktu berbuka puasa – Foto TRP/Daniel Chan

"Selain mengadakan acara kebudayaan, pertunjukan dan sukan kita juga boleh menjadikan acara bersifat keagamaan sebagai salah satu daripada pengikat kepada kesefahaman yang menghubungkan masyarakat di bandaraya Kuala Lumpur,

"Saya memang bercita-cita untuk menjadikan Dataran Merdeka seperti yang dilaksanakan di Dataran Kuantan, Pahang iaitu padang-padang awam yang terdapat di tengah kota seperti majlis berbuka puasa yang sering dijadikan lokasi acara rasmi," katanya kepada pemberita selepas berbuka puasa bersama 500 warga kota di hadapan bangunan Sultan Abdul Samad sempena iftar@KL hari ini.

Pada tahun ini, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi penjenamaan baru kepada Festival Ramadan di Jalan Raja Dataran Merdeka dengan nama baru iaitu Iftar@KL 2015.

Warga kota menunggu waktu berbuka puasa di Dataran Merdeka. Padang bersejarah itu akan menjadi tempat berbuka puasa dan majlis agama ketika hujung minggu. – Foto TRP/Daniel Chan

Antara aktiviti yang diadakan seperti penyediaan dan agihan bubur lambuk, pameran pelancongan, pertandingan dan persembahan nasyid, tazkirah Ramadan, tadarus Al-Quran, majlis berbuka puasa diikuti solat maghrib berjemaah, soal jawab agama, solat Isyak dan terawih berjemaah, dikir zikir, ceramah dan malam kesenian Islam serta moreh

Program Iftar@KL 2015 juga mendapat kerjasama daripada syarikat korporat termasuklah Takaful Ikhlas, Yayasan Pemba­ngunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Nescafe (Nestle), Julie's, Adabi, Chriszen, Yeo's, F&N, Al Meswak Mu'min dan Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Wilayah Persekutuan.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/06/20/iftarkl-tukar-wajah-dataran-merdeka-sempena-ramadan/#ixzz3dc7G3s00

Mengapa umat Islam di seluruh dunia harus boikot semua hasil barangan dari tanah besar negeri Cina............?

Posted: 20 Jun 2015 12:30 AM PDT

Umat Islam terus tertindas di negara mana mereke hidup sabagai kaum manoriti.  Mereke di tindas serta di bunuh mengikut sesuka hati oleh orang kafir. Sekarang ini ianya sedang hangat berlaku di Myanmar dimana kaum Rokhinya Islam dibunuh dan di halau keluar berramai-ramai.

Mutakhir ni kedengaran pula penindasan umat Islam di negeri Cina. Mereka di larang sama sekali melakukan ibadah puasa, mereke juge dilarang beribadah di Masjid-masjid.

Atuk hairan juge mengapa umat Islam tidak mahu bersatu dan menentang perbuatan jahat oleh orang kafir ini. Sebenarnya jika umat Islam di seluruh dunia sanggup memboikot semua jenis barangan yang datang dari negeri Cina, atuk pasti bangsa kafir haramjadah ni tidak berani menindas umat Islam.

Malang nya, pusat tumpuan umat Islam seluruh dunia iaitu MEKAH sudah menjadi lambakan barang2 yang tidak bermutu dari negeri Cina. 

Jutaan umat Islam membeli barang2 dari negara Cina, sepatutnya barang2 dari negeri Cina diharamkan dipasarkan di mana2 Negara Islam. 

Ianya sangat perlu dilakukan untuk memberi pengajaran kepada orang kafir yang sentiase menindas umat Islam.


Mapim kecam China haram umat Islam puasa Ramadhan

MOHD AZMI ABDUL HAMID | 19 Jun 2015.

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mengecam sekeras-kerasnya tindakan kerajaan China yang telah mengisytiharkan pengumuman mengharamkan berpuasa pada bulan Ramadhan bagi kakitangan awam, pelajar dan guru di negeri Xinjiang iaitu negeri bahagiannya yang mempunyai populasi terbesar Muslim Uighur.

Keputusan itu samasekali tidak boleh diterima dan ia adalah suatu penindasan yang mesti dibantah bukan sahaja oleh setiap warga umat Islam, malah juga oleh komuniti dunia seluruhnya atas dasar hak dan kebebasan beragama.

Pengharaman itu dikuatkuasakan oleh kerajaan parti komunis China yang secara rasminya adalah kerajaan ateis yang mengarahkan semua restoran dibuka sepanjang Ramadhan seperti Notis yang dinaikmuat dalam sesawang Administrasi Makanan dan Ubatan China.

Dalam pengumuman yang dikeluarkan di daerah Bole dimaklumkan: "Dalam bulan Ramadhan dilarang berpuasa dan melakukan sebarang upacara agama".

Nampaknya setiap tahun pihak berkuasa China mengharamkan berpuasa dalam kalangan Muslim Uighur.

Akibatnya ketegangan etnik sering tercetus yang menyebabkan ratusan terbunuh dalam beberapa tahun yang lalu.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>