Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

$
0
0

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Perkosa budak, kelar leher, campak dalam api

Posted: 19 Jun 2015 09:00 AM PDT

ULUHAN ribu kanak-kanak dipaksa menjadi askar dalam perang saudara di Sudan Selatan. - Foto Child Rights Awareness Creation Organization
Juba (Sudan Selatan): Laporan siasatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan anggota kumpulan bersenjata dalam perang saudara di Sudan Selatan melakukan jenayah kejam terhadap kanak-kanak, termasuk memotong kemaluan, merogol dan mengikat mangsa beramai-ramai sebelum mengelar leher mereka.

Ketua agensi kanak-kanak PBB, Anthony Lake, berkata maklumat menyatakan budak lelaki dipotong kemaluan sebelum dibiarkan mati manakala budak perempuan semuda lapan tahun dirogol beramai-ramai sebelum dibunuh.

"Kanak-kanak diikat beramai-ramai dan leher mereka dikelar. Ada yang dicampak ke dalam bangunan yang sedang terbakar," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan minggu ini.

Puluhan ribu terbunuh dalam perang 18 bulan itu. Sekurang-kurangnya 129 kanak-kanak dibunuh bulan lalu di negeri Unity, medan pertempuran paling sengit.

Perang saudara di negara itu bermula pada Disember 2013 apabila Presiden Salva Kiir menuduh bekas timbalannya, Riek Machar merancang rampasan kuasa.

"Keganasan terhadap kanak-kanak di Sudan Selatan sudah mencapai tahap baru kekejaman. Ribuan kanak-kanak diculik dan dipaksa menjadi askar," katanya. - AFP

Diperkosa bergilir-gilir tiga rakan abang sendiri

Posted: 19 Jun 2015 06:03 AM PDT


Gambar hiasan
Nasib malang menimpa seorang remaja perempuan berusia 15 tahun apabila dia diperangkap tiga rakan abang kandungnya sebelum diperkosa beramai-ramai di sebuah hotel murah.

Dalam kejadian jam 10 malam kelmarin, suspek dikatakan menipu mangsa kononnya diarahkan bagi mengambil dan membawa mangsa untuk makan malam bersama.

Sumber polis berkata, mangsa yang tinggal di Flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang, Setapak, di sini, akur dengan arahan itu berikutan percaya ia atas permintaan abangnya.

SUMBER : HARIAN METRO

Dinoda setiap hari selama setahun oleh ayah kandung sendiri

Posted: 19 Jun 2015 01:01 AM PDT

HENDRI (depan) dibawa ke ibu pejabat polis Jakarta untuk disoal siasat.
Jakarta: Seorang lelaki di sini ditahan polis kerana disyaki merogol anak kandungnya sejak setahun lalu.

Jurucakap polis Jakarta, Putu Putera Sadana berkata, suspek yang dikenali sebagai Hendri turut mengancam anaknya jika mangsa melawan.

"Suspek ditahan selepas anaknya membuat laporan polis mendakwa dia dirogol ayahnya.

"Selepas soal siasat suspek mengaku merogol dan mencabul anaknya pada setiap hari sejak setahun lalu," katanya.

Ujarnya, gadis itu turut diancam tidak diberi makan atau dipukul sekiranya tidak melayan nafsu bapanya.

"Siasatan polis juga mendapati suspek bukan penagih dadah atau kaki botol dan dia melakukan tindakan terkutuk itu secara sedar," jelasnya.

Menurutnya, suspek kini ditahan polis untuk siasatan lanjut dan bakal didakwa atas tuduhan merogol.

"Gadis itu kami tempatkan di rumah perlindungan untuk sementara waktu," katanya. - Agensi

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/58680#sthash.fFiZyynz.dpuf

Duda celaka, duit kebas, 'body' diratah

Posted: 19 Jun 2015 12:01 AM PDT

AYU menunjukkan laporan dan mesej pesanan ringkas yang diterima.
Johor Bahru: Sudahlah maruah tergadai, wang pula digelapkan kekasih hati. Itu padah menimpa seorang wanita apabila dengan mudah mempercayai seorang duda yang baru dikenali menerusi laman sosial Tagged.

Wanita yang mahu dikenali sebagai Ayu, 38, berkata, dia bukan saja malu selepas maruahnya tergadai, malah bertambah sakit hati selepas wang pampasan diterima kerana berhenti kerja secara sukarela di sebuah kilang berjumlah kira-kira RM10,000 hangus di tangan lelaki berkenaan.

"Kalau ikutkan memang sakit hati dan sedih, tetapi apa boleh buat kerana saya tidak nampak permainannya sebab ketika itu saya sayangkannya kerana dia berjanji mahu menikahi saya.

"Dia sepatutnya berjumpa keluarga saya pada 25 Mei lalu, tetapi batang hidung pun langsung tidak nampak, saya memang menyesal," katanya ketika ditemui, semalam.

Menurutnya, selepas putus tunang tujuh tahun lalu dan tidak mempunyai kekasih sehingga hatinya kembali berbunga selepas mengenali duda dua anak itu pada penghujung tahun lalu.

- See more at: http://www2.hmetro.com.my/articles/Perkenalanbawakeranjang/Article#sthash.mtkQL7fL.dpuf

'Ketika lakukan seks, saya rasa kosong' - Mangsa dijual ibu sendiri

Posted: 18 Jun 2015 11:01 PM PDT

MIMPI ngeri Toha kini sudah berakhir. Dia memperoleh pendapatan stabil, menganyam gelang yang dijual di kedai di Amerika Syarikat sambil belajar untuk masa depan. Impiannya adalah ingin menjadi pekerja sosial, membantu kanak-kanak perempuan lain yang turut melalui pengalaman sama.
Apabila sebuah keluarga miskin di Kemboja gagal melunaskan hutang dengan ceti haram atau along, si ibu akan menyuruh anak perempuan termuda untuk bekerja, tetapi ia bukanlah kerja sembarangan.

Gadis bernama Kieu itu dibawa ke hospital dan diperiksa doktor yang mengeluarkan 'sijil keperawanan' sebelum dihantar kepada seorang lelaki di hotel yang memperkosanya selama dua hari.

Ketika itu, Kieu baru berusia 12 tahun.

"Saya tidak tahu apakah pekerjaan itu," kata Kieu, 14, yang kini tinggal di tempat yang selamat.

Selepas perawannya dijual, ibu Kieu membawanya ke rumah pelacuran yang mengurungnya seperti dalam penjara.

Kieu ditahan selama tiga hari, dirogol oleh tiga hingga enam orang sehari. Apabila dia pulang ke rumah, ibunya menghantar dia ke dua rumah pelacuran lain termasuk di sempadan Thai sejauh 400 kilometer.

Selepas mengetahui ibunya merancang menjualnya sekali lagi, dia nekad melarikan diri.

"Ia meremukkan hati apabila terpaksa jual anak perempuan saya, tetapi saya terpaksa," kata ibu Kieu, Neoung ketika ditemu bual CNN.
Neoung menyalahkan kemiskinan hingga terpaksa mengambil keputusan menjual anak perempuannya. Krisis kewangan mengheret Neoung kepada cengkaman pengedar
yang menjadikan kanak-kanak Kemboja mata pencarian.

"Disebabkan hutang, saya terpaksa menjual Kieu. Saya menyesal, tetapi kita tidak boleh kembali ke masa lalu," kata Neoung.

Penguatkuasaan undang-undang yang lemah, rasuah, kemiskinan dan kerapuhan institusi sosial menyebabkan sindiket pemerdagangan seks kanak-kanak di Kemboja berleluasa.

Tabung Darurat Kanak-Kanak Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) menganggarkan satu pertiga daripada 40,000 hingga 100,000 orang dalam industri seks adalah kanak-kanak.
IBU Toha, Ngao mengaku terpaksa menjual anak perempuan keduanya itu kepada pedagang seks untuk memenuhi keperluan kewangan keluarga. Dia mempunyai lapan anak.

Svay Pak (Suwaipak), sebuah kawasan melarat di pinggir ibu kota Phnom Penh, Kemboja juga menjadi pusat perdagangan eksploitasi ini.

Ia satu daripada kawasan perumahan yang dihuni penduduk antara termiskin di Asia - separuh penduduk memperoleh pendapatan RM7.41 sehari. Keadaan rumah dan bot yang hampir roboh menceritakan keadaan hidup mereka.

Neoung menjual anak gadisnya kepada lelaki Kemboja yang mempunyai tiga anak kerana perlu menyelesaikan hutang sebanyak RM1,851 meskipun pinjaman sebenar hanya RM740.

Neoung kemudian menghantar anak gadisnya ke rumah pelacuran lain untuk menambahkan pendapatan.

"Apabila pelanggan berada di sana, saya perlu memakai seluar pendek dan mendedahkan bahagian atas.

"Mereka gembira kerana dapat tidur bersama saya, tetapi saya rasa amat bersalah," kata Kieu yang mempunyai pelanggan yang meminati kanak-kanak untuk dijadikan teman seks.

Orang yang menyalahgunakan kanak-kanak Svay Pak itu termasuk pelancong seks pedofilia yang secara aktif melakukan hubungan seks dengan kanak-kanak yang meningkat naik.


KEBANYAKAN penduduk penternak ikan. Di bawah platform terbabit terletaknya sangkar ikan yang menjadi sumber pendapatan tunggal keluarga.

Perawan untuk dijual

Saudara Kieu bernama Sephak turut menjadi mangsa dan ketika berusia 13 tahun, dia dibawa ke hospital yang mengeluarkan perakuan daranya. Kemudian Sephak diserahkan kepada seorang lelaki China di bilik hotel Phnom Penh. Selepas tiga malam, dia pulang ke rumah dan ibunya dibayar RM2,963.
"Ketika melakukan hubungan seks, saya rasa kosong. Saya berasa sangat lemah dan ia amat sukar untuk dijelaskan. Saya terfikir mengapa saya lakukan perkara ini dan mengapa ibu sanggup melakukan sedemikian," katanya.

Tidak jauh dari rumah keluarga Sephak, terletak rumah perahu tempat Toha membesar.

Toha dijual ibunya untuk dijadikan hamba seks ketika berumur 14 tahun.

Kira-kira dua minggu selepas kembali ke Svay Pak, lelaki yang membeli daranya mahu berjumpanya semula. Ibu Toha memaksanya pergi sehingga Toha tertekan dan amat kecewa.

"Saya ke bilik air lalu saya hiris lengan. Saya cuba memotong pergelangan tangan kerana mahu membunuh diri," kata Toha anak kedua daripada lapan beradik yang berjaya diselamatkan kawannya.

Don Brewster, 59, penduduk Amerika Syarikat yang tinggal di Kemboja menganggap pemerdagangan seks kanak-kanak sukar dibendung.

"Saya tidak dapat membayangkan perasaan mempunyai ibu yang menjual anak mereka. Mereka sanggup menunggu dalam kereta untuk menerima wang hasil anaknya dirogol, sesuatu yang amat menjijikan," kata Brewster.

Brewster berpindah dari California ke Kemboja bersama isterinya, Bridget pada 2009 untuk misi penyiasatan ke Svay Pak bagi mendedahkan sindiket penyeludupan kanak-kanak di Asia Tenggara.

"Svay Pak dikenali di seluruh dunia sebagai lubuk pedofilia yang kemaruk untuk mendapatkan kanak-kanak perempuan," kata Brewster menerusi Misi Antarabangsa Agape (AIM), organisasi menjaga kanak-kanak semuda empat tahun yang diselamatkan daripada pemerdagangan dan menjalani pemulihan di rumah selamat itu.

"Sewaktu kami datang ke sini tiga tahun lalu, 100 peratus daripada kanak-kanak antara 8 hingga 12 tahun diperdagangkan," kata Brewster.

Industri seks tempatan turut 'menyapu' kanak-kanak dari kawasan kejiranan -dijual seperti Kieu oleh ibu bapa mereka. Kegiatan itu juga berlaku di kawasan luar bandar atau sempadan Vietnam.

"Kami tidak mempercayai perkara itu sehinggalah melihat sebuah van penuh dengan kanak-kanak," katanya.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/44493#foto

Lagi YB kantoi tonton video seks dalam parlimen

Posted: 18 Jun 2015 10:01 PM PDT

Hong Kong: Ketika dunia menunggu keputusan perbahasan mengenai usul pembaharuan pilihan raya Hong Kong, seorang anggota Parlimen dilihat langsung tidak memberi perhatian, sebaliknya menghabiskan masa menonton video seksi seorang wanita di atas meja snuker.

Anggota lain secara bergilir-gilir menyuarakan pendapat mereka mengenai usul itu, dari jam 11 pagi hingga 8 malam, kelmarin.

Bagaimanapun, Wong Ting-Kwong dirakam menonton video wanita seksi itu meniarap di atas meja snuker menerusi telefon bimbitnya.

Rakaman itu menunjukkan seorang wanita muda berposing dengan pelbagai gaya seksi di atas meja itu.

Wong dikatakan leka menonton video berjudul 'Sexy Pool Trick Shots in Germany' sehingga telefon bimbitnya kehabisan bateri dan terpaksa meminjam pengecas telefon bimbit daripada anggota Parlimen yang duduk di sebelahnya.

Ini bukan kali pertama Wong dirakam tidak memberi perhatian. Pada Mei 2012, dia menjadi tajuk utama akhbar apabila dirakam tidur ketika perbahasan.

Seorang lagi anggota Parlimen Albert Ho, turut dirakam membelek gambar seksi model Jepun dalam iPad miliknya ketika menghadiri persidangan tahun lalu. - Agensi

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/58755#sthash.xPCqIqiw.dpuf

‘Saya perlu lakukan ini.. Kamu merogol wanita kami...'

Posted: 18 Jun 2015 09:01 PM PDT

GAMBAR rakaman CCTV menunjukkan Dylann Roof memasuki gereja. - Foto AFP
Charleston (Carolina Selatan): Polis menyiarkan gambar lelaki berusia awal 20-an yang menembak mati sembilan orang dalam Gereja Emanuel AME di sini, pagi tadi.

FBI mengenal pasti lelaki itu sebagai Dylann Roof, 21, dari Columbia dan usaha memburunya masih dilakukan. Gambar rakaman CCTV itu menunjukkan dia memasuki gereja pada jam 8.16 malam waktu tempatan (pagi tadi waktu Malaysia).

Dalam temuramah dengan NBC, Sylvia Johnson, sepupu seorang mangsa Rev Clementa Pinckney berkata, dia difahamkan lelaki itu mahu bertemu paderi di gereja itu sebelum dia duduk di sebelah Pinckney iaitu paderi di gereja berkenaan.

GAMBAR fail Dylann Roof selepas ditahan kerana menceroboh pada 26 April lalu.

"Selepas tamat pelajaran kitab Injil, mereka terdengar bunyi bising dan ketika itu, suspek sudah mencederakan dua orang termasuk sepupu saya.

"Seorang mangsa lelaki yang terselamat berkata, penembak itu mengisi peluru lima kali dan anak lelaki mangsa cuba memujuknya supaya berhenti tetapi dia berkata 'Saya perlu lakukan ini.. Kamu merogol wanita kami mengambil alih negara kami'" katanya.

Bakal isteri 'diratah' 30 minit dalam tandas stesen minyak

Posted: 18 Jun 2015 06:01 PM PDT

Gambar hiasan
Kisah ini, mungkin ada yang sudah pernah baca. Walaupun begitu, wajar dijadikan sebagai pengajaran dan peringatan kepada kaum wanita agar lebih berhati-hati apabila menggunakan tandas di luar sana.

Kepada semua wanita-wanita terutamanya yang selalu berhenti dan pergi ke tandas di mana-mana stesen petrol. Kejadian ini betul-betul berlaku pada seorang kenalan saya sendiri.

Seorang perempuan dan teman lelakinya (bakal suami yang mana akan berkahwin tak lama lagi) berhenti di sebuah stesen petrol atas sebab si perempuan ini nak pergi ke tandas.

Kalau kita perasan di stesen petrol contohnya Petronas, ada tandas yang di dalam kedai Mesra itu sendiri. Namun, ada juga tandas yang diluar sikit sebelah dengan kedai Mesra serta tandas di bahagian belakang, jauh sedikit dari kedai Mesra.

Si perempuan itu tadi pergi ke tandas yang berada di belakang itu berseorangan pada waktu malam. Sementara teman lelaki hanya menunggu di dalam kereta.

Namun, selepas 30 minit berlalu, perempuan itu tadi masih tidak muncul menyebabkan lelaki itu nekad untuk pergi mencari kekasihnya yang menggunakan tandas di bahagian belakang tadi.

Alangkah terkejutnya dia apabila menemui gadis itu dalam keadaan pengsan dan tidak berpakaian yang dipercayai telah dir0g0l. Sedih, tetapi itulah yang terjadi.

Menurut gadis itu, ada seseorang yang telah menariknya ketika dia masuk ke tandas berkenaan. Suspek menutup mulutnya serta mengunci pintu tandas dan dir0gol secara ganas.

Mangsa tidak dapat mengenal pasti ciri-ciri suspek namun apa yang pasti suspek berkulit hitam dan dipercayai 'negro'.

Kasihan sangat-sangat. Sudahlah mangsa bakal berkahwin tidak lama lagi dan kini berada dalam keadaan yang sangat trauma dan tertekan.

Kepada kaum wanita yang membaca kisah ini, tolong jangan pergi ke tandas seorang-seorang terutamanya tandas di bahagian belakang walaupun siang atau malam. Kalau boleh, ajak kawan, suami, adik, untuk temankan sungguhpun rasa tak macho tunggu depan tandas tetapi keselamatan perlu diutamakan.

Perkara ini boleh terjadi pada sesiapa saja tanpa mengira mangsa bertudung ke, free hair ke. Tetapi dalam kes ini, mangsa bertudung.

SUMBER - THEHYPEMEDIA.COM

Bonus penjawat awam RM500, kenapa pekerja swasta meroyan?

Posted: 18 Jun 2015 05:15 PM PDT

PUTRAJAYA - Susulan pengumuman pembayaran Bantuan Khas Kewangan RM500 untuk penjawat awam, ramai kakitangan sektor swasta meluahkan rasa tidak puas hati mereka di laman sosial.

"Kakitangan Awam dengan Kakitangan MAS dua kali lima sama saja. Terlampau banyak tetapi kerja tak ada. Lambakan mereka itu sebab kerajaan mahukan undi sahaja,"

"Since everybody is paying for GST, so government should not use that money for only penjawat awam la kan. Instead, duit itu digunakan untuk pembangunan infrastruktur dan sebagainya that can benefit the whole rakyat,"

Inilah yang seringkali terjadi apabila penjawat awam diberikan bonus yang tidak seberapa dan boleh dikatakan hampir setiap tahun diberikan jumlah yang sama. Namun masih juga menimbulkan rasa tidak puas hati kakitangan sektor swasta.

Tampil seorang individu yang juga seorang penjawat awam meluahkan rasa kecewanya terhadap tanggapan negatif kakitangan sektor swasta itu.

"Aku anggap Bantuan Khas Kewangan RM500 yang diumumkan Najib semalam, adalah rezeki masing-masing. Soal sikap malas dan sebagainya, itu adalah masalah peribadi seseorang orang. Kerjalah di mana-mana pun, kalau dah malas, malas juga jawabnya. Jadi, tidak adillah kalau nak kata semua penjawat awam seperti itu.

"RM500, nak kata kami minta, kami tak minta. Malah, kadang-kadang kami sebagai penjawat awam pun malu apabila CUEPACS asyik meminta-minta secara melampau. Tindakan mereka itu seperti tidak tahu bahawa negara sedang dilanda masalah, tambahan ekonomi pula merundum walaupun suratkhabar/portal berita mengatakan ekonomi stabil.

"Tetapi, kami dapat RM500 ini pun sudah sangat bersyukur. Lepaslah nak beri sedikit kepada ibu ayah, anak-anak saudara dan anak-anak sendiri atau barangkali untuk orang yang lebih memerlukan.

"Elaun Imbuhan Tetap Perumahan dari RM180 ke RM300, hanya naik RM120 sahaja. Bila tinggal di kuarters kerajaan, elaun itu semua ditolak. Perlaksanaannya pula bermula 1 November 2015. 25% daripada elaun yang diberikan, bermakna sesiapa yang tinggal di kuarters akan dapat RM75 daripada RM300. Selain itu, Elaun COLA (Sara Hidup RM300) akan ditolak separuh apabila tinggal di kuarters kerajaan.

"Kalau kita kira kadar lama, RM180 + RM150 = RM330 dipotong dari elaun jika tinggal di kuarters kerajaan. Kadar terbaru bermula November 2015 pula RM225 + RM150 = RM375 dipotong dari elaun jika duduk di kuarters.

"Bagi mereka yang ada rumah sendiri, akan dapat penuh elaun tersebut. Untuk yang duduk di kuarters, lebih jimat sebab dengan kadar penolakan sebanyak itu, lebih murah jika dibandingkan dengan kadar sewa di luar.

"Tetapi ingat, tidak semua penjawat awam yang layak tinggal di kuarters dan juga tidak semua orang mampu beli/memiliki rumah sendiri. Tahap kemampuan itu kena tengok / ukur kemampuan sendiri. Barangkali boros, barangkali komitment tinggi, ramai anak, duduk di bandar besar dan macam-macam faktor. Semuanya di atas sikap dan keperluan masing-masing. Itu sendiri yang menentukan perancangan kewangan sendiri.

"Mana-mana yang lebih itu, aku anggap sebagai rezeki untuk aku, anak dan barangkali juga sebenarnya ia telah ditentukan untuk orang lain. Jangan ingat bila kita dapat lebih, ia hak kita 100%.

"Suami aku kerja swasta, gaji pun lebih kurang aku. Bonus pun tak tentu, ada, ada, tiada, tiadalah. Semua kami anggap rezeki. Tak pernah meroyan dan juga tidak pernah meminta. Bekerja ikhlas kerana Tuhan, inshaAllah Tuhan akan berikan kita ganjaran.

"Kadang-kadang rezeki itu bukan untuk kita seorang. Kadang-kadang rezeki itu untuk ramai. Kadang-kadang ujian Tuhan bukan dengan kesusahan saja tetapi juga dengan kesenangan.Dia cuma nak tengok seteguh mana keimanan kita dalam hal kerja pun, kerajaan ke, swasta ke. Kalau kita ikhlaskan diri kita bekerja, inshaAllah semuanya dipermudahkan," katanya.

SUMBER - THEHYPEMEDIA.COM

Mahfuz beri kata dua kepada Azmin

Posted: 18 Jun 2015 05:01 PM PDT

KUALA LUMPUR :Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor menjadi jalan terakhir bagi mengatasi kemelut politik di Selangor.

Kata dua itu diberikan bekas Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar kepada Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

Katanya, jika enggan membubarkan DUN, dia perlu memilih rakan sama ada daripada Pas atau DAP bagi mentadbir negeri itu.

"Mahu tidak mahu Menteri Besar Selangor harus membuat pendirian sama ada memilih salah satu daripada parti (Pas atau DAP) untuk menjadi rakan dalam pentadbiran Negeri Selangor.

"Kalau PKR memilih DAP, maka Pas harus berundur.. kalau PKR memilih Pas, maka DAP harus berundur. Yang berundur bukan bermakna dia tidak menyokong kerajaan, dia boleh jadi parti mesra kerajaan," katanya ketika ditemui di Lobi Parlimen pada Khamis.

Beliau berkata, kedua-dua parti seharusnya menerima keputusan sekiranya PKR memilih salah satu daripada parti itu.

DUN Selangor mempunyai 56 kerusi di mana PKR hanya mempunyai 13 kerusi, manakala PAS dan DAP masing-masing 15 kerusi, UMNO 12 kerusi dan satu kerusi bebas.

FMT

Ahli Pas di Pulau Pinang perlu letak jawatan demi maruah parti

Posted: 18 Jun 2015 04:45 PM PDT

PETALING JAYA: Semua wakil Pas yang memegang jawatan dalam Kerajaan Pulau Pinang perlu meletak jawatan bagi menjaga nama baik parti.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, ahli Pas perlu akur dengan arahan Ketua Menteri, Lim Guan Eng, selaku ketua kerajaan negeri Pulau Pinang.

"Adalah perlu bezakan struktur organisasi Pakatan Rakyat (PR) dan kerajaan Negeri. Dalam struktur kerajaan Negeri, Ketua Menteri adalah ketuanya.

"Apabila Ketua Menteri menasihati semua ahli Pas untuk meletak jawatan dari kerajaan Negeri, kerana telah memutuskan hubungan dan kerjasama dengan DAP, ia perlu diterima sebagai arahan ketua kerajaan Negeri," tulis Khalid di blognya.

Katanya, keadaan itu sama dengan tindakan Tan Sri Khalid Ibrahim memecat EXCO Pas dan DAP kerana tidak lagi menyokongnya sebagai Menteri Besar ketika itu.

"Sepertimana tindakan Khalid diterima sebagai sesuatu yang dilakukan mengikut bidang kuasanya, maka begitu juga dengan tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang.

"Beliau boleh memecat semua kalau diinginkannya tetapi memberi peluang untuk yang terlibat meletak jawatan. Itu adalah lebih bermaruah," katanya.

Dia berkata, tindakan Mohamad Sabu dan Datuk Dr Mujahid Rawa meletak jawatan adalah tindakan bermaruah dan ahli Pas lain perlu mencontohinya.

FMT

Pakatan hanya pengsan - Mustafa Ali

Posted: 18 Jun 2015 04:31 PM PDT

Pengarah pilihan raya PAS, Datuk Mustafa Ali berkata beliau percaya bahawa masalah yang melumpuhkan Pakatan Rakyat pada masa kini hanyalah untuk tempoh sementara.

Laporan The Star Online menyebut, beliau berkata PAS juga akan terus bersama PKR untuk meneruskan kerjasama dalam Pakatan.

"Pakatan tidak mati, hanya pengsan," katanya seperti dipetik dalam laporan porttal itu.

Tambahnya, masalah yang timbul pada masa ini hanya berpunca dari tindakan DAP meninggalkan Pakatan.

Langkah itu sama seperti yang dilakukan DAP pada 2001 apabila parti itu meninggalkan Barisan Alternatif.

"DAP yang memutuskan untuk meninggalkan Pakatan, bukan PAS atau PKR," kata Mustafa lagi.

Tak boleh bergerak sendiri

Sementara itu, Bernama melaporkan Mustafa Mustafa berpendapat PAS tidak boleh bergerak sendirian untuk merealisasikan hasrat menumbangkan kerajaan BN.

"Begitupun bagi sayalah bersendirian atas parti ini bukanlah satu-satunya pilihan terbaik... bukannya tidak boleh, cuma bukanlah yang terbaik," beliau dipetik sebagai berkata.

Bercakap kepada pemberita di pejabat PAS Terengganu hari ini, Mustafa berkata berkata muafakat bersama gabungan pembangkang yang dibina bekas mursyidul am PAS allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan bekas presiden Allahyarham Datuk Fadzil Noor tidak wajar dimusnahkan.

Beliau yang kini dilantik pengarah pilihan raya Pusat PAS berkata tiada parti boleh memerintah sendirian walaupunUmno.

Sementara itu, ditanya berhubung ancaman pembentukan sebuah parti baharu oleh anggota PAS yang kalah pemilihan, Mustafa mengakui ia sedikit sebanyak bakal memberi kesan parti itu.

"Kalau betul parti baharu itu akan ditubuhkan, ia sedikit sebanyak memang ada kesan. Kita tidak boleh kata 'tiada kesan langsung'. Cumanya sejauh mana kesan itu, ia perlu ditengok," beliau dipetik sebagai berkata.

Semalam, bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berserta beberapa bekas anggota jawatankuasa (AJK) parti itu ditemui media pada majlis 'Jasamu Dikenang' di Bakri, Muar tidak menolak kemungkinan membentuk sebuah parti baharu bagi meneruskan perjuangan politik mereka.

Antara yang hadir pada majlis itu termasuk bekas Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub serta bekas-bekas AJK PAS Khalid Samad, Dr Dzulkefly Ahmad, Datuk Hatta Ramli, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, bekas Pesuruhjaya PAS Kedah, anggota Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar, anggota Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud serta bekas Pesuruhjaya PAS Johor Aminolhuda Hassan turut hadir.

Kesemuanya bekas pemimpin PAS yang hadir itu pada majlis itu gagal mempertahankan jawatan masing-masing dalam Muktamar Tahunan Pas ke-61 di Kuala Selangor awal bulan ini.

'Dr M takut, maki saya kucing kurap' - Chegubard

Posted: 18 Jun 2015 04:15 PM PDT

Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin berkata Tun Mahathir Mohamad menggelarnya "kucing kurap" kerana takut dengan kritikan pada bekas perdana menteri itu.

Badrul atau lebih dikenali sebagai Chegubard berkata kenyataan Mahathir di depan sekumpulan "kaki sorak dan ampu"semalam hanya memalukan dirinya sendiri.

"Semua orang tahu semalam Tun M telah buat perjumpaan dengan NGO seramai 50 orang yang memang kaki sorak, kaki ampu dan dah kenyang dengan dia (Mahathir).

"Dia hina saya adakah saya rasa terhina. Saya tidak rasa terhina.

"Sebagai negarawan umur 90 tahun dia panik, dia tertekan dengan kempen kami. Dia terpaksa gunakan bahasa kesat panggil orang kucing kurap depan media, depan orang ramai.

"Maknanya Dr Mahathir menghina diri dia dan memalukan diri dia sendiri," kata anggota PKR yang digantung keahlian itu dalam sidang media di Petaling Jaya.

Mahathir semalam menggelar Badrul kucing kurap apabila mengulas pertanyaan peserta yang membangkitkan soalan sama ada beliau bersedia menerima undangan sebuah lagi program dialog 'Nothing2Hide' anjuran SAMM.

Sementara itu, Badrul turut mengumumkan penerbitan sebuah buku bertajuk "Wajah Sebenar Mahathir" yang memuatkan dakwaan salah laku Mahathir selama 22 tahun menjadi perdana menteri.

Badrul berkata buku itu dicetak sebanyak 40,000 salinan dan telah diedarkan sebanyak 10,000 naskah.

Katanya, buku itu akan diedarkan ke seluruh Malaysia, terutamanya kepada penjawat awam.

Jelasnya, penerbitan buku itu sebahagian dari kempen "Sudahlah Mahathir" yang dilakukan sejak dua minggu lalu.

Badrul ketika ditanya tujuan sebenar menyerang Mahathir ketika orang ramai sedang mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, menjawab:

"Sebab Najib sudah ramai orang serang. (Saya hendak) bagi tahu rakyat Malaysia, Mahathir bukan hero," katanya.

Setelah DAP dipersetankan di muktamar PAS

Posted: 18 Jun 2015 04:01 PM PDT

Nampaknya ramai yang kecewa dengan kematian Pakatan Rakyat.

Namun ini bukan alasan untuk merasa sedih dan kecewa di saat sepatutnya wujud ketetapan yang lebih kuat serta komitmen untuk terus memburu Impian Malaysia yang inklusif ke arah perpaduan, keadilan, maruah dan kemakmuran buat semua rakyat Malaysia menjelang pilihan raya umum ke-14.

Meskipun perjuangan politik tujuh tahun Pakatan berakhir ekoran pelanggaran serius terhadap dasar bersama Pakatan oleh PAS, kita percaya bahawa impian dan visi ke arah Malaysia baru yang memiliki perpaduan nasional harus menjadi objektif utama.

Begitu juga dengan persefahaman antara kaum dan agama, rasa hormat, keadilan, akauntabiliti, urus tadbir yang baik, menamatkan rasuah dan salah guna kuasa, memelihara maruah, mempunyai sistem pendidikan, kesihatan, perumahan, pengangkutan yang baik serta persekitaran selamat.

Atas tujuan ini, DAP akan bekerjasama dengan parti-parti dan kuasa-kuasa politik yang sependapat, demi muafakat politik baru yang komited terhadap prinsip tersebut dan wawasan Impian Malaysia.

Kami di DAP tidak akan bekerjasama dengan pimpinan PAS yang telah mencabul dasar bersama Pakatan, tetapi bersedia bekerjasama dengan kuasa-kuasa politik dan rakyat Malaysia yang komited terhadap dasar itu.

Ini termasuklah ahli-ahli PAS di pelbagai peringkat yang tidak menolak dan mengabaikan dasar bersama tersebut.

Dipersetan di muktamar

DAP tidak ada masa untuk sandiwara politik seperti usul muktamar PAS yang memutuskan kerjasama dengan DAP dan seruan Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mahfodz Mohamad yang meminta Majlis Syura bertemu segera bagi membincangkannya.

Sedangkan, pada masa ini, Majlis Syura masih belum dibentuk!

Datuk Haron Din sendiri berkata selepas muktamar beliau bukan lagi Mursyidul Am PAS sehinggalah majlis syura dibentuk semula.

Munculnya rang undang-undang persendirian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkenaan pelaksanaan hudud dalam aturan mesyuarat Parlimen sepanjang dua hari lalu, yang berakhir hari ini adalah isyarat kepada dua perkara:

(1) Hadi diberikan imbalan atas perubahan pendirian politiknya, di mana Umno dibahasakan dengan cara terhormat, manakala DAP dipersetankan di muktamar PAS.

(2) Hadi sudah dipermainkan Umno yang tidak mempunyai niat mahupun kemampuan untuk memberikan sokongan di peringkat nasional mahupun di Parlimen untuk melaksanakan hudud.

Ia akan secara langsung menimbulkan kemarahan 48 ahli parlimen BN di Sabah dan Sarawak, mencetuskan bukan sahaja risiko bagi survival Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri tetapi juga survival dan perpaduan Malaysia.

LIM KIT SIANG ketua Parlimen DAP merangkap ahli parlimen Gelang Patah.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>