Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

$
0
0

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Sembang lucah remaja kini, 'Umi nak berapa jari dalam umi punya?'

Posted: 15 Jun 2015 04:00 PM PDT

Demikian pertanyaan seorang remaja lelaki pada teman wanitanya yang bakal menyambut ulangtahun hari kelahirannya tidak lama lagi.

Jika di zaman sekolah dahulu, paling-paling pun si boyfriend/girlfriend hanya mampu memberi sepapan coklat murahan PPRT.

Mana tidaknya, perbelanjaan sekolah pun masih ditanggung oleh ibu bapa. Nak belikan hadiah untuk kekasih? Alamatnya jangan haraplah.

Namun, remaja hari ini semakin ekstrim. Tak dapat memberikan sepapan coklat, mereka tawarkan pula dengan 'jari'. Tak cukup dua jari, ditanya pula berapa jari yang dimahukan.

"Umi nak hadiah apa (untuk) birthday nanti? Dua jari ke tiga jari ke empat jari?," ujar si papa dalam keadaan berseloroh.

Tanpa mengambil masa yang lama, si gadis itu seraya menjawab, "10 boleh? Tak nak 10," gurau si teman wanita yang kami jangkakan dia tidak mempunyai ketetapan dalam membuat keputusan.

"Baba okay je. Umi boleh (tahan) ke?" tanyanya lagi.

"Ummm.. ummm.. heee. tak mahu. Koyak hahaha" balas si gadis itu.

Whoa! Perbualan ini tersangat-sangat melampaui batasan. Inilah antara sebabnya ibu bapa tidak digalakkan memberi smartphone kepada anak-anak sehinggalah mereka matang dan tahu memanfaatkan penggunaan smarpthone.
-
 SUMBER: THEHYPEMEDIA.COM

Rahim Sepahtu meninggal dunia?

Posted: 15 Jun 2015 05:01 AM PDT

Hanya masuk hospital kerana sukar bernafas (berpunca daripada gastrik), khabar angin mengenai Rahim Sepahtu meninggal dunia cepat tersebar dan empunya diri ketika dihubungi Astro Gempak menafikan perkara tersebut.

"Sebenarnya ia tidak begitu serius cuma sewaktu selesai mengadakan persembahan saya mengalami masalah sukar untuk bernafas akibat daripada komplikasi yang berpunca dari gastrik. Selepas melihat keadaan saya begitu, mereka segera menghantar saya ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut"

"Alhamdulillah, panjanglah umur saya. Kepada mereka yang menyebarkan berita palsu dan tidak benar tentang keadaan saya itu, hentikanlah kerana ia akan menyebabkan keadaan jadi huru-hara"

"Kepada rakan-rakan yang telah membantu saya pada hari kejadian terutama Jep dan Shuib, pertolongan mereka tidak terluah dengan kata-kata," katanya yang turut manfikan dakwaan mengatakan dia dikejarkan ke hospital kerana masalah jantung.

Selain itu, Rahim juga menyatakan dia pernah berhadapan dengan kejadian serupa ketika sedang menjalani penggambaran tidak lama dahulu. Apa pun, semoga Rahim dapat berpuasa penuh dan tidak diserang gastrik ketika berpuasa nanti. (rtky/s)

Remaja jual foto bogel untuk 'top-up' kredit telefon

Posted: 15 Jun 2015 03:37 AM PDT

Seorang gadis berusia 23 tahun sanggup tawar ratusan gambar bogelnya kepada sesiapa sahaja yang sedia membayar kredit top up telefon bimbitnya. Dia yang mengaku lesbian bagaimanapun dakwa tiada nafsu terhadap lelaki.

'Tudung tu bukak, haramjadah!'

Posted: 15 Jun 2015 01:01 AM PDT

Video seorang lelaki yang dipercayai 'pondan' memaki hamun ibu dan anak perempuannya, tersebar di laman sosial lewat malam tadi.

Tidak diketahui apa punca sebenar kejadian, namun menurut lelaki itu, ibu dan anak perempuannya 'mengumpat' mengenainya.
Pondan maki orang
"Inilah P*********K yang mengata aku. Ada hati nak mengata aku yang cantiq jelita ini," More: #mediavids
Posted by My Media Hub on Sunday, 14 June 2015

"Inilah pu-ki-mak yang pakai tudung hitam dengan baju pink ini. Ada hati nak mengata aku? Nanti aku masukkan dalam Facebook. Dahlah tak cantik, buruk. Nanti kau!

"Ha, tengok baju pink ni berjalan. Dahlah tak cantik. Ha tu, mak dia baju hitam. Ha, ni ni ni, dahlah kontot, buruk!

"Ha, baju putih ni, belang-belang serba hitam putih ini. Baju pink ni, ada hati nak mengata aku yang cantik jelita ini?

"Tudung tu bukak! Haramjadah!," katanya dengan nada yang nyata amat berang dengan kedua-dua wanita itu.

Bagaimanapun, kedua-dua wanita yang 'diserangnya' itu tidak memberikan sebarang reaksi, sebaliknya mereka terus menjamu selera di premis itu.

Menurut netizen, berkemungkinan dua wanita itu telah menganggunya sebelum video ini dirakam.

"Mesti ada sebab tu. I know la diorang ni. Kalau tak ada orang kacau life diorang, diorang takkan kacau life orang lain. Kadang-kadang mulut perempuan sekarang ini lagi longkang dari mulut pondan-pondan tu. I know la," kata Siti Rohana Mohd Apandi.

Jika benar begitu, tidak wajar lelaki terlebih hormon wanita ini melemparkan kata-kata sebegini dan memuat naik di laman sosial bagi mengaibkan mereka.

Sumber- THEHYPEMEDIA.COM

Orang Kata Muka Zuraida Macam Hantu – Bung Mokhtar

Posted: 15 Jun 2015 12:30 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Raden sekali lagi mencetuskan kontroversi dengan kenyataan seksi di Parlimen.

Kali ini, Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamarudin menjadi 'mangsanya'.

Dalam persidangan Parlimen pada Isnin, Bung berkata, wajah Zuraida menyerupai hantu, seperti yang didakwa di laman sosial.

"Ada orang cakap di laman sosial wajah Zuraida macam 'mak lampir'," katanya ketika berhujah mempertahankan teguran yang dibuat terhadap Zuraida pada 9 Jun lalu.

Dalam sidang Parlimen 9 Jun lalu, Bung menegur Zuraida kerana dikatakan membuat ucapan yang terlalu ganas.

"Saya bimbang, saya tengok laki dia di rumah takut macam ini keadaan", kata Bung.

Mempertahankan kenyataan itu, Bung berkata, dia ikhlas menegur kerana kesian terhadap suami Zuraida yang menderita dengan perangai Ahli Parlimen Ampang itu.

"Saya ikhlas menegur, kerana lelaki dia menderita perangai dia macam tu," katanya.

Zuraida dalam sidang akhbarnya berkata, dia kesal dengan ucapan Bung itu yang menyalahi peraturan Dewan.

"Tindakan yang Ahli Parlimen Kinabatangan telah menyalahi peraturan mesyuarat Dewan Rakyat 37(4) kerana telah menyentuh peribadi dan mengeluarkan kenyataan bersifat seksis," katanya.

Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching pula menyindir Bung dan menyatakan simpati terhadap isteri Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) itu kerana memiliki suami yang tidak prihatin terhadap wanita.

Bagaimanapun, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee melepaskan Bung dari tindakan tatatertib kerana tujuannya hanya sebagai teguran.




- FMT


Mat Sabu, Mahfuz digugurkan Pesuruhjaya negeri

Posted: 14 Jun 2015 08:55 PM PDT

UALA LUMPUR 14 Jun - sebanyak enam pertukaran berlaku dalam senarai Pesuruhjaya Pas negeri-negeri yang baharu termasuk bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu digugurkan daripada menjadi Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang.

Turut digugurkan ada­lah Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang sebelum ini merupakan Pesuruhjaya Pas Kedah, Mohamad Taufek Abd. Ghani (Ne­geri Sembilan), Adly Zahari (Melaka) dan Aminolhuda Hassan (Johor)
Kedudukan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai Pesuruhjaya Pas Pahang digantikan oleh Rosli Jabar, manakala Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr. Mahfodz Mohamad dilantik untuk kembali menjadi Pesuruhjaya Pas Johor.

Muka-muka baharu lain yang dilantik adalah Pesuruhjaya negeri Pulau Pinang, Mohd. Fauzi Yusof, Datuk Ir. Amirudin Hamzah (Kedah), Mustafa Daharun (Negeri Sembilan) dan Kamarudin Sidek (Melaka).

Senarai baharu Pesuruhjaya Ne­geri-negeri sesi 2015-2017 itu telah dimuat naik dalam satu kenyataan dalam laman Facebook milik Presi­den Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Pas telah selesai melantik Pesuruhjaya Negeri-negeri sesi 2015-2017 dalam mesyuarat pertama parti itu baru-baru ini.
"Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Presiden Pas melalui Setiausaha Politiknya, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, pelantikan itu membabitkan kesemua negeri," katanya kenyataan ber­kenaan.

Bagi jawatan Pesuruhjaya negeri lain-lain, kedudukan penyandang adalah kekal termasuk Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad.

Muktamar Tahunan Pas Ke-61 di Kuala Selangor baru-baru ini disifatkan sebagai pertembungan golongan proulama dengan golongan profesional yang mana akhir­nya menyaksikan go­lo­ngan proulama berjaya menguasai jawatan pen­ting dalam parti itu.

Antara yang tewas dalam pemilihan parti Pas adalah Mohamad atau Mat Sabu yang gagal mempertahankan jawatannya sebagai Timbalan Presiden dan Mahfuz yang gagal dalam percubaannya untuk menjadi Naib Pre­siden.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/mat-sabu-mahfuz-digugurkan-pesuruhjaya-negeri-1.103138#sthash.nRlPhz4m.dpuf

Bekas suami gila seks

Posted: 14 Jun 2015 07:11 PM PDT

Johor Bahru: Hidup seorang janda anak lima kian tertekan apabila kerap diganggu bekas suaminya yang gila talak yang gemar menghantar SMS berbaur ugutan serta memukulnya.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ayu, 42, diceraikan talak satu oleh bekas suami awal tahun ini selepas mereka berkahwin pada tahun 1997.

Wanita itu yang mempunyai lima anak berusia antara lapan hingga 18 tahun mendakwa diceraikan bekas suami yang memberitahu sudah menjalin hubungan dengan wanita lain.

"Selepas diceraikan, saya dan anak-anak memulakan kehidupan baru dengan menyewa sebuah rumah teres setingkat di Kulaijaya, di sini.

"Bekas suami tidak pernah memberikan nafkah kepada anak-anak sejak berpisah. Bagaimanapun dia muncul semula dan sering mengganggu saya dengan menghantar mesej berbaur lucah selain ugutan," katanya.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/57829?m=1#sthash.pRsBdGI3.dpuf

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>