Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

$
0
0

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Pemain T-Team meninggal dunia, rebah dalam padang

Posted: 13 Jun 2015 09:06 AM PDT

PEMAIN import T-Team, Faramola David Aniya meninggal dunia ketika beraksi pada perlawanan persahabatan menentang Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV, malam ini.

Aniya tiba-tiba rebah di atas padang ketika permainan baharu memasuki minit ketiga dan dihantar serta-merta oleh pasukan paramedik ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Ketua Pegawai Operasi T-Team, Mohd Syahrizan Mohd Zain berkata, pemain import Nigeria disahkan meninggal setelah mendapat rawatan kecemasan di hospital berkenaan.

Menurutnya, pihak pengurusan T-Team terkejut dengan kematian David Aniya memandangkan pemain berada dalam keadaan sihat meskipun memakai topeng pada perlawanan itu.

"Kami menerima berita kematiannya pada jam 10.05 malam daripada penolong jurulatih, Azhari Salim yang mengiringi pemain berkenaan ke hospital.

"Ini merupakan perlawanan persahabatan pertama untuk pasukan T-Team dan doktor juga memberi kebenaran kepada Aniya bermain walaupun dia sudah menjalani pembedahan pipi dua kali sebelum ini," katanya kepada pemberita di Kota Bharu.

Tambahnya, David Aniya merupakan seorang pemain yang bagus dan mempunyai karakter sebagai pembimbing kepada rakan-rakan sepasukannya.

"Dia dikatakan mempunyai masalah komplikasi jantung namun kita tak boleh sahkan lagi sehingga bedah siasat dilakukan," katanya.

Pengadil perlawanan, Ku Alauddin Ku Mohamad menghentikan permainan pada minit ke-60 selepas mendapat berita kematian pemain tersebut.

Sementara itu, Timbalan Ketua polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Setapa Yusoff mengesahkan menerima laporan kejadian.

Atas nama cinta, remaja tergamak seks dalam kandang lembu

Posted: 13 Jun 2015 01:00 AM PDT

Sekadar gambar hiasan
Atas dasar cinta dan kepercayaan sepenuhnya diberikan seorang remaja perempuan membawa padah apabila dia dirogol teman lelakinya di sebuah kandang lembu di Batu 14 di sini, sebelum diselamatkan Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, mangsa melarikan diri daripada rumahnya di Kepong, Kuala Lumpur pada 25 April lalu dan tidak pulang ke rumah dipercayai tinggal bersama teman lelakinya.

Menurutnya, bapa mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Kepong kerana bimbangkan keselamatan anaknya itu.

"Pada Isnin lalu, bapa mangsa mendapat maklumat anaknya berada di Batu 14, Subang sebelum menghubungi pegawai polis untuk tindakan lanjut," katanya ketika ditemui, semalam.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/57252#sthash.3QsOjgcx.dpuf

'Nampak lurah kemaluan bising, tonton drama peluk-peluk, diam pula' - Dr. Mariani

Posted: 12 Jun 2015 10:26 PM PDT

KUALA LUMPUR: Pakar Psikologi di Jabatan Psikologi Perkembangan Pendidikan dan Kaunseling Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Dr. Mariani Mohd. Nor, meminta orang ramai supaya bersikap adil terhadap gimnas negara, Farah Ann Abdul Hadi yang telah dikritik hebat gara-gara memakai pakaian yang menampakkan lurah kemaluannya.

Memetik laporan Astro Awani, Farah semalam menerima kritikan dilaman sosial selepas gambarnya dimuat naik oleh Facebook sebuah stesen tv selepas memenangi pingat emas selepas Sukan SEA di Singapura.

"Sifat menghentam dan suka melihat keburukan orang lain dilihat satu fenomena biasa yang berniat sengaja untuk tujuan sensasi."

"Selalunya ini memang biasa bagi sifat manusia. Kita tidak nampak kebaikan namun nampak keburukan, rakyat kita memang bising bila ada aksi atau gambar yang menunjukkan lurah faraj, tetapi diam sahaja bila tengok drama atau filem yang melakonkan aksi peluk-peluk. Tetapi realitinya memang kita tahu keadaan berpakaian begitu memang haram.

"Namun apa beza apabila melihat lelaki dan perempuan berpelukan? Adakah itu tidak disensasikan juga, kalau kita lihat drama atau filem, ini memang berlaku dalam apa yang kita tonton seharian.

"Contohnya suami isteri yang berlakon berpelukan sehingga ada babak di ranjang, mengapa itu tidak disensasikan juga? Aksi gimnas itu mungkin tidak disengajakan atau memang rakyat sengaja mencari isu sensasi, itu hakikatnya," katanya.


Dr. Mariani juga turut mengulas sikap pengguna media sosial yang mengkritik gimnas negara berusia 21 tahun itu kerana perasaan marah mereka di media sosial akan lebih memburukkan lagi keadaan.

"Kalau yang komen itu orang alim sekali pun, apabila dia sudah memberi komen di media sosial dan ulasan mengenai sesuatu isu itu kemudian ditokok tambah pembaca lain, pasti ia akan memburukkan lagi keadaan.

"Memang sikap manusia suka mengupas isu-isu sensitif namun di sebalik itu haruslah diambil iktibar dan lihat dalam konteks jika ia terjadi kepada anak, isteri atau ahli keluarga kita sendiri.

"Secara logiknya, takkan kita hendak bermain gimnastik dalam keadaan berjubah, masyarakat sebegini hanya menunggu masa hendak memberi kupasan hebat dan mensensasikan isu, kata orang tunggu hendak petik suis sahaja," jelasnya.

Farah telah muncul juara mengatasi peserta Indonesia dan Vietnam, selain menggondol tiga pingat gangsa dan satu perak menerusi beberapa lagi acara individu. -

Pelajar 'terlampau' goda dengan foto lucah

Posted: 12 Jun 2015 09:30 PM PDT

Kuala Lumpur: Seorang pelajar lelaki 'terlampau' cuba menggoda murid perempuan berusia 12 tahun dengan menghantar pelbagai gambar lucah ke telefon pintar mangsa.

Suspek yang juga pelajar sekolah menengah itu dikesan sengaja menghantar gambar kemaluan lelaki dan wanita itu menggunakan aplikasi WheChat selepas berkenalan dengan mangsa.

Tindakan itu bagaimanapun disedari oleh ibu mangsa selepas memeriksa telefon pintar milik anaknya itu, kelmarin.

Wanita terbabit kemudian menghubungi penganalisis jenayah Kamal Effendi Hashim bagi mendapatkan pandangan sebelum disarankan membuat laporan polis berhubung tindakan suspek remaja itu.

Kamal berkata, tindakan pelajar lelaki salah sebuah sekolah menengah di ibu kota itu amat menjijikkan berikutan usianya yang masih mentah.

"Berdasarkan pemeriksaan pada telefon bimbit itu, suspek yang berusia 15 tahun terbabit turut menulis perkataan melampau 'dulu aku bukan cinta kau sangat! aku hanya bernafsu dengan kau sahaja'.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/28444#sthash.tbc0slEm.dpuf

Awek Melayu mengaku sudah tiada dara, gembira di Facebook

Posted: 12 Jun 2015 08:01 PM PDT

BERISTIGHFAR panjang kami jadinya melihat status pengakuan berani mati yang dimuat naik seorang remaja perempuan yang selamba mendedahkan dirinya sudah tiada dara di laman Facebook.

"Walaupun dah tak de dara, masih ada yang menerima. Terima kasih," tulis remaja berkenaan.

Status itu sekali gus menarik perhatian ramai yang bertindak mengecam dan mengkritik perempuan berkenaan.


Apa yang lebih mengecewakan, 'pendedahan melampau' itu ditulis oleh perempuan Melayu yang sudah tentu beragama Islam.

Bukan hendak mempersalahkan punca remaja ini hilang dara, namun keaiban masa silapnya elok dipendamkan sahaja buat peringatan diri.

Ini tidak, perempuan ini seolah-olah 'teruja' hendak mencanang satu dunia tentang keaiban dirinya sendiri yang sudah tiada dara.

Sedangkan bagi masyarakat Melayu, kita percaya yang dara adalah simbol maruah bagi setiap insan yang bergelar wanita.

Kot iye pun gembira atas penerimaan teman lelakinya perihal kekurangan dirinya itu, rasanya tidak perlu dihebah-hebahkan seluruh dunia.

Tak pasal-pasal buat malu pada diri sendiri! – MYNEWSHUB.CC

Gara-gara foto bogel disebar bekas teman lelaki

Posted: 12 Jun 2015 06:31 PM PDT

Zimbabwe – Gara-gara gambar bogel tersebar di WhatsApp, Emily Kachote, 25, telah digugurkan daripada gelaran Ratu Cantik Zimbabwe. Gambar bogel itu dipercayai disebarkan oleh bekas kekasihnya.

Pihak penganjur terpaksa berbuat demikian selepas Emily melanggar peraturan yang ditetapkan iaitu tidak dibenarkan bergambar bogel.

Sebelum ini, pemenang Ratu Cantik Zimbabwe, Thabiso Phiri, 22, juga dilucutkan gelaran berkenaan selepas gambar bogelnya yang dihantar kepada teman lelakinya telah disebarkan.


"Pemenang Ratu Cantik Zimbabwe sama ada yang memegang gelaran juara atau penggantinya tidak boleh bergambar bogel sama ada secara profesional atau dalam mana-mana media sosial.

"Ini kerana ia merupakan perbuatan tidak bermoral sekaligus pelakunya tidak layak memegang gelaran ratu cantik,'' kata penganjur.


Ketika khabar angin mengenai gambar bogel itu tersebar luas, Emily dilaporkan berkata dia berharap agar gambar itu dipadamkan kerana ia adalah gambar lama dan dia juga sudah lama tidak berhubung dengan bekas kekasihnya itu.

"Saya selalu mengesyaki bahawa gambar itu akan tersebar ,'' katanya.

Bagaimanapun pengguguran gelaran itu disambut baik oleh sesetengah pihak kerana Emily dikatakan sebagai terlalu buruk untuk memegang gelaran Ratu Cantik Zimbabwe.

Suami orang kantoi dalam tandas

Posted: 12 Jun 2015 05:31 PM PDT

Chukai: Gelaran lelaki miang sesuai menggambarkan tindakan seorang lelaki berstatus suami apabila dia 'kantoi' ketika mengintai seorang wanita membuang air di tandas Lapangan Terbang Kerteh, di sini, kelmarin.

Suspek berusia 25 tahun yang bekerja sebagai tukang masak itu dicekup orang ramai yang menyedari perbuatannya sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 8.30 pagi ketika mangsa berusia 27 tahun dan bekerja di kios di kawasan itu sedang membuang air.

Katanya, kehadiran suspek disedari mangsa apabila melihat rambut di bawah pintu tandas menyebabkan dia menjerit meminta pertolongan.

"Sebaik mendengar jeritan mangsa, suspek segera melarikan diri bagi mengelak dicekup, tetapi tidak berjaya.

"Orang awam yang kebetulan mendengar jeritan itu bergegas ke arah mangsa dan berjaya menahan suspek," katanya ketika ditemui.

Sumber berkata, suspek yang sudah mempunyai seorang anak dipercayai berada di kawasan berkenaan atas urusan kerja sebelum dia diserahkan kepada polis.

Katanya, susulan kejadian itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Kerteh dan suspek ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 14, Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana berkelakuan tidak senonoh dalam khalayak ramai.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman Deputi Superintendan Normansah Din yang dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian dan siasatan lanjut masih dijalankan.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/57254#sthash.NvIuUXGe.dpuf

Bauh dada diramas, dicum Bangla

Posted: 12 Jun 2015 05:01 PM PDT

Gambar hiasan
Berang 'ayat manisnya' tidak mendapat layanan seperti diharapkan, seorang lelaki warga Bangladesh mencabul seorang wanita dengan memeluk mangsa dari belakang dan meraba payudara selain menciumnya di sebuah pangsapuri di USJ 1 di sini, Ahad lalu.

Dalam kejadian jam 11 malam itu, mangsa yang berseorangan dalam perjalanan pulang ke pangsapuri terbabit sebelum dipeluk dan dicium suspek. Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, terkejut dengan tindakan itu, wanita berkenaan menjerit sekuat hati sebelum jeritan itu didengari seorang jiran yang terus menangkap suspek.

Menurutnya, orang ramai yang berada di kawasan itu kemudiannya bertindak memukul suspek sebelum diserahkan kepada pihak polis.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/57251#sthash.R3Ajc3Iv.dpuf

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>