Panglima Perang Cyber |
WEB RUJUKAN DATA GEMPA BUMI MALAYSIA Posted: 12 Jun 2015 09:17 PM PDT Pagi ini empat kali gempa berlaku di Rantau. Sehingga Perdana Menteri telah mengeluarkan kenyataan berikut seperti sms yang dihantar : RM0.UM.13/06: PM Najib arah semua agensi kerajaan berkaitan ambil tindakan ekoran kejadian gempa bumi 5.1 pada skala Richter yang melanda Ranau pagi tadi. DATA lengkap kejadian gempa dan skala Richter anda boleh rujuk di sini : http://www.met.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=1717&Itemid=1635 Setiap yang berlaku tentu ada sebabnya. Ada mengatakan ia berpunca dari tindakan pelancong berbogel di atas puncak gunung. Wallahu A'lam. Punca sebenar hanya Allah sahaja yang tahu. Pelancong terlibat juga telah ditahan dan mereka telah dijatuhkan hukuman. Semalam Utusan Malaysia melaporkan : RM0.UM.12/06: EMPAT pelancong asing yang berbogel di Gunung Kinabalu di hukum penjara tiga hari dan denda RM5,000 di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu. Mari kita berdoa dan bertaubat kerana banyak gempa bumi petanda dunia hampir dekat dengan kiamat. Baca petanda kiamat |
Blog Jebat Must Die Tuduh Husni Menipu Di RTM1 Semalam #1MDB Posted: 12 Jun 2015 08:50 PM PDT Panglima telah membaca tulisan beliau menuduh beberapa penipuan telah dibuat oleh MK2 (Menteri Kewangan 2) semasa dialog khas di RTM 1 semalam. Tulisan beliau klik sini Boleh sesiapa berikan jawapan benar atau tidak tulisan blogger JMD ini atau sebagai sebaliknya. Dalam perkembangan lain ramai berpuas hati dengan penjelasan duit 1MDB ke mana pergi. Namun bukan senang mahu memuaskan hati semua orang. Harap semua sabar memberi jawapan dan lebih-lebih lagi menunggu jawapan. |
You are subscribed to email updates from Panglima Perang Cyber / Cyber Warlords To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |