BERANI MEMBUAT PILIHAN... |
- Farah Ann sumbang emas, tapi kena kutuk netizen akibat terlalu seksi
- Foto separuh bogel, ini respon Tasha Shila
- Pelajar Tingkatan 1 dirogol rakan Wechat dalam rumah sendiri
Farah Ann sumbang emas, tapi kena kutuk netizen akibat terlalu seksi Posted: 12 Jun 2015 01:25 AM PDT Antara pingat emas untuk negara dan penampilan di gelanggang, sesetengah peminat nampaknya lebih tertumpu memperkatakan mengenai pakaian digunakan atlet gimnastik negara, Farah Ann Abdul Hadi. Farah memenangi pingat emas ketiga skuad gimnastik pada Rabu melalui kategori rutin lantai di Sukan SEA 2015 di Singapura. Namun ketika imejnya muncul di laman sesawang Twitter, kecaman mula mencurah masuk.
Pakaian gimnastik berwarna biru tua dan hitam yang digunakan Farah, 21, semasa memenangi rutin senaman lantai mengundang pelbagai respon. Di mata sesetengah pihak penampilan Faran Ann begitu mencolok mata atau kurang sopan. Bagaimanapun, terdapat juga pengguna Twitter yang menyelar tindakan pihak yang mengecam Farah, dengan mengatakan bahawa tindakan yang mengutuk pakaiannya sebagai "menyedihkan" (pathetic).
@CawahGwace pula berpendapat: Why orang Malaysia ni macam orang tak betul dah. Farah Ann won medals for our country and kutuk dia sebab dia tak tutup aurat? Bagi @rosezaaa pula mempertikaikan: Farah Ann won a medal for Malaysia and the people are more interested to talk about her clothing. @destiny_107: Farah Ann won M'sia a gold medal and all people are talking about is the way she dressed. I'm sorry, that's fuc*** pathetic. @faliqfahmie: You can say she's a gold medallist but for me, she's a gold medal herself. |
Foto separuh bogel, ini respon Tasha Shila Posted: 11 Jun 2015 09:52 PM PDT Kuala Lumpur: Pelakon Tasha Shilla memilih untuk mendiamkan diri berhubung kontroversi penyebaran gambar seorang wanita separuh bogel, semalam, yang didakwa dirinya. Tasha atau nama sebenarnya Natasha Sheila Abdul Razak, 28, tidak membalas panggilan dan mesej yang diajukan kepadanya bagi mendapatkan reaksi mengenai dakwaan berkenaan yang kecoh diperkatakan di media sosial. Spekulasi dan cemuhan tercetus apabila gambar seorang wanita yang hanya memakai seluar dalam tersebar dan ia dikaitkan dengan pelakon terbabit berdasarkan beberapa persamaan termasuk telefon bimbit yang digenggamnya. Malah, timbul juga ura-ura kononnya penyebaran gambar itu dilakukan oleh individu tertentu atas tujuan sabotaj dan mengaibkan pelakon terbabit. Usaha untuk mendapatkan reaksi teman lelaki Tasha, Hans Wong juga menemui jalan buntu apabila lelaki berkenaan turut tidak menjawab panggilan. - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/57265#sthash.lbwIZTpx.dpuf |
Pelajar Tingkatan 1 dirogol rakan Wechat dalam rumah sendiri Posted: 11 Jun 2015 06:11 PM PDT KUALA TERENGGANU - Seorang pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah menengah di sini, bukan sahaja menjadi mangsa rogol, malah turut dicabul oleh rakan lelaki yang hanya dikenal melalui wechat, awal Mei lalu. Kejadian malang yang dilalui mangsa, 13, bermula pada 2 Mei lalu, apabila suspek yang dipercayai seniornya di sekolah sama mengajak untuk berjumpa di sebuah kedai runcit lebih kurang jam 2.50 petang. Bagaimanapun, pada awalnya, mangsa dikatakan menolak pelawaan suspek tetapi sebaliknya bertindak bodoh dengan mengajak suspek bertandang ke rumahnya di Kampung Jati, Gong Badak, di sini. Menurut sumber, tindakan mangsa itu membawa padah apabila suspek terus bersetuju dan tiba di rumah mangsa lebih kurang jam 3 petang, hari kejadian. "Mangsa dipercayai mengajak suspek masuk ke dalam rumah sebelum kedua-duanya berehat di ruang tamu sambil bersembang. "Namun, setelah beberapa minit berlalu, suspek mula bertindak di luar kawalan apabila dipercayai melakukan kekerasan jenayah seksual dengan meraba dan merogol mangsa di situ," katanya. Jelasnya, sebaik sahaja melakukan perbuatan terkutuk itu, suspek terus melarikan diri meninggalkan mangsa kerana bimbang perbuatannya disedari ahli keluarga ataupun jiran mangsa yang berada berhampiran. Katanya lagi, mangsa yang mengambil keputusan berdiam diri dan tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak polis bagaimanapun sekali lagi berdepan kejadian sama apabila dicabul suspek, pada 18 Mei lalu, lebih kurang jam 9.15 pagi di sekolah mereka. Kecewa diperlakukan sedemikian, mangsa nekad membuat laporan polis berhubung kejadian. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Wan Abd Aziz Wan Hamzah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian serta menjelaskan suspek yang dicari sejak laporan dibuat berjaya ditangkap pada 9 Jun lalu dan kini direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut. |
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |