Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

tok gajah

tok gajah


Nasihat terbaik bagi PAS dari seorang non-muslim.......?

Posted: 11 Jun 2015 09:18 PM PDT

Tiada masalah jika Pas masuk BN

MOHD IDROS MOHD ALI
12 Jun 2015

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Chua Soi Lek

BUTTERWORTH - Pas patut bergabung atau menyertai Umno untuk memastikan parti itu terus kuat dan kukuh dalam mengharungi arus politik di negara ini.

Bekas Presiden MCA, Tan Sri Dr Chua Soi Lek berkata, kedua-dua parti itu boleh bergabung atau bersatu atas dasar agama yang sama iaitu Islam, sesuatu yang tidak boleh dilakukan oleh pihak lain.

Menurutnya, perkara itu sudah dibangkitkannya begitu lama iaitu sebelum PRU13 lagi tetapi tidak pernah mendapat perhatian mana-mana pihak.

"Ada yang gelak kepada saya kerana menimbulkan isu itu. Ada yang memandang remeh cadangan saya dalam soal penyatuan parti untuk orang Melayu.

"Tetapi dengan keadaan politik semasa yang semakin bercelaru, saya rasa inilah masa yang sesuai untuk Pas memikirkan semula cadangan itu demi kebaikan bersama," katanya kepada media selepas melancarkan kapal mengangkut kontena MTT Pulau Pinang di Terminal
Kontena Butterworth Utara (NBCT) di sini semalam.

Menurutnya, perkara itu tidak mustahil dapat dijayakan kerana tidak banyak parti orang Melayu yang dominan di negara ini kecuali Umno, Pas dan PKR di semenanjung.

Menurutnya, parti kaum Cina agak sukar untuk berbuat demikian kerana begitu banyak dan tidak mempunyai hala tuju atau matlamat yang sama.

"Sana sini boleh jumpa parti berteraskan Cina. Banyak sangat dan sukar untuk bergabung," katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) berkata, perkara itu tidak akan menjadi masalah kepada parti komponen BN yang lain atau bukan Islam kerana mempunyai pemimpin yang sama iaitu Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak
yang juga menjadi Pengerusi BN.

"Beliau seorang pemimpin yang baik dan boleh bertoleransi kerana peka dengan masalah dan sensitiviti kaum lain.

"Jadi penggabungan Umno dan Pas tidak menimbulkan apa-apa masalah kepada rakan komponen BN yang lain atau pengundi bukan Melayu," katanya.

Soi Lek berkata, BN sudah wujud begitu lama dalam politik tanah air dan mampu menangani apa jua masalah yang timbul melalui permuafakatan yang diamalkan selama ini.

"Banyak juga masalah yang berlaku dalam kalangan komponen BN tetapi akhirnya dapat diselesaikan dengan baik.

"Itulah kelebihan BN berbanding dengan PR yang begitu bercelaru sesama mereka walaupun hanya mempunyai tiga parti dalam gabungan.

"Kita tengok apa yang berlaku sekarang ini antara DAP dan Pas. Makin retak dan serius serta belum ada penyelesaian," katanya.

Sanggupkah PAS menjilat air lior nye yang telah diludahkan .........?

Posted: 11 Jun 2015 06:30 AM PDT


Sebagai seorang muslim, Atuk sedikit sebanyak terase juge malu bila DAP ni beterusan menghentam PAS. Sepatutnya PAS sudah terselamat dari hentaman DAP setelah mengumumkan keputusan tidak lagi 'berkerjasama dengan DAP -makne nye PAS dan DAP dah putus hubungan same sekali.

Mutakhir ni DAP sekali lagi memalukan PAS kerana berdegil tidak mahu letak jawatan yang disandang PAS di dalam pemerintahan kerajaan DAP di Pulau Pinang.

Pade pendapat atuk mungkin PAS masih lagi bercadang mahu rujuk kembali diatas penceraian nye itu. Tu le, sebelum sebut talak kene berfikir panjang dulu, terlaja berjalan boleh berpatah balik, tapi jika sidah terlajak cakap - buruk padah nye.

Mungkin juga PAS cume cakap 'main-main' aje atau mahu 'gertak' aje supaya DAP tu sedar dan mahu insaf tidak lagi mengutuk PAS.

Malang nye PAS dah tersilap haribulan, PAS kene mahu ingat bahawe pemimpin2 DAP ni bukan nye calang-calang manusie, boleh dikatakan hampir kesemua nya mereke ni berasal dari darah yang berketurunan komunis - tak de ati perut.

Kini PAS cuma ada due pilihan - pilihan pertame terus kekal berseorangan tanpa bersengkokol dengan mana2 parti, pilihan kedue kembali bersengkokol dengan DAP.

Pade pandangan atuk, PAS lebih dipandang mulie dan bermaruah jika terus bersendirian. Jika PAS sanggup kembali bersengkokol dengan DAP make jatuh lah kemaluan PAS yang amat terbesar kerana sanggup menjilat air lior yang terlah diludahkan nya itu.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>