Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

$
0
0

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Panas! Foto Tasha Shila Berselfie Separuh Bogel Tersebar?

Posted: 10 Jun 2015 09:30 AM PDT


Reda isu mengenai pelawak lucah, terbaharu dunia hiburan tanah air digemparkan dengan foto seorang artis wanita popular didakwa beraksi separuh bogel, tersebar di laman-laman sosial.

Menerusi laporan portal AstroGempak menyebut, foto tersebut menunjukkan seorang wanita persis pelakon drama popular sedang 'selfie' di hadapan cermin tanpa pakaian dan hanya berseluar dalam.

Aksi berani wanita tersebut telah mendapat kecaman sebahagian besar pengikut di laman Instagram sehingga terdapat beberapa klu yang menjurus kepada seorang pelakon yang pernah memenangi anugerah beberapa tahun lalu.

Bagaimanapun menerusi kapsyen pada gambar tersebut dipercayai pelakon berkenaan dianiaya oleh rakannya sendiri.

"Rasanya kawan perempuan pakwe dia saja mesej dia suruh kasi gambar bogel sebab handphone boyfriend dia dipinjam oleh kawannya. Astaghfirullah tak malu ke? Dahlah **** silikon. Yang kelakarnya **** berwarna hitam dan tak center sebab pakai silikon. **** sepatutnya ditengah-tengah bukan di atas cik kak oi...".

Blogger Rotikaya terus menamkan pelakon tersebut sebagai Tasha Shila walaupun masih cuba menghubunginya bagi mendapatkan kepastian lanjut

Nafsu serakah perompak kecundang lihat mangsa terbaring atas katil

Posted: 10 Jun 2015 09:01 AM PDT

Gambar hiasan
Milwaukee (Amerika Syarikat): Seorang penjenayah memberitahu polis dia merogol seorang nenek berusia 101 tahun kerana bernafsu melihat mangsa berbaring di atas katil ketika merompak rumah wanita itu.

Antoine Devon Pettis membuat pengakuan itu selepas ditahan polis kerana disyaki merompak dan merogol warga emas berkenaan.

Pettis berkata, dia hanya merancang untuk merompak dan tidak merancang merogol wanita berkenaan.

"Kalau saya merancang untuk merogol mangsa sudah tentu saya membawa kondom.

"Saya mahu merompak, tetapi saya mengubah fikiran selepas mendapati mangsa terlalu menarik ketika berbaring di katil," katanya.

Polis berkata, serangan itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan dan terpaksa dirawat di hospital.

Pettis ditahan tidak lama selepas polis mengesan DNA lelaki itu pada badan mangsa.

Lelaki itu berdepan hukuman penjara selama 55 tahun sekiranya didapati bersalah atas tuduhan merogol, menyerang dan merompak. - Agensi

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/56801#sthash.TBnBMfxW.dpuf

Sukan SEA: Pemain bola tampar wanita Indonesia kantoi sebagai lelaki?

Posted: 10 Jun 2015 07:51 AM PDT

APRILIA Santini ,.. Filipina ragui jantinanya. - Foto Reuters
Singapura: Penganjur Sukan SEA menolak permintaan Filipina supaya mengadakan ujian menentukan jantina terhadap pemain bola tampar wanita Indonesia.

Rayuan melakukan ujian terhadap Aprilia Santini Manganang, 23, oleh Filipina itu ditolak jawatankuasa penganjur SINGSOC selepas meneliti dokumen yang disediakan pakar perubatan.

"SINGSOC diberitahu jawatankuasa perubatan Persekutuan Sukan Asia Tenggara bahawa mereka sudah meneliti dokumen yang diserah pasukan bola tampar wanita Indonesia dan berikutan itu, rayuan Filipina ditolak," kata kenyataan SINGSOC hari ini.

Kontinjen Filipina sebelum ini mempersoalkan keupayaan Aprilia sebagai pemain wanita dan menuntut dia menjalani ujian menentukan jantina.

Dalam perlawanan pertama menentang Singapura bagi Kumpulan B, Indonesia mengalahkan Filipina 25-22, 25-20, 25-14. - AF

Tiada istilah rogol dalam perkahwinan

Posted: 10 Jun 2015 02:14 AM PDT

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri menyatakan kerajaan tidak berhasrat untuk meminda Kanun Keseksaan bagi mengiktiraf kesalahan rogol suami terhadap isteri (marital rape).

Menurutnya, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen telah mengkaji peruntukkan berkaitan marital rape (rogol dalam perkahwinan) dan telah dibentangkan semasa pembentangan Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2004 pada 12 Julai 2006.

"Berdasarkan kajian dan dapatan yang telah dibentangkan oleh Jawantankuasa Pilihan Khas tersebut, kerajaan memutuskan untuk mengekalkan peruntukkan yang berkaitan di bawah Seksyen 375 Kanun Keseksaan.

"Persetubuhan antara suami isteri dalam perkahwinan yang sah di sisi undang-undang dan masih berkuatkuasa tidak boleh dianggap sebagai rogol.

"Sehingga kini belum ada lagi cadangan untuk memindanya," kata Nancy dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini.

Walau bagaimanapun, menurut Nancy, perbuatan suami yang mendatangkan kecederaan kepada isteri dengan tujuan mengadakan hubungan seks merupakan satu kesalahan.

"Hukuman bagi kesalahan ini ialah pemenjaraan tidak melebihi lima tahun," katanya memetik Rakyat Post. – MYNEWSHUB.CC

DAP: Kamu nak undur balik, PAS? Tak malu?

Posted: 10 Jun 2015 01:44 AM PDT

DAP membangkitkan persoalan sama ada PAS akan mengubah keputusan memutuskan hubungan dengan parti itu.

"Adakah ini yang PAS mahu?

"Adakah mereka akan buat pusingan u selepas itu?" soal Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang juga setiausaha agung DAP.

"Saya rasa mereka acah-acah saja sekarang," katanya menjawab soalan pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Setiausaha Dewan Ulama PAS Selangor Muhammad Najhan Halim mencabar Pulau Pinang memecat kesemua anggota parti Islam itu yang memegang jawatan dalam kerajaan negeri itu.

DAP sebelum ini menggesa kumpulan itu berundur bagi diisi orang Melayu yang lain setelah muktamar PAS meluluskan usul memutuskan hubungan dengan DAP.

"Sekarang kami pun tidak pasti sama ada PAS akan kekalkan keputusan itu atau tidak," kata ketua menteri.

Jangan heret saya dalam ‘permainan kanak-kanak” PAS-DAP, kata Azmin

Posted: 10 Jun 2015 12:29 AM PDT

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali meminta parti sekutu mereka DAP dan PAS untuk tidak memaksa beliau mencampuri krisis antara kedua-dua parti itu dengan menyifatkan ia sebagai "permainan kanak-kanak".

Azmin memberikan reaksinya berhubung desakan Pengerusi DAP Selangor Tony Pua semalam yang meminta beliau memilih di antara PAS atau parti sekular itu.

"Saya dah cakap semalam. Jangan paksa saya dalam permainan kanak-kanak, peranan PKR adalah untuk menguatkan Pakatan Rakyat (PR) dan kita mesti penuhi aspirasi rakyat termasuklah dalam Selangor ini," katanya kepada pemberi di lobi Parlimen hari ini.

Ditanya sekali lagi mengenai pendirian beliau mengenai parti yang akan dipilih, Azmin hanya memberi gambaran akan memilih apa yang dikehendaki rakyat.

"Kita pikul amanah rakyat. Saya akan buat pilihan apa yang dipilih oleh rakyat. Itu tanggungjawab saya," katanya.

Desakan Pua semalam, susulan daripada keputusan PAS dalam muktamarnya yang meluluskan usul memutuskan tahaluf siyasi dengan DAP .

Meskipun usul yang dibawa Dewan Ulama itu memutuskan tahaluf siyasi dengan DAP, mereka mengekalkan hubungan dengan PKR dan PR. – 10 Jun, 2015.

PAS bakal bentuk kabinet ‘pro Hadi’ malam ini

Posted: 09 Jun 2015 11:31 PM PDT

PAS akan membentuk kabinetnya malam ini dalam mesyuarat pertama Jawatankuasa PAS Pusat kurang seminggu selepas berakhirnya muktamar ke-61, Sabtu lepas.

Ia dipercayai akan menyaksikan kumpulan pro Hadi memonopoli semua jawatan penting parti selepas kumpulan profesional yang tewas enggan menerima sebarang pelantikan.

Ia akan diadakan di pejabat agung PAS Jalan Raja Laut jam 8.30 malam dan akan dipengerusikan oleh presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Lidah rasmi PAS, Harakahdaily melaporkan, mesyuarat tersebut akan melantik setiausaha agung, bendahari, ketua penerangan dan pengarah pilihan raya PAS yang baharu.

Yang pasti, PAS akan mendapat bendahari, ketua penerangan dan pengarah pilihan raya yang baru kerana jawatan itu sebelum ini dipegang kumpulan profesional yang dikatakan enggan dilantik semula.

"Isunya, apakah Datuk Mustafa Ali akan dikekalkan sebagai setiausah agung atau tidak? Dalam mesyuarat lepas, Hadi cuba menukarnya dengan Datuk Takiyudin Hasan tetapi ditolak oleh naib-naib presiden ketika itu," kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.

Mustafa dan bendahari Asmuni Awi tidak bertanding sebarang jawatan dalam pemilihan baru-baru ini.

Hadi akan membuat mesyuarat pre-council dengan anggota Dewan Harian PAS yang menang pemilihan baru-baru ini sebelum membawa keputusan itu kepada mesyuarat AJK PAS Pusat.

Dewan Harian adalah badan pengurusan tertinggi dalam PAS.

Ia dianggotai presiden, timbalan presiden (Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man), naib-naib presiden (Idris Ahmad, Datuk Iskandar Samad dan Datuk Mohd Amar Abdullah), ketua-ketua dewan pemuda (Nik Mohammad Abduh Nik Aziz), ulama (Datuk Dr Mahfudz Mohamad) dan muslimat (Nuridah Salleh).

Ia akan disertai setiausaha agung, bendahari, ketua penerangan dan ketua pengarah pilihan raya selepas mereka dilantik nanti.

Menurut satu sumber, Hadi mahukan Mustafa kekal dalam Dewan Harian tetapi tidak pasti apakah beliau akan diberikan juga jawatan setiausaha agung itu.

Selain setiausaha agung, Mustafa sebelum ini juga pengerusi Lembaga Pengarah Harakah, organ parti yang penting untuk PAS. – 10 Jun, 2015

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pas-bakal-bentuk-kabinet-pro-hadi-malam-ini#sthash.HclaseCj.dpuf

Ahli majlis PAS di Pulau Pinang enggan berhenti, dakwa jawatan lantikan parti

Posted: 09 Jun 2015 11:15 PM PDT

Empat orang wakil PAS dalam Majlis Perbandaran Pulau Pinang tidak akan melepaskan jawatan mereka atas alasan mereka dilantik parti, lapor Sinar Harian hari ini.

Sebaliknya, mereka hanya akan berbuat demikian jika ada arahan daripada parti.

"Saya perlu tunggu arahan kerana pelantikan dibuat parti. Buat masa ini saya tidak boleh beri sebarang komen.


"Bagaimana pun, saya bersedia meletak jawatan jika PAS Pusat mahu saya berbuat demikian," ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) Mhd Nasir Yahya dipetik berkata.
Ulasan hampir sama turut diberikan seorang lagi Ahli Majlis MBPP Yaacob Omar.

Yaacob ialah Yang Dipertua PAS kawasan Tanjong sementara Nasir pula koordinator markas induk PAS Bukit Gelugor.

Muktamar tahunan parti itu minggu lalu meluluskan tanpa bahas usul Dewan Ulama memutuskan hubungan dan kerjasama dengan rakan sekutu dalam Pakatan Rakyat (PR), DAP.

Susulan itu, bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengumumkan melepaskan semua jawatannya dalam kerajaan negeri Pulau Pinang, begitu juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Datuk Dr Mujahid Yusof. – 10 Jun, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ahli-majlis-pas-di-pulau-pinang-enggan-berhenti-dakwa-jawatan-lantikan-part#sthash.DIN7O122.dpuf

'Lebih senang, cepat LGE sendiri pecat ahli PAS' - Ulama PAS

Posted: 09 Jun 2015 11:01 PM PDT

Dewan Ulama PAS Selangor mencabar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memecat ahli PAS yang memegang jawatan dalam kerajaan di negeri itu.

"Sekiranya DAP benar-benar ingin melihat PAS tiada dalam kerajaan Pulau Pinang, lebih senang, cepat dan lebih profesional Lim Guan Eng sendiri sebagai ketua menteri memecat semua ahli PAS dalam jawatan lantikan kerajaan," kata setiausaha Dewan Ulama Selangor, Muhammad Najhan Halim.

Mengenai tuntutan Lim supaya ahli PAS meletak jawatan mereka, Muhammad Najhan berkata apakah ketua menteri itu lupa bahawa kerajaan Pulau Pinang dimenangi secara bersama dalam Pakatan Rakyat dan kerajaan itu adalah kerajaan bersama.

"Jangan bertindak seperti Umno-BN yang tidak mampu membezakan antara kerajaan dan parti politik," katanya dalam satu kenyataan malam tadi..

"Adakah DAP sudah lupa indentiti dirinya sendiri yang pernah mendakwa diri mereka sebagai perjuang demokrasi dalam negara ini?" kata Muhammad Najhan.

Pada hujung minggu lalu, badan tertinggi dalam membuat keputusan dalam parti Islam - muktamar atau perhimpunan agung - meluluskan resolusi menggesa majlis syura parti dan jawatankuasa pusat untuk memutuskan hubungan dengan DAP.

Memandangkan ini, Lim berkata dari segi politik PAS tidak kekal dalam kerajaan Pulau Pinang yang dipimpinnya, kerana beliau juga merupakan setiausaha agung DAP.

Ahli PAS menyandang lebih 1,000 jawatan dalam majlis dan agensi kerajaan Pulau Pinang.

Ini termasuk jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC), di majlis perbandaran dan bandaraya dan dalalm jawatankuasa keselamatan (JKKK).

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Mohd Salleh Man (gambar) kini merupakan pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAIPP), pengerusi Zakat Pulau Pinang dan ahli lembaga pengarah Yayasan Islam Pulau Pinang dan Hab Halal Pulau Pinang.

Setakat ini, dua bekas pemimpin PAS, Mohamad Sabu dan Datuk Mujahid Yusof Rawa, telah mengumumkan hasrat mereka untuk melepaskan jawatan dalam kerajaan negeri itu sebagai menghormati keputusan muktamar itu.

Muhammad Najhan juga menggesa ahli PAS menunggu majlis syura dan jawatankuasa pusat baru untuk memperinci dan memperhalusi keputusan yang dibuat di muktamar itu.

Katanya, PAS masih bersama Pakatan Rakyat, dan segala urusan kerajaan di Selangor hendaklah diteruskan seperti biasa demi kepentingan dan kepercayaan rakyat yang memberi mandat kepada Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

Parti PAS seharusnya diberi hak laluannya sendiri dan dan bebas untuk menentukan halatujunya tanpa terikat dengan mana-mana pihak, katanya sambil menambah: "Jangan ada pihak yang cuba untuk mencucuk hidung PAS agar mengikut segala karenah dan kehendak pihak lain khususnya DAP."

'Stop it!' - Ajai bengang dengan Nurul bekas isteri?

Posted: 09 Jun 2015 10:12 PM PDT

PETALING JAYA: Komposer Ajai meminta bekas isterinya iaitu Nurul Wahab berhenti mengaitkan namanya dalam tulisan di blog mahupun memberi apa-apa kenyataan di media.

Ajai atau nama sebenarnya Mohd Faizal Maas, 40, berkata, walaupun dia sering ditanya sejauh manakah hubungannya dengan Nurul, dia tidak pernah memberi reaksi memandangkan mereka tiada lagi apa-apa kaitan sejak bercerai pada tahun 2007.

"Saya berharap Nurul hentikan menulis, kaitkan kisah lama atau sebut nama saya yang bukan-bukan di laman blognya.

"Kerana bagi saya, bukan tidak ada orang bertanya tentang dia daripada saya. Tetapi ada! Bagaimanapun saya tak pernah nak beri apa-apa jawapan atau kaitkan nama dia dalam mana-mana sesi temubual mahupun di laman sosial saya. Jadi harap maklum dan stop it.

"Urusan saya dengan bekas isteri saya itu dah habis sejak kami berpisah. Kalau ada update, itu hanya atas urusan anak kami Ayu Nazirah (17 tahun)," katanya kepada mStar Online.
Sebahagian daripada entri yang ditulis oleh Nurul menerusi blognya nurulwahabdepp.wordpress.com pada 2 Jun lalu.

Ajai diminta mengulas mengenai entri blog milik Nurul yang bertajuk Other Question Please! meluahkan rasa terkilan apabila kerap kali diasak dengan pertanyaan mengaitkan kisah silamnya dengan Ajai.

Nurul menerusi entri tersebut turut menurlis kisah diminta penganjur untuk berduet dengan bekas suaminya sehingga mengundang rasa tidak selesa dirinya.

Tambah Nurul, persembahan duet bersama Ajai tidak mungkin berlaku memandangkan komposer itu bersikap tidak profesional.

"Bukannya aku tak mahu. Aku ini seorang yang sangat professional. Malah, suami aku juga mengizinkan dan memberi restu andai aku mahu berduet semula dengan bekas suami aku itu. Namun keputusannya bukan di tangan aku. Orang tak mahu, buat apa kita memaksa. Lupakan saja," katanya dalam blog itu.

Sementara itu, Ajai berkata, buat masa ini dia tidak merancang untuk berduet dengan sesiapa pun kerana ingin memberi fokus terhadap album solo yang akan muncul tidak lama lagi.

Malah sekiranya ingin berduet, dia hanya akan memilih penyanyi yang belum pernah berduet dengannya sahaja.

"Buat masa sekarang, untuk nyanyian, saya nak siapkan album solo saya. Dan juga mahu menumpukan kerja-kerja produksi artis-arts Wake The Baby iaitu Amelina, Fahmi, Shiha dan Stellarband.

"Untuk rakan duet, saya belum fikirkan lagi dan jika ada pun mungkin artis lain yang belum pernah saya bekerjasama lagi," ujarnya.

Sementara itu Nurul yang dihubungi mStar Online bagi mengulas teguran Ajai itu mengambil pendekatan untuk tidak memberikan sebarang ulasan.

Selepas berpisah dengan Ajai, Nurul bertemu jodoh dengan rakyat Perancis iaitu Eric Daniel Depp, 50, dan bernikah pada 6 Jun 2012.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak.

Suami di Selangor suka seks ganas?

Posted: 09 Jun 2015 07:01 PM PDT

SHAH ALAM 9 Jun - Sikap isteri yang suka membebel dan suami gemar melakukan seks ganas merupakan antara punca utama kes perceraian di Selangor meningkat saban ta­hun.

Faktor penyumbang lain ada­lah jahil ilmu agama, masalah ekonomi rumah tangga, campur tangan pihak ketiga dan masalah anak.

Ketua Pendaftar, Perkahwinan, Per­ceraian dan Rujuk Orang Is­lam Negeri Selangor, Jabatan Aga­­­ma Islam Selangor (JAIS), Alu­wi Parman berkata, tabiat ne­ga­tif sedemikian yang sering di­praktikkan oleh pasangan sua­mi isteri pada masa kini terus meningkat sekali gus menjurus kepada peningkatan perceraian.

"Jumlah statistik perceraian pada tahun lalu meningkat kepada 6,912 kes berbanding 6,162 kes pada 2013.

"Kes perceraian tertinggi ada­lah melibatkan pasangan muda berusia 31 hingga 35 tahun dengan 915 kes setakat Mei tahun ini ma­nakala pada 2014, pasangan dalam lingkungan usia tersebut mencatatkan 3,156 kes.

"Jumlah pening­ka­tan ini per­­lu diberikan perhatian dan usa­ha membendungnya akan di­per­ting­katkan termasuk me­nambah baik modul dari se­masa ke semasa," ka­ta­­nya.

Beliau berkata de­mi­kian dalam sidang akhbar selepas Muzakarah Pendaftar-Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam Negeri Selangor di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Pengarah JAIS, Datuk Haris Kasim.

Pada perkembangan berkaitan, je­las Aluwi, isu perkahwinan lain adalah pernikahan di luar ne­gara seperti di selatan Thailand dan Indonesia yang semakin ting­gi da­lam kalangan penduduk Se­langor.

"Antara faktor utama yang menyebabkan pasa­ngan bernikah di sana adalah disebabkan po­li­­gami kerana tidak mendapat perse­tu­ju­­­an daripada isteri pertama.

"Malah, ada juga yang terlanjur dan ti­dak mendapat restu keluarga memilih un­­tuk bernikah di selatan Thailand atau Indonesia," ujar­nya.

Menurutnya, jum­lah pasangan yang bernikah di luar negara itu semakin meningkat dan mereka hanya mendaftar di negara ini se­lepas berdepan masalah pen­daf­taran anak atau beberapa perkara lain.

Dalam pada itu, Aluwi mem­beritahu, ciri-ciri sesebuah rumah tangga yang bahagia adalah mempunyai isteri atau suami yang soleh.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/isteri-bebel-suami-suka-seks-ganas-punca-cerai-meningkat-di-selangor-1.101186#sthash.q6GrVZ36.dpuf

Duda gersang gila seks

Posted: 09 Jun 2015 06:01 PM PDT

KUALA LUMPUR 9 Jun – Gara-gara menunjukkan kemaluan kepada tiga pelajar di hadapan sebuah sekolah menengah, seorang duda dihukum penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Muhammad Faizal Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap Wang Chiu Seng, 52, selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa kepadanya.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara dua bulan bagi setiap pertuduhan dan memerintahkan kedua-dua hukuman itu berjalan serentak dari tarikh tangkap, 19 Mei lalu.

Mengikut pertuduhan pertama, pengurus restoran itu didakwa menunjukkan kemaluannya kepada dua pelajar perempuan yang berusia 15 tahun di hadapan sebuah sekolah menengah di Jalan Pudu, Jalan Foss, Dang Wangi, kira-kira pukul 3.35 petang, 7 Mei lalu.

Manakala bagi pertuduhan ke­dua, tertuduh didakwa melakukan perbuatan yang sama terhadap seorang pelajar berusia 18 tahun, di tempat sama, kira-kira pukul 2.15 petang, 12 Mei lalu.

Kedua-dua pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya, Izrene Zakariah yang mengendalikan pendakwaan memohon hukuman setimpal memandangkan perbuatan tertuduh itu mendatangkan trauma kepada mangsa-mangsa.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/duda-baru-bercerai-tunjuk-kemaluan-dijel-2-bulan-1.100992#sthash.MOoaoLfz.dpuf

DAP terus perlekeh, provokasi PAS kosongkan jawatan

Posted: 09 Jun 2015 05:45 PM PDT

KUALA LUMPUR 8 Jun – Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini meneruskan siri provokasinya bagi menggesa Pas mengarahkan wakil parti itu dalam kerajaan negeri meletakkan jawatan ekoran usul memutuskan hubungan de­ngan DAP oleh Dewan Ulama Pas sebelum ini.

Menurut Guan Eng. apa yang membuatkan beliau tidak faham ialah kenapa pemimpin-pemimpin Pas seolah-olah tidak berani membuat tindakan susulan yang logik iaitu mengeluarkan arahan peletakan jawatan kepada wakilnya dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Katanya, ini adalah kerana usul Dewan Ulama yang menggesa parti itu dan Majlis Syura Ulama memutuskan hubungan dengan DAP diterima secara muktamad pada Muktamar Pas ke-61 minggu lalu.

Beliau turut bertanyakan kepada kepimpinan Pas: "Adakah pertahankan jawatan lebih penting daripada prinsip?"

"Kalau pemimpin-pemimpin Pas ada amalan yang jelas, pasti serta konsisten, berpeganglah kepada prinsip. Cakaplah serupa bikin. Sebelum ini mereka menerima usul bagi memutuskan hubungan dengan DAP, kini mereka kata perlu rujuk (Majlis Syura Ulama) pula. Mereka sepatutnya guna perkataan rujuk bukan terima.

"Mungkin sekarang mereka terpaksa membuat keputusan melepaskan jawatan, oh.. sekarang mereka cuba pusing balik. Adakah ini perkara pertama yang dilakukan oleh kepimpinan baharu Pas? Ini saya rasa akan dipersoalkan," katanya kepada pemberita di lobi bangunan Parlimen hari ini.

Yang turut hadir, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke.

Sebelum ini, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP yang jawatannya belum disahkan membe­ritahu, peletakan jawatan yang dijangkakan daripada wakil Pas dalam kerajaan negeri akan diterima de­ngan segera tanpa soalan.

Kenyataan Guan Eng itu menyebabkan reaksi daripada Pas apabila Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mohd. Khai­ruddin Aman Razali semalam apabila beliau meminta Pas Pulau Pinang tidak terpengaruh dengan provokasi DAP berkenaan.

Mengulas lanjut, Guan Eng berkata, Pas tidak perlu memutar belit kenyataannya sendiri dengan memberi alasan bahawa usul memutuskan hubungan dengan DAP itu perlu dirujuk kepada pihak lain pula kerana sudah jelas parti berlabel Islam itu telah menerima usul berkenaan.

"Kalau begitu, kenapa mereka menggunakan perkataan usul itu diterima? Sebagai parti yang berpengalaman dan matang, takkan awak guna perkataan diterima? Kalau cakap rujuk, kena guna perkataan dirujuk bukan diterima? Apa maksud diterima? Saya rasa kita tidak perlu berbelit-belit dalam hal ini. Kalau hendak putus, kita terima keputusan tetapi ambil tindakan susulannya," katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/dap-terus-provokasi-pas-kosongkan-jawatan-1.100748#sthash.9VMTM6gV.dpuf

DAP beri kata dua kepada MB Selangor

Posted: 09 Jun 2015 05:31 PM PDT

KUALA LUMPUR 9 Jun - DAP Selangor hari ini memberi kata dua kepada Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali untuk memilih sama ada meneruskan kerjasama dengan parti itu atau pun dengan Pas dalam pentadbiran negeri itu.

Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua berkata, perkara itu perlu diberi perhatian oleh Mohamed Azmin berikutan tindakan Pas memutuskan tahaluf siyasi dengan DAP pada muktamar lalu.

Kenyataan Tony itu adalah selaras dengan kenyataan Ahli Parlimen Pas, Datuk Mahfuz Omar yang turut menyarankan perkara sama.

"Saya setuju jika Pas mahu Mohamed Azmin memilih parti mana yang beliau mahu. DAP juga berkongsi pandangan sama. Jadi, saya serahkan kepada Azmin untuk tentukan.

"DAP akan bercakap dengan Mohamed Azmin untuk melihat kedudukannya," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata, amat mustahil untuk DAP, Pas dan PKR mengadakan mesyuarat bagi membincangkan kedudukan dalam kerajaan negeri itu.

"Bagaimana anda mahu kita berdamai? Melainkan Pas mengadakan muktamar lain dan menarik balik resolusi memutuskan tahaluf siyasi dengan DAP itu," katanya.

Beliau berkata, konflik dalaman pakatan pembangkang itu tidak seharusnya berterusan kerana dikhuatiri akan menjejaskan peluang kemenangan gabungan parti pembangkang berkenaan dalam pilihan raya akan datang.

Muktamar yang berlangsung minggu lepas menerima usul tanpa bahas Dewan Ulama memutuskan hubungan dan kerjasama politik dengan DAP.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/kata-dua-kepada-mb-1.101127#sthash.k9cVw1Bz.dpuf

PAS akan jadi pencatur politik terhebat dalam Malaysia

Posted: 09 Jun 2015 05:15 PM PDT

Anggota jawatankuasa PAS, Mohd Zuhdi Marzuki yakin barisan kepimpinan baru yang dipilih minggu lalu mampu menjadikan PAS pencatur utama politik Malaysia.

Menurutnya, PAS yang kekal dipimpin oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang kini berada di landasan yang benar dalam usaha membangunkan semula peradaban Islam di Malaysia.

"Kepimpinan PAS yang baru merupakan mereka yang begitu iltizam untuk membawa negara dan masyarakat Malaysia bernaung di bawah keadilan sistem kehidupan Islam," kata Zuhdi dalam kenyataannya hari ini.

"Saf kepimpinan baru PAS didukung oleh golongan profesional yang mempunyai kepelbagaian latar belakang dalam bidang sains dan teknologi, bukan hanya mereka yang berlatar belakangkan profesion perundangan," katanya.

Menurutnya, barisan baru itu juga akan dapat meraih semula kepercayaan pengundi Melayu daripada penguasaan Umno.

Katanya, trend tersebut sudah boleh boleh dilihat melalui keputusan pilihan raya kecil Rompin yang menunjukkan majoriti undi yang diperolehi Umno merosot.

Beliau yang juga bekas pengarah operasi pusat penyelidikan PAS berkata, parti itu semakin membina kekuatannya sendiri apabila berjaya menembusi undi pengundi bukan Melayu dan juga pengundi bumiputera Sabah dan Sarawak.

Beliau turut tidak menolak PAS akan meletakkan calon di kerusi majoriti bukan Melayu berdasarkan peranan penting yang dimainkan oleh Dewan Himpunan Penyokong PAS.

Zuhdi sejak Mac lagi meramalkan berlakunya perpecahan dalam parti Islam itu selepas muktamar dilangsungkan.

Beliau mengaitkan konflik dalaman parti yang tidak dapat diselesaikan dengan baik oleh kepemimpinan parti.

Ramalannya itu terbukti benar apabila para chai wala menyapu bersih jawatan utama dalam pemilihan hujung minggu lalu.

Lebih 1,000 jawatan dipegang ahli PAS di Pulau Pinang, LGE ada berani?

Posted: 09 Jun 2015 05:01 PM PDT

Jika PAS benar-benar memutuskan hubungan dengan DAP, ia akan hilang lebih 1,000 jawatan berkaitan kerajaan dalam kerajaan negeri Pulau Pinang.

Ini akan menyebabkan PAS kehilangan apa jua pengaruh yang ia ada sekarang ke atas kerajaan Pulau Pinang.

Menurut Timbalan Ketua Menteri I Mohd Rashid Hasnon (foto), Pulau Pinang telah melantik kira-kira 1,100 ahli PAS dalam 290 jawatankuasa kampung di negeri itu.

Walaupun jawatankuasa kampung cenderung mempunyai campuran anggota dari DAP, PKR dan ahli PAS, tetapi terdapat 56 jawatankuasa yang hampir eksklusif dianggotai ahli PAS.

"Jika terdapat kira-kira 16 orang dalam setiap jawatankuasa, itu kira-kira 900 orang," katanya.

Setakat ini, 15 ahli jawatankuasa kampung tertentu telah mengemukakan surat peletakan jawatan mereka, katanya.

"Saya telah menerima surat peletakan jawatan mereka dan setiausaha yang berkaitan mengendalikannya sebelum menyerahkannya kepada jawatankuasa saya untuk tindakan seterusnya.

"Peletakan jawatan belum muktamad. Ia akan dibincangkan oleh kabinet negeri," katanya.

Jawatankuasa masjid

Sementara itu, ahli exco yang bertanggungjawab bagi hal ehwal Islam Abdul Malik Abul Kassim berkata beliau tidak menerima sebarang surat peletakan jawatan dari ahli PAS yang menganggotai 200 jawatankuasa masjid di negeri itu.

Jawatankuasa masjid juga dilantik oleh kerajaan negeri.

Dalam muktamar PAS pada hujung minggu lalu, parti itu memutuskan untuk meminta jawatankuasa pusat dan majlis syura pusat memutuskan hubungan dengan DAP.


Walaupun beberapa pemimpin PAS mendakwa perkara itu belum muktamad, yang lain berpendapat bahawa ia adalah fait accompli, kerana majlis syura dikuasai oleh pemimpin-pemimpin dalam Dewan Ulama, yang meluluskan resolusi yang sama.

Setakat ini, bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu telah berjanji untuk meletakkan jawatan sebagai ahli lembaga pengarah di Perbadanan Air Pulau Pinang dan Hub Halal Pulau Pinang.

Berikutan itu, bekas ahli jawatankuasa pusat Datuk Mujahid Yusof Rawa telah meletakkan jawatan sebagai pengarah Yayasan Islam Pulau Pinang dan ahli lembaga Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Pulau Pinang (KITAB).

Senarai panjang

Ahli PAS juga memegang jawatan penting lain dalam kerajaan Pulau Pinang. Ini termasuk Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Datuk Mohd Salleh Man, setiausaha Mohd Fadzil Kemi, ketua pilihan raya Rosidi Hussain, Ketua Pemuda Afnan Hamimi Taib Azamudden, dan timbalan ketua muslimat Aida Yusof Rawa.

Mohd Salleh (gambar), yang juga ADUN Permatang Pasir dan wakil tunggal PAS dalam Dewan Undangan Negeri, mempunyai sekurang-kurangnya empat jawatan dalam kerajaan negeri.

Beliau mempengerusikan Majlis Agama Negeri Pulau Pinang (MAIPP) dan Zakat Pulau Pinang. Beliau juga menjadi ahli lembaga pengarah bagi Hub Halal Pulau Pinang dan Yayasan Islam Pulau Pinang.

Mohd Salleh tidak memberi respons terhadap pertanyaan yang dihantar oleh Malaysiakini. Beliau sedang mengerjakan Umrah.
Mohd Fadzil merupakan ahli Lembaga Pengarah Zakat Pulau Pinang dan dilantik sebagai pegawai media di pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang pada tahun lepas, menggantikan Rosidi Hussain, seorang lagi ahli PAS.

Rosidi, seorang peguam, kini menjadi ahli Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) dan menjadi ahli lembaga Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC).

Afnan adalah ahli MAIPP dan menganggotai lembaga KITAB.

Aida adalah ahli lembaga pengarah Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang.

PAS mempunyai dua orang ahli yang menganggotai Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan dua lagi di Majlis Perbandaran Seberang Perai.

Empat lagi ahli PAS adalah penyelaras bagi pembayaran dana kerajaan negeri dalam kawasan pilihan raya BN di Penaga, Permatang Berangan, Sungai Dua dan Bay
an Lepas.

'Najib Menteri Kewangan paling bodoh dalam sejarah Malaysia' - Tony Pua

Posted: 09 Jun 2015 04:36 PM PDT

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua hari ini menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Razak sebagai penyandang Menteri Kewangan paling bodoh dalam sejarah Malaysia berikutan kegagalan pengurusan syarikat kerajaan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kegagalan Najib majawab soalan-soalan berkenaan 1MDB juga sebagai seorang Menteri Kewangan disifatkan sebagai tidak masuk akal.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>