Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

RIDHUAN TEE

$
0
0

RIDHUAN TEE


Cerita mengembek dan orang kafir (8.6.15)

Posted: 09 Jun 2015 08:03 PM PDT

Cerita mengembek dan orang kafir (8.6.15)

Saya amat teruja membaca cerita seorang ustaz, mengenai seorang pemuda mengembek, gara-gara menghina janggut Almarhum bekas Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul (TGNA), yang menjadi viral. Pemuda itu berhenti mengembek setelah meminum air yang ditawarkan oleh TGNA.

Begitu juga, sebelum ini, cerita mayat bertukar menjadi khinzir, dan macam-macam lagi cerita pelik dari mulut orang Islam, termasuk ustaz, Hujahnya amat simplistik, sebagai balasan terhadap perbuatannya. 

Tidakkah sepatutnya cerita-cerita sebegini berlaku kepada orang kafir, atau mereka yang lebih zalim? Termasuk penentang tegar Islam, seperti ultra kiasu? Bukan itu sahaja, mereka juga pemakan tegar khinzir,  peminum  arak tegar, pemain tegar judi dan lain-lain tegar lagi?

Tidak pernah pula kedengaran. Malah sepanjang saya menziarahi  kematian orang kafir, termasuk mereka yang 'zalim', tidak pernah juga nampak perubahan wajah mereka, termasuk bertukar menjadi khinzir, anjing, kucing dan sebagainya. Malah, mayat mereka kelihatan cantik selepas  disolekkan, sebelum dikebumi.

Apakah Allah hanya akan seksa atau membalas kejahatan orang kafir ketika berada di alam kubur? Manakala, orang Islam, ketika di dunia sudah ditunjukkan balasannya?

Peliknya, kita selalu didedahkan dengan insiden pelik berlaku ke atas umat Islam, dengan dosa mereka tidak seberapa. Sedangkan orang kafir, yang kejahatan sangat ketara dan bermaharajalela tidak pula dinampakkan? Isshhhhh, peliknya

Apakah selepas ini bila Presiden Mesir, Al-Sisi, meninggal dunia, almaklumlah kejahatannya kepada Ikhwan, wajah dan bentuk mayatnya akan bertukar menjadi babi? Jika begitulah keadaan, saya fikir, selepas ini tidak ada orang jahat atau menjadi kafir.

Semua pakat bertaubat dan memeluk Islam kerana nampak balasan Allah di depan mata. Sebagai orang Islam yang beriman dan percaya dengan kekuasaan Allah SWT, saya tidak tolak 'cerita pelik' sebegini. Tetapi  terus terang saya tidak selesa, apabila kalangan cerdik pandai yang menjaja cerita ini. Kita bimbang, ada orang mungkin percaya, ada manusia lain yang lebih hebat dari Nabi.

Nabi, sebagai utusan Allah, maksum, lagi hebat, tidak pula menggunakan mukjizatnya untuk melembut atau mengIslamkan musuh-musuh Islam. Malah orang kafir terus menjadi penentang tegar Islam? Kenapa mereka tidak mengembek atau mengembu seperti kambing dan lembu kerana menentang Nabi? Allah tidak berkuasakah?

Jika isu hina janggut inilah yang menyebabkan seseorang itu mengembek, sudah tentu bapak segala musuh Islam seperti Abu Jahal, Abu Lahab dan segala Abu yang lain, termasuk pemimpin-pemimpin Amerika yang sangat kuat menghina Islam akan mengembek terlebih dahulu. Tetapi, tidak pula berlaku, malah mereka semakin jahat.

Secara peribadi, saya amat menghormati kewarakan dan sifat tawaduk Almarhum TGNA. Tetapi dalam kes mengembek ini, saya perlu simpan dahulu, kerana cerita sebegini terlalu peribadi, sekirapun benar. Tidak perlulah diceritakan di khalayak. Apa tujuannya? Begitu juga cerita berjumpa Rasulullah, jika pun benar,  simpan untuk diri sendiri.

Saya bimbang, cerita-cerita sebegini akan menimbulkan implikasi lain. Mengenali orang Melayu yang mudah menjadi fanatik dan suka mengambil jalan pintas, tidak mustahil, cerita sebegini, boleh membawa manusia bertuhankan manusia atau memuliakan manusia tertentu. Ada manusia tidak mulia, ada manusia yang mulia. Serahkan kepada Allah untuk menentukan segala.

Ingatlah, agama Islam agama Allah. Jika Allah mengkehendaki, Allah boleh gunakan kuasanya untuk menyelamat agamaNya dan umatNya tanpa disentuh atau dijentik oleh sesiapapun. Malah, Allah boleh terus beri balasan di depan mata dan sekelip mata, sebagai tindak balas. Kenapa dan mengapa kita terus diuji dan dicuba?

Pelarian Islam Rohingya dengan penderitaan yang teramat sangat. Mereka diseksa dan dibunuh sewenang-wenangnya. Kenapa pemimpin junta Nyanmar tidak mengembek atau mengambing? Malah semakin zalim.

Begitu juga pembunuhan sesama umat Islam di Syria dan Mesir. Saya belum dengar lagi Syiah yang membunuh tukar bertukar suara menjadi suara kambing. Jika sayalah dijemput untuk mencerita kehebatan seseorang yang untold story, saya akan tonjolkan segala kebaikan dengan hujah akademik, bukan simplistik, kerana ada implikasi lain.

Justeru, saya minta kepada para ilmuan dan agamawan, tidak perlu menjual air jampi, termasuk air zam-zam. Kita jaja cerita, jika air ini diminum, maka yang gelap hati menjadi terang, jahat bertukar baik.

Jika begitu mudahnya Islam, senang kerja kita. Tidak perlu bersusah payah berjuang dan berdakwah. Pakat-pakat pakai jampi sahaja. Hembus sana, hembus sini. Kita juga boleh kumpulkan, para huffaz seluruh negara, bawa mereka ke kolam tadahan air yang disalurkan ke setiap rumah. Jampi kolam air tersebut dengan 30 juz bacaan al-Quran.

Sudah pasti air tersebut akan diminum oleh orang kafir dan ultra kiasu. Keesokannya, mereka berduyun-duyun menyerbu pejabat agama untuk memeluk Islam dan seterusnya mengundi Pas, dan menolak Umno. Adakah semua ini boleh berlaku?

Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah, INSPIRE/PPI, UNISZA



Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>