Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

$
0
0

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Tragedi coli merah jambu

Posted: 09 Jun 2015 06:16 AM PDT

Chiang Mai: Pihak berkuasa pelancongan Thailand semalam mengeluarkan amaran keras kepada pengurusan Lapangan Terbang Chiang Mai selepas gambar pakaian dalam milik seorang pelancong China tersidai di atas kerusi tersebar luas.

Gambar baju dalam berwarna merah jambu dan seluar hitam wanita terbabit mula tersebar melalui media sosial kelmarin dan mengundang pelbagai reaksi, dengan kebanyakannya mengkritik pihak yang berkenaan.

Presiden Persatuan Pelancongan Chiang Mai, Pornchai Jitnavasathien berkata, kejadian itu bukan pertama kali berlaku di lapangan terbang berkenaan.

Persatuan berkenaan turut meminta ejen dan pemandu pelancong Thailand menjelaskan kepada pelanggan masing-masing bahawa tindakan menyidai pakaian dalam bukan saja tidak sesuai dengan budaya setempat, malah menjejaskan imej pelancong China.

Sementara itu pegawai perhubungan awam lapangan terbang terbabit berkata, kejadian itu berlaku kira-kira dua minggu lalu ketika wanita itu sedang menunggu penerbangan pulang ke China pada jam 9 malam.

Menurutnya, ia adalah waktu puncak dan kawasan berkenaan dipenuhi oleh orang ramai. - Agensi

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/28114?m=1#sthash.lQV5QDdf.dpuf

Pakai sopan, PAS kritik tindakan JPJ beri wanita pakai sarong

Posted: 09 Jun 2015 05:23 AM PDT

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjadi sasaran Ahli Parlimen Kota Bahru Datuk Takiyuddin Hassan hari ini kerana meminta seorang pelanggan memakai kain sarung - atau tidak mendapat perkhidmatannya.

Takiyuddin yang juga penolong setiausaha agung PAS, berkata di Parlimen bahawa tindakan itu adalah keterlaluan.

"Di Kelantan, kita tidak beri wanita kain sarong untuk dipakai," katanya, merujuk kepada orang ramai yang datang berurusan di majlis- majlis tempatan di negeri itu.

Katanya, kod pakaian diamalkan oleh pihak berkuasa tempatan hanyalah untuk 'menggalakkan' wanita Islam menutup aurat mereka, manakala wanita bukan Islam diminta berpakaian sopan mengikut standard mereka.
Takiyuddin merujuk kepada catatan di Facebook di mana seorang warga siber, Suzanne GL Tan mendakwa dia diminta memakai kain sarung untuk menutup skirt pendek yang dipakainya.

Dia diminta berbuat demikian ketika pergi ke pejabat JPJ untuk urusan menukar pemilikan keretanya.

Dia tidak menyatakan dalam catatanya di mana pejabat JPJ itu.

Carilah ustazah, kenapa cari jebon ni jugak, kata Aishah tolak pelantikan

Posted: 09 Jun 2015 01:45 AM PDT

Kumpulan pro ulama yang menang besar dalam pemilihan PAS baru-baru ini mula terasa kesannya apabila ramai aktivis mula menjauhkan diri daripada parti Islam itu dan menolak tawaran untuk bersama, termasuklah para artis yang menyertai mereka sebelum ini.

Penyanyi tersohor tanah air Aishah, atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, yang terkenal dengan lagu "Janji Manismu", antara mereka yang mula menjarakkan diri.

"Hai la ustazah nak cari gak jebon-jebon parasit PAS buat apa... ustazah carilah ustazah yang boleh buat kerja tu... hehe jangan cemari 'kebersihan' pimpinan baru ni," tulis Aishah dalam Facebooknya semalam, penuh dengan sindiran.

Aishah dan rakan aktivis lain, digelar jebon, parasit, barua dan anai-anai sebelum ini oleh kumpulan penyokong ulama, khasnya melalui "penulis hantu" mereka di media sosial, menyertai kempen "Say no to pelantikan."

Beliau yang kini sedang sakit dan menerima rawatan doktor, menulis dalam Facebooknya: "Dalam tengah-tengah sakit I terima message mohon bertemu dengan kepimpinan dewan muslimat baru untuk bincang-bincang pasal lajnah kesenian kebudayaan dan rekreasi (LKKR)."

Beliau merujuk salah satu biro dalam parti Islam itu yang diketuainya sebelum ini.

Aishah menyertai PAS beberapa tahun lalu dan bertanding di Parlimen Jempol, Negeri Sembilan atas tiket PAS dalam Pilihan Raya Umum 2013, namun tewas.

Beliau dilabel sebagai kumpulan profesional dalam PAS dan mendapat serangan bertalu-talu daripada kumpulan pro ulama sehingga kesemua mereka tewas.

Ketika memberikan penjelasan dalam Mesyuarat Agung Dewan Muslimat PAS baru-baru ini, Aishah yang mempengerusikan LKKR jelas sangat tidak senang cara beliau diserang.

"Kelakar jugak bila fikir-fikirkan, pengalaman saya sendiri sebagai pengerusi lajnah kesenian... 53 tahun tak pernah adapun lajnah kesenian selama ni... 53 tahun baru ada ahli yang ada pengalaman dalam bidang seni," tulis Aishah kesal dengan serangan itu.

"Tanpa dibekalkan satu sen pun, pandai-pandailah nak hidupkan benda ni, hahaha bila I fikir semula all the hours of planning, rehearsing and meetings etc...ada masa keluar duit sendiri..sampai ke muktamar, senang-senang je perwakilan komen 'seni ni luas'," tulisnya.

"Ia macam awak beritahu kepada orang Eskimo air batu itu sejuk," katanya.

Baginya, semua yang bekerja dalam jemaah PAS melakukannya secara sukarela.

"Awak bukan bercakap dengan Menteri Kesenian dan Kebudayaan, yang ada peruntukan setiap tahun dengan gaji dan elaun untuk bergerak. Semua dibuat atas dasar kasih sayang."

"Bukan tidak boleh bertanya... tetapi sebelum hendak sindir-sindir dan maki-maki.. ingatlah yang buat kerja ni semua 'volunteers' atas masa, perbelanjaan dan 'skill' kami sendiri.

"Sebelum hendak boo, fikirkan berapa banyak masa mereka ni dah infaq pada jemaah... kalau sudah tidak mahu lagi masa atau skill seseorang itu, lakukanlah dengan berhemah... kita kan jemaah Islam.. berkelakuanlah dengan akhlak Islam yang indah ini," katanya kesal.

Sebagaimana Dewan Pemuda, kesemua pemimpin yang bukan pro ulama dalam Dewan Muslimat ditewaskan sepenuhnya pada pemilihan semasa muktamar lalu, dari ketua hingga ke exco yang lain.

Aishah merupakan salah seorang 'mangsa' itu, yang selama ini sangat aktif dalam aktiviti Dewan Muslimat.

Ekoran kekalahan yang mereka sifatkan dengan cara yang tidak sihat itu, kempen "Say no to pelantikan" dimulakan.

Sebelum ini AJK PAS Pusat, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus juga membuat kenyataan menolak sebarang perlantikan termasuk dalam Dewan Pemuda PAS.

Menerima saranan dari Profesor Datuk Dr Redzuan Othman, Abang Ahmad mahu pulang ke kawasannya di Beting Maro di pendalaman Sarawak, untuk membina PAS di sana.

"Selepas berbincang secara mendalam dengan ahli keluarga dan teman-teman rapat dengan saya dan setelah melihat serta mengambil kira faktor pelapis, kewangan, gerak kerja dan perancangan, maka saya bulat dan tekad untuk tidak menerima sebarang lantikan jawatan untuk Badan Perhubungan, Pemuda PAS Malaysia & PAS Pusat," tulis Abang Ahmad dalam kenyataan itu.

Bahkan, Mazlan Aliman yang menjadi satu-satunya AJK PAS Pusat yang tidak termasuk dalam senarai pro ulama yang menang, turut mempertimbangkan melepaskan jawatan itu. – 9 Jun, 2015.

'Dah cerai talak tiga, mana boleh tidur sebantal'

Posted: 08 Jun 2015 10:45 PM PDT

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor Datuk Teng Chang Khim menyifatkan hubungan PAS dan DAP kini seperti pasangan suami isteri yang sudah berpisah dengan talak tiga.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP itu berkata jika PAS berhasrat untuk terus bersama dalam kerajaan negeri Selangor, mereka perlu mematuhi suara majoriti iaitu gabungan DAP dan PKR.

"Sudah cerai talak tiga, takkan boleh tidur sebantal lagi. Dulu rakan sama taraf, sekarang kedudukan seperti rakan kongsi majoriti dan minoriti.

"Sekiranya PAS masih berhasrat mengekalkan jawatan dalam kerajaan Selangor, mereka hendaklah mengakui dan menerima hakikat yang parti itu tidak boleh lagi menjadi penentu dasar.

"Sebaliknya mematuhi semua keputusan dasar kerajaan negeri yang dianggotai DAP dan PKR," katanya seperti dilaporkan akhbar Sinar Harian hari ini.

Teng berkata jika PAS tidak dapat menerima hakikat itu maka pemimpin parti Islam seharusnya meninggalkan barisan kepimpinan negeri.

Katanya, PAS akan membuat tindakan paling keji jika bergabung dengan Umno kerana parti Melayu itu sudah pun ditolak di Selangor.

"Usaha bergabung dengan Umno adalah mengkhianati rakyat. Bahkan terdapat Adun PAS yang bermaruah tidak akan bersetuju dengan penggabungan PAS dan Umno di Selangor.

"Gabungan PAS dan Umno tidak akan berjaya kerana tiada majoriti," katanya seperti dilaporkan akhbar itu.

Muktamar PAS yang berakhir pada Sabtu meluluskan usul Dewan Ulama tanpa bahas bagi memutuskan hubungan dengan DAP tetapi masih kekal dalam Pakatan Rakyat (PR).

Walaupun terdapat perwakilan yang mahu usul berkenaan dibahaskan di muktamar namun ia dibimbangi alan mencetuskan kontroversi dan salah faham dalam PR. – 9 Jun, 2015.

Jangan terpengaruh dengan provokasi jahat Guan Eng, kata ulama PAS

Posted: 08 Jun 2015 10:27 PM PDT

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali (gambar, kiri) menyeru agar pimpinan PAS Pulau Pinang dan Selangor tidak terpengaruh dengan kenyataan Lim Guan Eng yang disifatkannya sebagai satu provokasi.

Katanya, kenyataan yang dibuat ketua menteri Pulau Pinang itu pada Sabtu bertujuan supaya pimpinan PAS di Pulau Pinang meletak jawatan mereka dalam kerajaan negeri tersebut.

"Biarkanlah Lim dengan segala keangkuhannya bertindak menurut apa yang dikehendaki oleh partinya," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menyarankan agar mana-mana ahli dan pimpinan PAS tidak mendahului Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa PAS Pusat dengan mengambil tindakan sendiri meletakkan jawatan dalam kerajaan negeri meskipun jika ada permintaan dari Lim.

"Begitu juga, pimpinan PAS Selangor yang sama-sama membentuk kerajaan Selangor menerusi 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan juga menerusi persetujuan bersama Sultan Selangor untuk membentuk kerajaan, tidak perlu keluar daripada kerajaan negeri sekarang.

"Sementelah lagi kerajaan Selangor bukan milik bersendiri DAP, tapi milik bersama 3 parti yang menyumbang kepada kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-13," katanya.

Tambahan pula, Khairuddin berkata, usul Dewan Ulama PAS Pusat memutuskan hubungan dengan DAP itu dalam masa yang sama menegaskan PAS mahu kekal dalam Pakatan Rakyat (PR), bukannya keluar daripada PR.

"PAS tidak akan keluar daripada PR," katanya.

Katanya, ia sejajar dengan penjelasan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali sebelum ini: "Kita masuk tahaluf siyaasi dengan hukum, maka keputusan keluar juga mesti berdasarkan hukum. Dan hukum itu diputuskan Majlis Syura Ulama, bukannya oleh muktamar."

Pada masa sama, Khairuddin berkata, usul tergempar yang diluluskan sebulat suara Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat itu merupakan cadangan kepada Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa PAS Pusat.

Bagaimanapun, disebabkan salah faham dalam konteks itu, usul itu dipinda hingga menyebabkan pembawaan maksud yang berbeza, iaitu "menggesa Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa PAS Pusat memutuskan hubungan dan kerjasama politik dengan DAP.

"Apabila usul tersebut diputuskan untuk diterima tanpa bahas dalam Muktamar PAS Pusat oleh Jawatankuasa Usul PAS Pusat, ia bermaksud meluluskan usul tersebut untuk diputuskan Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa PAS Pusat.

"Ia bukan bermaksud meluluskan usul untuk terus sahaja Muktamar membuat kepuusan memutuskan hubungan dengan DAP," katanya.

Beliau juga menyarankan ahli PAS memahami isi kandungan usul Dewan Ulama PAS itu bagi mengelak terlibat membuat sebarang tindakan melulu. – 9 Jun, 2015.

Aisyah sindir proulama PAS dalam lirik lagu

Posted: 08 Jun 2015 09:33 PM PDT

Kumpulan konservatif terus mendapat penolakan daripada bekas 'orang kanan' mereka ketika berusaha mendapatkan sokongan rakyat suatu ketika itu.

Hari ini bekas penyanyi Aishah membuat beberapa catatan di Facebook dengan menyindir golongan berkenaan.

Menggunakan lirik lagu Tegar, Aishah menyinggung kumpulan proulama PAS:

PAS yang dulu bukannya yang sekarang,
dulu PAS for All sekarang PAS for ustaz
dulu dulu dulu dakwah kasih sayang
sekarang dakwah siku lutut

Cita-citaku menjadi hamba mulia
dibimbing oleh orang yang kuat agama
tapi tapi tapi apa dah jadi
jemaah dicaci begini

Pernah menjadi anggota Dewan Muslimat PAS, beliau yang mempunyai nama sebenar Wan Aishah Wan Ariffin juga menyindir sikap pemimpin proulama.

Aishah yang sebelum ini terkenal dengan lagu Janji Manismu juga menulis di Facebooknya, PAS ketika ini tidak lagi membawa pendekatan seperti pernah dikenalinya.

Kata Aishah, parti itu pernah membawa slogan "PAS Untuk Semua" tetapi kini dilihat seolah-olah hanya golongan ustaz sahaja yang berhak berada dalam barisan kepimpinan parti berkenaan.

Dalam tulisan lain, Aishah yang pernah bertanding di atas tiket PAS untuk kerusi parlimen Jempol turut menolak pelantikan sebagai anggota Biro Kesenian Kebudayaan dan Rekriasi PAS.

Aishah dengan sinis menulis: "Hai la ustazah nak cari juga jebon-jebon parasit PAS buat apa. Ustazah carilah ustazah yang boleh buat kerja tu, hehe jangan cemari 'kebersihan' pimpinan baru ini, katakan tidak pada pelantikan," katanya.

Dalam pemilihan Dewan Muslimat PAS lalu, semua penyandang jawatan tertinggi itu gagal mempertahankan jawatan masing-masing dan telah ditewaskan oleh calon yang dikatakan proulama.

Jahat sungguh DAP kata Khalid Samad

Posted: 08 Jun 2015 09:29 PM PDT

Bekas Ahli Jawatankuasa Pusat PAS, Khalid Samad 'menempelak DAP kerana melantik begitu ramai ahli mengisi jawatan dalam kerajaan negeri Pulau Pinang.

Dalam tulisan terbaru Khalid dalam blognya, Khalid berkata beliau berharap usul daripada Dewan Ulama PAS yang mahu memutuskan hubungan parti itu dengan DAP dilaksanakan

"Bagi saya, untuk mengotakan semangat di sebalik usul itu dan supaya PAS tidak dituduh tunduk kepada DAP, kemaruk jawatan serta sebagai parti tidak bermaruah, hasrat usul tersebut perlu dilaksanakan.

"Lebih-lebih lagi apabila usul tersebut telah diterima – walaupun tanpa bahas – oleh muktamar PAS.

"Maka biarlah tindakan tegas dan berani meletakkan harapan hanya pada Allah. Berani kerana benar dan yakin Allah bersama pihak yang benar," tulis beliau dalam rencana bertajuk 'Pascamuktamar PAS ke-61 dan pembaharuan yang diidamkan'.

Khalid adalah salah seorang pemimpin kumpulan progresif yang diketepikan oleh perwakilan PAS dalam muktamar tahunan mereka di Kuala Selangor minggu lalu.

Selain Khalid, antara pemimpin sederhana yang kalah ialah MP Sepang, Hanipa Maidin; Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli dan Mohamad Sabu.

Khalid yang juga MP Shah Alam untuk penggal kedua berkata, tindakan Mohamad meletakkan jawatannya dalam agensi kerajaan negeri di Pulau Pinang adalah tepat kerana ia bersifat lantikan atas kapasiti parti.

"Ramai juga wakil PAS yang dilantik walaupun PAS hanya menang satu kerusi. Dilantik pula oleh kerajaan Pakatan Rakyat yang hampir kesemuanya DAP.

"Jahat sungguh DAP kerana melantik begitu ramai wakil PAS! Menyulitkan. Ujian dan dugaan.

"Sepertimana Mat Sabu dilantik, dia boleh juga dipecat. Tidak perlu tunggu dipecat. Lebih berprinsip letak jawatan.

"Lebih-lebih lagi apabila PAS yang menyerang DAP dan ingin memutuskan hubungan dengan mereka," katanya.

Dedah dada pengantin wanita, majlis perkahwinan anak Ku Nan 'dibahan' netizen

Posted: 08 Jun 2015 08:01 PM PDT

PETALING JAYA: Gambar perkahwinan anak Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang dimuat naiknya di laman Facebook ditegur.

Dalam majlis yang berlangsung mengikut adat istiadat Jawa, penerampilan pengantin perempuan mendedahkan aurat.

"Bkan dr segi persandingan sahaja..bab2 lain wajib diperbetulkan…jgn adat melebihi agama..keutamaan adalah agama..adat yg menempah dosa..tinggalkan jauh2″ tulis Thamidzzi Akasah.

"Tolong tegur sikit bab halal haram kpd rakan menteri tu….utk kebaikan," tulis Jalalludin Ahmad Jamil Khir.

Dalam statusnya, Tengku Adnan, yang juga Menteri Wilayah berkata, lebih 12,000 orang tetamu menghadiri majlis perkahwinan anak lelakinya, Dr. Tengku Iqbal Munawir dan pasangannya Ayu Lingsari yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Sabtu lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor bersama beberapa menteri kabinet yang lain antara mereka yang hadir menyerikan majlis.

(Foto) Penyanyi popular dituduh jatuhkan maruah wanita dengan aksi mencolok mata

Posted: 08 Jun 2015 07:19 PM PDT

Maghribi: Penyanyi Jennifer Lopez akan disaman kumpulan pendidikan di Maghribi yang tidak berpuas hati dengan persembahannya yang seksi di negara itu, minggu lalu.

TMZ melaporkan Jennifer, 45, dituduh 'mengganggu ketenteraman awam dan menjatuhkan maruah wanita' dalam persembahannya di Rabat Jumaat lalu yang disiarkan di televisyen.

Malah, kejadian itu turut menyebabkan beberapa pihak mendesak Menteri Penerangan Maghribi Mustapha Khalfi meletak jawatan selepas dikecam kerana membenarkan televisyen kebangsaan menyiarkan konsert itu.

Mustapha bagaimanapun tidak mengendahkan desakan itu.

Sebaliknya Mustapha berkata di Twitter dia akan menghubungi jawatankuasa etika stesen terbabit untuk membincangkan isu berkenaan.

"Apa yang disiarkan itu memang tidak boleh diterima dan melanggar perundangan penyiaran," katanya.

Gaya seksi dan pakaian menjolok mata Jennifer turut diselar media tempatan. - Agensi






- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/56573#sthash.JG14UddE.dpuf

Artis tempatan tersipu kantoi teguk air kencing syaitan dengan kekasih

Posted: 08 Jun 2015 06:01 PM PDT


Sekadar foto hiasan
pgr
Hujung minggu lalu SS bertemu rakan lama. Melihatkan raut wajahnya yang ceria semacam, SS dapat agak pasti ada cerita yang mahu disampaikannya, tetapi yang kelakarnya belum 'buka mulut' dia dah tersipu-sipu malu.

Katanya, dia berasa malu nak bercerita, tetapi artis wanita yang buat perangai itu pula macam tak ada rasa malu langsung. Pandai pula rakan SS ni buat lawak.

Kisahnya, ketika dia berjalan-jalan di sebuah pusat beli-belah terkenal di pinggir ibu kota, dia terkejut melihat artis itu dengan asyiknya meneguk air haram bersama kekasihnya.

Mulanya, dia hanya perasan lelaki itu saja, tetapi kerana dia inginkan kepastian, rakan SS sanggup berpatah balik. Betullah artis wanita itu. Menurut rakan SS lagi, kalau betul artis itu memang suka 'minum petang' dengan air haram itu, janganlah meneguk di tempat terbuka.

Tambah rakan SS lagi, rasanya bukan dia seorang yang perasan, tetapi ramai lagi yang memandang ke arahnya.

Apabila artis itu perasan ramai yang mula melihatnya, dia cuba beralih tempat duduk dengan membelakangkan jalan agar wajahnya tidak kelihatan.

Tetapi kalau dah buat perkara buruk, beralihlah ke mana pun, ia tetap salah dan tidak elok di pandang masyarakat. Rakan SS

yang begitu gigih menyaksikan aksi artis itu beritahu artis itu bukan minum segelas, tetapi siap tiga empat kali tambah.

Seingat SS, sebelum ini dia pernah terbaca aktiviti hujung minggu artis itu adalah membaca buku agama dan mengaji.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710