BERANI MEMBUAT PILIHAN... |
- Tergamam dengan hanya bertuala separuh bogel
- Seks selepas tonton video lucah
- Cinta, maruah lebur di lapangan terbang
- PAS tuntut Najib letak jawatan lepas raya
- Video ngeri kemalangan Zamri Baba mula tersebar
- PAS kini setapak menuju syurga
- Krisis DAP dan PAS, PKR tak payah masuk campur - Lim Guan Eng
- PAS tak akan jilat balik ludah - Mahfuz Omar
- Biar putus dengan DAP, asal maruah PAS terjaga - Khalid Samad
- Bahana bawak balik jantan ke rumah
- 'Campak Wang Ke Lantai, Mana Maruah Saya?'- Mael (XPDC)
- Amaran DAP, PAS bakal hilang sokongan Melayu di Johor
- Muktamar khas jika ulama PAS setuju putus hubungan dengan DAP
- Najib sedia bincang dengan Ulama PAS, lapor akhbar
- PKR akan bertindak sebagai pendamai antara PAS dan DAP
- Suami, adik lelaki yang terlampau
Tergamam dengan hanya bertuala separuh bogel Posted: 08 Jun 2015 08:01 AM PDT Sungai Petani: Seorang lelaki warga Indonesia yang hanya memakai tuala sambil diurut tukang urut wanita warga asing tergamam apabila pihak berkuasa menyerbu pusat urut di Lagenda Heights, di sini, kelmarin. Serbuan terhadap dua pusat urut itu bermula jam 7 malam oleh sepasukan anggota Jabatan Imigresen Kedah berdasarkan maklumat awam selepas melakukan risikan. Ketua Bahagian Penguat Kuasanya Mohd Shahrir Khalil berkata, pihaknya menahan lima wanita warga China dan Vietnam berusia 20 hingga 30-an dipercayai bekerja sebagai tukang urut, selain dua lelaki warga Indonesia termasuk seorang pelanggan yang sedang diurut. "Ketika serbuan, 13 warga asing diperiksa, bagaimanapun hanya tujuh ditahan termasuk pelanggan yang diurut dan ada yang menunggu pelanggan. "Kita tidak menghadapi masalah memasuki premis itu kerana risikan sudah dijalankan sejak lebih sebulan lalu bagi memastikan semua pekerja di kedua-dua pusat urut ini tidak dapat melarikan diri," katanya. Beliau berkata, semua pendatang asing tanpa izin (Pati) itu ditahan kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan sah dan melanggar syarat pas diberikan. Menurutnya, pihaknya juga merampas kamera litar tertutup (CCTV) sebagai bahan bukti, selain memanggil pelanggan dan pemilik premis untuk memberi keterangan. Katanya, mereka ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 39(b) Peraturan Imigresen 1963 serta Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007. - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/25245?m=1#sthash.X7G6uywC.dpuf |
Seks selepas tonton video lucah Posted: 08 Jun 2015 07:01 AM PDT Petaling Jaya: Sebuah pusat urut di Sunway Mentari di sini dikesan menyediakan khidmat seks dan wayang lucah kepada pelanggannya dengan pakej serendah RM100. Taktik bagi menarik perhatian pelanggan itu terbongkar selepas premis yang sudah beberapa kali diserbu pihak berkuasa diserbu sekali lagi oleh pegawai dan anggota Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, malam kelmarin. Menurut jurucakap polis, serbuan dilakukan jam 9.30 malam itu menahan lapan wanita warga Vietnam berusia 20 hingga 23 tahun yang leka melayan pelanggan. Jurucakap itu berkata, turut ditahan seorang lelaki penjaga premis dan tiga lelaki dipercayai pelanggan. "Premis ini dikesan kembali beroperasi selepas beberapa minggu diserbu dan masih menawarkan pakej wayang lucah sebelum pelanggan memilih wanita untuk melakukan hubungan seks," kata jurucakap polis itu. Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya. - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/16157cetak?m=1#sthash.W4fCkF4n.dpuf |
Cinta, maruah lebur di lapangan terbang Posted: 08 Jun 2015 06:01 AM PDT Sandakan: Impian seorang lelaki dari Semenanjung bertemu kekasih hati dikenali melalui laman sosial Facebook bukan saja berkecai, malah kerugian RM10,000 selepas wanita berkenaan tidak muncul dan panggilan telefon tidak dijawab. Difahamkan, lelaki dikenali sebagai Mohd Noor berusia 30-an itu dikatakan tiba di Lapangan Terbang Sandakan di sini, kira-kira jam 9.30 pagi kelmarin, untuk bertemu ahli keluarga teman wanitanya dipercayai untuk merisik dan melangsungkan pertunangan. Sebelum tiba di daerah ini, mangsa dipercayai memasukkan RM10,000 seperti diminta wanita terbabit dengan alasan untuk membuat persediaan majlis pertunangan mereka. Sebaik menjejakkan kaki ke daerah ini, mangsa terus menghubungi teman wanitanya, tetapi tidak dijawab sebelum talian telefon bimbit dimatikan. Mangsa yang buntu dilihat berlegar-legar tanpa tujuan di sekitar lapangan terbang itu sehingga petang sebelum disedari orang ramai. Selepas mendapati mangsa ditipu, orang ramai membawa lelaki itu ke balai polis untuk membuat laporan dan mendapatkan bantuan. |
PAS tuntut Najib letak jawatan lepas raya Posted: 08 Jun 2015 05:41 AM PDT Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man membalas komen mesra Datuk Seri Najib Razak dengan menuntut perdana menteri meletakkan jawatannya selepas hari raya nanti. Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini, Tuan Ibrahim berkata, perdana menteri tidak perlu menangguk di air keruh untuk menimbulkan semula fitnah terhadap PAS. " Jangan cuba menggunakan PAS untuk mengalihkan pandangan daripada isu yang lebih penting," katanya. Bagaimanapun tidak dinyatakan mengapa Tuan Ibrahim memilih memberi tempoh sehingga selepas Aidilfitri nanti untuk Najib meletak jawatan. Terdahulu Najib dilaporkan berkata, Umno sedia berunding dengan PAS demi kemaslahatan Islam. Najib juga memuji perwakilan dalam muktamar PAS kerana memilih kumpulan proulama yang dilihat beraliran konservatif untuk menguasai semua jawatan penting parti. Kata Tuan Ibrahim, apa jua keputusan dalam muktamar partinya, pendirian mereka terhadap Umno adalah sama, iaitu tidak akan bergabung dengan Umno. "Majlis Syura Ulama PAS menegaskan perkara ini pada 19 Mei yang lalu," katanya. Sebagai langkah permulaan untuk mengambil tanggungjawab, kata Tuan Ibrahim, Najib harus melepaskan jawatannya serta-merta sebagai Penasihat 1Malaysia Development Berhad kerana Bank Negara Malaysia (BNM) telah memulakan siasatan rasmi ke atas syarikat sarat dengan beban kewangan itu. Kata Tuan Ibrahim, amat memalukan apabila ada syarikat dinaungi seorang perdana menteri sendiri perlu disiasat BNM. Dalam nada menyindir Tuan Ibrahim berkata, Najib mungkin boleh melarikan diri daripada forum Nothing2Hide, namun beliau tidak boleh lari daripada masalah negara. "Dengan insiden begitu memalukan, Najib tidak boleh terus-menerus memegang jawatan perdana menteri, menteri kewangan dan Penasihat 1MDB," katanya. |
Video ngeri kemalangan Zamri Baba mula tersebar Posted: 08 Jun 2015 05:01 AM PDT BOGOR, JAWA BARAT: Pelumba SuperSports 600cc negara, Zamri Baba kini berada dalam keadaan kritikal selepas motosikal yang dipandunya dalam pusingan kedua Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) di Litar Antarabangsa Sentul semalam telah terlibat dalam kemalangan. Beliau yang beraksi bersama pasukan Musashi Boon Siew Honda Racing gagal untuk mengawal jenteranya di satu selekoh sebelum tergelincir di dalam pusingan keempat lalu merempuh penghadang keselamatan lalu telah dilanggar dari belakang oleh Dimas Ekky Pratama. Difahamkan, pelumba negara itu mungkin akan dihantar menjalani rawatan lanjut ke Jakarta atau Kuala Lumpur. Sementara itu, kami sertakan satu video di mana berlaku satu lagi kemalangan melibatkan perlumba Indonesia, M. Fadly Immammuddin yang dikatakan juga kritikal selepas dirempuh pelumba Thailand, Jakkrit Sawangswa semasa di garisan penamat. Kedua-dua pelumba itu turut dikejarkan ke hospital kerana mengalami kecederaan serius di bahagian kaki dan kini sedang berada di bawah pengawasan rapi. |
PAS kini setapak menuju syurga Posted: 08 Jun 2015 04:45 AM PDT Selesai sudah upacara mencampak keluar para Jebon dan Anwarinas. Presiden PAS Abdul Hadi Awang sudahpun selesa bergambar dalam satu bingkai bersama Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin. Mantan Timbalan Presiden PAS, Saudara Mohamad Sabu pula khabarnya meletakkan semua jawatannya di dalam kerajaan negeri Pulau Pinang kerana menurut kata para ulama yang mahu PAS berpisah dengan DAP. Semoga yang lainnya turut menyusul, demi mendengar nasihat dan kata para ulama supaya tidak sesat, lalu dituduh jebon. PAS Pulau Pinang menunjukkan rasa tidak senangnya terhadap pentadbiran kerajaan negeri yang dipimpin Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sejak sekian lama. Kini, mereka dikurniakan peluang untuk berlawan secara berdepan dengan Guan Eng; sama ada menggunakan siku atau lutut masing-masing. ADUN PAS tunggal di Pulau Pinang kini boleh berdiri gagah mempersoal dan mengkritik Ketua Menteri tanpa rasa segan silu lagi. Perkumpulan pimpinan PAS Pulau Pinang yang menikmati jawatan di negeri Pulau Mutiara itu juga kini sudah boleh mengkritik kerajaan negeri tanpa rasa bersalah menerima gaji daripada kerajaan negeri. Sesungguhnya perancangan Tuhan itu amat hebat. Namun di tengah kerancakan perancangan Tuhan itu, ada pula yang mahu menukar pendirian. Ada yang menyebut, usul untuk berpisah dengan DAP itu belum muktamad. Malah ada pula yang berkata, keputusan itu mesti dibincangkan di peringkat Majlis Syura. Jika demikian, PAS tidak perlu ada muktamar jika keputusannya masih perlu dibawa ke Majlis Syura. PAS juga tak perlu ada Majlis Syura, kerana keputusan jawatankuasa itu boleh dibatalkan oleh presiden PAS. Menuju syurga PAS malah tak perlu ada presiden, kerana keputusan penyandang jawatan paling tinggi dalam parti itu nampaknya hanya berdasarkan tunjuk ajar Umno. Justeru, PAS hanya perlukan Umno. PAS tidak perlukan DAP, kerana DAP adalah parti kafir yang secara terang-terang membantah pelaksanaan hudud. Namun, kita tidak tahu kenapa PAS memerlukan DAP sebelum ini ketika pilihan raya 2013, walhal pada ketika itu DAP juga masih tidak bersetuju dengan pelaksanaan hudud. PAS tidak perlukan jawatan di Pulau Pinang, kerana sebagai parti yang bermaruah dan telah memutuskan hubungan dengan DAP, parti Islam itu tidak perlu lagi melengung di dalam kerajaan dan semestinya berjuang bagi menawan negeri tersebut daripada kekuasaan DAP. Janganlah menjadi seperti golongan yang meletakkan dunia di atas kepala, dan prinsip dibimbit di kedua belah tangan. Apabila dunia goyang, maka prinsip dilepaskan bagi menjaga dunia daripada tergolek jatuh. PAS kini sudah setapak menuju syurga. Dengan lengsernya para jebon dan Anwarinas daripada ketumbukan utama PAS, jalan menuju keredaan Tuhan itu makin terbentang luas tanpa duri dan ranjau. Tidak ada lagi Khalid Samad, Hatta Ramli, Hanipa Maidin, Dr Dzul, Suhaizan, Dr Siti Mariah, Dr Mujahid atau Husam Musa untuk menghalang jalan menuju syurga. Tidak ada lagi mereka ini untuk menjadi pesuruh bagi memujuk sokongan para liberal, pengundi atas pagar dan pengundi bukan Islam. Tidak ada lagi mereka ini untuk hadir ke forum dengan kapasiti parti bagi merungkai permasalahan ekonomi dan sosial. Yang ada kini adalah Haron Din, Nasruddin Hassan, Nik Abduh dan entah siapa lagi yang selama ini tidak dikenali rakyat Malaysia selebihnya. Sudah memang menjadi cita-cita kita untuk melihat para ulama terkedepan membawa isu ekonomi dan membongkar skandal Umno setiap hari. Tidak ada lagi artis seperti Aishah, yang popular dengan lagu 'Janji Manismu' untuk menyertai lajnah kebudayaan, kesenian, rekreasi dan segala lajnah yang lagha serta menyimpang dari perjuangan PAS. Tidak perlu lagi tanzim baru yang berteraskan ulama ini untuk kembali mendapatkan khidmat para jebon dan parasit serta munafiq haraki ini untuk mendekati khalayak yang tidak pernah selesa dengan imej Islam PAS. PAS pastinya mampu membawa dakwah mereka kepada golongan ini dengan pendekatan baru mereka menggunakan siku dan lutut masing-masing. Pun begitu, di sini kita temukan persimpangan di mana PAS perlu bertanya dirinya sekali lagi; perjuangan dan parti mereka ini untuk siapa sebenarnya? PAS untuk orang PAS, atau PAS untuk seluruh rakyat Malaysia? Dan adakah rakyat mangsa banjir di Kelantan akan tergolong dalam kalangan yang menerima kebaikan daripada haluan baru PAS ini, setelah terbiar tinggal di khemah usang sepanjang enam bulan lalu? IZMIL AMRI ISMAIL wartawan Roketkini. |
Krisis DAP dan PAS, PKR tak payah masuk campur - Lim Guan Eng Posted: 08 Jun 2015 04:31 AM PDT DAP menolak campur tangan pihak ketiga yang akan menjadi orang pendamai kepada pergeserannya dengan PAS yang menjadi semakin buruk selepas usul Dewan Ulama parti itu diterima tanpa bahas untuk memutuskan hubungan dengan mereka. Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, sebagai parti politik yang wujud sejak dari tahun 1966 dan mempunyai majoriti ahli Parlimen dalam Pakatan Rakyat (PR), mereka berupaya untuk menangani isu tersebut secara langsung dengan parti Islam itu. "Kita tidak perlu orang tengah berhubung isu kita dengan PAS. Segala masalah boleh dibincangkan secara terus tanpa campur tangan orang lain," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, Kuala Lumpur hari ini. Apabila ditanya adakah ianya merujuk kepada PKR yang menyatakan hasrat ingin menjadi orang tengah sebagai pendamai antara DAP dan PAS beliau berkata kenyataannya merujuk kepada mana-mana pihak ketiga. "Jika ada sebarang isu, kita tidak perlu pendamai. Kita patutnya boleh membincangkan perkara ini sebagai parti politik yang matang," katanya. Semalam, PKR menyuarakan kesediannya memainkan peranan sebagai orang tengah dalam usaha menyelamatkan hubungan antara parti dalam Pakatan Rakyat (PR) susulan keputusan muktamar PAS meluluskan usul membatalkan tahaluf siyasi dengan DAP. Mengulas perkara itu, Lim berkata usul yang dibuat Dewan Ulama itu bermaksud, mustahil untuk anggota PAS bekerjasama dengan kerajaan negeri yang diketuai beliau. "Dalam situasi seperti itu, mereka tidak akan mampu untuk menunjukkan ketaatan kepada negeri. "Apa sahaja kekosongan dalam jawatan yang sebelum ini dipegang ahli PAS akan diisi orang Melayu lain, namun bukan daripada PAS. "Saya berharap perkara ini jelas. Kita punyai ramai wakil Melayu yang layak untuk memenuhi jawatan tersebut. Jadi, tidak ada masalah," katanya mengulangi kenyataannya sebelum ini. Semalam, Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang berkata, beliau menghormati keputusan bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu melepaskan semua jawatannya dalam pentadbiran kerajaan negeri itu. Bercakap di Georgetown, beliau berkata, mana-mana jawatan yang dikosongkan wakil PAS dalam kerajaan negeri itu kelak akan diisi pemimpin Melayu lain yang bukan daripada parti berkenaan. Lim berkata hari ini, ia perkara yang paling logik dilakukan, memandangkan PAS membuat keputusan untuk tidak mengadakan sebarang hubungan kerjasama dengan DAP. "Saya tidak faham kenapa pemimpin PAS nampak seperti tidak berani memutuskan keputusan sendiri. Adakah kedudukan lebih penting daripada prinsip?" soalnya. Beliau merujuk kenyataan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang keputusan itu masih belum muktamad dan akan dibincangkan lebih lanjut oleh Majlis Syura Ulama. Beliau mempertikaikan perkara itu kerana katanya, PAS tidak sepatutnya menggunakan perkataan 'terima' semasa membincangkan usul tersebut dalam muktamar tahunan mereka. "Mereka sepatutnya kata akan merujuk. Apabila kata menerima, maknanya ia sudah diputuskan. "Jadi janganlah memutar dan berpaling dan bermain dengan kata-kata. Jika mereka putuskan pertalian, maka putuskan. Mereka perlu meneruskan langkah selepas ini," katanya. Lim juga mendakwa serangan DAP terhadap PAS tidak seteruk apa yang dilakukan parti Islam itu pada muktamar mereka. "Kita perlu ingat, PAS mengunakan kata-kata menentang DAP. Ia lebih teruk berbanding yang ditujukan kepada Umno yang mereka pernah gelar sebagai Firaun. "Namun, kepimpinan baru kini menyatakan Umno bukan begitu lagi. Dan sekarang mereka mahu bertemu dan berbincang dengan Umno. Jika benar ada perbincangan, saya ucapkan tahniah," katanya. – 8 Jun, 2015. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dap-tidak-perlu-pihak-ketiga-untuk-berbaik-dengan-pas#sthash.s7gYcP0b.dpuf |
PAS tak akan jilat balik ludah - Mahfuz Omar Posted: 08 Jun 2015 04:15 AM PDT Bekas ketua penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berkata parti itu berada dalam keadaan sukar sekiranya mahu membuat pusingan U terhadap keputusannya sebelum ini yang mahu membatalkan tahaluf siyasi dengan DAP. Katanya, jika PAS menarik kembali keputusan tersebut, secara tidak langsung ia memberikan persepsi tidak baik kepada penyokong mereka yang akan melihat kepimpinan hanya mengutamakan kedudukan dan jawatan. "Saya tidak fikir bagaimana Majlis Syura Ulama dan Dewan Ulama boleh berpatah balik setelah mereka menerima usul tersebut dalam Muktamar. "Kalau berpatah balik, imej PAS pada penyokong akan rosak, seolah-olah mereka akan lihat, apa ini? Sekejap kata nak putus, sekejap tak jadi putus. "Jadi, persepsi orang akan lihat PAS ini mungkin lebih utamakan kedudukan, jawatan. Itu akan memburukkan sokongan terhadap PAS," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini. Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang keputusan memutuskan tahaluf siyasi dengan DAP masih belum muktamad. Mahfuz berkata, keputusan itu sebenarnya hanya menunggu untuk dirujukkan kepada Majlis Syura saja kerana sebahagian ahli Dewan Ulama terdiri daripada kepimpinan majlis itu. – 8 Jun, 2015. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pas-sukar-tarik-balik-keputusan-putus-dengan-dap-kata-mahfuz#sthash.4VpKKgeH.dpuf |
Biar putus dengan DAP, asal maruah PAS terjaga - Khalid Samad Posted: 08 Jun 2015 04:05 AM PDT PAS perlu melaksanakan usul Dewan Ulama yang mahu parti Islam itu memutuskan kerjasama dengan DAP, bagi memperlihatkan mereka tidak tunduk kepada parti sekular itu dan memperlihatkannya parti yang bermaruah, kata Khalid Samad. Bekas ahli jawatankuasa PAS Pusat itu berkata, parti juga perlu melaksanakan usul berkenaan bagi memperlihatkan perbezaan di antara kepimbinan baru dan lama. "Untuk mengotakan semangat di sebalik usul itu dan supaya PAS tidak dituduh tunduk pada DAP, kemaruk jawatan serta sebagai parti yang tidak bermaruah, hasrat usul tersebut perlu dilaksanakan. "Maka biarlah tindakan tegas dan berani, meletakkan harapan hanya pada Allah. Berani kerana benar dan yakin Allah bersama pihak yang benar," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Khalid berkata keputusan pemilihan parti kali ini disifatkannya satu 'rombakan menyeluruh' yang sememangnya sudah lama diusahakan pimpinan yang menggelar diri mereka sebagai 'pro-ulama' di dalam PAS. Katanya, dengan tercapainya 'pembersihan' ini, maka rakyat dan ahli menunggu untuk melihat perbezaan, samada dalam pendekatan, kaedah, hala tuju atau apa jua, antara pimpinan baru dan pimpinan lama. "Keinginan untuk perbezaan ini merupakan sebab dan justifikasi terhadap usaha gigih yang dilakukan sepanjang beberapa bulan untuk menjatuhkan pimpinan lama dan menaikkan pimpinan baru. "Amat mengecewakan sekiranya selepas berusaha dengan begitu gigih dan matlamat tercapai, akhirnya tiada sebarang perbezaan kecuali retorik semata-mata," katanya. Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata pimpinan baru wajib diberikan ruang seluas-luasnya untuk melaksanakan pembaharuan pendekatan, kaedah, hala tuju atau apa jua yang diinginkan ke arah mengukuhkan PAS dan Pakatan Rakyat (PR). Katanya, pendekatan yang digunakannya sedikit berbeza dengan kepimpinan baru, maka menggunakan kaedah itu mungkin beliau tidak dapat memberikan khidmat terbaik. "Saya sudah membuat pendirian saya tidak akan mencampuri apa jua hal kepimpinan parti kerana khuatir akan menjadi penghalang kepada apa yang diingini. "Ini adalah yang terbaik, lebih-lebih lagi apabila apa yang diidamkan sebenarnya tidak saya ketahui," katanya. Pemilihan PAS pada Sabtu menyaksikan golongan progresif dalam parti itu tidak menjadi pilihan perwakilan sebaliknya membariskan golongan konservatif dalam kebanyakan jawatan yang dipertandingkan. Pemimpin PAS yang pro PR rata-rata disingkitkan bermula daripada Mohamad Sabu sebagai timbalan presiden, Datuk Husam Musa dan Salahudin Ayub di peringkat naib presiden. – 8 Jun, 2015. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/biar-putus-dengan-dap-bukti-pas-parti-bermaruah-kata-khalid-samad#sthash.xDs3yKkq.dpuf |
Bahana bawak balik jantan ke rumah Posted: 08 Jun 2015 12:00 AM PDT Alor Setar: Bahana membawa pulang teman lelaki bermalam di rumah, seorang wanita cedera ringan mendakwa dipukul dua abang dan seorang saudara lelakinya dalam kejadian di rumah keluarga mereka di Jalan Kuala Kedah di sini, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi, teman lelaki wanita terbabit berusia 21 tahun turut cedera ringan apabila dipukul, ditumbuk dan ditendang dua abang mangsa bersama seorang saudara lelakinya selepas menyedari mangsa membawa pulang lelaki itu tanpa pengetahuan keluarga. Difahamkan, pada malam sebelum kejadian, mangsa berusia 26 tahun dikatakan berjumpa dengan teman lelakinya di Jalan Pegawai di sini, kira-kira jam 8 malam lalu membawanya bermalam di rumah dengan alasan mahu lelaki itu menziarahi anak wanita itu yang berusia sembilan bulan. Bagaimanapun, dua abang mangsa yang menyedari perkara itu berang lalu memecahkan pintu bilik bersama seorang saudara lelaki mereka sebelum menumbuk, memukul serta menendang teman lelaki adiknya hingga pengsan. Sumber berkata, teman lelaki wanita berkenaan turut diikat dan dipukul berulang kali manakala adik perempuan mereka ditampar selain rambutnya ditarik ketiga-tiga suspek menyebabkan mangsa terpaksa menghubungi ambulans untuk meminta bantuan. Menurutnya, ketiga-tiga suspek kemudian melarikan diri sebaik menyedari kehadiran sebuah kereta peronda polis bersama ambulans di rumah mereka. "Siasatan awal polis mendapati mangsa dan teman lelakinya tidak bekerja dan belum berkahwin selain membawa teman lelakinya bermalam di rumah dengan alasan untuk melawat anak wanita itu," katanya. Sumber itu berkata, mangsa dan teman lelakinya kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk rawatan. "Hasil pemeriksaan doktor mendapati lelaki itu mengalami lebam di bahu kanan dan kedua-dua tangan manakala wanita terbabit hanya mengalami cedera ringan," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan. Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan cedera menggunakan senjata atau benda berbahaya. "Kedua-dua mangsa dilaporkan stabil dan dibenarkan keluar hospital manakala semua suspek ditahan polis untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan," katanya. - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/56439?m=1#sthash.MKFjEkoo.dpuf |
'Campak Wang Ke Lantai, Mana Maruah Saya?'- Mael (XPDC) Posted: 07 Jun 2015 10:22 PM PDT PETALING JAYA: Vokalis kumpulan XPDC, Mael menyifatkan kegagalan Konsert Rockestra XPDC: Aku Masih Disini yang tertunda lebih sejam pada malam Sabtu lalu kerana isu bayaran. Mael atau nama sebenarnya, Syed Ismail Syed Ibrahim berkata, pihak penganjur iaitu DuaLaris Event yang punya angkara kerana enggan menjelaskan baki bayaran yang sepatutnya dilakukan sebelum persembahan berlangsung. "Sebelum sidang media konsert ini lagi saya sudah tekankan pada penganjur bahawa saya mahu bayaran penuh dijelaskan sebelum saya bersama ahli-ahli lain mengadakan persembahan. "Hampir setiap masa saya tekankan mahu bayaran penuh sebelum persembahan. Tetapi saya pula dimarahi semula dan mereka meminta saya nyanyi dahulu baru dapat bayaran. "Kemudian, apabila saya bertegas mahu bayaran dijelaskan juga sebelum persembahan, salah seorang daripada pihak penganjur mencampak duit itu ke lantai di depan orang ramai. "Ketika itu saya rasa maruah saya dihina kerana perbuatannya. Tetapi lain pula jadinya apabila orang berkata-kata kononnya sayalah punca konsert itu gagal. "Bagi saya, XPDC telah memberikan persembahan yang terbaik pada malam itu dan kegagalan konsert itu bukan berpunca daripada saya. Mereka yang melambatkan acara," katanya ketika dihubungi mStar Online pada petang Ahad. Mael dan Izo pada Konsert Rockestra XPDC: Aku Masih Disini di Stadium Merdeka Sabtu lalu. Pada Sabtu lalu, Konsert Rockestra XPDC: Aku Masih Disini di Stadium Merdeka di sini terjejas apabila vokalisnya Mael tidak muncul pada waktu dijanjikan. Meskipun kesemua anggota XPDC iaitu Eddie (bes), Lola (deram) Izu (gitaris) telah memulakan persembahan pembukaan di atas pentas, tetapi kelibat Mael tidak kelihatan dan lebih mengundang kemarahan penonton apabila seorang penyanyi tidak dikenali menggantikan tempatnya dengan lagu Hidup Bersama. Kemudian konsert dihentikan selama sejam lebih sehingga membuatkan penonton tertanya-tanya apa yang sedang berlaku. Dalam pada itu, Mael menambah, dia juga berasa terkilan apabila acara persembahan konsert dimulakan dahulu tanpa menunggu dia yang sedang perjalanan ke stadium, berkenaan. "Bayangkan, apabila saya sampai stadium kira-kira pukul 9.10 minit, persembahan sudah dimulakan tanpa saya. "Sedangkan ia adalah konsert saya, tetapi saya tiada. Pelik bukan? Setakat lewat 10 minit takkan tak boleh tunggu? "Sudahlah saya sanggup berkorban tidak menziarahi abang saya yang meninggal dunia pada sebelah petang di Muar, Johor, demi konsert ini, mereka buat saya begini," luahnya. Tambah Mael, dia kini sedang merancang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap penganjur yang dianggap tidak menepati janji selain telah memburuk-burukkan namanya kepada pihak lain. Sementara itu, salah seorang penganjurnya, Mahmud Abu Bakar berkata, isu bayaran bukanlah punca sebenar konsert itu sebaliknya ia berpunca daripada masalah peribadi dan sikap tidak professional Mael sendiri. "Dia (Mael) mempunyai masalah peribadi kerana abangnya baru saja meninggal dunia. Jadi mood dia pun dah lari. "Pihak kami nak salahkan dia 100 peratus pun, rasanya tidak adil baginya. Cuma bagi pihak kami, yang dah lama membuat persiapan rapi, ia (konsert) cukup menghampakan," ujarnya. Terdahulu pada sidang media konsert berkenaan yang diadakan pada 14 Mei lalu, Mael turut menimbulkan rasa kurang senang pihak media apabila beberapa soalan yang diajukan disambut dingin. Perbuatan Mael itu memaksa penganjurnya terpaksa memohon maaf kepada Persatuan Wartawan Dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) kerana kecewa dengan sikap tidak professional Mael dalam sebuah sidang media. |
Amaran DAP, PAS bakal hilang sokongan Melayu di Johor Posted: 07 Jun 2015 07:01 PM PDT Memutuskan hubungan dengan DAP untuk bekerjasama dengan Umno bagi memastikan hudud dapat dilaksanakan, PAS menghadapi risiko kehilangan sokongan, terutama di kalangan golongan pertengahan Melayu dan mereka yang mempunyai sentimen anti-Umno, kata DAP Johor. Pengerusinya Liew Chin Tong berkata, usul yang dibawa tanpa bahas dalam muktamar parti Islam itu minggu ini menetapkan penjajaran semula (realignment) politik Malaysia di luar dinamika PAS. Beliau juga mendakwa, PAS tidak mengambil berat usaha pembangkang memenangi kuasa persekutuan kerana golongan konservatif dalam parti Islam itu bersedia menerima pemerintahan berterusan Umno. Ini bertentangan dengan sebelum ini, kata Liew, apabila golongan progresif membentuk kuasa yang kuat dalam PAS selepas pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998, dan bercita-cita mengalahkan Umno. "Sesuatu yang realistik ialah PAS dijangka tidak akan memenangi cukup kerusi bagi membentuk kerajaan persekutuan dengan sendiri. "Oleh itu, kerjasama dengan DAP melalui platform dasar bersama, berdasarkan permuafakatan, dianggap pilihan yang pragmatik," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Tetapi dengan kekalahan puak progresif dalam PAS dan wujudnya usul Dewan Ulama memutuskan hubungan dengan DAP, senario baru timbul, katanya. Ahli Parlimen Kluang itu berkata, ini termasuk rasa tidak puas hati banyak pihak terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Razak dan Umno yang semakin menebal akibat dasar ekonomi perdana menteri itu, termasuk pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) serta skandal melibatkan dana pelaburan negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB). Ini, katanya, membentuk potensi tsunami Melayu. Di samping itu, Liew berkata, Sabah dan Sarawak juga kecewa dengan pengabaian jangka panjang Putrajaya dan berhati-hati dengan ekstremis Islam, yang mencetuskan sentimen anti-persekutuan dan anti-Umno. "Pendirian keras mengenai pelbagai isu berkaitan Islam yang diambil golongan konservatif PAS akan bermakna pengundi di Sabah, Sarawak dan bukan Islam tidak lagi mempercayai mereka yang berkeras dalam parti itu," katanya. Beliau berkata, golongan konservatif dalam PAS yang menyokong hubungan lebih rapat dengan Umno ketika sentimen anti-Najib dan anti-Umno sedang meningkat, juga akan menyebabkan PAS kehilangan sokongan golongan pertengahan Melayu. Dalam senario ini, Liew berkata, DAP Johor akan cuba menjadi titik pertemuan semua kumpulan anti-Umno untuk mengalahkan parti pemerintah itu. Katanya, DAP peringkat negeri ini akan memastikan ia menjadi sebahagian daripada penjajaran semula yang dijangka dalam politik Malaysia. "Dengan dua pertiga kerusi Parlimen di Johor terdiri daripada pelbagai etnik, DAP perlu keluar dari kekangan sedia ada untuk mendapatkan sokongan daripada pengundi bukan Melayu, dan menjadikannya parti pilihan pengundi Melayu di bandar dan separa bandar," kata Liew. – 7 Jun, 2015. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/putus-hubungan-dengan-dap-pas-berdepan-risiko-tsunami-melayu-kata-dap-johor#sthash.Ed48JzMl.dpuf |
Muktamar khas jika ulama PAS setuju putus hubungan dengan DAP Posted: 07 Jun 2015 06:58 PM PDT Satu muktamar khas akan diadakan bagi membolehkan perwakilan menyuarakan pandangan sekiranya Majlis Syura Ulama PAS membuat keputusan untuk menamatkan kerjasama dengan DAP, kata Datuk Mohd Amar Nik Abdullah. Naib presiden PAS baharu itu berkata, muktamar khas perlu diadakan kerana melalui muktamar jugalah parti membuat keputusan untuk mengadakan kerjasama politik bersama Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini. "Usul itu akan dinilai oleh Majlis Syura. Kalau ada asas, ia akan dibentangkan di muktamar PAS. Muktamar khas yang akan menentukan. "Muktamar dulu yang memutuskan untuk mengadakan tahaluf, untuk memutuskan tahaluf ini pun akan ditimbang dalam muktamar," katanya kepada The Malaysian Insider. Amar berkata, perwakilan yang mempertikaikan usul berkenaan diluluskan tanpa bahas adalah kerana mereka tidak memahami proses pembuatan keputusan parti. "Mereka (perwakilan) tak jelas, kurang faham dengan keputusan itu. Dia ingat diterima, diterima terus. Sedangkan dalam usul itu mendesak Majlis Syura. "Maknanya kalau diterima, diterima untuk Majlis Syura. Majlis Syura, kalau ada asas, mereka akan buka untuk perbahasan. Kalau tak ada, tolak teruslah," katanya. Sementara itu, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Dr Mahfodz Mohamad berkata Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat akan melaksanakan arahan sekiranya Majlis Syura memutuskan untuk menghentikan kerjasama dengan DAP. Katanya, Majlis Syura tidak dapat mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat kerana jawatankuasa itu sudah terbubar selepas muktamar. "Kalau dilihat usul (Dewan) Ulama diterima tanpa bahas. Oleh kerana isu tahaluf itu melibatkan hukum syarak maka kita mendesak supaya Majlis Syura buat keputusan mengikut hukum syarak kerana sebelum ini kita buat tahaluf kita bawa pada Majlis Syura. "Apabila muktamar setuju untuk putuskan hubungan, oleh kerana kita belum rujuk Majlis Syura, maka keputusan muktamadnya ialah Majlis Syura yang akan memutuskan," katanya. Mahfodz yang juga ahli Majlis Syura melahirkan kekecewaannya kerana usul berkenaan diluluskan tanpa dibahaskan di muktamar. Katanya, isu berkenaan penting dan perlu dibahaskan di muktamar supaya perwakilan diberi pencerahan yang mantap. "Sebab itu dalam ucapan saya, Dewan Ulama terkilan sedikit pasal benda besar macam itu tak dibahaskan dalam muktamar. "Muktamar berhak beri pandangan sebegitu kerana isu besar sebegitu kena dibahaskan walaupun tak boleh buat keputusan muktamad. "Tetapi sekurang-kurangnya kita punya usul itu akan lebih jelas lagilah. Pasal ulama boleh menjelaskan lagi tahaluf siasi dengan DAP itu," katanya kepada The Malaysian Insider. AJK PAS Pusat Sallehin Mukhyi pula berkata Majlis Syura berhak membuat keputusan berhubung kerjasama dengan DAP dan mereka hanya bertindak sebagai pelaksana agenda strategik yang tidak berkait hukum agama dan prinsip tertinggi. Katanya, usul berkenaan sewajarnya tidak dibahaskan di muktamar kerana bimbang DAP akan berkecil hati. "Saya pun setuju bila ia tak perlu dibincangkan sebab nanti akan lebih banyak perbalahan, kata nista kepada DAP semakin banyak. "Kita tak nak forum itu nanti menjadi hambur kata nista. Tak perlu dibahas orang ramai, tapi perlu kepada Majlis Syura saja," katanya. Sallehin berkata, apa jua yang diputuskan Majlis Syura, ia akan terpakai di peringkat pusat dan pentadbiran kerajaan negeri akan berjalan seperti biasa tanpa ada masalah. Seorang lagi naib presiden baharu, Datuk Iskandar Abdul Samad pula berkata kerjasama PR yang erat di Selangor akan cuba diketengahkan sewaktu mesyuarat AJK PAS Pusat. Katanya, hasil kerjasama PR yang baik di Selangor, PAS dapat mengadakan muktamarnya di sebuah lokasi yang selesa di Kuala Selangor dan ini tidak dapat dilakukan jika PAS bergerak sendirian. "Keputusan dah dibuat. Kita akur pada keputusan tersebut. Maknanya ada lagi satu peringkat iaitu di peringkat lebih tertinggi. Saya naib presiden mewakili Selangor, saya pun boleh beri pandangan. "Sebab saya lihat di Selangor, kita tak ada masalah dalam kerjasama dengan semua parti di Selangor. Kita akan bawa pandangan itu dalam mesyuarat pusat," katanya. Iskandar berkata walaupun kebanyakan AJK PAS Pusat terdiri daripada golongan ulama, namun ia tidak bermakna mereka bersetuju untuk memutuskan hubungan dengan PR. "Tidak semua ustaz berpandangan sedemikian sebab yang bantah (usul) dari Marang iaitu seorang ustaz. Dia juga tidak setuju dibawa ke atas dan tidak dibincangkan. "Tidaklah kata ustaz, akan terus menolak kerjasama," katanya. – 8 Jun, 2015. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/muktamar-khas-jika-ulama-pas-setuju-putus-hubungan-dengan-dap-kata-pemimpin#sthash.m8FMLkaO.dpuf |
Najib sedia bincang dengan Ulama PAS, lapor akhbar Posted: 07 Jun 2015 06:53 PM PDT Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedia berbincang dengan PAS selepas golongan ulama berjaya mendominasi kepimpinan parti dalam pemilihan yang diadakan minggu lalu, menurut Berita Harian hari ini. Najib dilaporkan berkata, PAS membuat keputusan jelas dengan memilih kepimpinan ulama dan diharapkan rundingan 2 parti Melayu itu akan membawa kepada kemaslahatan umat Islam di Malaysia. "Perwakilan (PAS) membuat keputusan jelas. Mereka memihak kepada calon ulama. Kita berharap kepimpinan ulama akan membawa kepada sesuatu yang positif. "Umno bersedia untuk mengadakan perbincangan demi kemaslahatan umat Islam," katanya seperti dilaporkan akhbar kawalan Umno itu. Najib juga menggesa semua pihak agar tidak membuat kesimpulan awal yang rundingan di antara Umno dan PAS ialah bagi mewujudkan kerajaan perpaduan. "Kita jangan membuat sebarang rumusan spesifik dalam hal ini. Apa yang penting ialah perpaduan umat Islam," beliau dipetik berkata. Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat antara kumpulan yang bergegas keluar meninggalkan sebuah bangunan di Taman Kinabalu di Kundasang, Sabah selepas satu gegaran kecil berlaku. Muhyiddin, Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berada di situ bagi mengikuti taklimat operasi menyelamat mangsa gempa bumi yang melanda negeri itu Jumaat lalu. Bagaimanapun, kehadiran Hadi dan turut kelihatan, Ketua Pemuda PAS Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz, tidak diketahui umum atas urusan apa. Hadi ketika menyampaikan ucapan penangguhannya pada hari terakhir Muktamar Tahunan pada Sabtu menyelar pihak tertentu yang memandang negatif pertemuan yang diadakan PAS bersama Umno kerana katanya, pandangan serupa itu bukan pendekatan parti Islam itu. Katanya, walaupun ada pihak yang mencemburui pertemuan di antara 2 parti itu, beliau menegaskan, parti Melayu itu tidaklah seburuk Firaun yang digambarkan dalam Al-Quran. – 8 Jun, 2015. |
PKR akan bertindak sebagai pendamai antara PAS dan DAP Posted: 07 Jun 2015 06:51 PM PDT PKR berkata hari ini ia akan memainkan peranannya "berunding" dengan rakan dalam Pakatan Rakyat (PR) demi menyelamatkan gabungan parti pembangkang itu dari memusnahkan dirinya sendiri, sehari selepas PAS dalam muktamar tahunannya meluluskan usul memutuskan hubungan dengan DAP. Pengarah komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata, PKR sedar rakyat mendambakan perubahan daripada PR dan sistem dua partinya dan ini terbukti melalui keputusan dua pilihan raya kecil (PRK) terbaru di Permatang Pauh dan Rompin. "Momentum perubahan ini perlu diteruskan. "Oleh itu, PKR akan menerajui usaha menjadi penghubung demi mempertahankan aspirasi rakyat yang mahu melihat PR kekal," katanya dalam satu kenyataan selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR di ibu pejabat parti itu hari ini. Fahmi berkata, pemimpin PKR akan berunding dengan pimpinan PAS dan DAP berhubung krisis antara dua parti yang bertelagah itu, terutamanya berhubung isu hudud yang hendak dilaksanakan parti Islam itu di Kelantan. "PKR tekad dan istiqamah untuk terus perjuangkan harapan rakyat berlandaskan kerangka PR," katanya mengulas mesyuarat yang diadakan bagi membincangkan masa depan PR. Selepas bermesyuarat selama 4 jam, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail keluar dan berkata kepada media, "kami mahu (PR) terus bersama." Katanya, beliau akan berjumpa pemimpin PAS dan DAP di Parlimen esok bagi membincangkan perkara itu dengan lebih lanjut. "Rakyat memilih PR. Bermakna, mereka melihatnya sebagai satu alternatif," katanya. Ditanya sama ada Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) akan menyertai PR, Dr Wan Azizah menjawab ringkas: "PasMa ialah sebuah badan bukan kerajaan (NGO). Kita akan bermesyuarat dan bincang." Dewan Ulama PAS dalam muktamarnya pada Rabu membawa usul menyarankan parti itu memutuskan hubungan dan kerjasama dengan DAP. Usul itu diluluskan tanpa bahas oleh PAS Pusat pada muktamar utamanya pada Jumaat walaupun terdapat perwakilan yang marah dan menyuarakan bantahan terhadap perkara itu. Usul itu selepas ini akan dibentangkan kepada Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa PAS Pusat yang akan membuat keputusan muktamad. – 7 Jun, 2015. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pkr-akan-bertindak-sebagai-pendamai-antara-pas-dan-dap#sthash.0ZVQybxL.dpuf |
Suami, adik lelaki yang terlampau Posted: 07 Jun 2015 06:06 PM PDT Seremban: Seorang suami sanggup berpakat dengan adik lelakinya untuk menculik anak lelaki tunggalnya berusia setahun yang dalam jagaan isterinya berusia 26 tahun selepas bertandang ke rumah wanita itu di Taman Senawang di sini, Khamis lalu. Dalam kejadian jam 1 petang itu, lelaki berusia 33 tahun ditemani adiknya berusia 31 tahun pergi ke rumah wanita itu dengan alasan untuk bermain dengan anaknya sebelum melarikan kanak-kanak itu selepas menendang wanita berkenaan serta mengugut mahu membakar kereta mangsa. Difahamkan, pasangan berkenaan tidak lagi tinggal sebumbung walaupun masih belum bercerai. Sumber berkata, sebaik tiba di rumah berkenaan, suspek terus memasuki rumah dan menemui isteri serta anak lelakinya dengan memberi alasan untuk bermain dengan anak tunggalnya itu. Beliau berkata, suspek secara tiba-tiba terus bertindak kejam dengan menendang mangsa dari belakang dan memijak perut wanita itu. Katanya, suspek terus mengambil anak dan menyerahkan kepada adiknya yang menunggu dalam van di luar rumah. "Adik suspek memecut laju melarikan kanak-kanak itu manakala suspek bertengkar dengan isterinya sebelum mengugut mahu membakar kereta dan mengganggu hidup wanita itu," katanya. Menurutnya, suspek meninggalkan mangsa berseorangan dalam keadaan kesakitan sebelum ke Balai Polis Senawang di sini, untuk membuat laporan kejadian itu kerana bimbangkan keselamatan diri serta anak tunggalnya. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban Superintendan Abdul Rahim Daud ketika dihubungi berkata, susulan laporan dibuat mangsa, polis menahan suspek di Senawang. Beliau berkata, polis turut menemui kanak-kanak lelaki yang dilarikan itu dan diserahkan semula kepada ibunya manakala suspek dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangannya diambil bagi membantu siasatan kes berkenaan. - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/56461?m=1#sthash.TKjPpdt4.dpuf |
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |