Dialog Dewasa Kritik Berasa |
GEMPA SABAH: BOGEL, FITNAH, NYANYUK VS APA PULA JASA KAMU PADA NEGARA KETIKA MUSIBAH? Posted: 06 Jun 2015 07:07 AM PDT Dahsyat sungguh dahsyat...itulah gambaran yang diberikan oleh beberapa orang penduduk di Ranau, Sabah susulan beberapa gempa bumi yang melanda daerah dan negeri itu. Ada yang kata musibah bencana gempa ini disebabkan tindakan sekumpulan pelancong yang berbogel, beromen dan kencing merata-rata di atas puncak Kinabalu hingga menyebabkan makhluk halus kawasan tersebut marah. Bahkan perbuatan jelek berbogel atas puncak gunung atau ditempat terbuka adalah perbuatan keji yang juga dimurkai Allah taala. kenapa perlu bertelanjang sambut kejayaan tawan puncak Kinabalu? Ada yang kata gempa 6.0 skala Richter ini disebabkan pergerakan sesar bumi dari dasar laut dan Sabah kini sudah masuk ke dalam lingkaran gempa pasifik sepertimana Filipina dan Kalimantan, Indonesia. Setiap orang ada pendapatnya sendiri... Apa yang kita pelajari? Bagi penduduk Sabah tragedi gempa bumi ini dirasakan begitu dahsyat meskipun jika dibandingkan dengan gempa-gempa bumi di negara-negara lain di dunia ia adalah kecil saja. Dahsyat kerana inilah pertama kali dalam sejarah Malaysia gempa bumi berlaku di Sabah hingga menyebabkan kerosakan besar kepada banyak infrastruktur dan kehilangan nyawa. Susulan dari bencana tersebut pihak Kerajaan Negeri telah mengaktifkan bilik gerakan, menghantar pasukan penyelamat dari pelbagai agensi kerajaan pusat dan negeri, melakukan misi menyelamat dan menghulurkan apa-apa bantuan yang diperlukan. Rakyat Sabah berganding bahu membantu satu sama lain. Namun lain pula sikap pihak pencacai pembangkang dan penyanyuk di Semenanjung. Mereka menuduh gempa ini adalah disebabkan UMNO memerintah Sabah. Salah UMNO juga. Mereka menuduh asyik Sabah dan Sarawak dapat banyak peruntukkan kununnya rakyat Semenanjung telah terpinggir. Kunun UMNO sengaja menganaktiri pendudk Semenanjung kerana Sabah fix deposit BN. Nauzubilah keji fitnah mereka. Tapi apa yang mereka lakukan untuk rakyat Sabah ketika musibah ini melanda? Mereka tidak menghiraukan apa yang berlaku sebaliknya terus menerus menyerang Perdana Menteri dan kerajaan yang menghulurkan bantuan. Mereka hanya tahu komen dan merungut saja bah, cari salah urang...tapi apa jasa mereka? Ketika mereka menyerang kepimpinan Perdana Menteri dan UMNO, Perdana Menteri itu jugalah yang menghulurkan pelbagai bantuan yang diperlukan. Tsunami banjir Kelantan: Pembangkang buat apa??? Sama kesnya semasa tsunami banjir di Kelantan tahun lalu ketika mereka para pencacai pembangkang sibuk kutuk UMNO - BN dan Perdana Menteri, Tetapi Dato' Seri Najib datang memberi bantuan dari pelbagai sudut hingga sekarang. Waima kerajaaan Pusat juga turut memberi bantuan kewangan, membaiki kerosakan dan membina rumah sedangkan kerajaan negeri yang dikuasai PAS termanggu dan keliru tak tahu buat apa-apa. Kita lihat banyak kerosakan infrastruktur berlaku akibat gempa di Sabah. 23 buah sekolah alami masalah keretakan. Itu belum lagi pejabat kerajaan, rumah, bangunan dan kerosaan jalanraya dan jambatan. Banyak daerah di Ranau, Tambunan,Tuaran, Kota Kinabalu, Beaufort dan Kota Belud terjejas. Semua itu memerlukan peruntukan tambahan untuk pembinaan semula yang akan mengambil masa dan memakan belanja puluhan jutaan ringgit. Lepas ini setiap sekolah dan bangunan di Sabah diminta dipasangkan sistem amaran gempa bumi. Ini juga memerlukan pembiayaan yang besar. Dari mana wang peruntukkan itu akan diambil sedangkan ia tidak ada dalam bajet negeri dan negara? Sudah tentu pihak Kementerian Kewangan dan Perbendaharaan Malaysia terpaksa mengambil dari peruntukkan lain atau memindahkan peruntukkan untuk mengatasi bencana ini. Tapi nanti puak-puak pencacai pembangkang dan penyanyuk akan mengatakan wang negara makin susut disebabkan penyelewengan, rasuah, skandal dan dimakan oleh Najib dan Rosmah... Nauzubillah keji sungguh fitnah mereka!
Tahukah kita berapa banyak wang negara terpaksa digunakan untuk pembangunan semula Kelantan yang musnah akibat tsunami banjir lalu? Lebih RM2 bilion untuk Kelantan saja. Belum masuk Perak, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak. Berapa bilion ringgit wang perbendaharaan negara terpaksa digunakan untuk membangunkan semula infrastruktur di negeri itu dan di beberapa negeri lain yang terjejas banjir? Hinggakan ladang sawit dan getah tenggelam dek banjir yang menyebabkan harga dan pendapatan syarikat perladangan utama seperti FGV merosot pun puak pencacai kata ia disebabkan salah UMNO menyonglap duit peneroka dan salah urus. Nauzubillah kejinya fitnah mereka. Apa pulak penyanyuk buat??? Insaflah wahai rakyat Malaysia kita sedang diuji Allah taala dengan pelbagai musibah satu per satu disebabkan kejahatan mulut-mulut dan tangan-tangan kita menabur fitnah untuk membuatkan rakyat keliru, gelisah dan marah. Dalam masa yang sama Allah uji kita samada ada kita prihatin dan pemurah terhadap bangsa Rohingya yang menjadi pelarian di negara kita akibat penindasan junta tentera di negara mereka. Itupun pencacai sibuk menyalahkan kerajaan UMNO kononnya rasuah dan lemah. Sedangkan kerajaan UMNO itulah juga yang menghulurkan pelbagai bantuan kepada mangsa kekejaman sebuah negara yang mengaku mengamalkan demokrasi. Tapi apa jasa pencacai pembangkang dan penyanyuk...sibuk fitnah orang lain salah dan desak orang lain letak jawatan. Apa jasa kamu pada negara...tak puas hati kerana kecewa tak dapat projek dan jawatan maka satu negara kamu orang mahu hancurkan? Cukup-cukuplah...jangan banyak menabur fitnah dan berbalah nanti kita jadi macam Rohingya dihina dan dihalau dari bumi sendiri. Bersihkan diri menjelang Ramadhan ini. |
You are subscribed to email updates from MyMassa | Dialog Dewasa, Kritik Berasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |