Apa Yang Tersirat |
Nothing2Hide: DS Najib Buang Peluang; Tun Dr Mahathir Posted: 05 Jun 2015 12:26 AM PDT 1. Peluang Dato Seri Najib Razak memperjelas semua isu yang didepani Perdana Menteri itu terbuang sia-sia, apabila beliau gagal hadir pada sesi dialog di PWTC pada pagi Jumaat. 2. Majlis anjuran NGO tersebut dengan Tajuk NOTHING2HIDE, kini dipermainkan oleh berbagai pihak sebagai forum SOMETHING2HIDE. 3.Kegagalan kehadiran Perdana Menteri dikatakan dihalang oleh Ketua Polis Negara, dengan memberi alasan DEMI KETENTERAMAN AWAM DAN KERHARMONIAN. 4, Sesi Dialog itu yang dihadiri lebih kurang 1,500 hadirin yang terdiri daripada berbagai lapisan, khususnya para aktivis, media dan media sosial dan tidak ketinggalan para pemimpin Umno, termasuk timbalan menteri dan ahli parlimen. 5. Akibat kegagalan DS Najib hadir, forum itu menjadi forum Tun Dr Mahathir, namun semasa mantan Perdana Menteri itu berucap selama 5 minit, beliau dihalang oleh pihak polis meneruskan ucapan, termasuk menutup mikrofon dan layar TV terlebih dahulu, sebelum beberapa pegawai kanan polis mendekati beliau untuk menghentikan ucapan. 6. Tun Dr Mahathir diberi peluang sidang akhbar beberapa minit sebelum diiringi pihak polis masuk ke kereta beliau untuk beredar. 7. Dalam kenyataan singkat mantan Perdana Menteri itu, sebenarnya DS Najib membuang peluang keemasan untuk memperjelaskan berbagai isu, dan jika penjelasan itu munasabah dan dapat diterima, besar kemungkin beliau akan menyokong semula Perdana Menteri tersebut. 8. Jika benarlah kenyataan Tun Dr Mahathir itu, maka sesuatu peluang bagi DS Najib yang amat berharga terbuang begitu sahaja. |
You are subscribed to email updates from Apa Yang Tersirat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |