Dialog Dewasa Kritik Berasa |
PASMA TEWAS, TAPI AWAS...MASIH ADA JEBON MEREKA TERLEPAS... Posted: 04 Jun 2015 08:31 PM PDT Nampaknya muktamar kali ini menyaksikan golongan ulama dan geng ustaz menyapu bersih kepimpinan PAS Pusat untuk penggal 2015-2017. Tahniah pada yang menang, takziah buat yang kalah...jangan putus asa pemilihan tahun 2017-2019 ada lagi. Duit DAP yang dilaburkan dalam Pemilihan Muktamar pada PASMA lalu cuma secebis daging yang lekat celah gigi. Banyak lagi duit yang akan ditabur DAP dan PKR untuk merekruit agen-agen jebon mereka dalam PAS. Meskipun Jebon Five-O tewas namun perjuangan mereka tetap akan diteruskan. Macam juga komunis meskipun mereka tewas dan letak senjata namun ideologi mereka tetap subur di kalangan para generasi pewaris mereka. Macam tu ler juga jebon-jebon PASMA Hawau Five-0. Buktinya kemenangan Mazlan Aliman dipilih dalam Jawatakuasa Pusat PAS. Sebuah jawatakuasa dan kedudukan yang strategik untuk menjaga jebon-jebon di kawasan tanah rancangan FELDA. Jebon rosakkan siapa dulu: FELDA atau PAS? Kawasan FELDA adalah kawasan lubuk duit yang boleh mengembungkan akaun PAS(MA) di mana-mana cawangan sekalipun. Asal peneroka dapat duit jual sawit dan BR1M maka di situ akan ada ceramah dan usrah bulanan untuk kutip duit sedekah jihad dunia wal akhirah. Umumnya orang FELDA mengetahui perangai jebon yang selalu menyerang haiwan ternakan terutamanya ayam-itik di waktu malam. Sudahlah makan ternakan diberak kencingnya merata-rata. Mungkin analogi itu sesuai untuk jebon Mazlan Aliman. Kalau nak tahu ada pengaruh DAP dalam gerak kerja jebon Mazlan Aliman ini kita lihat saja kalau makin banyak fitnah dan kerosakan pada peneroka dan generasi FELDA, maka ketahuilah kerana duit-duit DAPlah yang menyebabkan perkara itu berlaku. Begitu juga nak kata apa lagi kalau ada dalam Jawatankuasa Pusat PAS masih ada lagi saki baki taik jebon...selamatkah PAS? Adakah Mazlan Aliman akan terus bekerja merosakkan perpaduan ummah di kalangan peneroka FELDA seperti mana arahan DAP supaya memecahbelahkan masyarakat dan benteng ekonomi Melayu? Islam tak ajar umatnya menabur fitnah memecah belah ummah. Islam mengajar ummatnya menabur benih-benih persaudaraan sepertimana peneroka FELDA perlu menabur benih dan baja bagi menyuburkan pokok-pokok sawit mereka. Adakah Mazlan Aliman akan berubah menjadi lebih bertanggungjawab atau terus menjadi jebon dalam FELDA dan agen PASMA merosakan penguasaan ulama dalam kepimpinan PAS? Rasanya agak mustahil kerana kelibat jebon tak boleh bertukar jadi kelibat ulama dan ustaz. Mazlan akan terus merosakan imej PAS kerana masih bertuankan PASMA dan menerima duit DAP untuk menghuru-harakan FELDA. Sementara Mazlan buat kerja jebon dalam FELDA dan PAS, jebon-jebon lain sedang mengukuhkan PASMA yang telah bersedia menjadi sebuah pertubuhan yang bebas dari pengaruh ulama Hadi Awang dan Haron Din. Tunggu masa mereka akan menyingkir kesemua kepimpinan ulama dan geng ustaz untuk Muktamar 2017-2019 nanti. Jangan fikir ia mustahil kerana kepimpinan ulama PAS kini semuanya sudah berusia dan adakah mereka mampu menahan asakan golongan Anwarinas - PASMA? Sedangkan wang dan suara DAP begitu deras mendesak agar kepimpinan ulama disingkirkan walau dengan apa cara sekalipun dengan harapan tiada lagi usaha memartabatkan hudud, syariat Islam dan perpaduan Melayu di negara kita ini! Setakat RM10 juta duit haram DAP dan PKR campur dengan duit asing untuk menyingkir ulama baru sikit maa... So...tak perlulah ikut cara Mat Sabu suruh orang kenang budi DAP dan PKR... semuanya merosakkan. Infografik; Berikut adalah keputusan pemilihan keseluruhan Ahli Jawatankuasa Kerta PAS Pusat bagi sesi 2015-2017. Presiden: Datuk Seri Abdul Hadi Awang (928) Ustaz Ahmad Awang (233) Timbalan Presiden: Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (881) Mohamad Sabu (279) Naib Presiden: Ustaz Idris Ahmad (896) Datuk Mohd Amar Nik Abdullah (710) Datuk Iskandar Abdul Samad (672) Salahuddin Ayub (435) Datuk Mahfuz Omar (378) Datuk Husam Musa (317) Ahli Jawatankuasa Nasruddin Hassan (782) Dr Riduan Mohd Noor (782) Datuk Nasruddin Daud (777) Sallehen Mukhyi (763) Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh (749) Datuk Dr Khairuddin Aman Razali (736) Datuk Dr Fadhli Hasan (722) Datuk Abdullah Hussin (679) Razman Zakaria (674) Dr Mohd Zuhdi Marzuki (670) Ustaz Mokhtar Senik (656) Zaharuddin Muhammad (611) Dr Ali Akbar Gulasan (596) Mazlan Aliman (593) --- Jebon/ Agen DAP Dr Rosni Adam (590) Mohd Noor Mohamad (566) Muhamad Sanusi Md Nor 556 Nor Azli Musa (544) Ketua Dewan Ulama: Dr Mahfodz Mohamed Ketua Dewan Pemuda: Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz Ketua Dewan Muslimat: Nuridah Salleh |
HUSAM MENGESAT AIR MATA, MAT SABU BERGENANG AIR MATA Posted: 04 Jun 2015 10:18 AM PDT Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan jawatan presiden PAS dalam muktamar ke-61 hari ini selepas pertama kali dicabar sejak menyandangnya dari tahun 2002. Beliau memperoleh 928 undi perwakilan sementara pencabarnya, Ahmad Awang memperolehi 233 undi. Seramai 1,189 perwakilan yang hadir pada Muktamar PAS ke-61 yang diadakan di Kuala Selangor tahun ini. Sebanyak 1,162 kertas undi yang dikeluarkan dan 1,161 kertas dimasukkan dalam peti undi. Keputusan diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Asmuni Awi. 1,161 kertas undi dibuang dan perwakilan PAS hari ini memilih 3 nama berikut sebagai naib presiden: Idris Ahmad (896 undi), Datuk Mohd Amar Nik Abdullah (710 undi), dan Datuk Iskandar Abdul Samad (672 undi). Dalam jawatankuasa pusat PAS, hampir semua yang terpilih merupakan mereka yang dilihat menyokong kepimpinan ulama. Di antaranya adalah Nasrudin Hassan, Mokhtar Senik, Nik Zawawi Salleh and Khairul Aman Razali, yang merupakan ahli Dewan Ulama dan memperolehi lebih 500 undi. Sementara, mereka yang dilihat kritikal terhadap presiden PAS dan pro-Pakatan Rakyat seperti Hanipa Maidin, Khalid Samad dan Dr Dzulkefly Ahmad masing-masing mendapat sekitar 300 undi dan gagal merebut satu pun dari 18 tempat yang direbut. Senarai lengkap 18 orang ahli jawatankuasa PAS Pusat yang baru dipilih adalah seperti berikut: 1. Nasruddin Hassan; 2. Riduan Mohamad Nor; 3. Datuk Mohd Nasruddin Daud; 4. Sallehen Mukhyi; 5. Nik Zawawi Salleh; 6. Mohd Khairuddin Aman Razali; 7. Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan; 8. Datuk Abdullah Hussin; 9. Razman Zakaria; 10. Dr Mohd Zuhdi Marzuki; 11. Mokhtar Senik; 12. Zaharudin Muhammad; 13. Dr Ali Akbar Gulasan; 14. Mazlan Aliman; 15. Dr Rosni Adam; 16. Mohd Noor Mohamad; 17. Muhamad Sanusi Md Nor; 18. Nor Azli Musa. – 4 Jun, 2015. |
You are subscribed to email updates from MyMassa | Dialog Dewasa, Kritik Berasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |