Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Belantan

$
0
0

Belantan


DAP parti cauvinis Cina mahu kuasai Pas satu fitnah – Khalid?

Posted: 04 Jun 2015 09:45 AM PDT


Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Khalid Abdul Samad, tampil mempertahankan DAP dengan menganggap tuduhan bahawa parti cauvinis Cina itu cuba menguasai parti Islam tersebut melalui muktamar kali ini adalah fitnah semata-mata.

Malah beliau yang juga Ahli Parlimen Shah Alam bertegas bahawa sikap DAP terhadap Presi­den Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tiada kena-mengena dengan pemilihan Pas.

Kenyataan Khalid itu jelas bertentangan dengan 'pengesahan' Abdul Hadi sendiri apabila Presiden Pas tersebut dalam kenyataan terbaharunya berkata terpulang kepada ahli Pas untuk memilih pemimpin sendiri atau mengikut telunjuk DAP pada pemilihan kali ini.

"Saya tidak nampak adanya apa-apa usaha DAP untuk menguasai Pas. Sikap DAP terhadap Presiden tiada kena-me­ngena dengan muktamar. Ia adalah hasil dari salah faham berpanjangan sejak isu Menteri Besar Sela­ngor," kata Khalid menerusi blognya hari ini.

Khamis lalu, Pengarah Opera­si Pusat Penyelidikan Pas, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki berkata, tindak-tanduk pemimpin DAP kebelakangan ini jelas menunjukkan adanya peranca­ngan parti itu untuk me­nguasai Pas melalui pemilihan muktamar Pas bulan depan.

Tegasnya lagi, sikap DAP yang keterlaluan campur tangan terha­dap urusan dalaman Pas serta cubaan untuk mencorakkan orga­nisasi kepemimpinan parti itu bakal menjadi punca kepada keretakan dalam pakatan pembangkang.

Dalam pada itu, Khalid bertindak menyelar Mohd. Zuhdi dengan menu­duh, Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas tersebut mahu memecah­belahkan Pas dengan DAP dan PKR apabila mengeluarkan kenyataan DAP mahu mencorakkan Pas.

"Mesej di sebalik tulisan Mohd. Zuhdi adalah jelas. Mesejnya adalah DAP musuh Pas sebenar. Menuduh DAP ingin menguasai Pas dan adanya proksi DAP dalam Pas merupakan usaha untuk menanamkan kebencian dalam kalangan ahli Pas terhadap DAP," katanya.

Suara Politik
Belantan

Bukan Pas yang beritahu saya apa perlu dilakukan – Guan Eng?

Posted: 04 Jun 2015 05:15 AM PDT


Meskipun dikecam hebat oleh Pas, Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatannya, Lim Guan Eng tetap berkeras untuk terus menyerang rakan sekutunya sambil menegaskan, parti Islam itu tidak layak mengajar partinya cara berpolitik.

Guan Eng berkata, beliau akan terus bersuara sekiranya perlu demi kepentingan par­ti dan rakyat.
Malah tegas beliau, pendirian DAP itu tidak akan berubah, tidak kira sebelum atau selepas muktamar Pas yang sedang berlangsung sekarang!

"Bukan Pas atau Abdul Hadi (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) yang memberitahu saya apa yang perlu saya dilakukan. Hanya DAP boleh beritahu saya apa yang perlu dilakukan.

"Jika dengan berbuat demikian ia memberi manfaat kepada sokongan (perwakilan Pas terhadap) Abdul Hadi, jadi, Abdul Hadi perlu menggalakkan kita untuk terus bersuara," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Guan Eng memberitahu, beliau telah pun mengemukakan lima soalan untuk dijawab Abdul Hadi yang merangkumi persoalan tentang hudud, Kerajaan Perpaduan (UG), keengganan Presiden Pas itu berunding dengan pemimpin-pemimpin pembangkang dan tidak berpegang kepada komitmen pada manifesto pembangkang.

Suara Politik
Belantan

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>