Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Duke of UMNO

$
0
0

Duke of UMNO


GAJI AMAH INDONESIA RM1,200? PATUT BAGI RM400 JE SEBULAN...!

Posted: 04 Jun 2015 12:40 AM PDT


Sedang rehat sebentar nak hilangkan lelah bekerja, saya terbaca tentang kenyataan Timbalan Menteri Sumber Manusia yang memaklumkan bahawa Malaysia belum lagi beri kata putus pada Indonesia berkenaan tuntutan gaji amahnya yang mahu dinaikkan hingga RM1,200 sebulan.


Saya tidak pasti mengapa kenaikan gaji amah itu perlu dinaikkan dan saya juga tidak tahu apa yang kementerian itu nego dengan kerajaan Indonesia... 

Tapi kalau susah sangat nak nego dan Indonesia nak juga amahnya dibayar dengan gaji berkenaan, saya ada beberapa usul cadangan di bawah untuk dikemukakan pada kementerian terbabit untuk dipersetujui oleh kerajaan Indonesia... 


1. Setiap majikan bersetuju memberikan gaji setinggi RM1,200 sebulan bagi setiap amah yang bekerja sebagai pembantu rumah mereka.

2. Setiap amah perlu membayar sewa bilik yang didiami di rumah majikannya itu dengan kadar paling minimum sebanyak RM250 sebulan hingga RM400 sebulan, bergantung kepada keadaan dan tahap keselesaan bilik.

3. Setiap amah perlu menyumbangkan sebanyak RM20 untuk bil air dan RM40 ringgit untuk bil elektrik di rumah majikan yang didiami setiap bulan, sebagai tanggungjawab menggunakan kemudahan bekalan air bersih dan elektrik.

4. Setiap amah juga perlu membayar sekurang-kurangnya RM500 sebulan atau RM17.00 sehari bagi menampung kos makan minum mereka di rumah majikan masing-masing setiap bulan.

5. Setiap kerugian yang ditanggung majikan yang berasaskan kecuaian amah Indonesia seperti memecahkan pinggan mangkuk, kerosakan pekakasan elektrik akibat penggunaan yang salah dan sebagainya, perlulah dikenakan penalti minimum sebanyak RM10, bergantung kepada kos kerugian semasa. Bayaran perlulah dibuat oleh amah tersebut kepada majikan masing-masing.

6. Sebarang salah laku oleh amah seperti penggunaan telefon milik majikan juga perlu dibayar oleh amah mengikut kadar penggunaan.

7. Segala kos rawatan anak-anak yang calar balar, lebam dan sebarang bentuk kecederaan yang disebabkan kecuaian dan punca dari amah Indonesia perlu dicaj atau ditolak dari gaji amah terbabit.

8. Sebarang perubahan ke atas terma dan syarat di atas adalah tertakluk di bawah kuasa majikan yang membayar gaji pada amah Indonesia berkenaan.

Jadi, setelah dicampur tolak syarat-syarat di atas, maka carilah sendiri jumlah gaji amah Indonesia yang sewajarnya dibayar majikan di Malaysia.

Jika tidak setuju, maka kerajaan Indonesia tak payahlah nak demand gaji amah mereka yang bekerja di sini....

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>