Dialog Dewasa Kritik Berasa |
PASMA EDAR SURAT ARAHAN LIM GUAN ENG DI MUKTAMAR, LIST PRO-DAP DISERTAKAN PULAK ! Posted: 03 Jun 2015 07:08 PM PDT PASMA Mula mencetak Surat Arahan LGE Di Sebuah Kilang Percetakan Cina Untuk Edaran Akibat kekalahan besar kumpulan Pemuda PAS Pro-DAP, amat mengejutkan bilamana geng PASMA mula mencetak surat arahan daripada Lim Guan Eng supaya memenangkan Ustaz Ahmad Awang dan tumbangkan Tuan Guru Hj. Hadi Awang. Ianya dicetak di sebuah kilang percetakan Cina di Petaling Jaya. Nampak sangat PASMA memiliki dana yang besar untuk mencetak edaran-edaran kepada para perwakilan Muktamar agung PAS kali ini. Patutlah Mat Sabu menyeru ahli-ahli PAS supaya mengenang Budi parti DAP dan PAS. Tak tahulah apa nak kata. Serah sahaja kepada kebijaksanaan para perwakilan untuk membuat pilihan. Portal Pro DAP seperti Malaysiakini dan The Malaysian Insider turut membantu ustaz Ahmad Awang dengan memberi gambaran 60% peratus pembaca mereka menolak Tuan Guru Hj Hadi Awang. Sungguh mereka punya dana maha besar untuk menumbangkan TG Hj Hadi Awang. |
1MDB: FAKTA YANG PENCACAI DAN PENYANYUK MEROYAN BILA DENGAR... Posted: 03 Jun 2015 09:57 AM PDT 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mendedahkan senarai perbelanjaannya yang menyebabkan firma itu menanggung hutang RM41.8 bilion (digenapkan angka menjadi RM42 bilion). Ia bagi menjawab dakwaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa dana 1MDB sebanyak RM27 bilion tidak dapat dikesan. "Sejak beberapa minggu lalu, banyak spekulasi timbul mengenai penggunaan wang daripada hutang RM42 bilion yang ditanggung 1MDB, lebih khusus lagi hutang RM27 bilion yang didakwa 'tidak ditemui' atau 'hilang'. "Kami menyediakan satu ringkasan mengenai apa yang digunakan dari dari hutang RM42 bilion, maklumat yang sudah didedahkan dalam akaun 1MDB yang diaudit dan boleh didapati orang orang ramai dari 31 Mac 2010 hingga 31 Mac 2014. "Kami percaya penjelasan ini akan membantu menerangkan apa-apa kekeliruan mengenai perkara ini," kata Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB; Arul Kanda. Arul menyenaraikan wang yang digunakan dari dana RM41.8 bilion, termasuk RM900 juta lebihan tunai yang dipegang syarikat tersebut: Berikut adalah perbelanjaan wang yang didakwa lesap kununnya diselewengkan. RM18 bilion untuk membeli syarikat pengeluar tenaga bebas RM8.5 bilion untuk Powertek RM2.3 bilion untuk KLPP RM1.2 bilion untuk Jimah RM6 bilion dari hutang yang diwarisi RM1.7 bilion untuk pembelian tanah RM0.2 bilion untuk Tun Razak Exchange RM0.4 billion untuk Bandar Malaysia RM1.1 billion untuk tanah di Pulau Pinang RM5.8 bilion untuk perbelanjaan kewangan RM4.5 bilion untuk kos kewangan dan modal RM0.9 bilion untuk kos tukaran asing RM0.4 bilion untuk cukai RM16.4 bilion untuk dana pelaburan RM6.1 bilion dalam Brazen Sky RM4.2 bilion dalam Aabar Deposit RM5.1 bilion dalam GIL Funds 1MDB juga begitu berani membenarkan akaunnya diperiksa oleh Jabatan Audit Negara dan PAC yang begitu berintegriti dan tegas dalam siasatan mereka. Malah Perdana Menteri sendiri tidak teragak-agak akan membenarkan SPRM menyiasat akaun 1MDB jika ada penyelewengan semata-mata nak membuktikan ketelusan. Berani kerana benar, tapi kalau yang nyanyuk tentu akan merapu kerana selalu dihasut. Kita lihat siapa yang akan kena saman oleh 1MDB kerana tabur fitnah sana sini... Untuk rekod, Deloitte Touche Tohmatsu (juga terkenal dengan nama Deloitte) adalah firma profesional kedua terbesar di dunia selepas Pricewaterhouse Coopers dan merupakan anggota Big Four auditors, kelompok akauntan internasional terbesar di dunia. KPMG juga merupakan salah satu anggota the Big Four auditors, bersama dengan PricewaterhouseCoopers, Ernst & Young dan Deloitte. Kedua-dua firma internasional ini sangat terkenal di dunia ini kerana profesionlisme mereka di dalam bidang mereka dan diiktiraf oleh dunia. Tidak mungkin firma-firma ini akan merekacipta audit yang tidak benar atau dimanipulasikan kerana imej firma-firma ini yang berpegang kepada integriti. Adakah puak pencacai pembangkang dan penyanyuk akan buat siasatan sendiri berdasarkan fitnah dan tohmahan semata-mata? Lu fikirlah sendiri... Infografik: Sumber:http://anginperubahan.blogspot.com/2015/06/di-mana-wang-1mdb-ini-jawapannya.html |
You are subscribed to email updates from MyMassa | Dialog Dewasa, Kritik Berasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |