Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Belantan

$
0
0

Belantan


Muktamar Pas: Pasma atur rancangan besar untuk menang?

Posted: 03 Jun 2015 02:12 AM PDT

Mohd. Zuhdi Marzuki

KUALA LUMPUR – Persa­tuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) diyakini sedang mengatur rancangan besar bagi memastikan kumpulan yang condong kepada mereka memenangi jawatan-jawatan yang dipertandingkan dalam Muktamar Pas yang bermula semalam.

Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki berkata, perancangan Pasma adalah begitu ter­desak sehingga muncul pencabar bagi jawatan Presiden, menyebabkan pertandingan kali ini adalah antara blok atau kumpulan.

Jelasnya, terdapat blok yang mendukung Presiden Pas sekarang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta kepemimpinan ulama dan satu lagi blok adalah yang serasi dengan DAP, diketuai bekas Naib Presiden Pas, Ahmad Awang.

"Pasma yang dilancarkan penubuhannya pada tahun lalu adalah jenama baharu daripada sebuah kumpulan yang mahu membawa wajah baharu dan progresif dalam Pas yang wujud sejak tahun 1998 lagi.

"Kemunculan Pasma semasa pelancarannya di Pustaka Zahra, Kota Bharu tahun lalu hanya mewakili kemunculan satu pertiga daripada kumpulan baharu yang ingin dibentuk ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Mohd. Zuhdi, dalam Muktamar Pas kali ini, Pasma berperanan dengan jelas untuk berada di belakang Ahmad bagi mencabar kedudukan Presiden.

Beliau berkata, program yang melibatkan Ahmad juga banyak dianjurkan oleh mereka sama ada daripada ahli Pasma sendiri ataupun mereka yang mesra dengan Pasma.

Katanya, dalam muktamar kali ini, Pasma dilihat melakukan cubaan nekad untuk mencorakkan kepemimpinan Pas dengan merancang beberapa individu yang perlu dinaikkan atau yang perlu diturunkan.

"Sekiranya cubaan mereka (Pasma) menyingkirkan Abdul Hadi dan kumpulan yang mendukung kepimpinan ulama berjaya, selepas ini, Pas akan menjadi 'budak suruhan' DAP dalam pakatan pembangkang.

"Sekiranya cubaan mereka gagal, Pasma berkemungkinan akan menubuhkan parti baharu sebagaimana yang diuar-uarkan oleh mereka baru-baru ini," katanya.

Suara Politik
Belantan

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>