BERANI MEMBUAT PILIHAN... |
- Asyik bersetubuh dalam kereta, pasangan maut keracunan gas
- Gara-gara senyum sambil tunjuk kemaluan
- Khas buat 6,000 kakitangan MAS yang diberhentikan kerja, ini nasihat Dr. Azizan untuk anda!
- Teman Serumah ‘Jamah’ Tubuh Kekasih
- Video ‘hantu’ di tengah jambatan kedua P. Pinang viral
- Nenek rakam aksi seks pasangan ghairah tepi pantai
- Dicerca loghat, kini sanggup lakon adegan aksi 'panas'
- Mat Rempit tetak buah dada
- Artis jaga aurat gemar layan bahan lucah
Asyik bersetubuh dalam kereta, pasangan maut keracunan gas Posted: 03 Jun 2015 05:31 AM PDT
Keduanya maut ketika melakukan hubungan seks di dalam kenderaan. Mayat keduanya ditemui oleh saudara laki-laki Long, sekitar pukul 06.00 pagi waktu setempat, di Glencoe, Kentucky, Amerika Serikat (AS). "Saya berusaha menariknya dan melakukan CPR kepada saudara saya dan pihak paramedis memberikan panduan itu melalui telefon," kata saudara laki-laki Long. Polis melaporkan, kedua sejoli itu melakukan seks selama 90 menit dengan keadaam menutup saluran udara di dalam kereta mereka, sementara heater kereta dihidupkan kerana udara dingin pagi hari.
Petugas juga mengingatkan, kes ini menjadi pengajaran untuk menurunkan cermin di saat enjin kenderaan masih hidup. Dari hasil bedah siasat, terdapat kandungan ubat dan alkohol di dalam darah mereka. Demikian dilansir dari Metro, Jumat (22/5). | ||||
Gara-gara senyum sambil tunjuk kemaluan Posted: 03 Jun 2015 03:18 AM PDT Kuala Lumpur: Gara-gara menunjukkan kemaluannya kepada seorang wanita di tempat awam, seorang buruh dipenjara 14 hari dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini. Majistret Saifulakmal Said menjatuhi hukuman itu terhadap Mohd Ali Tampil, 22, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan dengan sengaja menunjukkan kemaluannya kepada pereka grafik berusia 23 tahun, di hadapan Berjaya Times Square, Jalan Imbi, Dang Wangi di sini, pukul 7.40 malam, pada 1 Jun lepas. Mahkamah turut memerintahkan tertuduh yang berasal dari Sabah itu menjalani hukuman penjara tiga bulan jika gagal membayar denda. Dia tidak membayar denda tersebut. Tertuduh yang tidak diwakili didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya. Menurut fakta kes, pada hari kejadian Mohd Ali mendekati mangsa yang ketika itu berseorangan menunggu sepupunya di pekarangan pusat beli-belah berkenaan dan bertindak menyentuh bahu mangsa tetapi tidak dipedulikannya. Selepas dia menyentuh bahu mangsa untuk kali kedua, wanita itu toleh ke belakang dan melihat tertuduh senyum sambil menunjukkan kemaluannya. Mangsa yang terperanjat terus melarikan diri dan orang ramai yang menyedari kejadian itu berjaya menangkap tertuduh. Ketika rayuan, Mohd Ali memohon hukuman berbentuk denda atas alasan dia mengalami tekanan perasaan di tempat kerja selain menyesal dan memohon mahkamah memberi peluang kedua kepadanya untuk berubah. Timbalan Pendakwa Raya Raihanah Abd Razak memohon mahkamah mengenakan hukuman penjara dan denda dengan mengambil kira tindakan tertuduh telah menyebabkan mangsa mengalami trauma. Beliau berkata faktor tekanan perasaan yang dihadapi tertuduh bukan alasan untuk dirinya melakukan kesalahan itu. "Tertuduh juga telah melakukan kesalahan itu di kawasan awam (Berjaya Times Square) dan tindakan tertuduh boleh menjejaskan imej negara di mata pelancong," katanya. Sebelum menjatuhi hukuman, Saifulakmal menegaskan mahkamah mengambil kira bahawa tertuduh melakukan kesalahan serius iaitu jenayah seksual. "Kamu (tertuduh) senyum dan kemudian menunjukkan kemaluan kamu. Tak sepatutnya kamu tunjukkan kemaluan. Dah itu nama pun kemaluan", katanya. BERNAM | ||||
Khas buat 6,000 kakitangan MAS yang diberhentikan kerja, ini nasihat Dr. Azizan untuk anda! Posted: 03 Jun 2015 02:01 AM PDT Khas buat 6,000 kakitangan MAS yang diberhentikan kerja! Beberapa hari ini agak heboh tentang pemberhentian kerja 6,000 kakitangan MAS secara serta-merta dan saya ingin mengucapkan takziah buat anda yang terlibat tetapi pada masa yang sama saya juga ingin mengucapkan tahniah. Tahniah kerana jika anda melihatnya sebagai satu peluang untuk anda mengorak langkah membina kerjaya atau perniagaan baru yang lebih baik lagi Insya-Allah. Beberapa hari lepas ketika saya di kaunter MAS di KLIA, saya sempat bertanya seorang akak yang menguruskan kaunter check-in di situ tentang pemecatan yang bakal berlaku, beliau menjawab, jika beliau kena pecat, beliau akan terima dengan redha dan bersyukur. Komen beliau adalah pasti ada rezeki lain yang lebih baik yang Allah swt akan beri nanti. Wow! Saya terinsaf sebentar mendengar komen yang positif tersebut kerana saya fikir jika ada 6,000 sedang menunggu masa untuk "dibuang", persepsi yang mungkin berlaku adalah mereka akan menjadi negatif dan komplen dengan pembuangan ini. Ada 5 perkara penting yang suka saya ingatkan kepada sesiapa yang terlibat dengan VSS (Volunteer Separation Scheme) yakni tawaran diberhentikan kerja sukarela dengan tawaran pampasan atau paksarela dengan pampasan. :- 1/ Solat Hajat- Memohon agar Allah swt beri kekuatan dan rancang masa untuk lebih rapat kepadaNya 2/ Syukur- Di atas nikmat sebentar yang dipinjamkan mencari rezeki ditempat tersebut 3/ Yakin - Yakin bahawa pasti ada rezeki lain yang Tuhan aturkan untuk anda 4/ Sangka baik - Teruskan bersangka baik dengan Tuhan 5/ Sediakan diri - Ya, sediakan diri untuk merancang kewangan anda dan buat tindakan segera untuk mendapatkan ilmu tentang bisnes atau pelaburan. Amaran: Jangan ambil duit untuk terus berniaga atau menyertai mana-mana skim cepat kayap atau apa sahaja perniagaan/ pelaburan, ingat, anda selama ini tidak pernah bisnes atau mungkin tidak biasa dengang risiko-risiko pelaburan yang ada, jangan terburu-buru membuat keputusan Cadangan tindakan buat anda:- 1/ Ambil tempoh bertenang Ya, anda telah bekeja bertahun-tahun dan tiba-tiba diberhentikan, mungkin anda bersedia dan mungkin tidak. Ambil tempoh 1-2 minggu untuk bertenang, spend time denganNya dan keluarga serta pada yang sama buat research tentang apa pilihan anda, cari ilmu dan jika boleh rancang untuk tidak menggunakan simpanan yang ada untuk menampung hidup anda lebih dari 1 bulan. Kurangkan kos dan perbelanjaan yang tidak perlu. 2/ Baca buku. Saya cadangkan anda baca buku "Kuasai Pemasaran, Rahsia Menarik Pelanggan" kerana ia buku saya yang berkongsi tentang apa yang anda perlukan untuk memulakan bisnes serta melonjakkan perniagaan nanti. 3/ Tonton dan subcsribe youtube saya : Azizan Osman. Anda tonton episod 1- youtube saya bertajuk "Tanya Dr Azizan" di mana saya bercakap tentang bagaimana memulakan perniagaan dan ada banyak youtube video saya di Youtube : Azizan Osman siri "Tanya Dr Azizan" yang bercakap mengenai bisnes dan pelaburan serta risiko dan potensinya. Dan mohon bantuan dan petunjukNya. Jika anda mahu berniaga, nanti dulu! tonton video "Tanya Dr Azizan" siri 1 di Youtube Azizan Osman. Saya tidak mampu bantu untuk bantu anda banyak, tetapi mudah-mudahan selepas anda menonton video itu, anda akan lebih berhati-hati membuat keputusan tentang pilihan langkah anda yang seterusnya. Alhamdulillah sejak 2008 kelas saya telah dihadiri oleh lebih 600,000 oang dan tahun lepas sahaja 140,000 hadir secara percuma tanpa sebarang bayaran sedangkan kos penganjuran program setahun mencecah lebih RM10 juta. Bermula tahun ini, saya berikan banyak video-video seminar saya secara percuma atau pada kos yang rendah kerana saya tidak ada banyak masa untuk anjurkan seminar perniagaan saya dibanyak tempat, tetapi saya percaya ramai yang mahu belajar berniaga untuk membina tahap kewangan anda serta memperbaiki taraf kehidupan keluarga anda. Saya juga tahu ada yang skeptikal dengan saya dan persepsi negatif tentang usaha yang saya buat kerana anda tidak mengenali saya atau tidak pernah hadir mana-mana sesi live seminar saya, itu tidak mengapa, tetapi apa yang penting adalah cuba anda berikan sedikit masa untuk tonton dan dengar apakah ilmu bisnes yang saya sampaikan dan kenali latarbelakang pengalaman saya bina syarikat pengiklanan dan pemasaran saya sejak tahun 2001 dan kenapa ramai anak didik saya yang menjadi usahawan yang berjaya bermula dari kosong serta ramai yang telah menjadi jutawan, kenapa? Dibawah ini saya senaraikan apa yang anda boleh buat untuk dapatkan ilmu dan pengalaman saya :- 1/ Tonton Youtube : Azizan Osman 2/ Dapatkan emel bersiri saya dengan masukkan emel di laman web saya AzizanOsman.com 3/ Baca tulisan-tulisan di blog saya AzizanOsman.com/blog 4/ Follow Facebook page ini dan baca banyak perkongsian saya yang lepas 5/ Follow instagram dan twitter saya atas nama @drazizanosman P/S Saya tidak mencadangkan anda hadir live seminar intensif saya yang biasanya 3-4 hari kerana ia bukan untuk semua orang, ia mahal dan hanya sesuai untuk mereka yang benar-benar komited dan mahukan result yang pantas Insya-Allah. dan biasanya hanya di KL. | ||||
Teman Serumah ‘Jamah’ Tubuh Kekasih Posted: 03 Jun 2015 01:31 AM PDT SUNGAI PETANI: Tindakan seorang wanita bertemu dengan bomoh yang juga teman serumah kekasihnya untuk melakukan rawatan membuang sihir mengundang padah apabila mendakwa dicabul selepas diberikan minuman khayal. Dalam kejadian jam 9 malam Ahad lalu, mangsa yang berusia 21 tahun mendakwa terkena sihir sebelum dibawa teman lelakinya berusia 20-an berjumpa dengan lelaki berusia 40-an itu yang konon mampu merawat penyakitnya di kediaman kekasihnya di Sungai Layar. Menurut sumber, ketika sesi rawatan, suspek menyediakan dua bekas ubat yang kononnya perlu diminum mangsa. "Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa kemudian terus mengambil ubat itu sebelum dia diajak masuk ke dalam tandas kononnya untuk upacara buang sihir. "Mangsa yang mendakwa dalam keadaan khayal selepas meminum minuman berkenaan hanya akur dan mengikut suspek ke dalam tandas sebelum diraba seluruh badan dan kemaluan," katanya. --Harian Metro | ||||
Video ‘hantu’ di tengah jambatan kedua P. Pinang viral Posted: 03 Jun 2015 01:01 AM PDT Segelintir penduduk di Pulau Pinang gempar apabila tersebarnya sebuah video yang mendakwa penemuan 'hantu' di tengah-tengah Jambatan kedua Pulau Pinang, Jambatan Sultan Abdul Halim Shah. Video yang tidak jelas itu memaparkan imej berbungkus putih tetapi sehingga hari ini kesahihannya belum dapat disahkan manakala tarikh rakaman juga tidak diketahui. | ||||
Nenek rakam aksi seks pasangan ghairah tepi pantai Posted: 03 Jun 2015 12:01 AM PDT Pasangan Lusty Elissa Alvarez (20) dan Jose Caballero (39) mungkin sudah kehilangan akal waras apabila mereka nekad melakukan hubungan seksual di pantai Florida, Amerika Syarikat. Perbuatan mereka ini dirakam oleh seorang nenek melalui telefon bimbit miliknya. Nenek tersebut merasa tidak selesa dengan aksi memalukan mereka, ia kemudian menyerahkan bukti rekaman video berdurasi 25 minit tersebut ke pihak yang berwajib. Tak lama kemudian, polis datang menangkap pasangan itu dan menuduh mereka melakukan perbuatan tidak senonoh di tempat awam. "Saya sudah tinggal di sini sejak tahun 1978 dan saya sering pergi ke pantai. Saya belum pernah melihat hal seperti itu," kata nenek yang tidak disebutkan namanya itu, dikutip dari Mirror. Bukan hanya disaksikan oleh sang nenek, aksi seks yang dilakukan pasangan ini juga disaksikan oleh gadis berusia 4 tahun yang merupakan anak dari pasangan itu. Banyak juga saksi mata yang menyaksikan kejadian itu, namun hanya nenek tersebut yang berani melaporkannya ke polis. Berdasarkan keterangan polis, Caballero merupakan seorang personal trainer merupakan bekas banduan yang pernah dipenjara atas tuduhan mengedarkan dadah. Sedangkan pasangannya, Alvarez juga pernah ditangkap dengan kes yang sama oleh polis di kota Bradenton. Keduanya kini didakwa atas tuduhan tindakan cabul dan perbuatan lucah. Kini, video yang dirakam sang nenek sudah beredar luas di media sosial d | ||||
Dicerca loghat, kini sanggup lakon adegan aksi 'panas' Posted: 02 Jun 2015 10:01 PM PDT Aktres cantik Priyanka Chopra sudah selayaknya berbangga dengan pencapaian kariernya yang kini sudah menembusi Hollywood menerusi lakonannya dalam siri televisyen popular di Amerika Syarikat berjudul Quantico. Meskipun begitu, penglibatannya dalam siri tersebut mendapat kecaman bahkan bekas Ratu Cantik Dunia tahun 2000 ini dicerca habis-habisan gara-gara pertuturan logat Amerikanya yang didakwa dibuat-buat. Belum pun selesai isu loghat, terkini nama Priyanka nampaknya akan terus menjadi bualan hangat namun dia seolah sudah bersedia untuk berdepan dengan kontroversi yang bakal tercetus nanti. Menerusi episod Quantico, ada babak yang menuntut Priyanka melakonkan adegan panas bersama pasangannya. Sementara mengulas mengenai hal itu, Priyanka menyatakan memang benar adegan ini tersebut. Bagaimanapun aktres berusia 32 tahun itu menjelaskan bahwa adegan itu hanya sekadar karakter yang dimainkannya. "Tidak ada apa yang diperlihatkan kecuali rakaman dari lutut, kereta yang bergoyang dan Jake McLaughlin," ujarnya. - mD | ||||
Posted: 02 Jun 2015 09:01 PM PDT
Dalam kejadian jam 3 pagi kelmarin, mangsa berusia 27 tahun cedera parah selepas diserang empat suspek berhampiran Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Taman Tasik Metropolitan Kepong di sini. Kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kepong dari Cheras. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad berkata, mangsa yang melalui MRR2 terserempak empat motosikal ditunggang suspek secara berbahaya. Menurutnya, mangsa cuba mengelak empat motosikal itu bagaimanapun gagal apabila keretanya dikejar dan dihimpit motosikal suspek. - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/55261#sthash.mcgxtlMH.dpuf | ||||
Artis jaga aurat gemar layan bahan lucah Posted: 02 Jun 2015 08:09 PM PDT
SS pun sukar mempercayai dakwaan itu kerana artis terbabit alim dan menjaga auratnya. Apa yang mengejutkan, artis terbabit seolah-olah menganggap perkara itu bukan masalah besar dengan beraninya menunjukkan bahan berkenaan kepada rakan-rakannya. Namun apa yang dihairankan, suatu ketika dulu tersebar khabar angin kurang enak yang mengatakan artis itu pernah skandal dengan pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga. SS pasti artis terbabit menyedari bahan yang dimilikinya itu berisi kandungan lucah yang sememangnya diketahui boleh merosakkan akhlak. Apatah lagi artis itu membawa imej alim dan sepatutnya menunjukkan contoh baik kepada peminat khususnya golongan muda. Bahan lucah bukan saja meruntuhkan nilai moral, tetapi juga bertentangan dalam Islam. Nasihat SS kepada artis, sebaiknya mendalami semula agama dan hayati nilai ajaran Islam serta menyedari kekurangan diri sendiri. - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/55169#sthash.hcvDxM12.dpuf |
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |