Apa Yang Tersirat |
1MDB: Benarkah Sebahagian Pinjaman Syarikat Tersebut lesap? Posted: 03 Jun 2015 07:52 AM PDT 1. Laporan audit 1MDB bermula daripada 31 Mac 2010 hingga 31 Mac 2014, ternyata pinjaman RM42 bilion oleh syarikat tersebut, tidak hilang sepertimana dakwaan pembangkang, malah daripada mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad. 2. Melihat kepada chart yang telah diberikan oleh syarikat tersebut, RM18 bilion digunakan untuk membeli beberapa 1PP- Powertek (RM8.5 bilion), Kuala Langat Power Plant (RM2.3bilion), Jimah (RM1.2bilion) dan tanggungan hutang RM6 bilion, jika dijumlahkan berjumlah RM18bilion. 3. Pembelian hartanah TRX (RM0.2bilion), Bandar Malaysia (RM0.4 bilion) and Tanah Pulau Pinang (RM1.1bilion), keseluruhannya RM1.7bilion. 4. Kos mendapatkan pinjaman dan perbelanjaan pengurusan RM4.5 bilion, Kos tetap RM0.9 bilion and cukai RM0.4 bilion, keseluruhannnay RM5.8 bilion. 5. Pelaburan tunai: Brazen Sky RM6.1 bilion, Aabar Capital RM4.2bilion and 1MDB Gil Fund RM5.1 bilion, jumlah keseluruhan RM15.4 bilion. 6. Apabila dijumlah semua perbelanjaan tersebut keseluruhannya berjumlah RM40.9 bilion, oleh kerana pinjaman keseluruhan berjumlah RM41.8bilion, maka 1MDB mempunyai RM900juta wang tunai. 7. Pada masa ini Ketua Audit Negara dan PAC sedang memeriksa syarikat tersebut, ekoran berbagai dakwaan terutama oleh portal Sarawak Reports dan kemudiannya diputar belit oleh Tony Pua (DAP) dan Rafizi Ramli (PKR). Tidak ketinggalan Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathirpun ikut sama. 8.Pada Jumaat, MK-2 yang berperanan sebagai jurucakap kabinet dan kerajaan bagi pihak 1MDB telah mengemukakan rancangan rasionalisasi syarikat tersebut termasuk pembubarannya pada awal Tahun 2016. 9. Isu 1MDB semakin diminati umum pada suku akhir tahun lalu, apabila gagal menunaikan obligasinya kepada bank-bank tempatan yang berjumlah RM2bilion. Juga kerana masalah aliran tunai syarikat tersebut, kerajaan terpaksa menyuntik modal RM950 juta. 10. Oleh kerana masalah aliran tunai, 1MDB terpaksa menjual 1,6 hektar tanah TRX kepada TH Property dengan harga RM188.5 juta, kerana syarikat tersebut mempunyai obligasi kepada peminjam pada 9 Mei lalu. 11. Esok 1MDB akan menerima bayaran USD1bilion untuk digunakan membayar kepada beberapa bank antarabangsa berjumlah USD975 milion. |
You are subscribed to email updates from Apa Yang Tersirat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |