BERANI MEMBUAT PILIHAN... |
- Wanita Rohingya dirogol setiap hari di kem transit - Saksi
- Jijik! Muslimah masak pancake guna darah haid
- Guru sekolah menengah kongsi gambar buah dadanya dengan pelajar
- Rabaan nafsu RM20
- Angkut motorsikal dalam bilik elak dikesan bersekedudukan
- Suami terlampau
- Lepas rindu dengan kekasih bukan Islam dalam hotel bajet
Wanita Rohingya dirogol setiap hari di kem transit - Saksi Posted: 01 Jun 2015 05:20 AM PDT ALOR SETAR: Wanita-wanita Rohingya yang ditahan di kem transit sindiket pemerdagangan manusia di Padang Besar, Thailand diperlakukan persis hamba seks. Mereka menjadi mangsa rogol beramai-ramai oleh pengawal kem berkenaan. Pendedahan itu dibuat oleh seorang wanita Rohingya, Nur Khaidha Abdul Shukur, 24, yang ditahan selama lapan hari bersama anaknya yang baru berusia beberapa bulan di kem transit itu. "Setiap malam, dua atau tiga wanita muda Rohingya yang agak cantik, akan dibawa keluar dari kandang tahanan dan dibawa ke tempat tersembunyi oleh pengawal-pengawal kem itu." "Wanita itu dirogol beramai-ramai oleh mereka (pengawal kem), malah di dalam kem itu, ada dua wanita muda yang telah mengandung dipercayai akibat perbuatan pengawal itu," katanya kepada wartawan BERNAMA menerusi penterjemah di sini hari ini. Menurut Nur Khaidha, ada juga di antara wanita-wanita itu yang "dibawa" oleh pengawal-pengawal kem berkenaan selama beberapa hari untuk menjadi mangsa kebuasan seks mereka. "Mereka (wanita) akan 'hilang' selama dua hingga tiga hari selepas dibawa oleh pengawal itu. Selepas mereka dikembalikan ke kandang, saya tidak bertanya tetapi saya tahu apa yang telah terjadi kepada mereka." "Dari raut wajah mereka, kita tahu," katanya dan menambah, wanita-wanita yang ditahan dalam kandang itu tidak dibenarkan bercakap di antara satu sama lain, atau akan dipukul. Kedua-dua wanita Rohingya yang mengandung dipercayai akibat dirogol pengawal itu, kata Nur Khaidha, telah ditahan di kem transit itu lebih daripada enam bulan. Katanya, di dalam kem transit itu di mana beliau ditahan pada tahun lepas, terdapat 15 wanita Rohingya mangsa sindiket itu, dengan lima daripada mereka mempunyai anak-anak kecil. Kelima-lima yang mempunyai anak itu turut ditahan di dalam kandang bersama-sama anak mereka, tetapi tidak diapa-apakan oleh pengawal terbabit. "Mungkin kerana kami mempunyai anak-anak kecil, maka pengawal-pengawal tidak bertindak merogol kami. Tetapi walau apapun, saya berdoa setiap hari agar tidak menjadi mangsa rogol mereka," katanya. Nur Khaidha yang berasal daripada Maungdaw, Myanmar memberanikan diri menyeberangi Laut Andaman menaiki bot ke Malaysia bersama-sama anak kecilnya untuk menjejaki suaminya. Beberapa bulan sebelum itu, suaminya, Nurul Amin Nobi Hussein, 25, telah menaiki bot dari Maungdaw ke Ranong, Thailand, dalam usahanya untuk menjejakkan kaki di Malaysia. Tanpa diketahui oleh isterinya, beliau turut ditahan oleh sindiket pemerdagangan manusia di kem transit mereka di Bukit Wang Burma, Wang Kelian. Berbanding Nur Khaidha yang ditahan selama lapan hari di kem transit di Padang Besar, suaminya pula telah ditahan di kem di utara tanah air itu selama 22 hari, sebelum nekad melarikan diri. Nurul Amin yang kini bekerja di sebuah bengkel di Alor Setar berkata, keinginan mencari kehidupan yang lebih baik membuat beliau, isteri serta anak lelaki mereka bertaruh nyawa menaiki "bot-bot maut" ke Malaysia. Sama seperti yang didedahkan oleh isterinya, Nurul Amin turut menceritakan kisah wanita Rohingya itu dirogol. "Pada waktu malam, beberapa pengawal akan datang ke kandang-kandang yang menempatkan wanita itu dan menarik keluar mereka ke suatu tempat berdekatan." "Kami mendengar teriakan dan tangisan wanita-wanita itu kerana tempat di mana mereka dirogol amat hampir dengan kandang kami...cuma kami tidak dapat melihat," katanya. Kini hampir setahun berlalu, Nurul Amin dan isterinya, bersyukur kerana telah bebas dari azab dan sengsara di kem-kem pemerdagangan manusia. Mereka tekad memulakan hidup baru. - BERNAMA | ||||
Jijik! Muslimah masak pancake guna darah haid Posted: 01 Jun 2015 02:35 AM PDT DISEBABKAN terlalu taksub menyokong program 'Free Bleed', seorang gadis berhijab mengambil keputusan untuk membuat pancake dengan menggunakan darah haidnya sendiri. Ya, pancake dengan isi kandungannya adalah darah haid! Entah apa 'gilanya' gadis yang elok berhijab dan menggelarkan dirinya Nur ini. Melalui laman Instagram, dia berkongsikan beberapa gambar beserta bahan-bahan resepi makanan yang menjijikkan tersebut. Berikut merupakan bukti pancake darah haid gadis ini yang dikongsikannya tanpa segan silu. Bukan setakat pancake, terdapat juga waffle disaluti darah haid yang turut dibuatnya. Pelbagai reaksi diberikan netizen mengenai isu ini dan rata-ratanya melemparkan kecaman kepada pemilik akaun Instagram berkenaan. Salah seorang pengguna bukan Muslim turut memberikan teguran yang dikira agak 'pedas' berbunyi: "If you're going to embarrass yourself at least take your hijab (not sure if i'm correct here) off please. Do not drag the religion down with you, You're worse then the bitch that ate a f***** tampon. (Jika anda ingin memalukan diri sendiri, sila tanggalkan hijab anda. Ini sangat memalukan buat agama anda, anda lebih teruk daripada perempuan murahan yang memakan tuala wanitanya sendiri)." | ||||
Guru sekolah menengah kongsi gambar buah dadanya dengan pelajar Posted: 31 May 2015 10:49 PM PDT NEW YORK: Seorang guru sekolah menengah di dakwa menunjukkan gambar payudaranya yang melalui proses sebelum dan selepas pembesaran kepada tiga pelajarnya, di sini, kelmarin. Polis mengatakan Melissa Kidd, 34, menunjukkan gambar lucah dirinya setelah menjalani pembedahan pembesaran payudara kepada pelajar-pelajarnya berusia antara 16 dan 18 tahun. Difahamkan, Kidd, yang mengajar di Woodside High School berdekatan Newport News, Virginia berada di dalam bangunan sekolah tersebut semasa dia memanggil beberapa orang pelajarnya dan menunjukkan gambar lucah tersebut yang disimpan di dalam telefon bimbitnya. Seorang pelajar juga mengatakan bahawa dia melihat lebih daripada itu. Menurut kenyataan mahkamah: "Seorang mangsa juga ditunjukkan gambar-gambar payudara dan bahagian sulit Kidd." Menurut laporan Smoking Gun, polis telah memeriksa telefon bimbit guru tersebut pada April lalu sebelum memfailkan waran pada Mei dan melakukan siasatan lanjut untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci. Terdahulu, Woodside High School dilaporkan mula melakukan siasatan terhadap Kidd selepas menerima aduan tetapi siasatan dihentikan selepas guru itu meletak jawatan pada April 17. -mD | ||||
Posted: 31 May 2015 09:00 PM PDT
Kegiatan maksiat dianjurkan premis terletak di Dataran Mentari, Bandar Sunway di sini, menyebabkan premis itu menjadi tarikan golongan lelaki tempatan hampir setiap malam berikutan mereka hanya perlu berbelanja serendah RM20. Aktiviti tidak bermoral itu bagaimanapun dibongkar selepas sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor diketuai Asisten Superintendan Mohd Shukri Abdullah melakukan serbuan di premis itu jam 11 malam kelmarin. Mohd Shukri berkata, seramai 11 pelanggan lelaki didapati sedang berfoya-foya ketika serbuan mengejut itu dilakukan. "Siasatan lanjut mendapati premis yang tidak mempunyai lesen itu menyediakan gadis pelayan pelanggan (GRO) warga asing sebagai tarikan utama. "Polis berjaya menahan 12 GRO warga asing berusia lingkungan 20 hingga 36 tahun. Seramai 10 daripadanya GRO itu adalah wanita warga Thailand manakala dua lagi berasal dari Filipina dan Indonesia," katanya. Menurutnya, semua GRO berpakaian menjolok mata itu ditahan ketika sedang leka melayan pelanggan sambil mengambil minuman keras.
"Pihak polis turut merampas wang tunai sebanyak RM99 serta dua keping bil tunai. Kami difahamkan terdapat pelanggan membuat bayaran menggunakan perkhidmatan kad kredit untuk menyewa GRO terbabit. "Ada kemungkinan GRO terbabit turut menawarkan perkhidmatan seks di luar premis itu," katanya. Beliau berkata, pihaknya turut merampas peralatan audio di premis berkenaan kerana beroperasi tanpa memiliki lesen sah. "Seorang pekerja lelaki warga Indonesia berusia 20-an yang baru dua bulan bekerja ditahan kerana tidak memiliki pasport. "Semua yang ditahan dibawa ke Balai Polis Sungai Way di sana, untuk tindakan selanjutnya," katanya. - See more at: http://www2.hmetro.com.my/articles/RabaanmabukRM20/Article#sthash.vD6Tmt1A.dpuf | ||||
Angkut motorsikal dalam bilik elak dikesan bersekedudukan Posted: 31 May 2015 08:01 PM PDT
Pasangan berusia 23 dan 25 tahun itu sanggup datang dari Pendang menunggang motosikal semata-mata untuk memadu kasih sebelum dicekup sepasukan anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) yang membuat pemeriksaan di rumah tumpangan terbabit pada jam 1 pagi, semalam. Sebelum itu, lelaki berkenaan pada mulanya memberi alasan menyewa bilik itu bersama 'tunangnya', tetapi hasil soal siasat mendapati mereka tidak mempunyai sebarang ikatan sah dan taktik yang digunakan hanya untuk mengelak daripada ditangkap pihak berkuasa. Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa Undang-undang JAIK Syeikh Mohd Roshidi Mahmud berkata, berdasarkan maklumat, anggota penguatkuasa melakukan pemeriksaan sebelum mengetuk pintu sebuah bilik dan dibuka seorang lelaki berpakaian lengkap. Beliau berkata, seorang wanita turut ditemui berada di bilik berkenaan dan berpakaian lengkap, tetapi dalam keadaan ketakutan. - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/40252#sthash.owI0YDsu.dpuf | ||||
Posted: 31 May 2015 07:09 PM PDT Kulim: Berang isterinya enggan memberikan wang tunai RM500, seorang lelaki bertindak ganas membelasah mangsa di kediaman mereka, di sini, Jumaat lalu. Dalam kejadian jam 8.10 malam, suspek berusia 20-an yang masih tidak berpuas hati bertindak ganas menarik baju mangsa berusia 25 tahun sehingga terkoyak sebelum membawanya ke bank di bandar dan memaksanya mengeluarkan wang diminta. Menurut sumber, isterinya itu yang ketakutan terpaksa akur dan mengeluarkan wang, namun hanya ada RM50 di dalam akaun banknya. "Berang apabila wang diminta tidak mencukupi, suspek sekali mengamuk dan menghamburkan kata-kata kesat. "Tidak cukup dengan itu, dia turut mengugut akan mengurung mangsa dan melanggar isterinya sehingga mati jika tidak memperoleh wang diminta," katanya. Sumber berkata, suspek juga memaksa isterinya itu meminjam wang daripada rakannya dan mangsa yang ketakutan hanya menuruti arahan lelaki terbabit. - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/54809#sthash.9xoIXw2R.dpuf | ||||
Lepas rindu dengan kekasih bukan Islam dalam hotel bajet Posted: 31 May 2015 05:37 PM PDT
Dalam serbuan di sebuah bilik hotel kira-kira jam 1 pagi, gadis berusia 21 tahun itu didapati berdua-duaan bersama seorang lelaki bukan Islam, dipercayai teman lelakinya. Pemeriksaan mendapati, kedua-dua mereka tidak memiliki sebarang hubungan mahram dan bersekedudukan tanpa hubungan sah. Difahamkan, ketika serbuan, anggota penguat kuasa bertindak mengetuk pintu bilik dihuni pasangan itu beberapa kali selain memberi salam. Selepas kira-kira 20 minit menunggu, pintu bilik akhirnya dibuka seorang lelaki berpakaian lengkap. Anggota penguat kuasa kemudian melakukan pemeriksaan dan menemui gadis terbabit juga lengkap berpakaian berada di atas katil. Soal siasat mendapati, lelaki terbabit bukan beragama Islam dan bekerja di Kuala Lumpur dan mengaku tiba ke bandar raya ini untuk bertemu kekasihnya. Gadis itu pula berasal dari Kota Marudu dan menetap di bandar raya selepas menamatkan pengajiannya di sebuah kolej tempatan. Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa JHEAINS Khamis Jamil berkata, pemeriksaan mendapati gadis itu beragama Islam dan terpaksa ditahan sebelum dibawa ke Ibu Pejabat JHEAINS untuk tindakan lanjut. "Dalam operasi sama, JHEAINS turut menahan empat pasangan kerana didapati berdua-dua di dalam bilik hotel sekitar bandar raya. "Semua mereka ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 84 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Sabah 1995 kerana berkhalwat," katanya. Khamis berkata, operasi mencegah maksiat yang berakhir jam 3 pagi turut disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/54682#sthash.dSA3sXXj.dpuf |
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |