Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Apa Yang Tersirat

$
0
0

Apa Yang Tersirat


Rasionalisasi 1MDB: Apa Yang Diselamatkan?

Posted: 01 Jun 2015 06:57 AM PDT

1. Apa yang diselamatkan melalui rasionalisasi 1MDB? Apa kah menyelamatkan syarikat tersebut daripada hutang? atau menyelematkan pihak-pihak tertentu yang menyebabkan syarikat tersebut berhutang RM42bilion.

2. Ikatan dengan IPIC dan anak syarikatnya Aabar, yang akan menyuntik modal sehingga RM16 bilion, di mana suntikan modal pertama USD1bilion yang akan disalurkan sekurang-kurangnya pada 4 Jun 2015.

3. Ikatan dengan syarikat daripada Abu Dhabi tersebut, antara lain akan mengambil alih aset yang disimpan disimpan di BSI Singapura yang bernilai USD1.103 bilion.

4. Kemungkinan besar melalui ikatan dengan IPIC dan Aabar, adalah "fresh deal" di mana syarikat daripada Timur Tengah itu akan mengambil alih, pinjaman sukuk dan Bon yang dimilki 1MDB, tujuannya untuk membebaskan syarikat MOF tersebut daripada hutang.

5. Dianggarkan sehingga RM16bilion hutang 1MDB akan berpindah kepada IPIC dan Aabar.

6. Melihat kepada mekanisme tersebut, dakwaan pembangkang kononnya "there is no free lunch" berkaitan ikatan baru tersebut, tidak akan membebankan kewangan kepada negara, kerana persetujuan mutual, adalah berkaitan dengan pinjaman dan bon yang diambil alih. Juga, pelaburan syarikat tersebut akan diterjemahkan melalui nilai Tanah di TRX dan Bandar Malaysia di mana harga jual telah meningkat kepada lebih RM2,000 satu kaki persegi.

7. Memang kelihatan, bahawa tanah milik kerajaan yang dijual pada harga RM1.9 bilion kepada 1MDB, akan menyebabkan syarikat tersebut mendapat keuntungan antara RM5-RM6bilion, namun wang tersebut akan kembali kepada kerajaan juga, kerana 1MDB merupakan syarikat milik Kementerian Kewangan yang diperbadankan.

8. Melihat kepada tindakan rasionalisasi 1MDB termasuk membubarkan syarikat tersebut, adalah untuk menyelamat kepentingan aset-aset yang dimiliki syarikat tersebut, walaupun secara tidak langsung menyelamatakan pencetus kepada penubuhan syarikat tersebut, iaitu Perdana Menteri.

9. Apa yang penting, melalui rasionalisasi syarikat tersebut, badan-badan atau pihak-pihak yang telah melabur, memperolehi dividen seperti mana yang diharapkan. KWSP, LTAT, KWAP dan LTH, serta PNB, yang telah melabur sejak awal penubuhan syarikat tersebut, perlu mendapat keuntungan sesesuai dengan projeksi pelaburan yang telah disepakti sebelumnya.

10. Pihak-pihak tertentu yang menginginkan 1MDB lingkup dan muflis, langsung tidak memikirkan wang pelanggan yang terakru yang telah disimpan melalui agensi-angensi yang telah melabur ke dalam 1MDB.

Ragui 1MDB: Najib Minta Anggota Kabinet Letak Jawatan!!!

Posted: 01 Jun 2015 01:43 AM PDT

1. Julungkali seorang Perdana Menteri meminta anggota kabinetnya meletak jawatan. Biasanya, jika didapati seseorang anggota kabinet tidak sehaluan dengan Perdana Menteri, maka rombakan kabinet akan dilakukan.

2. Tahun 1987, selepas pertandingan Umno, walaupun Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi mempertahankan jawatan Naib Presiden, namun beliau digugurkan daripada kabinet, kerana menyebelahi Pasukan B.

3. Pada Jumaat dalam satu mesyuarat Kabinet, DS Najib memberi kata dua kepada kabinet beliau, sesiapa mereka yang meragui 1MDB perlulah meletakkan jawatan, namun tiada siapapun yang menyahut cabaran tersebut, termasuk Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

4. Semalam, selepas mengiringi DS Najib dalam satu Majlis anjuran KKLW, Sahfie enggan bercakap, apabila ditanya, berkaitan sokongan kepada Perdana Menteri.

5. Perbalahan antara pemimpin Umno berlaku, ekoran kemelut yang melanda syarikat gergasi milik Kementerian Kewangan- 1MDB, di mana DS Najib selain Menteri Kewangan juga sebagai penasihat kepada Lembaga Pengarah syarikat tersebut.

6. Menurut artikel 17 M&A 1MDB, sebarang pelaburan, pinjaman, penstrukturan atau perlantikan CEO perlulah mendapat kelulusan bertulis daripada Penasihat, iaitu Perdana Menteri sendiri.

7. Pada jumaat Menteri Kewangan Ke-2 yang juga jurucakap bagi pihak kabinet berhubungan dengan 1MDB, telah mengemukakan rasionalisasi syarikat tersebut termasuk pembubarannya pada awal Tahun 2016. Melalui pembubaran tersebut 1MDB akan dibahagi kepada tiga entiti yang berasingan- TRX, Bandar Malaysia dan Syarikat tenaga-Edra.

8. Dalam racangan rasionalisasi 1MDB, Kementerian Kewangan masih merupakan pemegang saham utama.

9. Bersimpang siurnya maklumat berkaitan 1MDB, yang berpunca daripada hutang RM42 bilion yang dilakukan syarikat tersebut selama 5 tahun beroprasi. Percanggahan kenyataan berkaitan pelaburan daripada Pulau Cayman, salah satu punca, perbalahan antara pemimpin Umno dan kabinet DS Najib.

10. Pada 4 Mac DS Najib telah mengarah Ketua Audit Negara mengaudit 1MDB, kemudian laporan tersebut diserahkan kepada PAC. Namun PAC juga telah memulakan siasatan berkaitan syarikat tersebut bermula 19 Mei, tanpa menunggu laporan AG.

11. Pada Jumaat, kabinet Persekutuan diberitahu bahawa hutang 1MDB bermula pada 4 jun dan seterusnya akan berkurangan sehingga RM16 bilion, kerana ikatan dengan IPIC dan anak syarikatnya Aabar daripada Abu Dhabi akan menyuntuk modal,ekoran kerjasama yang telah dibincang sejak Februari 2015.

12. Untuk sementara, belum dinyatakan secara terperinci berkaitan rancangan rasionalisasi syarikat tersebut, hanya kenyataan secara umum daripada MK-2.

13. Dalam perkembangan yang sama Dato Hishamuddin Hussien yang juga Menteri Pertahanan, bersetuju meletakkan jawatan, akan tetapi bersyarat, yang mana syarat tersebut, rancangan rasionalisasi syarikat tersebut perlu dilakukan secara menyuluruh dan sesiapa sahaja yang didapati melakukan salah laku tanpa melihat kedudukan perlu diambil tindakan tegas.

14. Sama-sama kita tunggu temuan Ketua Audit Negara dan PAC.

1MDB: Tiada Juga Anggota Kabinet Letak Jawatan!!!

Posted: 31 May 2015 11:50 PM PDT

1. Beberapa anggota kabinet DS Najib Razak sebelum Jumaat minggu lalu, begitu garang memberi komen berkaitan 1MDB, namun apabila Perdana Menteri memberi peluang, sesiapa mereka yang tidak bersama beliau berhubungan dengan syarikat gergasi itu, hendaklah membuat pendirian termasuk meletakkan jawatan.

2. Pada persidangan Dewan Rakyat minggu lalu, MP Gua Musang KULI telah menyatakan bahawa beliau belum boleh memberi sebarang komen berkaitan 1MDB, kerana faktor tidak lengkapnya data berhubugan dengan syarikat tersebut. Juga, beliau berkata, sebaiknya seluruh kabinet bertanggungjawab berkaitan syarikat tersebut, jika kemudiannya didapati ada sesuatu yang tidak kena.

3. Ekoran kenyataan KULI tersebut, Menteri KKLW Datuk Shafie Apdal yang juga MP Semporna dan Naib Presiden Umno, menolak kenyataan MP Gua Musang tersebut, kerana menurut beliau, kabinet tidak diberi penerangan yang jelas berkaitan dengan syarikat gergasi tersebut.

4. Seorang anggota kabinet DS Najib- Dato Rahman Dahlan yang juga Menteri KPKT menolak dakwaan Shafie, kerana menurut Rahman, kabinet pada Februari 2015 telahpun diberikan Fact Sheet berkaitan 1MDB. Biasanya Fact Sheet mengandungi semua senarai aset, liabiti dan aliran tunai sesebuah syarikat, termasuk notes to the account. 

5. Pada Jumaat Menteri Kewangan Ke-2 Dato Ahmad Hunsi Hanadzlah telah memgemukkan rancangan rasionalisasi 1MDB kepada kabinet. Beliau juga dilantik sebagai jurucakap bagi pihak kabinet berkaitan syarikat tersebut.

6. Melalui rancangan rasionalisasi 1MDB, selain cadangan membubarkan syarikat gergasi tersebut pada awal Tahun 2016, juga syarikat itu akan dibahagikan kepada tiga syarikat yang berdiri sendiri- TRX, Bandar Malaysia dan Syarikat Tenaga-Edra.

7.Masalah utama yang didepani 1MDB kearah pembubaran adalah masalah hutang, kerana syarikat tersebut dibebani hutang berjumlah RM42 bilion.

8. Telah dikenalpasti, bahawa sekitar RM20bilion hutang syarikat telah digunakan membeli harta, antaranya tanah TRX dan Bandar Malaysia yang dibeli pada harga Rm1.9bilion (Dua tanah tersebut menurut nilai terkini bernilai RM10 bilion), pembelian tanah di Pulau Pinang menghampiri 100 hektar, pemilik 13 IPP dan satu kilang penyulingan yang tersibar di 5 negara.

9.1MDB dalam langkah mengurangkan hutang, telah mengikat dengan IPIC dan anak syarikatnya Aabar, di mana syarikat daripada Abu Dhabi tersebut akan menyuntik modal sehingga RM16bilion. Melalui suntikan modal tersebut, IPIC dan Aabar akan mengambil alih beberapa aset 1MDB termasuk aset yang berbentuk unit yang di simpan di BSI Singapura.

10. Ketua Audit Negara dan PAC sedang dikejar masa untuk merungkai kemelut 1MDB, khususnya JV dengan PetroSaudi International (PSI) yang melibatkan pelaburan USD1bilion, kerana menurut dakwaan USD700 milion daripada wang tersebut telah dipindah ke sebuah akaun di Swiss yang dikawal Jho Low- Good Star Ltd.

11. Pihak yang mempertikai 1MDB, tidak berminat dengan sejumlah aset syarikat tersebut di mana menurut akaun yang diaudit sehingga 31 Mac 2014 berjumlah RM51.4 bilion. Mereka mahu melihat kemana wang RM42 bilion dibelanjakan, malah mereka mahu melihat wang tersebut secara "real".

12. Untuk menekan syarikat tersebut, khususnya Perdana Menteri, Mantan Perdana Menteri telah memperinci kononya hanya RM14.9 bilion wang pinjaman digunapakai untuk membeli aset, manakala RM27 bilion wang pinjaman tidak dikesan berada di mana.

13. Dakwaan-dakwaan pihak pembangkang antaranya Tony Pua (DAP), Rafizi Ramli (PKR) dan Tun Dr Mahathir, keseluruhannya berpunca daripada laporan Sarawak reports.

14. Bersimpang siurnya berkaitan 1MDB, malah Timbalan Perdana Menteri pernah menyatakan di Milan, Itali, bahawa kemelut 1MDB telah menjadi toksik kepada Umno, atas sebab itu, satu penyelesaian segera perlu diambil. Malah kerana geram, TPM mencadangkan agar Lembaga Pengarah dan Pengurusan dipecat dan disiasat pihak polis dan SPRM kerana memalitkan masalah kepada Perdana Menteri, dan kemudiannya membawa imej buruk kepada Umno dan kerajaan.

15. Oleh kerana berbagai dakwaan yang memeningkan Perdana Menteri, maka pada 4 Mac, beliau mengarahkan Ketua Audit Negara mengaudit 1MDB, kemudian laporan tersebut diserahkan kepada PAC Dewan Rakyat. (PAC dianggotai 12 MP, 7 BN dan 5 PR- juga dikatakan 7 anggota PAC tidak menyokong DS Najib, sementara yang 5 lagi berkeculai).

16.Pada 19 Mei, PAC telah memulakan siasatan, namun belum mendapat kerjasama daripada CEO dan mantan CEO syarikat tersebut.

17. Walaupun rancangan rasionalisasi 1MDB telah dikemukakan, kini pihak pembangkang pula mempertikai, kemungkinan besar dana awam akan digunakan untuk menyelamatkan syarikat tersebut, kerana tiga syarikat yang bakal ditubuhkan masih dibawah naungan Kementerian Kewangan.

18. Oleh kerana fikiran negatif daripada pihak pembangkang, bagaimana kah sebuah syarikat pelaburan atau pembinaan berjalan, jika tidak mempunyai modal. Inilah yang berlaku pada 1MDB, kerana modal yang secukupnya tidak disediakan, atas sebab itu terpaksa bergantung kepada modal pinjaman untuk bergerak.

19. Sekiranya 1MDB mampu daripada awal-awal lagi menerbitkan IPO, kemelut syarikat tersebut tidak akan berkembang seperti yang ada sekarang, sehingga menimbulkan perbalahan antara anggota kabinet, malah perbalahan antara pemimpin parti. 

20. Julung kalinya, seorang Perdana Menteri, meminta anggota kabinet yang tidak sehaluan dengan beliau untuk meletakkan jawatan, kerana perlantikan anggota kabinet adalah kuasa penuh Perdana Menteri, ertinya Perdana Menteri bebas merombak kabinetnya.

21. Kenapa DS Najib tidak merombak kabinet???

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>