Panglima Perang Cyber |
- Kenapa Mufti Dr Asri @RealDrMaza Serang Pegawai Kerajaan Dr Zamihan Kait Syiah & KDN ???
- Video Wanita Mengamuk klia2 Lewat Naik @Airasia
- 72 + 55 Dalil #Wahabi Ialah Fahaman Yang 'Benar' Dalam #Islam cc @RealDrMaza @DrFathulBari @UMOnline
Kenapa Mufti Dr Asri @RealDrMaza Serang Pegawai Kerajaan Dr Zamihan Kait Syiah & KDN ??? Posted: 31 May 2015 05:50 PM PDT Saya membaca status FB dipercayai dimuatnaik oleh beliau atau admin FB miliknya berkenaan dengan Ustaz Zamihan yang memuatkan video berkenaan potongan ceramah Zamihan yang menyebut nama Asri dan Fathul Bari. Beliau cuba membawa senario jika Nabi ada sudah tentu baginda akan malu dengan perangai Zamihan yang keras dan kasar mengkritik beliau. Beliau juga memberitahu agar KDN tidak dikaitkan dengan ektremis kerana mempunyai pegawai seperti Ustaz Zamihan. Sebelum ini beliau juga menuduh Ust Zamihan mempunyai guru syiah. Selepas itu beliau juga pernah menyaman Ust Zamihan sebanyak RM 10 juta. Kisahnya sila baca di sini http://al-hanief.blogspot.com/2011/07/asri-sijil-palsu-ust-zamihan-satu.html Dalam jawapan balas Ust Zamihan menyatakan bahawa beliaulah orang yang telah menentang syiah dan membentangkan bahaya syiah kepada pihak tertinggi negara. Bukan itu sahaja fahaman Islam Liberal atau Wahabi atau ajaran sesat seperti Kahar yang mengaku Rasul Melayu turut menjadi tugas utama beliau sebagai pegawai di KDN. Maka tindakan cuba meletakkan KDN di dalam konflik beliau dengan Zamihan berkenaan hujjah agama bab khilaf dan akidah yang telah lama berlaku antara mereka berdua satu tindakan tidak tepat. Pelawaan debat oleh Zamihan sepatutnya menjadi platform kepada Asri untuk menyelesaikan konflik beliau dengan pegawai Jakim yang dipinjamkan ke KDN ini. Sudah lama tawaran debat diajukan oleh Zamihan kepada Asri namun diam hingga kini. Sejarah Asri ditahan kerana mengajar tanpa tauliah di Selangor masih kita ingat lagi dan begitu juga komen beliau berkenaan politik negara yang membawa kepada fitnah Perdana Menteri akan dikenang sebagai lipatan sejarah beliau sebagai ahli agama yang suka memberi kenyataan tanpa memeriksa terlebih dahulu info yang disampaikan. Pada 18 Nov 2009, Mohd Asri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di atas tuduhan mengajar agama Islam tanpa tauliah di sebuah rumah di Lorong 2C Taman Seri Ukay Ampang antara pukul 8.10 malam hingga 9.45 malam 1 Nov tahun lalu. Beliau didakwa mengikut Seksyen 119 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 dan jika sabit kesalahan Mohd Asri berhadapan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali Pandangan Mufti Mufti selepas penahanan Asri http://akitiano.blogspot.com/2009/11/apa-kata-mufti-tentang-penangkapan-dr.html Fitnah Asri terhadap Sultan Johor dan Perdana Menteri yang ditulis blogger anda boleh baca di sini : http://celahgelegar.blogspot.com/2014/06/dr-asri-sebar-gambar-fitnah-kembara.html http://www.mykmu.net/2014/01/marina-mahathir-bab-tutup-aurat-banyak-dalam-al-quran-tak-jumpa-ke/ Yang terbaru : http://theunspinners.blogspot.com/2015/05/apa-punya-mufti-suka-fitnah.html Dalam uslub dakwah tidak ramai yang bersikap keras pada perkataan mereka kecuali beberapa orang seperti Ust Zamihan dan Ustaz Azhar Idrus. Latar belakang Terengganu dan Kelantan barangkali menjadikan perkataan mereka dilihat agak keras padahal ia satu budaya di kalangan rakyat kedua negeri tersebut. Mereka layak digelar pewaris Umar Al Khattab di dalam membela akidah dan fahaman ahli sunnah wal jamaah. Hal ini tidak salah kerena yang menjadi kemarahan mereka sebagai orang alim ialah pandangan yang salah dan ditolak majoriti ulama yang cuba disebarkan untuk diambil oleh masyarakat. Mereka bukan jenis suka mengeji berkata kesat sesuka hati namun meluahkan kemarahan atas penyelewengan agama yang ditolak majoriti ulama. Jika majoriti ulama menerima wahabi sudah tentu Zamihan tidak akan mengecam sebegitu rupa. Soalnya antara perkataan kasar dengan fitnah, yang manakah lebih berdosa ??? Hayati hadis Nabi saw berkenaan manusia akhir zaman yang akidah rosak namun nampak begitu islamik. Orang Yang Tak Sedarkan Diri Daripada Abu Hurairah r.a. Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda "Jika ada seseorang berkata, ramai orang telah rosak, maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka" (HR Muslim) Ahli Ibadat Yang Jahil Dan Ulama Yang Fasik Daripada Anas r.a. Beliau berkata, bersabda Rasulullah SAW "Akan ada pada akhir zaman ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasik " (HR Ibnu Ady) [Orang jahil yang rajin beribadat dan ada pula orang alim yang fasik] Menjual Agama Kerana Dunia Daripada Abu Hurairah r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda "Akan keluar pada akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka berpakaian di hadapan orang lain dengan pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan perkataan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala. Allah SWT berfirman kepada mereka "Apakah kamu tertipu dengan kelembutanKu? Ataukah kamu terlalu berani berbohong kepadaKu? Demi kebesaranKu, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim (cendekiawan) pun akan menjadi bingung" (HR Tirmizi) Pendusta Dan Pengkhianat Daripada Abu Hurairah r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda "Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan tipuan. Pada waktu itu si pendusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan dusta. Pengkhianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berkesempatan berbicara (cuba membetulkan) hanyalah golongan "Ruwaibidhah". Sahabat bertanya "Apakah Ruwaibidhah itu wahai Rasulullah?" Nabi SAW menjawab "Orang kerdil, hina, dan tidak mengetahui bagaimana hendak mengurus orang yang ramai" (HR Ibnu Majah) Kefasikan Berleluasa Daripada Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda "Bersegeralah kamu beramal sebelum menemui fitnah (ujian berat) seumpama malam yang sangat gelap. Seseorang yang masih beriman pada waktu pagi, kemudian pada waktu petang dia sudah menjadi kafir, atau seseorang yang masih beriman pada waktu petang, kemudian pada keesokan harinya dia sudah menjadi kafir. Dia telah menjual agamanya dengan sedikit harta benda dunia" (HR Muslim) Penindasan Terhadap Umat Islam Daripada Tsauban r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda "Hampir tiba suatu zaman di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang kelaparan mengerumuni bekas hidangan mereka" Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi SAW menjawab "Bahkan kamu pada hari itu terlalu ramai, tetapi kamu umpama buih pada masa banjir, dan Allah akan mencabut rasa gentar terhadap kamu daripada hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan melemparkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan'. Seorang sahabat bertanya "Apakah 'wahan' itu, wahai Rasulullah?" Rasulullah menjawab "Cinta dunia dan takut mati" (HR Abu Daud) Namanya Saja Islam Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Beliau berkata, telah bersabda Rasulullah SAW "Telah hampir tiba suatu zaman, di mana tidak ada lagi dari Islam kecuali hanya namanya, dan tidak ada lagi dari Al-Quran kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka indah, tetapi kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah langit. Daripada merekalah keluar fitnah, dan kepada mereka jua fitnah itu akan kembali " (HR Al-Baihaqi) Budaya Barat Ikutan Umat Islam Kini Daripada Abu Sa'id Al-Khudri r.a. Beliau berkata, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda "Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak sekalipun kamu akan mengikut mereka" Sahabat bertanya "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang Tuan maksudkan?" Nabi SAW menjawab "Siapa lagi?" (HR Muslim) Ulama Tidak Dipedulikan Daripada Sahl bin Saad as-Sa 'idi r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda "Ya Allah! Janganlah Engkau menemukan aku dan mudah-mudahan kamu juga tidak bertemu dengan suatu zaman di mana para ulama sudah tidak diikuti lagi, dan orang yang penyantun sudah tidak dihiraukan lagi. Hati mereka seperti hati orang Ajam, lidah mereka seperti lidah orang Arab" (HR Ahmad) Ulama Agama Semakin Berkurang Daripada Abdullah bin Amr bin 'Ash r.a. Beliau berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda "Bahawasanya Allah SWT tidak akan mencabut (menghilangkan) ilmu dengan sekali gus daripada manusia. Tetapi Allah SWT menghilangkan ilmu agama dengan mematikan para ulama. Apabila telah ditiadakan para ulama, orang banyak akan memilih orang-orang jahil sebagai pemimpinnya. Apabila pemimpin yang jahil itu ditanyakan, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain" (HR Muslim) |
Video Wanita Mengamuk klia2 Lewat Naik @Airasia Posted: 31 May 2015 05:07 PM PDT |
72 + 55 Dalil #Wahabi Ialah Fahaman Yang 'Benar' Dalam #Islam cc @RealDrMaza @DrFathulBari @UMOnline Posted: 31 May 2015 04:21 PM PDT Assalamualaikum sahabat semua... semoga diredhai Allah sentiasa... Perkongsian pagi ini tentang sumber rujukan berkenaan fahaman dalam Islam yang sudah terpecah dan kali ini tentang fahaman wahabi. Kenapa kita bersungguh menjelaskan hal ini walhal ia hanya khilaf ulama - kata setengah orang. Sebenarnya isu wahabi isu melibatkan akidah. Menyamakan Allah dengan makhluk boleh merosakkan akidah. Ibadah dengan akidah rosak akan menghasilkan kemurkaan Allah dan tidak ada ganjaran syurga kepada pemiliknya. Wahabi juga fahaman ditolak majoriti ulama dunia Islam. Perhatikan kajian di sini Dalil ini hasil susunan Darul Fatwa Australia sangat bagus kerana lengkap dengan perbandingan dan juga sumber kita yang dirujuk. 72 Dalil Wahabi adalah ajaran 'sangat benar' di sisi Islam... http://darulfatwa.org.au/languages/Malaysian/Ahlussunah.pdf Mohon dikhabarkan kepada teman-teman hal ini. Sekian wassalam. Sekiranya tidak mencukupi boleh rujuk juga di sini : 55 dalil kesesatan wahabi sumber dari http://muafakatmembawaberkat.blogspot.com/2012/02/55-dalil-kesesatan-wahabi-by-hamba-yang.html Adakah Puak Sesat Wahabi ini Lebih Baik dari Golongan Ahlus Sunnah Wal Jama'ah? senarai kesesatan wahabi? kerana puak sesat wahabi ini wajib di basmi. lihat di bawah: 1. Golongan yang membawa Aqidah Yahudi (Allah duduk@bersemayam). 2. Golongan yang beriman kepada sesetengah ayat dan kafir dengan sesetengah ayat Al-Quran. 3. Golongan yang menolak Takwil pada sesetengah ayat, dan membolehkan Takwil pada yang mengikut nafsu mereka. 4. Golongan yang menafikan Kenabian Nabi Adam A.S. 5. Golongan yang menyatakan bahawa Alam ini Qidam(Rujuk pandangan ibn Taimiyyah). 6. Golongan yang mengkafirkan Imam Abu al-Hasan Al-Asa'rie dan seluruh Ummat Islam yang berpegang kepada method Aqidah yang telah disusuh oleh Imam tersebut. 7. Golongan yang mengkafirkan Sultan Sholahuddin Al-Ayyubi dan Sultan Muhammad Al-Fateh. 8. Golongan yang mengkafirkan Imam An-Nawawi dan Seluruh Ulama' Islam yang mengikut (Asya'irah dan Maturidiyyah). 9. Golongan yang mengdhoifkan hadi-hadis shohih dan mengshohihkan hadis-hadis dhoif (lihat penulisan Albani). 10. Golongan yang tidak mempelajari ilmu dariGuru atau Syeikh, hanya membaca. 11. Golongan yang mengharamkan bermusafir ke Madinah dengan niat ziarah Nabi Muhammad SAW. 12. Golongan yang membunuh Ummat Islam beramai-ramai di Mekah, Madinah, dan beberapa kawasan di tanah Hijaz (lihat tarikh an-najdi). 13. Golongan yang meminta bantuan Askar dan Senjata pihak Britain (yang bertapak di tempat; Kuwait pada ketika ini) ketika kalah dalam perang ketika mereka mahu menjajah Mekah dan Madinah. 14. Golongan yang menghancurkan turath(sejarah peninggalan) Ummat Islam di Mekah dan Madinah.(lihat kawasan perkuburan Jannatul Baqi', Bukit Uhud dan sebagainya) 15. Golongan yang membenci kaum ahlul bait. (kononnya bagi wahabi; semua ahlul bait syiah@ sesat) 16. Golongan yang bersalahan dengan Ijma' para Shohabah, Tabi'in, Salaf, khalaf dan seluruh Ulama' ASWJ. 17. Golongan yang mendakwa Aqal tidakboleh digunakan dalam dalil syarak, dengan menolok fungsi Aqal.(ayat-ayat Al-Quran menyarankan menggunakan Aqal) 18. Golongan yang mengejar syuhrah(pangkat, nama, promosi,kemasyhuran) dengan menggunakan fahaman salah mereka terhadap Al-Quran dan As-Sunnah. (Malah Al-Quran dan As-Sunnah bebas daripada apa yang wahabi war-warkan) 19. Golongan yang mengdhoifkan hadis solat terawikh 20 rakaat.(Albani) 20. Golongan yang mengharamkan menggunakan Tasbih.(Albani) 21. Golongan yang mengharamkan berpuasa pada hari sabtu walaupun hari Arafah jatuh pada hari tersebut.(Albani) 22. Golongan yang memperlecehkan Imam Abi Hanifah R.A.(Albani) 23. Golongan yang mendakwa Allah memenuhi alam ini dan menghina Allah dengan meletakkan anggota pada Allah SWT. 24. Golongan yang mendakwa Nabi Muhammad SAW tidak hayyan(hidup) di kubur Nabi Muhammad SAW.(Albani) 25. Golongan yang melarang membaca "Sayyidina" dan menganggap perbuatan itu bida'ah sesat. 26. Golongan yang mengingkari membaca Al-Quran ke atas si mati dan membaca Talqin. 27. Golongan yang melarang membaca selawat selepas azan.(Albani) 28. Golongan yang mengatakan Syurga dan Neraka ini fana'(tidak akan kekal).(ibn Taimiyyah) 29. Golongan yang mengatakan lafaz talaq tiga tidak jatuh, jika "aku talaq kamu dengan talaq tiga ". (ibn Taimiyyah. 30. Golongan yang Mengisbatkan(menyatakan/menetapkan) tempat bagi Allah, mengatakan Allah turun seperti turunnya. (Ibn Taimiyyah) 31. Golongan yang menggunakan wang ringgit untuk menggerakkan ajaran sesat mereka, membuat tadlis(penipuan dan pengubahsuaian) di dalam kitab-kitab ulama' yang tidak bersependapat dengan mereka. 32. Golongan yang mengkafirkan sesiapa orang Islam yang menetap di Palestine sekarang ini.(Albani) 33. Golongan yang mengbid'ahkan seluruh ummat Islam. 34. Golongan yang menghukumkan syirik terhadap amalan ummat Islam. 35. Golongan yang membawa ajaranTauhid 3 dan tidak pernah diajar oleh Nabi Muhamad SAW. (Ibn Taimiyyah) 36. Golongan yang mengatakan bahawa Abu Jahal dan Abu Lahab juga mempunyai Tauhid, tidak pernah Nabi Muhammad SAW ajar begini atau pun para Shohabah R.A. (Muhamad abd Wahab) 37. Golongan yang membolehkan memakai lambang "salib" hanya semata-mata untuk mujamalah/urusan rasmi kerajaan, ianya tidak kufur. (Bin Baz) 38. Golongan yang membiyayai kewangan Askar Kaum Kuffar untuk membunuh Ummat Islam dan melindungi negara mereka. (kerajaan Wahabi Saudi) 39. Golongan yang memberi Syarikat-Syarikat Yahudi memasuki Tanah Haram.(Kerajaan Wahabi Saudi) 40. Golongan yang memecahbelahkan Ummat Islam dan institusi kekeluargaan. 41. Golongan yang mengharamkan Maulud dan bacaan-bacaan barzanji, marhaban. 42. Golongan yang menghalalkan meletupkan diri atas nama jihad walaupun orang awam kafir yang tidak bersenjata mati. (selain di Palastine) 43. Golongan yang menghalalkan darah Ahlus Sunnah Wal Jama'ah Asya'irah dan Maturidiyyah. Lihat di Lubnan, Chechnya, Algeria, dan beberapa negara yang lain. 44. Golongan yang menimbulkan fitnah terhadap Ummat Islam dan memburukkan nama baik & murni Islam. 45. Golongan yang membuat kekacauan di Fathani, Thailand. 46. Golongan yang sesat menyesatkan rakyat Malaysia. 47. Golongan yang meninggalkan ajaran dan ilmu-ilmu Ulama' ASWJ yang muktabar. 48. Golongan yang meninggalkan methodologi ilmu ASWJ. 49. Golongan yang Minoriti dalam dunia, malah baru setahun jagung. 50. Golongan yang menuduh orang lain dengan tujuan melarikan diri atau menyembunyikan kesesatan mereka. 51. Golongan yang Jahil, tidak habis mempelajari ilmu-ilmu Agama, tetapi mahu buat fatwa sesuka hati. 52. Golongan yang melarang bertaqlid, tetapi mereka lebih bertaqlid kepada mazhab sesat mereka.(sehinggakan solat pun guna mazhab Albani shj) 53. Golongan yang secara zahirnya berjubah, berkopiah, singkat jubah, janggut panjang, tetapi berliwat, tidak menghormati ulama', mengutuk para Alim Ulama', tidak amanah dengan Ilmu dan Agama Islam. 54. Golongan yang tiada hujjah dalam ajaran mereka. 55. Golongan yang membawa jaran sesat Ibn Taimiyyah/Muhamad Ibn Abd Wahab, kedua-dua individu ini telah dicemuh, ditentang, dijawab oleh ulama ASWJ. Pandangan dari Kitab Muktabar oleh pelajar pondok terhadap kecaman Dr Asri Youtube lain untuk ditonton berkenaan isu wahabi Muffti Kedah: Fathul Bari & Dr. Asri penganut ajaran sesat Wahabi (bukan Ahlusunnah) https://www.youtube.com/watch?v=_CVTt... Syeikh Wahabi mengaku liwat https://www.youtube.com/watch?v=xdc6k... Cara wahabi (terrorist) meminum arak http://youtu.be/3Vc1LUnceXU Fatwa kontroversi Wahabi, perempuan menyusukan lelaki dewasa https://www.youtube.com/watch?v=R0rzc... Muhammad bin Abdul Wahhab: Menyanyi di rumah pelacur lebih baik dari berselawat!!! https://www.youtube.com/watch?v=UzKYz... Dr Ahmad Karimah: Qaradhawi terkeluar dari agama Islam https://www.youtube.com/watch?v=uK6WG... Tidak ada yang tersisa di muka bumi kecuali dikafirkan oleh Salafi/Wahabi https://www.youtube.com/watch?v=3mMpz... ISIS dalam riwayat Saidina Ali https://www.youtube.com/watch?v=XWvLW... Ahli Sunnah Wilayah Dhi Qar, Selatan Iraq turut perangi terrorist ISIS https://www.youtube.com/watch?v=98aU-... Rejimen Sunni Basrah dibentuk untuk perangi terrorist Takfiri/Wahabi https://www.youtube.com/watch?v=pz45c... Univeriti Al-Azhar wasatiyah & memerangi terrorist Wahabi https://www.youtube.com/watch?v=8B-LP... Prof Dr. Mehmet Görmez mengulas tentang terroris takfiri ISIS (Wahabi) https://www.youtube.com/watch?v=uMxTy... Kabilah Sunni Basrah sahut seruan perangi ISIS https://www.youtube.com/watch?v=sgWOJ... Ahli Sunnah Iraq istihar Jihad perangi terrorist ISIS (Wahabi) https://www.youtube.com/watch?v=_zja2... Isham al Misri Wahabi musnah masjid dan gereja Kristian https://www.youtube.com/watch?v=fGCmv... Syeikh Ali Atiyya: FSA adalah terrorist, Amerika akan bunuh mereka di akhir konflik https://www.youtube.com/watch?v=-XmOB... Dr Ahmad Karimah: Takfiri/Wahabi memusnahkan umat https://www.youtube.com/watch?v=vmtVl... Dr Mansur Mandur: Jangan terlalu mudah mengkafirkan orang lain https://www.youtube.com/watch?v=yZjSN... Syeikh Zuhair al Ja'id: Konspirasi sampai ke peringkat Sunni membunuh Sunni https://www.youtube.com/watch?v=mz_2S... Syeikh Ahmad Zain: Persidangan Perpaduan Islam menjawab propaganda Takfiri (Wahhabi) https://www.youtube.com/watch?v=zDbsv... Aliran Wahabi halalkan penumpahan darah umat Islam [Jawapan kepada Dr. Asri] https://www.youtube.com/watch?v=cp0yF... Penghinaan terhadap mufti Kedah & Sunni minta Wahabi berhenti mengkafirkan umat Islam https://www.youtube.com/watch?v=sQSbl... Sidang Media Isu Wahabi dan Syiah Dr AZiz Hanafi dan Ustaz Abu Syafiq https://www.youtube.com/watch?v=U_2rG... Ulama Sunni Tunisia: Wahabi dicipta dan direkrut oleh Yahudi https://www.youtube.com/watch?v=PMVdO... Kitab Tafsir Sunni: Golongan Wahabi ialah Hizbussyaitan (Parti Setan) https://www.youtube.com/watch?v=QjHyn... Tawassul, Wahabi halalkan darah umat Islam https://www.youtube.com/watch?v=vLr7t... Ulama Sunni: Ibnu Taimiyah punca terrorisme di zaman ini https://www.youtube.com/watch?v=eQ0NO... Isteri militan wahhabi digiliri beberapa lelaki atas nama jihad nikah! https://www.youtube.com/watch?v=JGqij... Wahhabi: Asya'irah dan Maturidiyyah terkeluar dari Ahlusunnah! https://www.youtube.com/watch?v=exDlE... Beza Wahhabi dengan Sunni dalam akidah dan furu' https://www.youtube.com/watch?v=zD64n... Mufti Mesir: Wahabi anjing neraka https://www.youtube.com/watch?v=QDceQ... Wahhabi: Asya'irah dan Maturidiyyah bukanlah Ahlusunnah https://www.youtube.com/watch?v=N_RXr... Kekafiran orang yang memanggil ibnu taimiyah sebagai Syeikhul Islam https://www.youtube.com/watch?v=npZoe... Bukti Wahhabi mengkafirkan mazhab Syafi'ie https://www.youtube.com/watch?v=H3OdD... Ulama Sunni Iran akui kewujudan Wahhabi https://www.youtube.com/watch?v=1bd-s... Akibat terlalu bencikan Syiah, Syeikh Wahabi kerasukan setan https://www.youtube.com/watch?v=-1VsR... Video lain : |
You are subscribed to email updates from Panglima Perang Cyber / Cyber Warlords To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |