Apa Yang Tersirat |
1MDB: Siapa Suruh Percaya Sarawak Reports? Posted: 31 May 2015 07:26 AM PDT 1. Memanglah portal pembangkang akan menyiarkan apa sahaja bahan yang berimpak negatif kepada kerajaan, demikian juga para pemimpin pembangkang terutama Tony Pua (DAP) dan Rafizi Ramli (PKR), pasti akan putar belit luar biasa sebarang isu. 2. Siaran bersiri Sarawak reports kononnya mempunyai dokumen bertimbun-timbun berkaitan urusniaga antara PetroSaudi International (PSI) yang membabitkan pelaburan USD1bilion dengan 1MDB, di mana menurut portal yang didaftar di UK tersebut, USD700 milion telah dipindah ke sebuah akaun di Swiss yang dikawal Tauke kontraversial Jho Low- Good Star Ltd. 3. Apabila siaran itu dimuat naik Sarawak reports, 1MDB memberi penjelasan, bahawa tiada wang yang disalurkan kepada Jho Low, manakala pelaburan melalui JV antara PSI dan 1MDB telahpun dibayar balik, mala 1MDB mendapat keuntungan lebih RM400 juta melalui transkasi tersebut. 4. 1 MDB semakin mendapat sorotan suku akhir tahun lalu, apabila berdepan dengan kekurangan aliran tunai bagi maksud membayar hutang jangka pendek, atas sebab, aset yang diperolehi belum mendatangkan aliran tunai. 5. Memang menurut perancangan perniagaan syarikat itu, bagi mengatasi aliran tunai, maka akan menerbitkan IPO yang boleh mendatangkan tunai sekurang-kurangnya RM8bilion, namun perancangan tersebut tidak menjadi, ekoran gambaran negarif yang diberikan kepada syarikat tersebut, bagaikan dunia mahu kiamat. 6. Rentetan laporan Sarawak reports dan tokok tambah pemimpin pembangkang seperti Tony Pua dan Rafizi Ramli, telah menyebabkan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir terikut-ikut, dan mempercayai bahawa laporan-laporan tersebut adalah benar belaka. 7. Malah Tun Dr Mahathir melalui blog beliau, memperinci jumlah wang yang telah lesap, kononnya berjumlah RM27 bilion, atas sebab hanya RM15 bilion sahaja daripada hutang RM42 dapat dikesan. 8. Sejumlah aset yang dibeli 1MDB bernilai RM15 bilion, apabila dicampur dengan pengurusan, kos guaman, kos mendapatkan pinjaman apakah berbentuk sukuk atau bon maka sejumlah hampir RM20bilion telah dibelanjakan. 9. Oleh kerana hutang terakru 1MDB adalah RM42 bilion, maka RM22 bilion kononnya diselewengkan. 10. Setakat Mei 2015, 1MDB telah membayar hutang jangka pendek sejumlah RM4bilion, maka hutang berbaki RM18bilion. 11. Pada Jumaat, Menteri Kewangan ke-2 Dato Ahmad Husni Hanadzlah telah mengemukakan rancangan rasionalisasi 1MDB, Melalui rancangan tersebut bermula pada Jun, sekurang-kurangnya RM16 bilion hutang syarikat tersebut akan terselesaikan. Ertinya hanya RM2bilion baki hutang syarikat tersebut yang perlu dirungkai oleh Ketua Audit Negara dan PAC. 12. Juga melalui rancangan rasionalisasi 1MDB, syarikat tersebut akan dipecahkan kepada tiga entiti yang berasingan- TRX, Bandar Malaysia dan Syarikat Tenaga-Edra. 13. Pada jumaat juga kabinet diberitahu, bahawa ikatan kerjasama antara IPIC dan anak syarikatnya Aabar yang telah dirancangkan sejak Feruari 2015, akan menyalurkan pelabuaran pertamanya pada 4 jun sejumlah USD1bilion, manakala sejumlah lagi akan disalurkan melalui 1MDB secara berperingkat yang berjumlah RM16bilion. Juga melalui rasionalisasi tersebut, aset yang disimpan di BSI Singapura akan diambilalih oleh syarikat Abu Dhabi tersebut. Bercanggah dengan dakwaan, termasuk daripada Tun Dr Mahathir, kononnya aset tersebut tidak bernilai. 14. Saluran kewangan IPIC dan Aabar, bukan bail out atau menyelematkan 1MDB, akan tetapi FDI ke dalam negara, samalah dengan FDI daripada negara-negara lain ke Malaysia. 15. Oleh kerana kemelut 1MDB semakin terungkai, maka melalaklah pemimpin seperti Tony Pua, kerana tidak menyangka, bahawa 1MDB mempunyai perancangan perniagaan yang menguntungkan negara. Pemimpin DAP tersebut terkejut, kerana rupanya 1MDB menguntungkan, bukan seperti mana dakwaan mereka sebelum ini. 16. Bagi pembangkang, adalah satu kelemahan jika gagal menarik FDI, demikian juga, satu kesalahan jika 1MDB mampu menarik FDI. Tony Pua mengelar FDI daripada Abu Dhabi kononnya seperti ahlong, akan tetapi apabila FDI daripada Negara China ke negeri-negeri yang dikawal Pakatan Rakyat, khususnya Pulau Pinang, bukan ahlong akan tetapi pelaburan sebenar. (lihat bagaimana double standardnya mereka). 17. Bagi pembangkang, jika aset yang dibeli 1MDB seperti TRX, Bandar Malaysia dan Tanah di Pulau Pinang, syarikat tersebut tidak boleh membuat keuntungan, kerana menurut mereka, adalah salah, kerana 1MDB membeli tanah tersebut pada harga preium daripada kerajaan. Sifir apa yang mereka pakai? Sebab itulah apabila TH Property membeli sebidang tanah TRX, semua pihak berteriak, seolah-olah esok akan kiamat. 18. Pada Jumaat juga, kabinet diberitahu, bahawa harta yang dibeli 1MDB berharga RM2bilion, akan dijual antara RM7-8RM bilion, ertinya 1MDB akan mendapat keuntungan kasar RM5-RM6bilion. Bagi pembangkang, 1MDB tidak boleh membuat keuntungan, kerana harta yang dibeli hanya RM2bilion tidak boleh dijual lebih tinggi. Memanglah, kalau sudah fikiran negatif yang ditanam, apapun perkara baik yang dijalankan, semua salah!!!!. Hakekatnya, mereka yang anti 1MDB kini tertelan kahak sendiri, kerana dakwaan mereka, bahawa syarikat milik MOF itu akan mengalami kerugian yang luar biasa. Malah telah menguar-uarkan, kononnya kerajaan akan menggunakan dana awam seperti KWAM, KWSP, LTAT dan terkini wang SPAD, kononya untuk bailout. 19. Melihatkan rancangan rasionalisasi 1MDB sepertimana dikemukakan kepada kabinet, DS Najib boleh sahaja berkata, semua dakwaan yang mengelilingi 1MDB adalah auta. Malah, melalui fakta yang dikemukakan, anggota kabinet yang memandang serong syarikat tersebut, kini, termasuk juga mereka yang terpaksa menelan kahak sendiri. 20. Malah ada laporan, semasa Mesyuarat Kabinet pada Jumaat, DS Najib memberi isyarat, sesiapa anggota kabinet yang masih memandang serong berkaitan 1MDB dan beliau sendiri, dengan sukarela meletakkan jawatan. 21. Kini, melalui kemelut 1MDB, DS Najib mengetahui, siapa-siapa kabinet beliau yang hanya berpura-pura menyokong, dan siapa-siapa yang ikhlas. 22. Benarlah tindakan Ketua Menteri Sabah, pada mesyuarat Umno pada hujung minggu, bahawa semua pemimpin Umno Sabah yang hadir berdiri teguh dibelakang DS Najib. |
1MDB: Ada Salah Guna Kuasa Kah? Posted: 31 May 2015 12:02 AM PDT 1. Mari tengok seksyen 117 M&A 1MDB. Dalam seksyen tersebut, sebarang tindakan syarikat yang berkaitan dengan pelaburan, penstrukturan, perlantikan CEO dan pinjaman perlu mendapat kebenaran bertulis daripada Penasihat Lembaga Pengarah. Penasihat Lembaga Pengarah syarikat tersebut adalah Perdana Menteri. 2. Kini, berbagai pihak, khususnya yang mempergunakan 1MDB sebagai asas menumbangkan DS Najib sebagai Perdana Menteri mempergunakan seksyen dalam M&A syarikat tersebut. 3. 1MDB yang ditubuhkan pada Februari 2009, dalam tempoh 5 tahun telah mengumpul hutang RM42 bilion, 42 ribu kali berbanding modal asal RM1juta. 4. Melalui hutang tersebut, 1MDB mampu mengumpul aset sejumlah RM51.4 bilion, di mana RM19.5 aset mudah cair dan RM31.9 aset harta. 5. Aset harta syarikat tersebut termasuklah tanah TRX, Tanah Bandar Malaysia, Tanah 94.69 hektar di Pulau Pinang, 13 IPP dan satu kemudahan penyulingan yang tersebar di 5 negara. 6. Dikatakan pembelian semua harta tersebut 1MDB membelanjakan hampir RM20bilion. 7. Selepas 5 tahun operasi syarikat tersebut, akhirnya berdepan masalah aliran tunai bagi membayar obligasi jangka pendek. Sesuatu di luar perkiraan lembaga pengarah dan pengurusan. 8. Di atas kertas, untuk mendapatkan aliran tunai, maka diterbitkan IPO yang dijangka terbitan tersebut boleh menghasilkan lebih RM8bilion tunai, namun rancangan itu tidak menjadi. 9. Oleh kerana terbitan IPO tidak menjadi, maka timbullah masalah besar bagi syarikat tersebut. 10. Demi menyelamatkan keadaan, 1MDB terpaksa meminta bantuan RM2bilion daripada pihak ketiga, meminta tambahan modal daripada kerajaan RM970 juta, walaupun dikatakan berbentuk pinjaman. 11. Selain itu, penjualan tanah TRX kepada TH Property dan ikatan dengan IPIC Abu Dhabi yang menyalurkan USD1bilion. 12. Tujuan mendapatkan aliran tunai tersebut, hanya semata-mata untuk membayar hutang syarikat yang telah matang. 13.Dikatakan juga, melalui berbagai ikatan dengan syarikat pihak ketiga termasuk IPIC, 1MDB akan mampu membayar hutang sehingga RM16bilion. 14. Hutang terakru yang berjumlah RM22 bilion, setidaknya RM4 bilion telah dibayar lunas, dan baki RM18 bilion, RM16 bilion bakal dibayar setidak-tidaknya bermula bulan jun depan.Selepas itu, hanya kira-kira RM2 bilion, pinjaman yang diperdebatkan, perlu dirungkai oleh Ketua Audit Negara dan PAC Dewan Rakyat. 15. Pada Jumaat, kabinet telah menerima rancangan rasionalisasi 1MDB termasuk pembubaran syarikat tersebut awal Tahun 2016. Melalui rasionalisasi tersebut, 1MDB dipecah menjadi tiga syarikat yang berdiri sendiri, iaitu TRX, Bandar Malaysia dan Syarikat Tenaga-Edra. 16. Kini, perungkaian kemelut 1MDB semakin cerah, namun dipihak-pihak yang anti Najib, mengetengahkan pula isu SALAH GUNA KUASA dalam syarikat tersebut, dengan mengungkit seksyen 117 M&A Syarikat tersebut. 17. Di media sosial, portal-portal pembangkang, sejak seminggu lalu hingga kini, terus menguar-uarkan berkaitan seksyen tersebut. 18. Hanya melalui laporan Ketua Audit Negara dan PAC sahaja boleh merungkai, apa kah terdapatnya salah guna kuasa khususnya daripada penasihat Lembaga Pengarah syarikat tersebut. 19. Bagi penentang Najib, dan mereka yang mahukan Perdana Menteri meletakkan jawatan, tidak sabar-sabar dan terus memutar belit semua isu, dan tidak sanggup menunggu laporan AG dan PAC. 20. Nampak gayanya, mereka yang mahu Najib meletakkan jawatan, sudah memberi hukuman awal kepada Perdana Menteri tersebut sebagai orang yang bersalah , sebelum sesuatu kebenaran dapat rungkai. |
You are subscribed to email updates from Apa Yang Tersirat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |