BERANI MEMBUAT PILIHAN... |
- Live Streaming Malaysia vs Timor Leste Sukan Sea 2015 | 30 Mei 2015
- Pengurus gila seks di Parit Buntar
- Dua tahun kahwin tanpa seks bongkar rahsia suami
- Cubaan bunuh diri di menara Masjid Kg Baru
Live Streaming Malaysia vs Timor Leste Sukan Sea 2015 | 30 Mei 2015 Posted: 30 May 2015 01:59 AM PDT Live streaming Malaysia vs Timor Leste pada 30 Mei 2015 Sukan SEA secara online. Siaran langsung perlawanan Sukan Sea kali ke 28 akan menyaksikan pertembungan antara Malaysia lawan Timor Leste pada jam 8.30 malam Sabtu bertempat di Stadium Binshan Singapura. Siaran eksklusif secara live turut disiarkan menerusi saluran TV9 bermula pada pukul 8.25 malam. Bagi penonton yang menyaksikan secara live internet streaming, berikut adalah pautan live streaming Malaysia menentang Timor Leste Sukan SEA 2015. Live Streaming Malaysia Vs Timor Leste 30 Mei 2015 Online Jadual Siaran Langsung Malaysia vs Timor Leste Sukan SEA 2015 Tarikh: 30.5.2015 Masa: 8.30 Malam Lokasi: Stadium Binshan Singapura Siaran Rasmi: TV9, Astro Arena |
Pengurus gila seks di Parit Buntar Posted: 29 May 2015 09:01 PM PDT IPOH – Seorang pengurus sebuah pasar raya ditahan selepas didakwa mencabul tiga pembantu kedai, termasuk seorang gadis bawah umur, di Parit Buntar, kelmarin. Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk Dzuraidi Ibrahim berkata, suspek berusia 36 tahun dilaporkan mencabul mangsa masing-masing berusia 16, 18 dan 19 sejak April lalu. "Mangsa mendakwa tidak tahan dengan perbuatan suspek mencabul sejak mereka bekerja di situ. "Suspek direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah kepada seseorang dengan niat hendak mencabul kehormatan," katanya. Sinar Harian, semalam, melaporkan tiga gadis yang bekerja sebagai pembantu kedai trauma untuk ke tempat kerja setelah mendakwa dicabul pengurus mereka sejak sebulan lalu. Mangsa dikatakan turut berdepan kemungkinan tidak menerima gaji dan diugut akan diberhentikan kerja sekiranya perkara itu tersebar. Suspek bertindak menampar punggung mereka selain mengeluarkan kata-kata lucah semasa mereka bekerja. |
Dua tahun kahwin tanpa seks bongkar rahsia suami Posted: 29 May 2015 08:01 PM PDT Maros (Indonesia): Seorang isteri terkejut dan membuat laporan polis selepas mendapati suaminya yang dikahwini selama dua tahun sebenarnya wanita. Nurhayati, 24, membuat laporan polis kerana berasa tertipu selepas 'suaminya' yang dikenali sebagai Iwan, 39, sebenarnya perempuan. Ketua jabatan jenayah polis Maros di Sulawesi Selatan, Yusrizal berkata, identiti 'suami' wanita itu terbongkar pada Rabu lalu selepas keluarga kedua-dua belah pihak bertemu. Katanya, Iwan atau nama sebenarnya Juma pergi ke rumah Nurhayati di sini dengan membawa surat keterangan pernikahan. "Juma memberitahu keluarga Nurhayati bahawa mereka sudah bernikah pada September 2013 dan perkara itu menyebabkan keluarga wanita itu berang. "Pertengkaran yang tercetus menyebabkan Juma akhirnya mengaku dia sebenarnya wanita," katanya. Nurhayati yang terkejut dengan pengakuan 'suaminya' itu bertindak membuat laporan polis dan mendakwa Juma menipu serta memburukkan nama baik keluarganya. "Juma turut membuat laporan polis mendakwa keluarga Nurhayati cuba menyerangnya. "Kami menahan Juma untuk soal siasat dan pemeriksaan doktor mengesahkan suspek wanita," katanya. Nurhayati memberitahu dia tidak mengetahui 'suaminya' wanita kerana sepanjang tempoh perkahwinan mereka tidak pernah melakukan seks. |
Cubaan bunuh diri di menara Masjid Kg Baru Posted: 29 May 2015 07:04 PM PDT Kuala Lumpur: Seorang lelaki yang dipercayai cuba membunuh diri dengan terjun daripada Masjid Kampung Baru, di sini, bernasib baik apabila dia hanya patah kaki kanan. Dalam kejadian kira-kira 6.50 petang itu, mangsa berusia 23 tahun dilihat memanjat menara masjid Kampung Baru. Lelaki terbabit di percayai mempunyai masalah mental itu kemudian bertindak terjun dari menara terbabit sebelum jatuh ke atas bumbung di kawasan berdekatan. Difahamkan orang ramai yang berada di kawasan terbabit cuba memujuk tetapi tidak diendahkan. Mangsa kemudian di hantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut. |
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |