Panglima Perang Cyber |
Blogger UMNO Bidas Wartawan Utusan @UMOnline Zulkiflee Bakar Hina Ulama Habib Sesat Posted: 29 May 2015 11:08 PM PDT
Sewajarnya tugas Utusan hanya perlu melaporkan tentang apa diberitahu pegawai Jabatan Agama tentang ajaran mana & ustaz mana yang sesat , tetapi ini sudah terbalik apabila mereka sendiri mendedahkan atau mengaibkan ulama terbabit . Bagi GPB ia tidak adil dan selagi ulama2 ini tidak didapati bersalah oleh pihak berkuasa , tuduhan Utusan jelas adalah FITNAH JAHAT ! Persoalannya , adakah wartawan sudah ini mempunyai bukti serta cukup ilmu agama di dada mereka mendakwa Habib & Habaib ini membawa ajaran sesat ?? Baca artikel beliau sepenuhnya : http://sejarahmelayu.blogspot.com/2015/05/sejak-bila-wartawan-utusan-ada-hak.html?m=1 Hari ini wartawan Utusan Zulkifli Bakar masih menjawab isu tareqat namun dengan nada berbeza. Ada perubahan di mana nampak pengarang Utusan sudah kendur nadanya walau beliau masih belum menerima dan mencari penjelasan dari ulama yang difitnah. Sepatutnya wartawan tidak ada masalah mencari jawapan namun belum ada petanda ulama Habib ditemuramah untuk membuat penjelasan. Habib Syech Habib Ali Zainal Abidin sudah pun keluar di IKIM dan TV Al Hijrah. Beliau sepatutnya tidak marah digelar buta hadis kerana memang beliau bukan mahir pun dan nampak hanya menulis dengan berpandukan 'skrip' orang lain. Bila marah digelar jahil dan wahabi sudah tentu Zulkiflee Bakar perlukan ilmu rohani untuk membaiki diri. Orang sufi rela digelar apa pun namun kena ingat mereka tidak akan jadi pondan bila melihat ulama keturunan Nabi dihina sesuka hati. Jika hanya Nabi sahaja yang maksum maka Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan bawah Jakim juga sudah tentu tidak akan sempurna dan mungkin ada sedikit kelemahan kajian yang mungkin boleh dibentangkan semula. Mungkin perkataan ulama Al Azhar memuji Sheikh Nazim selain Ulama lain menemui beliau menerima ijazah darinya mungkin boleh dikaji semula dalam semakan akan muzakarah akan datang. Dalam Jakim pun ada pro wahabi sepertimana didedahkan blog tertentu.dan ahli panel Jakim pro wahabi seperti Fatah Haron Hayyie Shukor juga sudah lama didedahkan oleh blogger. Mungkin Utusan belum menemui fakta ini. Baru tahun ini ahli panel Jakim ditukar menurut sumber yang boleh dipercayai. Tak percaya baca di sini Atau dengar pujian Ust Aizam pegawai Jakim kepada pengasas wahabi di sini Dengar khutbah Mufti Mesir Syeikh Ali Jumaah berkenaan wahabi Asal usul wahabi dari konspirasi Yahudi. |
You are subscribed to email updates from Panglima Perang Cyber / Cyber Warlords To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |