Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

$
0
0

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Nafsu songsang cuba tiduri tiga kanak-kanak

Posted: 27 May 2015 06:48 AM PDT

Niat songsang lelaki lembut Tiga kanak-kanak yang dipercayai dibawa lelaki berperwatakan lembut sebelum berjaya dikesan pihak polis.
KOTA BHARU – Seorang lelaki berperwatakan lembut dipercayai mempunyai niat 'songsang' apabila membawa tiga kanak-kanak menaiki kenderaannya bersiar-siar tanpa pengetahuan ibu bapa kanak-kanak terbabit, sebelum menempatkan mereka di sebuah hotel di bandar ini.

Lelaki berusia lewat 20-an itu yang 'melarikan' dua kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan, dipercayai mengenali abang salah seorang mangsa.

Namun perbuatannya membawa kanak-kanak tersebut menaiki kereta Perodua Viva pada malam Sabtu lalu selepas menyaksikan perlawanan Final Piala FA melibatkan pasukan Kelantan menentang Lions XII, berjaya dikesan polis malam kelmarin.

Ia berikutan orang awam dapat mengesan suspek mengajak salah seorang mangsa menaiki keretanya. Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut.

Seorang mangsa dikenali sebagai Naufal, 13, berkata, dia bersama dua rakannya, Umaira dan Alif mengikut suspek selepas diajak berjalan-jalan menaiki kereta tersebut dan suspek tidak menunjukkan sikap mencurigakan.

"Saya ikut sebab dia baik. Lagipun sehari sebelum perlawanan Piala FA, dia ada jumpa kawan saya dan berikan nombor telefonnya jika mahu mengikut dia bersiar-siar.

"Selepas menonton tayangan skrin gergasi di bawah flat di Jalan Bayam, 'abang' (suspek) mengajak kami naik keretanya dan turut belanja kami makan, beli pakaian dan bawa kami bersiar-siar sehingga ke Gua Musang dan Rantau Panjang. Selepas itu, dia bawa kami pulang ke Kota Bharu," katanya kepada pemberita.

Naufal berkata, suspek pada mulanya mahu menghantar mereka pulang namun mereka enggan kerana takut dimarahi ibu bapa.

Menurutnya, mereka kemudiannya dibawa ke Bachok dan ditinggalkan dalam masjid di kawasan berkenaan tetapi suspek kembali mengambil mereka semula.

"Tak sangka, perwatakan baik abang rupanya ada 'udang di sebalik batu'. Selepas ambil kami semula, ketika dalam perjalanan ke Kota Bharu, dia ajak saya melakukan perbuatan tidak senonoh dan mahu sewa hotel jika saya setuju.

"Saya mahu lari tetapi kasihan pula pada Umaira dan Alif yang tidur keletihan di tempat duduk belakang. Saya tolak ajakannya secara baik," katanya.

Naufal berkata, malam kelmarin, dia bersama dua rakannya itu akhirnya dibawa tidur di sebuah hotel di bandar Kota Bharu dan ditinggalkan dalam bilik berlainan.

"Kira-kira jam 1 pagi, selepas saya ceritakan mengenai hal tersebut kepada Umaira, dia takut.

"Bimbang diapa-apakan, Umaira melarikan diri. Saya bersama Alif turut ikut Umaira melarikan diri sehingga ke Stadium Sultan Muhammad IV dan mengambil masa hampir 15 minit.

"Ketika kami berlegar-legar di kawasan itulah, kami nampak polis tiba dan terus bawa kami menaiki kereta peronda, dan dibawa ke balai polis," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa mengesahkan menerima laporan kejadian.

Menurutnya, suspek dipercayai pekerja sebuah syarikat swasta dan mempunyai sifat sukakan kanak-kanak.

"Kami menerima laporan semalam daripada seorang ibu mangsa selepas menyedari kehilangan anaknya.

"Kita dapati suspek berusia 29 tahun ini dipercayai menggunakan kanak-kanak ini untuk kepuasan diri, bukan tujuan menculik," katanya.

Menurutnya, hasil maklumat yang diperoleh, kanak-kanak terbabit tidak dicederakan, malah dilayan dengan baik.

"Hasil pemeriksaan doktor, mereka tidak mempunyai sebarang kecederaan.

"Suspek berjaya ditahan di hotel berkenaan hasil maklumat mangsa dan kita tahan reman suspek selama tujuh hari untuk siasatan lanjut," katanya. – Sinar Harian Online

Ramas buah dada atas motor

Posted: 26 May 2015 09:05 PM PDT

Kuala Terengganu: Gelaran lelaki miang sesuai untuk menggambarkan tindakan seorang pemuda yang bertindak memegang dada seorang gadis yang sedang menunggang motosikal dalam kejadian di Jalan Kamaruddin, di sini, 20 Mei lalu.

Bagaimanapun, suspek berusia 20-an yang menyangka terselamat daripada perbuatan tidak bermoral itu dicekup polis, kelmarin, dan kini ditahan untuk siasatan lanjut.

Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku pada jam 9.30 pagi apabila mangsa berusia 20-an yang menunggang motosikal bersendirian dihampiri suspek yang turut menunggang motosikal.

"Suspek dipercayai mengekori mangsa dalam keadaan perlahan sebelum menghampiri motosikal mangsa dan terus memegang dada gadis terbabit.

"Walaupun terkejut dengan tindakan suspek, mangsa nekad mengejar suspek yang segera melarikan diri selepas melakukan perbuatan keji itu.

"Walaupun gagal menangkap suspek, tindakan berani mangsa membuahkan hasil apabila mencatat nombor pendaftaran motosikal suspek," katanya.

Sumber berkata, mangsa membuat laporan polis dan susulan itu, suspek ditahan semalam (kelmarin)," katanya.

Sementara itu, Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi membenarkan suspek ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Idris Abd Rafar ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan penahanan suspek.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710