Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

$
0
0

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Adi Putra vs PERMATA: Pencerahan dari Pengarah PERMATA untuk Adi Putra

Posted: 26 May 2015 08:26 AM PDT

Berita Adi Putra Abd Ghani, seorang anak muda genius matematik yang dikatakan tersisih hangat diperkatakan semenjak dua tiga hari yang lalu. PERMATA secara tidak langsung pula menerima tempiasnya. Untuk mendapatkan pandangan yang adil dan tidak berat sebelah, bacalah tulisan Pengarah PERMATA sendiri, Professor Noriah Mohd Ishak mengenai perkara ini:
Kerajaan memang telah menubuhkan program untuk anak-anak genius bermula tahun 2009. Kerajaan juga melalui Bahagian PERMATA di Jabatan Perdana Menteri telah memberi dana kepada UKM untuk menubuhkan sebuah sekolah yang kini diberi taraf Institusi Pendidikan Bantuan Kerajaan untuk menyediakan pendidikan yang sesuai bagi pelajar-pelajar pintar dan berbakat seperti Adi.

YABhg Datin Paduka Seti Rosmah Mansor adalah insan yang telah memperjuangkan hak pembelajaran pelajar pintar dan berbakat. Beliau tanpa jemu telah merancang bersama UKM untuk menyediakan program pendidikan yang untuk pelajar seperti Adi.

YABhg Datin Paduka Seri juga adalah orang yang bertanggungjawab meminta disediakan satu program untuk Adi tetapi setelah dibentangkan kepada ibu bapa Adi, bapanya menolak kerana memikirkan Adi perlu memberi tumpuan kepada sekolah sedangkan masa itu Adi sibuk dengan pengurusan syarikatnya.

Bermula dari situ, YABhg Datin Paduka Seri Rosmah telah meminta agar pihak UKM di bawah bimbingan Tan Sri Sharifah Hapsah yang menjadi Naib Canselor waktu itu untuk meneroka kemungkinan mencari lebih ramai Adi Putra diseluruh negara. Datin Seri menekankan bahawa dalam proses pencarian tersebut, UKM perlu teliti dan mencari secara komprehensif tanpa meninggalkan mana-mana pelajar.

Maka lahirlah Ujian UKM1 dan UKM 2 yang dibina oleh sekumpulan pakar dari UKM diketui oleh Prof Datuk Dr Noriah Ishak, Prof Datin Dr Siti Rahayah Ariffin, Prof Madya Dr Rosadah Abdul Majid dan Dr Siti Fatimah Mohd. Yassin. Pihak UKM telah bekerjasama dengan Johns Hopkins University untuk menjalankan program pengayaan untuk pelajar pintar dan berbakat pada tahun 2009.

Progam tersebut telah dijalankan dengan jayanya. Seterusnya Kolej PERMATApintar Negara, UKM telah dibina untuk menampung proses pembelajaran pelajar-pelajar pintar dan berbakat tersebut.

Sehingga kini seramai 374 orang pelajar telah berjaya menamatkan pengajian mereka diKolej PERMATApintar, dan seramai 240 orang sedang menyambung pengajian mereka di perkngkat Sarjanamuda di universiti terkemuka di Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, New Zealand, Jepun, Korea, German, Rusia, Jordan dan Mesir.

Sebenarnya kerajaan melalui Bahagian PERMATA di Jabatan Perdana Menteri telah berjaya mengurangkan isu 'brain drain' dengan memberi pendidikan khusus untuk pelajar pintar dan berbakat.

Program PERMATApintar ini bukan program elitis seperti tanggapan oang ramai atau program yang ditujukan khas untuk anak-anak orang kaya. Kemasukan ke program ini ialah mengikut kelayakan.

Sehingga kini, didapati hampir setengah dari pelajar yang mendapat tawaran adalah dari mereka yang berpendapatan rendah dan tinggal di luar bandar. Mereka diterima bukan kerana mereka darinliar bandar, tetapi mereka benar-benar layak.

YABhg Datin Paduka Seri Rosmah adalah sangat instrumental dalam menjayakan program ini bersama UKM. Sekian.

Di dalam posting Professor Noriah Mohd Ishak seterusnya, beliau menambah:

Saya rasa Adi perlu bercerita perkara yang benar berlaku dan bagaimana kerajaan dan lebih khusus YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor cuba membantu beliau dan kenapa bapanya menolak bantuan tersebut. Jika Adi terima bantuan yang kita cadangkan dulu pada tahun 2008, saya pasti Adi sekarang sudah berada di Universiti bertaraf Ivy League.
Baca juga: Kerajaan Malaysia tipu saya - Adi Putra

Saiz buah dada mencurigakan...

Posted: 26 May 2015 06:55 AM PDT

Hanya kerana nafsu, seorang lelaki di bandar Tengzhou di wilayah Shandong, China, tegar melakukan sesuatu di luar batasan bagi mengaburi niat jahatnya itu.

Bagi mengelakkan dirinya disedari memasuki tandas wanita di sebuah perpustakaan, lelaki tersebut sanggup menyarungkan pakaian berlainan jantina dan berpura-pura dirinya seorang perempuan.

Namun, taktiknya itu bukan sahaja tidak berjaya mengaburi pandangan orang ramai, malah membuatkan semua mata memandangnya pelik dan jelik.

Mana taknya, lelaki itu telah meletakkan sesuatu di bahagian payudaranya sehingga ia nampak terlalu besar dan aneh, malah mengenakan solekan terlampau tebal.

Insiden tersebut dihidu setelah seorang wanita menghubungi polis kerana ternampak seorang 'wanita' telah masuk ke dalam tandas dalam keadaan mencurigakan.

Malah, saksi turut memaklumkan, 'wanita' itu kelihatan pelik kerana kerap memandang wanita lain di dalam tandas menggunakan cermin kecil.

Tidak lama selepas itu, pihak polis yang tiba di tempat kejadian berjaya menangkap seorang lelaki yang berpura-pura menjadi seorang wanita bagi membolehkannya masuk ke dalam tandas tanpa disedari.

Hasil siasatan mendapati, dia menggunakan helah tersebut bagi membolehkannya masuk ke tandas dan menghendap wanita tanpa disedari. Malangnya taktik tersebut ternyata gagal!

– MYNEWSHUB.CC

Remaja sertai kawad nyaris diliwat, dipaksa seks oral di penjara Kajang

Posted: 26 May 2015 12:09 AM PDT

Sekadar gambar hiasan
Kajang: Seorang remaja lelaki yang bersemangat menyertai pertandingan kawad di Penjara Kajang di sini, sebaliknya dipukul hingga retak tulang rusuk selain dijadikan alat pemuas nafsu tiga remaja lain.

Dalam kejadian jam 4.40 petang Rabu lalu, mangsa berusia 18 tahun dan berasal dari Sungai Petani, Kedah, menyertai pertandingan kawad anjuran Penjara Kajang, di sini.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, ketika pertandingan sedang berlangsung mangsa tiba-tiba ditarik tiga peserta lain ke sudut tersembunyi sebelum dipaksa melakukan seks oral.

"Mangsa tidak mampu melawan dan hanya menuruti arahan suspek. Malah salah seorang suspek kemudian turut cuba meliwat mangsa.

"Selepas kejadian itu, mangsa melaporkan perkara dialami kepada warden penjara sebelum satu laporan polis dibuat berhubung kejadian itu," katanya.

Beliau berkata, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kajang bagi menjalani pemeriksaan, namun doktor mengesahkan tiada kesan kemasukan objek ke dalam dubur mangsa.

"Hasil siasatan, pihak kami menemui kesan air mani suspek dalam kejadian itu. Ketiga-tiga suspek berasal dari Melaka kemudian ditahan dan diarah melakukan kawad cam.

"Pihak kami kini hanya menunggu arahan daripada pihak mahkamah untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Ab Rashid berkata, semua suspek berusia antara 17 19 tahun berkenaan disiasat mengikut Seksyen 377 (B) kerana meliwa

Doktor cuba buka seluar, raba kemaluan

Posted: 25 May 2015 10:52 PM PDT

Kota Tinggi: Seorang wanita yang baru empat hari bekerja sebagai pembantu klinik di sini, kini trauma selepas mendakwa dia bukan saja menjadi mangsa cabul majikannya, malah nyaris dirogol lelaki itu.

Wanita berusia 21 itu berkata, dalam kejadian 7 Mei lalu, majikannya yang juga doktor di klinik terbabit tiba-tiba memeluk, mencium, meraba alat sulit serta cuba membuka seluarnya ketika berada di belakang klinik berkenaan.

Namun katanya, selepas menepis perbuatan keji doktor berusia 50-an itu, mangsa diberikan amaran keras supaya tidak memberitahu kejadian itu kepada sesiapa.

Mangsa berkata, apabila pulang ke rumah, dia mengadu kepada suami dan mereka terus ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi untuk membuat laporan polis serta turut mendapatkan pemeriksaan di Hospital Kota Tinggi sebelum diminta merujuk ke Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.

"Beberapa hari kemudian saya dipanggil ke IPD untuk membuat pengecaman baju (baju yang dipakai doktor ketika kejadian). Apa yang berlaku itu menyebabkan saya sangat trauma," katanya.

Raja Perlis titah nama Perlis dibuang ‘Indera Kayangan’

Posted: 25 May 2015 05:08 PM PDT

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail menitahkan nama Perlis tidak ditambah "Indera Kayangan" atau "Darul" sebaliknya hanya "Perlis" seperti termaktub dalam undang-undang tubuh negeri.

Baginda bertitah undang-undang tubuh tersebut ditandatangani oleh ayahanda baginda, Almarhum Tuanku Syed Putra Syed Hassan Jamalullail hanya dengan nama Perlis tanpa ada sebarang tambahan.

"Oleh itu saya harap biarlah nama tersebut dikekalkan dengan nama Perlis tanpa ditambah Indera Kayangan yang mempunyai kaitan dengan dewa-dewa atau apa-apa Darul," titah baginda.

Tuanku Syed Sirajuddin bertitah demikian semasa merasmikan Muzium Kota Kayang dan Jamuan Teh Rakyat bersempena sambutan keputeraan ke-72 baginda di muzium itu di Kangar hari ini.

Berangkat sama ke majlis itu Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Menurut baginda nama Perlis pernah dibincang dalam mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) semasa baginda menjadi yang dipertua majlis berkenaan pada tahun 80-an.

"Keputusan mesyuarat itu dipersembahkan kepada ayahanda saya dan baginda juga mahu nama Perlis tidak dibuat sebarang tambahan," titah Tuanku Syed Sirajuddin.

Mengenai muzium tersebut, baginda berharap ia menjadi tempat tumpuan rakyat khususnya golongan muda untuk menimba ilmu yang mempunyai kaitan dengan sejarah negeri Perlis.

Baginda sukacita dimaklumkan lebih 30,000 orang melawat muzium itu sepanjang tahun lepas melebihi sasaran 25,000 orang manakala jumlah pengunjung sejak dibuka ialah 400,000 orang.

Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man dalam ucapannya yakin Muzium Kota Kayang akan berfungsi sebagai pusat ilmu sejarah di samping menjadi tumpuan pelancong asing.

Ketua Pengarah Jabatan Muzium, Wan Jamaluddin Wan Yusof berkata jabatan itu sedia menambah koleksi muzium di samping menceriakan landskapnya bagi meningkatkan daya tarikan pelancong untuk mengunjunginya. – Bernama, 25 Mei, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/raja-perlis-titah-nama-perlis-tidak-ditambah-indera-kayangan#sthash.leOoOj34.dpuf

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>