BERANI MEMBUAT PILIHAN... |
- Bekas pengacara Wanita Hari Ini muatnaik foto seksi, nampak susuk tubuh
- 'Gaduh' sampai atas katil dalam hotel bajet
- Maki polis, pelakon kacak popular didenda RM100
- Lagi artis kantoi tinggal sebumbung dengan kekasih
- Diperkosa kawan datang menziarah
Bekas pengacara Wanita Hari Ini muatnaik foto seksi, nampak susuk tubuh Posted: 25 May 2015 06:01 AM PDT "Cara berpakaian tidak menggambarkan peribadi seseorang itu." Itu kenyataan pengacara dan personaliti TV popular, Nadia Shahrul Annuar, 31, di laman sosial Instagram miliknya. Beberapa minit yang lalu, pengacara program bual bicara popular stesen televisyen swasta ini memuat naik sekeping gambarnya yang menunjukkan dia bergaya seperti diatas bot. Apa yang mencuri tumpuan ialah pemakaian bekas pengacara Wanita Hari Ini (WHI) yang kelihatan agak seksi iaitu memakai baju mandi 'one piece' sambil mengenakan kemeja putih jarang yang jelas menampakkan susuk tubuhnya. Pada gambar tersebut, Nadia yang akan menyambut ulang tahun kelahirannya esok, menulis kapsyen: "Untuk menjadi seorang yang baik tidak hanya bersandarkan pada agama, warna kulit, status, bangsa, pandangan politik mahupun cara seseorang itu berpakaian. "Sebaliknya, terletak pada hati seseorang itu dan cara bagaimana sikap individu itu sendiri apabila berdepan dengan orang lain." ![]() Status yang dimuat naik itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengikutnya. Ada yang memuji kecantikan Nadia yang juga merupakan anak kepada pengasas kosmetik terkenal ini. Namun, ada berpandangan aksi Nadia itu agak berani memandangkan dia seorang figura umum dan dikenali ramai yang boleh mencetuskan persepsi negatif orang ramai. - mD |
'Gaduh' sampai atas katil dalam hotel bajet Posted: 25 May 2015 01:01 AM PDT Melaka: "Petang tadi (kelmarin), kami bergaduh, jadi dia menghantar SMS mengatakan mahu berjumpa sebelum saya dibawa ke hotel," kata seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang ditahan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) selepas disyaki berkhalwat dalam Operasi Cegah Maksiat di sekitar daerah Melaka Tengah, semalam. Pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah di Masjid Tanah itu antara 12 individu yang ditahan JAIM dalam operasi di tujuh lokasi membabitkan pesisir Pantai Dataran 1Malaysia, Klebang, premis judi dan lima hotel bajet sekitar Bachang serta Jalan Tun Ali bermula 12 tengah malam hingga 3 pagi, semalam. Remaja itu mendakwa dia sedang berhibur bersama keluarga angkatnya di sebuah pusat karaoke dihubungi teman lelaki berusia 22 tahun yang dikenali sejak April lalu jam 10.30 malam. "Dia (teman lelaki) menghantar SMS merayu untuk berjumpa kerana mahu meminta maaf selepas bergaduh dan dia jemput saya di pusat karaoke sebelum dibawa ke hotel. "Ketika dalam bilik hotel, teman lelaki cuba memujuk saya yang sedang marah, namun kami langsung tidak melakukan perkara yang dilarang agama," katanya. Tindakan pasangan itu mengambil masa lama membuka pintu menimbulkan curiga pegawai dan anggota penguat kuasa JAIM. Pengarah JAIM Ismail Hamad berkata, pihaknya akan menghubungi keluarga remaja itu sebelum mengambil tindakan yang perlu berikutan dia masih di bawah umur. "Hasil maklumat diperoleh remaja bermalam di rumah keluarga angkatnya pada setiap hujung minggu. "Kami akan memanggil keluarga remaja berkenaan ke pejabat JAIM bagi membantu siasatan," katanya. - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/53234#sthash.uSlFgWA5.dpuf |
Maki polis, pelakon kacak popular didenda RM100 Posted: 25 May 2015 12:31 AM PDT Harian Metro hari ini melaporkan yang pelakon Keith Foo telah didenda RM100 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur selepas mengaku salah mengeluarkan perkataan kesat terhadap polis trafik pada bulan Mac 2015 yang lalu. Majistret Nur A'minahtul Mardiah Md Nor menjatuhkan hukuman itu terhadap Keith atau nama sebenarnya Foo Chuan Chin, 32, dan memerintahkan pelakon drama bersiri Ariana Rose itu dipenjara 10 hari sekiranya gagal membayar denda. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mengeluarkan perkataan kesat dan kurang sopan bagi tujuan mengaibkan dan menghina iaitu: 'Kau siapa, kau ingat kau polis besar sangat kah bodoh' terhadap seorang anggota polis trafik. Kesalahan itu dilakukan di Jalan Davis arah bulatan Kampung Pandan, dekat sini pada 4.30 pagi, 15 Mac lalu. Dakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil No 3/55 Pindaan 33/87 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100. (rtky/m) |
Lagi artis kantoi tinggal sebumbung dengan kekasih Posted: 25 May 2015 12:01 AM PDT Kisah cinta artis ini dan kekasihnya bukan rahsia dan apa yang SS dengar pasangan sejoli itu khabarnya dalam proses merancang untuk berkahwin. Apapun, ada cerita kurang enak disampaikan seorang teman mengenai pasangan ini. Katanya, dia pelik dengan corak kehidupan artis itu dan kekasihnya. Katanya, dia yang pernah mendengar perbualan kekasih artis itu dengan seorang anggota keluarga semacam menunjukkan pasangan terbabit tinggal serumah. Bukan mereka tinggal berdua tanpa ikatan tetapi dalam rumah itu turut didiami anggota keluarga lain dalam kalangan adik-beradik artis itu. Kata teman SS, apa yang menyebabkan dia mengesyaki kekasih artis itu tinggal di rumah keluarganya kerana melalui perbualan didengarinya seolah-olah si kekasih tahu apa yang ada pada setiap sudut kediaman artis itu. Contohnya, kalau nak cari garam bekasnya diletak pada palang atas dalam kabinet dapur. Begitu juga, dengan gula atau apa saja barangan yang ada dalam kediaman artis itu. Namun, ini sekadar SS memberi contoh yang menggambarkan betapa kekasih artis itu semacam sudah terbiasa dengan keadaan selok-belok dalam rumah buah hatinya. Apapun, SS tetap mendoakan yang terbaik dalam perhubungan percintaan artis itu dan kekasihnya. Semoga semua dirancang berakhir ke jenjang pelamin kerana sudah lama juga mereka bercinta. - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/53255#sthash.aowZ8rm4.dpuf |
Diperkosa kawan datang menziarah Posted: 24 May 2015 11:01 PM PDT Kuala Lumpur: Seorang wanita yang menderita sakit cekera teranjak mengalami malang berganda apabila dirogol kawan sendiri yang datang ke rumahnya untuk menziarah. Kejadian berlaku di pangsapuri dihuni mangsa di Jalan Sri Hartamas, jam 10 malam Rabu lalu. Mangsa yang mahu dikenali sebagai Lye, 36, berkata sebelum kejadian suspek menghubunginya untuk bertanyakan keadaannya sebelum memberitahu mahu datang ke rumahnya. "Saya mengenalinya sejak dua tahun lalu dan sebelum ini dia tidak pernah menunjukkan sikap mencurigakan," katanya. Menurutnya, suspek yang mempunyai dua anak itu datang ke rumahnya dengan membawa sebotol minuman keras sebelum mengajaknya minum bersama. "Ketika minum, dia tiba-tiba menarik tangan saya. Saya menghubungi pengawal keselamatan namun dia terus menarik saya masuk ke dalam bilik dan merogol saya," katanya. - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/53266#sthash.kbFOiGwM.dpuf |
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |