BERANI MEMBUAT PILIHAN... |
Kerajaan Malaysia tabur janji, tipu pelajar genius macam saya - Adi Putra Posted: 24 May 2015 09:14 PM PDT Adi Putra genius matematik Malaysia yang disisihkan Tokoh Matematik Islam Abad, Adi Putra Abd Ghani yang kini 16 tahun dijanjikan pelbagai perkara oleh kerajaan, segalanya hanya tinggal janji. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 24 Mei, 2015. Genius Matematik, Adi Putra Abd Ghani, bukan nama baru yang perlu diperkenalkan, malah beberapa tahun lepas, beliau menggemparkan negara dengan kehandalan dan kepantasan melakukan kerja pengiraan matematik. Kini pada usia 16 tahun, Adi masih meneruskan minatnya dalam ilmu matematik dan turut mencurahkan ilmunya di dalam dan luar negara, tetapi perlu berdikari, kerana kini dipinggir dan segala janji yang pernah ditabur kerajaan tidak ditepati. Remaja yang pernah dinobatkan sebagai Tokoh Matematik Islam Abad ini oleh Universiti Riau, Indonesia pada 2009 setakat ini menghasilkan 235 formula matematik dan membukukan 12 formula tersebut dalam sebuah bukunya berjudul Seni Matematik Islam. Malangnya, buku yang menjadi rujukan pelajar di peringkat rendah dan menengah di Brunei Darussalam itu, tidak mendapat pengiktirafan di Malaysia walaupun ternyata memberi alternatif untuk memudahkan pelajar. "Saya lancarkan buku itu di Pesta Buku Antarabangsa pada November 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra. Selepas pelancaran, saya mula guna buku itu mengajar di Brunei. "Kerajaan Brunei ambil buku itu sebagai rujukan untuk sekolah rendah dan menengah," katanya ketika ditemui The Malaysian Insider di kediamannya di Tanjung Malim, Perak. "Saya kecewa juga, sebab kalau boleh, kita hendak kongsi ilmu kita dengan anak bangsa, negara kita. Itu yang kita utamakan dulu. "Yang jadi masalah, apabila keputusan daripada 'orang di atas'," dakwanya. "Bila saya mengajar di sekolah, untuk program motivasi, saya guna buku itu. Maklum balas dari guru dan murid memang bagus. "Murid dan guru dapat belajar, menjadikan mereka suka dengan Matematik," katanya. Adi yang sering diundang untuk menyampaikan kuliah matematik, menyingkap kembali zaman kanak-kanaknya yang dirasakannya seperti dijadikan tikus makmal oleh program pembangunan pendidikan . Katanya, walaupun banyak janji yang ditabur kerajaan untuk membangunkan program genius kanak-kanak suatu masa dahulu, namun ia sekadar janji tinggal janji. "Saya seperti tikus makmal jadi bahan uji kaji. Itu apa yang saya rasa terjadi masa itu, sebab saya dijanji untuk membuat modul kanak-kanak genius. "Ketika itu saya 6 tahun. Pagi saya di Sekolah Islam Antarabangsa, masa Sains, saya masuk darjah 5, Matematik, saya masuk darjah 6, Bahasa Inggeris, saya masuk darjah 3. Ia berlangsung lebih setahun. "Tengahari masa pelajar lain rehat, saya kena pergi ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) untuk belajar A Level. Belajar 5 subjek – Fizik, Kimia, Biologi, Matematik, Matematik Tambahan," katanya. Bagaimanapun, kata Adi, beliau berhenti sekolah separuh jalan bagi menumpukan sepenuhnya kepada pengajian A Level di UIAM. Tetapi yang menghairankannya, walaupun tamat pengajian, beliau mendakwa tidak dianugerahkan sijil oleh universiti berkenaan. Terkilan kerana sehingga kini masih dipandang sepi kerajaan, remaja yang berazam untuk mencipta satelit ini tidak lagi mahu mengenang janji yang ditabur kerajaan sewaktu zaman awal kanak-kanaknya. Katanya, menjadi harapannya agar sarjana mahu pun profesor yang arif dalam matematik dapat mengesahkan dan mengiktiraf kesemua 235 formula matematiknya. "Banyak sejarah saya dengan kerajaan. Saya pun sudah malas. Terlalu banyak saya dijanji," katanya kepada The Malaysian Insider. "Banyak sangat kejadian saya dengan kerajaan sampai saya sudah serik. Sebab itu saya sudah tidak kenal apa-apa, tidak suka cakap pasal politik, tidak sentuh pasal kerajaan. Saya sudah lalui semua itu. "Saya mahu ahli falsafah dokumenkan dan sahkan formula saya. Formula saya dari ilham, dan ada yang dari zaman dahulu, seperti Al-Khawarizmi," katanya merujuk tokoh Islam keturunan Parsi yang menguasai bidang matematik, geografi dan astronomi dan turut dikenali sebagai bapa algebra. Luka lama yang masih disimpan anak muda ini apabila ubat yang cuba dikomersialkannya pada 2010, iaitu Penawar Stress dan Produk Minda, didakwa mengandungi bahan terlarang, steroid. Katanya, segala dakwaan pihak berkenaan tidak benar kerana ubat berkenaan sudah diuji di makmal Universiti Teknologi Malaysia. "Beberapa kali sebelum itu saya cuba minta pengesahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), tetapi tidak pernah dapat. "Selepas Adi jumpa KKM, mereka gugurkan tuduhan steroid, tetapi mendakwa ia tiada pengesahan KKM. "Tidak sampai seminggu selepas itu, mereka beri saya pengesahan KKM. Ubat itu masih dijual, tetapi lepas kejadian itu, semuanya jatuh," katanya. Adi berkata, sudah tiba masanya Putrajaya membangunkan modul kanak-kanak genius di Malaysia bagi mengelak banyak tenaga pakar terus lari meninggalkan Malaysia. Katanya, kehebatan orang Melayu dapat dilihat di negara asing yang bekerja di syarikat besar malah menuntut di universiti terkemuka dunia. Katanya, kehebatan orang Melayu dapat dilihat di negara asing, di kalangan mereka yang bekerja di syarikat besar, malah menuntut di universiti terkemuka dunia. "Orang Melayu kita bukan calang-calang. Di Nasa (Pusat Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat), ramai orang Melayu. "Universiti terkemuka dunia sekali pun, ramai pensyarah kita, pelajar kita. Masalahnya, mengapa kita jumpa mereka di luar?" soalnya, jelas kecewa dengan keadaan itu. "Kita perlu ada satu modul untuk cerdik pandai di Malaysia. Bukan sedikit, tetapi ramai. Semua ada kelebihan masing-masing. "Orang luar menghargai. Mereka nampak kebolehan orang Melayu yang hebat-hebat. Mereka yang hebat ditawarkan duduk di luar dengan gaji US dolar. Diberikan dana dan segala-galanya," katanya. Adi mendakwa, disebabkan itu, warga Malaysia yang cemerlang terus berada di luar negara dan hanya mereka di gred kedua dan ketiga berhajat pulang ke Malaysia. "Kita tiada lagi pakar di Malaysia. Kalau kita teruskan, sampai bila pun kita tidak dapat kumpulkan satu kumpulan pakar, terutamanya dalam Sains dan Matematik. "Wang bukan salah satu sebab mereka tidak balik. Ramai yang belajar di luar tetapi masih ada semangat perjuangan orang Melayu. (Tetapi) Mengapa mereka nak balik ke satu tempat yang mereka tidak dihargai pun?" soalnya. – 24 Mei, 2015. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/adi-putra-genius-matematik-malaysia-yang-disisihkan#sthash.qqRRTF9A.dpuf |
Ketagihan seks melampau punca lelaki ini melancap di tempat awam di PJ Posted: 24 May 2015 05:17 AM PDT KUALA LUMPUR : Ketagihan seks melampau dipercayai punca seorang lelaki sekitar 20an bertindak melaku kelucahan melampau dengan beronani berdekatan dengan seorang pelajar wanita di sebuah tempat awam di SS15, Subang Jaya pada Selasa lalu. Pakar psikologi Universiti Malaya (UM) Prof Madya Dr Mariani Mohd Nor berkata walaupun beronani adalah salah satu keperluan naluri manusia namun tindakan pelaku melakukannya di tempat awam adalah satu kelakuan yang tidak senonoh. "Onani adalah satu perbuatan yang biasa. Namun apa yang dilakukan oleh lelaki ini adalah disebabkan ketagihan seksnya melampau. "Dia tidak lagi boleh menahan perasaannya lagi kerana dia berasa terlalu terangsang dan itu menyebabkan dia tidak malu untuk melakukannya di tempat awam. Dia rasa dia terpaksa melakukannya," jelas beliau ketika dihubungi Astro AWANI pada petang Ahad. Mariani juga berkata berkemungkinan lelaki ini membayangkan melakukan hubungan bersama mangsa secara kerap sehingga tidak boleh lagi mengawal nafsunya. "Dia membayangkan dia melakukan seks bersama perempuan ini sehingga mahu melakukannya. Jadi apabila terjumpa dengan wanita ini, dia terus melakukan perbuatan ini kerana dia tidak boleh menahan nafsunya lagi. "Perkara ini tidak semestinya berlaku kepada wanita yang berpakaian seksi sahaja. Selagi dia mempunyai angan-angan melampau, dia tetap akan melakukan perbuatan itu kepada mana-mana wanita," jelas Mariani. Ketika ditanya sekiranya lelaki ini mempunyai masalah mental berikutan kelakuan tidak senonoh ini, Mariani menafikannya. "Kalau kita kata dia sakit mental, ianya lebih kepada satu penyakit yang menjejaskan rutin hariannya dan dikatakan tidak boleh mengambil keputusan dalam keadaan sedar. "Kalau kita lihat kes lelaki yang membuat perkara ini berdekatan dengan wanita ini, dia membuat keputusan itu berdasarkan nafsu seks yang melampau. "Orang biasa melakukannya di tempat tertutup dan dia melakukannya di tempat lebih terbuka kerana kehendak nafsunya mendorongnya ke arah perbuatan itu," tambah beliau. Beliau merujuk kepada laporan yang disiarkan oleh sebuah laman berita sosial Says.My yang melaporkan pelajar terbabit yang dikenali sebagai Beverlley A. Lim, 21 memuat satu status di Facebooknya yang mengatakan dia mengalami gangguan seksual daripada seorang lelaki, ketika dalam perjalanan pulang untuk ke apartmentnya yang terletak di sekitar Subang Jaya. Beverlley yang juga seorang penuntut universiti swasta di sekitar SS15 itu berkata dia pada ketika itu baru sahaja menghadiri kelas Bahasa Jepun dan sedang berjalan ke tempat letak keretanya yang terletak kira-kira 100 meter dari pusat pengajiannya. "Saya perasan ada seorang lelaki memakai sebuah topi dengan t-shirt merah dan seluar pendek berdiri berdekatan dengan sebuah kereta yang tidak jauh dari kereta saya. "Dia kelihatan sangat meragukan dan hati saya terdetik pada ketika itu untuk kembali semula ke kampus sehingga dia pergi dari tempat letak kereta itu. "Namun entah sebab apa, saya mengabaikan suara hati saya itu dan saya kira lebih selamat sekiranya saya terus masuk ke kereta dan terus memecut kerana saya fikir pusat pengajian saya itu sudah tutup ketika itu," kata Beverlley di status Facebooknya yang kini dikongsi sebanyak 259 kali ketika ini. Beverlley kemudiannya masuk ke dalam kereta secara senyap-senyap dimana dia menyangka perbuatannya tidak disedari lelaki itu. "Saya memasuki kereta dengan pantas dan terus mengunci pintu. Kemudian saya nampak dia pergi ke tempat lain. Saya menyangka dia sudah tiada. Saya kemudiannya terus menghantar pesanan teks walaupun sepatutnya saya sepatutnya memandu kereta dan beredar dari tempat itu. "Tiba-tiba saya sedar ada seseorang sedang berdiri di sisi tingkap kereta saya. Apabila saya lihat, saya nampak lelaki itu dan hati saya seperti terhenti seketika," tambahnya dalam status Facebook yang sama. Lelaki itu kemudiannya didakwa melakukan onani di luar kereta Beverlley. Terkejut dan dibelenggu pelbagai emosi pada detik yang sama, badan Beverlley menggeletar tanpa disedari. Beverlley bagaimanapun memaksa dirinya untuk beredar dari situ. Tangannya yang masih menggigil itu kemudiannya menekan hon keretanya beberapa kali untuk meraih perhatian. Dia sedaya upaya memecut keretanya dari tempat itu sebelum berhenti di sebuah pondok pengawal keselamatan sambilmenangis ketakutan. Setelah beberapa hari kejadian itu berlaku, portal Says.My semalam melaporkan Beverlley mengambil keputusan untuk melaporkannya kejadian itu kepada pihak polis. |
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |