Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Dialog Dewasa Kritik Berasa

$
0
0

Dialog Dewasa Kritik Berasa


TABUNG HAJI: DUIT DEPOSIT SELAMAT... HANYA PENCACAI YANG TAK SELAMAT

Posted: 19 May 2015 08:28 PM PDT



KUALA LUMPUR 19 Mei - Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) memberi jaminan wang pendeposit yang disimpan di dalam entiti tersebut dijamin sepenuhnya oleh kerajaan, walau apa jua kemungkinan terburuk berlaku ke atas dana haji tersebut.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Ismee Ismail yang sedikit kurang senang dengan tuduhan wang pendeposit telah diambil untuk melabur berkata, jaminan itu termaktub di dalam Akta Tabung Haji 1995.

Beliau berkata, pelbagai tuduhan yang dilemparkan terhadap Tabung Haji memberi kesan kepada kakitangan yang selama ini bertungkus-lumus untuk menghasilkan bonus kepada pendeposit dan menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada jemaah haji.

"Tidak perlu timbul isu bahawa wang pendeposit akan hilang, jaminan kerajaan itu akan melindungi berapa sahaja jumlah wang semasa yang dimiliki setiap pendeposit. Untuk lebih kepastian, pendeposit sendiri boleh pergi ke mana-mana cawangan Tabung Haji untuk menyemak baki simpanan mereka.

"Malah, mereka boleh menye­mak baki simpanan mereka melalui mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di Bank Islam, Bank Rakyat atau Maybank," katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.

Beliau mengulas kerisauan yang timbul dalam kalangan pendeposit Tabung Haji ekoran sentimen yang dimainkan oleh beberapa pihak bahawa wang simpanan mereka telah hilang untuk membiayai transaksi pembelian hartanah di Tun Razak Exchange (TRX) di Jalan Tun Razak di sini.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Tan Sri Ismee Ismail

Ismee berkata, Tabung Haji sendiri akan melaksanakan pelbagai program untuk mendekati orang ramai bagi memberi penjelasan lanjut dan memperbetulkan isu-isu berbangkit berkaitan dana haji itu.

Sejak 1 Januari 2006, simpanan pendeposit di Tabung Haji telah me­ningkat daripada RM13.3 bilion kepada RM57 bilion sehingga kini. Peningkatan sebanyak RM43 bi­lion dengan RM15 bilion daripada­nya disumbang oleh keuntungan pelaburan dan perniagaan yang disertai oleh Tabung Haji.

Ismee dalam hal ini berkata, keuntungan daripada pelaburan itulah yang membantu Tabung Haji memberi subsidi kepada jemaah Haji dalam jumlah yang besar setiap tahun sedangkan kadar bayaran mengerjakan ibadah itu tidak dinaikkan sejak 2009.

Secara purata, Tabung Haji menanggung subsidi sebanyak RM7,290 untuk setiap seorang jemaah haji bagi membiayai pelbagai keperluan, sedangkan jemaah hanya perlu membayar RM9,980 seorang untuk mengerjakan ibadah haji pada tahun ini, jelas beliau.

Sehubungan itu, beliau menekankan bahawa dalam meringankan kos bakal jemaah haji, Tabung Haji perlu terlibat di dalam aktiviti-aktiviti perniagaan yang berlandaskan syariah dalam meneruskan pemberian bonus serta terus menanggung subsidi kepada jemaah haji.


Kami punya komen...

Mahukah puak macai dan pencacai percaya pada kenyataan rasmi ini. kalau masih tak percaya bagus kiranya dikeluarkan semua duit simpanan Tabung Haji mereka.

Yang nama dah naik nak pergi haji tahun ini atau tahun depan kalau masih rasa tak selamat simpan di Tabung Haji kononnya duit akan lesap di baham 1MDB dipersilakan keluarkan semua wang simpanan mereka.


Senang sikit bakal jemaah yang sedang tunggu giliran di bawah ambil tempat tuan-tuan dan puan-puan.  

Bila duit yang dikeluarkan itu nanti bolehlah dilaburkan dalam saham akhirat mana-mana syarikat yang menawarkan ganjaran syurga kepada pelabur disamping dividen 10% minima - Tabung Haji hanya mampu bagi 8.25% jer.


Tuan-tuan dan Puan-puan yang yang ingin melabur dalam projek kambing Jamnapari, keli Afrika atau burung unta pun boleh laburkan wang Tabung Haji tersebut. 

Sambil-sambil tunggu hasil dapat juga membelai kambing-kambing tersebut atau naik belakang burung unta. Jangan risau kalau rugi kita kena redho kerana ganjaran syurga itu lebih besar buat mereka yang redho.

Tak perlulah jemaah fikir pasal TRX tu...semuanya itu nikmat dunia yang akan fana. Jika tak yakin dengan pelaburan 1MDB yang meningkatkan keuntungan buat negara, maka elok keluarkan semua duit simpanan itu. 

Lagi pun Tabung Haji ada aset RM57 bilion tak luak pun jika ada yang keluarkan deposit mereka.

Kita masih boleh pergi haji naik unta-unta kurus atau naik kapal laut. Jalan kaki pun boleh sampai juga. Sedangkan pelarian Rohingya pun boleh redah laut sampai kat Malaysia dan Arab Saudi inikan pula kita...malulah sikit mereka yang lagi susah.     


Jadi teruskanlah dengan kempen keluarkan deposit Tabung Haji jika masih tak yakin dengan ketelusan dan kebenaran GLC itu. 

Kita tak perlu fikir pasal keuntungan dunia yang la'gha tapi fikirkan kepuasan hati kita mengajar Tabung Haji supaya jangan sentuh langsung wang rakyat kerana ia milik bersama semua rakyat Malaysia tanpa kira agama. 

Saksikan paparan paling bangang di dunia...hanya dilakukan oleh puak pembangang...



Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>