PEJUANG BANGSA |
- DISKRIMINASI PEMILIKAN RUMAH MAMPU MILIK P.PINANG TERUS DIBIDAS @dzainalabidin @RRafizal
- AZMIN ALI KANTOI BILA FITNAH ISU PINJAMAN TEKUN SALAH FAKTA @IsmailSabri60
- MAHATHIR KEMBALI GUNA ACUAN PROPAGANDA PROGRAM SEMARAK
- PANDIKAR MALUKAN TUN M ATAU DIA SENDIRI YANG BERBOHONG ?
- RAFIZI PALING KECEWA PESAWAT BARU KERAJAAN DINAIKI YDP AGONG BUKAN PM
- PAS LEBIH EKSTREMIS JIKA GENG LIBERAL KALAH DI MUKTAMAR
- NAJIB JAWAB ISU & TUDUHAN TERHADAPNYA & KERAJAAN @NajibRazak
DISKRIMINASI PEMILIKAN RUMAH MAMPU MILIK P.PINANG TERUS DIBIDAS @dzainalabidin @RRafizal Posted: 18 May 2015 10:10 AM PDT Isu pemilikan rumah mampu milik di P.Pinang terus hangat dibahaskan di media sosial selepas surat daripada pejabat SUK diketahui umum . Ia turut diulaskan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO P.Pinang Datuk Seri Zainal Abidin Osman di twitter beliau yang membidas kerajaan DAP tidak meluluskan 9500 unit rumah yang hendak dibina agensi kerajaan Pusat di negeri . Sebaliknya pemaju swasta amat jarang sekali menjual sekali rumah mampu milik kepada bumiputra berdasarkan kepada surat ini di mana seorang pemohon Melayu dan selebihnya adalah kaum Cina . |
AZMIN ALI KANTOI BILA FITNAH ISU PINJAMAN TEKUN SALAH FAKTA @IsmailSabri60 Posted: 18 May 2015 09:34 AM PDT Fitnah pembangkang mengaitkan kerajaan dengan ketirisan sekali lagi tidak menjadi apabila Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali dibidas ekoran memberikan fakta salah mengenai tabung bantuan Tekun. Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, dakwaan Azmin menuduh kerajaan bersikap tidak adil dalam pembahagian pinjaman Tekun kepada masyarakat orang asli adalah salah sama sekali. "Statistik yang disebut YB Gombak (Azmin) hanyalah bagi tiga kawasan sahaja. Tapi statistik bagi kawasan lain YB Gombak tak sebut. "Kenapa pilih-pilih begitu? Ini adalah tidak benar,"kata Tajuddin menjawab soalan Azmin. Menurut Azmin, Barisan Nasional (BN) hanya memberikan bantuan Tekun kepada 48 warga orang asli yang kesemuanya dianugerahkan sewaktu pilihan raya merangkumi 11 di Parlimen Teluk Intan, 10 di Bera dan 27 di Rompin. Tajuddin merangkap Ahli Parlimen Pasir Salak berkata, jumlah penerima Tekun jauh lebih besar daripada statistik yang disebut Azmin. "Saya nak sebut di sini, jumlahnya (penerima Tekun) adalah 228 orang. YB sebut berapa orang? Baki yang banyak ni YB tak sebut," katanya. Jelas beliau, dakwaan pemberian pinjaman sewaktu pilihan raya juga tidak berasas kerana bantuan tersebut telah diberikan lama sebelum itu lagi. "Ini semua telah diberikan lama dahulu. Tak ada semasa pilihan raya kecil. Tuduhan ini tidak betul," tegasnya. |
MAHATHIR KEMBALI GUNA ACUAN PROPAGANDA PROGRAM SEMARAK Posted: 18 May 2015 06:00 AM PDT 1.1987, ketika tingkatan 3 kami diarah balik ke rumah kerana asrama tempat kami menginap akan digunakan untuk program SEMARAK. Khabarnya Perdana Menteri, Dr Mahathir akan datang ke Sungai Besar. 2. Di Padang Tonggak 10, ramai sungguh manusia, diatas pentas kelihatan Tan Sri Mat Taib - MB, Mat Rahmat, Sanusi Junid. Inilah kali pertama saya melihat pemimpin secara live. Tugas saya pada ketika itu ialah mengedarkan makanan kepada hadir di 2 lokasi, Parit 2 Barat dan Tonggak 10. Upahnya sekadar RM5. Cukuplah makan soto Komari dan cendol Karim. 3. Lagu Setia pun berkumandang dan ia menjadi siulan kami di sekolah dan kanak-kanak turut sama menyanyikannya. Pada ketika itu saya tidak tahu apa tujuan himpunan seramai itu cuma soksek politik ialah Mahathir mahukan sokongan rakyat kerana ada krisis dengan Sultan. 4. Saya membesar dengan Mahathir menjadi PM dan seingat saya hubungan sentiasa tegang dengan Tunku Abdul Rahman. 1986, TPM, Musa Hitam meletakkan jawatan. 5.Apabila saya melanjutkan pengajian peringkat PhD dalam sains politik, mengkhusus kajian propaganda. Memahami peranan Goebbels, Menteri Propaganda zaman Hitler. Menyemak pula peranan Tok Mat ketika Tun Mahathir berhadapan krisis Sultan. Rupanya itulah propaganda. 6. Pada ketika ini, ketika saya dewasa Tun Mahathir road tour sekali lagi mengumpulkan orang dan saya mulai faham tujuannya. YB Budiman Zohdi *** |
PANDIKAR MALUKAN TUN M ATAU DIA SENDIRI YANG BERBOHONG ? Posted: 18 May 2015 05:17 AM PDT Siapa sebenarnya yang berbohong ?? Pandikar Amin atau Tun M yang baru pulang dari umrah ? Penyokong tegarnya mesti mengatakan Tun M tak bohonf Isu ini timbul selepas Tun M yang dedahkan Speaker Dewan Rakyat sudah berhenti di Ipoh minggu lepas . Sekarang ini bila dituduh bohong , dia menambah cerita Spekear tak puas hati dengan layanan Parlimen terhadapnya . Macam-macam la cerita dibawa Tun M dan kini kita dapat lihat apa dicakapnya bukan semua betul. "Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah memalukan saya dengan berkata dia tidak letak jawatan." Ini kenyataan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed yang menjelaskan Pandikar ada datang berjumpa dengannya walaupun tidak diminta berbuat demikian. "Dia ceritakan tentang perasan tidak puas hati dengan Datuk Seri Najib (Abdul Razak). Dan dia kata dia nak letak jawatan. "Bahkan dia kata dia sudah tidak jadi speaker dah. Itu yang dia cerita kepada saya. "Dia ceritalah sikit perasan tidak puas hati dengan layanan Parlimen terhadap dia sebagai speaker. "Lepas itu dia tanya saya apa perlu saya buat. Saya kata kalau dia nakresign resignlah. Saya percaya dia cakap sudah bagi surat kepada Najib kata dia nakresign," katanya di pelancaran buku 'Dr Mahathir's selected letters to world leaders' di Perdana Leadership, di sini, hari ini. Dr Mahathir berkata beliau cuma mengulangi apa yang Pandikar cakap kepadanya. "Dia kata seperti saya ini bohong. Ini tak payahlah. Malulah saya," katanya. |
RAFIZI PALING KECEWA PESAWAT BARU KERAJAAN DINAIKI YDP AGONG BUKAN PM Posted: 17 May 2015 11:16 PM PDT Gambar Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menaiki pesawat rasmi kerajaan sudah menjadi kebiasaan. Namun lain sikit halnya dengan gambar pada hari Ahad ini bilamana Seri Paduka menaiki pesawat Eksekutif Airbus Corporate Jet (ACJ 320) yang baharu diperoleh kerajaan. Ia adalah penerbangan rasmi pertama pesawat itu yang tiba pada 6 Mei lalu. Pesawat berkenaan berlepas tepat jam 10 pagi membawa Yang di-Pertuan Agong dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, di Alor Star untuk ke Pulau Langkawi. Menariknya gambar ini mungkin ia boleh menghilangkan rasa stress pada Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli dan rakan-rakannya yang begitu berminat memantau segala hal tentang pesawat baru itu. Ini gara-gara propoganda mereka untuk mengambarkan bagaimana kerajaan boros berbelanja untuk menyediakan sebuah pesawat baru untuk kegunaan Perdana Menteri. Tidak cukup setakat itu malah ada portal berita yang sewaktu dengan mereka berfungsi sebagai spy leman memantau setiap pergerakan pesawat dimana ia berlepas,dimana ia mendarat segala macam. Ingat tidak,pada 17 Mac lalu Rafizi ada meminta Jabatan Perdana Menteri (JPM) tidak mengheret Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bagi 'menghalalkan' pembelian pesawat itu. Satu kenyataan JPM yang dikeluarkan sempena penerbangan pertama ACJ 320 secara jelas memberitahu siapa yang layak mengunakan pesawat itu. Katanya pesawat khas kerajaan diperuntukkan untuk kegunaan Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Bagaimanapun tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan, pesawat berkenaan juga boleh diluluskan untuk kegunaan Sultan, Yang Dipertua Negeri, menteri dan timbalan menteri, tetamu kerajaan persekutuan dari negara asing, pegawai kanan kerajaan serta orang kenamaan. Menurut JPM perolehan pesawat ACJ 320 itu bagi menggantikan Boeing Business Jet (BBJ) yang berusia 16 tahun dan kini dalam proses pelupusan. Keputusan menggantikan BBJ dibuat pada tahun 2013 memandangkan kos penyelenggaraannya semakin meningkat berikutan faktor usia dan risiko keselamatan. Pesawat ACJ 320 itu tiba di Kuala Lumpur pada 6 Mei lalu, setelah berlepas dari Hamburg, Jerman dan berhenti di Almaty, Kazakhstan selama sejam bagi mengisi bahan bakar. JPM berkata pesawat itu membawa sembilan anak kapal dan dua pegawai kanan JPM yang ditugaskan bagi memastikan pesawat yang diterima berada dalam keadaan baik dan menepati spesifikasi perjanjian pembelian. Menurut kenyataan itu, laluan Hamburg-Almaty- Subang dicadangkan sebagai laluan berdasarkan keadaan cuaca pada masa itu. "Penerbangan itu juga menggunakan ruang udara China berdasarkan keadaan angin dan ketinggian awan, berbanding ruang udara Afghanistan," kata JPM. Selain pesawat Eksekutif ACJ 320 itu, tiga lagi pesawat Eksekutif Kerajaan ialah ACJ 319 yang diperoleh pada 2007, manakala dua lagi pesawat bersaiz lebih kecil iaitu Falcon pada 1989 dan Global Express pada 2001. Sementara itu di laman blognya www.najibrazak.com,Perdana Menteri yang jawab beberapa isu turut menyentuh dakwaan mengenai pembelian jet berkenaan. Najib menjelaskan sudha menjadi praktik biasa di seluruh dunia kebanyakan pemimpin mengunakan pesawat rasmi ,bukan untuk kemewahan,tetapi untuk keberkesanan dalam menjalankan tugas. Beliau berharap rakyat tidak termakan propoganda pembangkang yang dakwa kerajaan buang duit keatas jet baru ini. Katanya apa yang mereka tidak jelaskan ialah jet baru ini dibeli untuk mengantikan sebuah jet yang berusia 16 tahun yang boleh menimbulkan risiko dari keselamatan. Lebih-lebih lagi,katanya jet ini digunakan oleh Yang Dipertuan Agong. Perdana Menteri berkata kos menyelanggara sebuah pesawat lama adalah tinggi. Menurut beliau wang yang diperolehi oleh kerajaan dari penjualannya mengurangkan kos untuk membayar pesawat baru. Maka katanya tidak patut timbul soal samaada sebuah negara itu harus memiliki jet rasmi. Mengenai hiasan dalaman jet itu ia dibentuk agar mesyuarat dapat diadakan diatasnya dan tugas negara dapat diteruskan sewaktu dalam penerbangan.- 17/5/2015 |
PAS LEBIH EKSTREMIS JIKA GENG LIBERAL KALAH DI MUKTAMAR Posted: 17 May 2015 07:27 PM PDT |
NAJIB JAWAB ISU & TUDUHAN TERHADAPNYA & KERAJAAN @NajibRazak Posted: 17 May 2015 05:00 PM PDT Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menjawab tuduhan dan dakwaan yang dilemparkan terhadap beliau dan kerajaan, termasuk mengenai kes Altantuya. Najib, dalam catatan terbaharunya di Twitter dan blog NajibRazak.com, berkata: "Saya telah meluangkan masa untuk melihat pelbagai soalan dan isu yang dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu, dan telah menulis pendapat saya mengenainya." 1. Tuduhan mengenai isu Altantuya. a. Kes ini telah disiasat, dibicarakan dan diputuskan di Mahkamah Persekutuan. Ia adalah kes sembilan tahun yang tanpa pengakhirannya kerana ia terus "dikitar semula" oleh Pembangkang. Memandangkan ia adalah kes mahkamah yang berpanjangan, pihak yang membuat rayuan mempunyai masa yang mencukupi untuk memberi keterangan dan menceritakan segala-galanya kepada mahkamah. Jadi, mengapa kita perlu mendengar kepada individu-individu yang telah memberi keterangan dan didapati bersalah terhadap jenayah itu? c. Apa yang penting ialah penghakiman itu telah membawa keadilan kepada semua orang, yang paling penting buat keluarga mangsa, kepada tertuduh dan juga kepada saya. d. Saya telah banyak kali menyatakan bahawa saya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan isu ini, malah saya telah pun melafazkan sumpah Al-Quran di sebuah Masjid. e. Rakyat perlu mengambil kira bahawa dalam politik, banyak isu yang terus dimainkan, dan ini adalah satu daripadanya. Ia menjadi panas ketika saya merupakan bakal perdana menteri dan pembangkang memerlukan cara untuk menghalang saya daripada menyandang jawatan itu. Oleh kerana kedua-dua pengawal peribadi itu pernah bekerja untuk saya, dan Razak Baginda adalah rakan dan sekutu, mereka cuba untuk mengaitkan perkara itu dengan saya. Razak Baginda telah secara terbuka mengakui perhubungannya dengan Altantuya tetapi saya sama sekali tidak tahu mengenainya. Pakatan dan media mereka telah secara tidak bertanggungjawab cuba untuk memainkan perang saraf ini dengan cuba mengaitkan saya dan mempengaruhi persepsi. Malah, mereka sanggup melakukan teknik tindanan terhadap gambar saya makan malam dengan mangsa di sebuah restoran. Dalam era media sosial kini, perkara-perkara ini mudah menjadi viral tanpa kawalan, termasuk gambar yang ditindan itu. f. Tun Abdullah Ahmad Badawi, bekas perdana menteri, telah menerima laporan siasatan penuh daripada pihak polis dan secara peribadi telah mengesahkan bahawa saya tidak terlibat. g. Berikutan perkembangan di atas, adalah tidak adil untuk memaksa saya menyiasat kes ini lagi dan mendesak untuk tahu siapa, jika ada sesiapa, yang mengarahkan pembunuhan itu. Saya tidak terlibat dan tidak tahu apa-apa. Mahkamah telah memutuskan siapa yang bersalah bagi pembunuhan itu. Itu sepatutnya menjadi pengakhiran cerita ini. h. Saya merasa terganggu kerana isu ini dibangkitkan sekali lagi. Kita semua tahu bahawa jika pemimpin-pemimpin veteran berkeras membangkitkannya, walaupun secara sepintas lalu, ia secara automatik akan menyebabkan isu ini dibangkitkan sekali lagi. i. Individu-individu berpengaruh berkenaan mempunyai banyak sumber. Apabila isu ini meletus, saya percaya mereka masih dapat mengesahkan kesahihan tuduhan itu. Jika mereka percaya ini benar, mengapa mereka tidak membangkitkannya ketika isu itu tercetus 8 tahun lepas? Mengapa sekarang? Ada yang berkata bahawa mereka hanya mempersoalkan isu ini sekarang kerana ia telah bertukar menjadi suatu perkara berkaitan hidup dan mati orang yang telah disabitkan kesalahan itu. Tetapi kes ini telah dibicarakan di mahkamah, dengan keputusan yang jelas dan hukuman yang dikenakan. Adakah mereka mempertikaikan sistem kehakiman yang diwujudkan mereka? j. Walaupun perbincangan dan pertimbangan secara panjang lebar oleh mahkamah, masa yang mencukupi telah diberikan kepada pihak yang merayu supaya kes mereka didengar dan diadili, Sumpah Laknat saya (Bersumpah Al-Quran), penafian yang saya lakukan berulang kali, penjelasan umum oleh Razak Baginda, sesetengah orang terus mempersoalkan isu ini dan terus cuba untuk membabitkan saya. 2. Dakwaan bahawa media antarabangsa melabelkan Malaysia sebagai 'Negara Paling Banyak Mengamalkan Rasuah'. a.Saya sedar tentang komen itu. Bagaimanapun, tajuk itu diambil daripada kaji selidik berdasarkan persepsi. Kebanyakan kita lebih bergantung kepada ukuran empirikal yang digunakan kumpulan bebas yang boleh dipercayai. Satu daripada contohnya ialah Indeks Transparency International. Mengikut indeks itu, Malaysia kini menduduki tempat ke-50 daripada 175 negara, meningkat tiga takat daripada tahun sebelumnya. Sekiranya negara kita adalah yang paling kuat banyak mengamalkan rasuah, mengapa kedudukan kita begitu jauh daripada nombor 175? b. Saya sukar memahami mengapa seseoerang yang sebelum ini selalu mengkritik media antarabangsa sebagai bersikap berat sebelah, tiba-tiba kini mempercayai dan menerima hujah mereka sebagai sesuatu yang benar. c. Ingatkan pemimpin veteran ini pernah menyifatkan media barat sebagai 'berat sebelah' apabila ia menerangkan tentang pentadbiran mereka. Jadi, apabila media barat mengkritik pentadbiran itu, mereka dianggap berat sebelah, tetapi apabila mereka mengkritik pentadbiran saya, mereka tidak pula bersifat begitu? Nampaknya di sini, ada berat sebelah. d. Baru-baru ini, Transparency International mengulangi bahawa amalan rasuah di Malaysia adalah terkawal dan peningkatan pelaburan asing di negara ini menjadi buktinya. Indeks Kebebasan Ekonomi 2015 meletakkan Malaysia di tempat ke-31 sebagai ekonomi paling bebas daripada kalangan 178 negara, dengan mendapat 70.8 markah. Ini merupakan peningkatan 1.2 mata sejak tahun lepas, dengan adanya penambahbaikan dari segi kebebasan daripada rasuah, kebebasan berniaga dan kebebasan perdagangan mengatasi penurunan dari segi kebebasan tenaga kerja serta pengurusan perbelanjaan kerajaan. e. Bloomberg meletakkan kita di tempat kelima sebagai pasaran sedang muncul yang mempunyai masa depan paling cerah pada 2015 dan merupakan satu-satunya negara anggota ASEAN yang menduduki senarai 10 teratasnya. f. Bank Dunia menaikkan kedudukan kita daripada nombor 20 pada 2014 kepada nombor 18 pada 2015 dalam indeks 'Ease of Doing Business' mereka. g. Bagaimana kita boleh memperbaiki kedudukan dalam ranking dunia yang cukup berdaya saing itu sekiranya kita dikatakan begitu banyak mengamalkan rasuah seperti yang didakwa pihak tertentu? h. Isu yang ditimbulkan dalam Laporan Ketua Audit Negara memang perlu ditangani dan diselesaikan. Tetapi, apa yang penting di sini ialah kita mencatat kemajuan. Pada 2013, terdapat 418 perkara yang diketengahkan, tetapi pada 2014, jumlahnya menurun kepada 319. Kita berharap dapat terus mengurangkannya lagi pada tahun-tahun akan datang. 3. Tuduhan bahawa BR1M adalah Rasuah a. BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) adalah satu jaringan keselamatan social yang disyorkan oleh Jawatankuasa Fiskal Negara, yang terdiri daripada pegawai-pegawai dari Unit Perancang Ekonomi (EPU), Bank Negara dan Kementerian Kewangan. Mereka kebanyakannya adalah pakar ekonomi, bukannya ahli politik. Jaringan keselamatan sosial sedemikian sedang dilaksanakan di banyak negara-negara lain. Sesetengah negara menggelarnya sebagai "manfaat pengangguran" yang menyasarkan kepada mereka yang menganggur. Bagaimanapun, BR1M menyasarkan mereka yang berpendapatan rendah. Kedua-duanya, pada dasarnya, adalah satu bentuk elaun keselamatan sosial kerana ia menyasarkan kumpulan rentan. b. Kita berhasrat untuk merasionalisasikan subsidi menyeluruh semasa kepada subsidi yang menyasarkan hanya untuk mereka yang memerlukan. Semua orang (termasuk yang kaya dan warga asing) mendapat manfaat daripada subsidi menyeluruh ini. Dengan menghapuskan subsidi menyeluruh, kita menjana penjimatan yang kemudiannya disalurkan kepada mereka yang berada dalam kumpulan berpendapatan rendah. Dan kita akan dapat memberi kumpulan yang layak ini lebih daripada apa yang mereka akan terima daripada skim subsidi menyeluruh. Oleh itu, BR1M perlu dilihat dalam konteks subsidi yang disasarkan, dan Jawatankuasa Fiskal percaya bahawa ia akan mengurangkan ketirisan dan meningkatkan kecekapan mekanisme subsidi. c. BR1M juga memberi ganti rugi kepada mereka yang memerlukan bagi sebarang perbelanjaan tambahan yang mungkin ditanggung akibat daripada GST. Sesetengah pihak mendakwa bahawa GST adalah cukai regresif kerana setiap orang termasuk golongan miskin adalah tertakluk kepadanya. Bagaimanapun, dengan adanya BR1M, GST bukan regresif kerana kumpulan berpendapatan rendah ini mendapat ganti rugi. Selain itu, sebahagian besar daripada hasil GST akan dibelanjakan untuk komuniti yang rentan ini. d. Beberapa ahli politik berkata walaupun adanya BR1M, rakyat "tidak bersyukur." Ini adalah mengapa mereka percaya ia rasuah dan tidak berada di laman yang sama dengan Jawatankuasa Fiskal. Kami melihatnya sebagai satu langkah ekonomi, tetapi ahli-ahli politik melihatnya semata-mata dalam konteks politik. Untuk makluman anda, BR1M diberikan kepada semua orang tanpa mengira kecenderungan politik mereka. BR1M diberikan tanpa mengira bila pilihan raya diadakan. Nurani saya jelas. BR1M adalah satu langkah ekonomi, bukannya rasuah dan saya telah menyatakan sebab-sebabnya. e. Orang selalu berkata, "Berikan seseorang ikan dan kamu memberinya makan untuk sehari. Ajarkan seseorang memancing dan kamu memberinya makan buat selamanya." Namun, dalam dunia sebenar, kita perlu melakukan kedua-duanya. Memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan dan pada masa yang sama, melabur dalam pendidikan/meningkatkan kemahiran/meningkatkan produktiviti. Kementerian Pendidikan menerima peruntukan terbesar daripada bajet kita. Selain itu, kita juga mewujudkan entiti seperti TERAJU, Tekun, Genovasi, Superb, MAGiC dan banyak program latihan kerajaan yang lain di bawah pelbagai kementerian. 4. Tuduhan terhadap 1MDB. a. Adalah tidak adil bagi sesetengah ahli politik mensabitkan kerajaan dalam mahkamah pendapat awam sebelum fakta sebenar dikemukakan oleh pihak berkuasa yang sah iaitu Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang bersifat dwipartisan. b. Apabila kebimbangan disuarakan, saya mahukan penjelasan terperinci, jadi saya mengarahkan Ketua Audit Negara dan PAC menyiasat 1MDB. Sesiapa jua yang didapati bersalah menggelapkan wang atau melakukan penyelewengan, akan dihadapkan ke muka pengadilan. c. Kami menjangka laporan awal ketua Audit Negara akan dikeluarkan tidak lama lagi. Sementara itu, tolonglah, jangan buat spekulasi dan kesimpulan, tanpa menggunakan maklumat yang akan dibentangkan oleh Ketua Audit Negara, yang mengandungi laporan terperinci tentang kewangan 1MDB. d. Kita semua mahukan jawapan terperinci, tetapi sebelum itu, biarlah para juruaudit melaksanakan tugas mereka dan memaklumakan kepada kita secara jelas tentang keadaan sebenarnya. Jika kita terlebih dahulu menjatuhkan hukuman, maka kita akan mengganggu tugas mereka dan inilah yang dilakukan oleh banyak pihak. Ini bukanlah prosedur yang sewajarnya. Jika kita bersikap ikhlas untuk mencari kebenaran di sebalik dakwaan itu, kita perlu mendapatkan maklumat daripada sumber yang sah (seperti Ketua Audit Negara) dan bukan daripada portal berita pihak ketiga atau blog dalam talian yang mungkin mempunyai agenda tersembunyi. 5. Tuduhan mengenai 'Jambatan bengkok'– Dakwaan: Kita tidak berani membina jambatan di atas tanah kita sendiri tanpa kelulusan daripada Singapura a. Jabatan Peguam Negara (AGC) kita telah menasihatkan kerajaan mengenai kesahihan sebarang pengubahsuaian kepada Tambak Johor di bawah undang-undang antarabangsa. AGC telah menasihatkan bahawa paip-paip dalam Tambak Johor adalah tertakluk kepada perjanjian air Johor-Singapura (1961, 1962), yang menggariskan bahawa paip-paip milik Lembaga Kemudahan Awam (PUB) Singapura, dan sebarang pengubahsuaian paip itu mesti diluluskan oleh PUB. b. Tiada persoalan sama ada kita mempunyai keberanian yang mencukupi untuk menentang Singapura. Jambatan itu tidak dibina kerana Malaysia komited untuk mematuhi semua perjanjian yang telah ditandatangani. Mana-mana jambatan sedemikian, jika dibina bagi menggantikan Tambak Johor tanpa kebenaran nyata daripada PUB Singapura, akan melanggar hak hartanah di bawah undang-undang antarabangsa. c. Kita telah meningkatkan hubungan dengan negara jiran selatan itu ke satu tahap di mana kami kini terlibat dalam projek dan usaha sama yang membawa kedudukan yang menguntungkan bagi kedua-dua buah negara. Untuk meningkatkan lagi perhubungan antara Malaysia dan Singapura, kami kini membina keretapi berkelajuan tinggi dan malah, mencetuskan idea jambatan persahabatan yang tidak akan melanggar undang-undang antarabangsa dan melihat kami membina sebuah jambatan yang dimahukan oleh kedua-dua negara. 6. Dakwaan: (Najib) mengetepikan Unit Perancang Ekonomi (EPU), tubuh agensi baharu untuk merancang pembangunan negara. a. Saya menubuhkan Pemandu sebagai badan pemandu untuk menyelia program transformasi, yang bukan sahaja meliputi aspek ekonomi di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) tetapi juga aspek bukan ekonomi di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP), yang sudah tentulah tidak terletak di bawah bidang kuasa EPU kerana ia adalah sebuah badan ekonomi. b. Bercanggah dengan apa yang dikatakan sesetengah pihak, saya member kepercayaan yang amat tinggi kepada EPU kerana ia merupakan kunci bag memastikan kejayaan ETP. Malah, saya melantik seorang daripada CEO paling berkebolehan di negara ini untuk menerajui EPU. 7. Dakwaan: Untuk mendapatkan kembali sokongan orang Cina dan India, Najib mengetepikan tindakan afirmatif a. Ini tidak tepat sama sekali. Saya sentiasa memberi keutamaan terhadap kemajuan Bumiputera dan di bawah pentadbiran saya, saya telah mewujudkan Program Pemerkasaan Bumiputera yang ditadbir oleh TERAJU bagi memastikan Agenda Memperkasakan Ekonomi Bumiputera menjadi agenda nasional untuk dilaksanakan dengan berkesan. Sehingga hari ini, TERAJU telah menyediakan peluang perniagaan, pembiayaan perniagaan, pembangunan modal insan, pelaburan swasta dan mewujudkan ekuiti melebihi RM47.95 bilion. b. Baru-baru ini, Majlis Ekonomi Bumiputera mengesahkan sejumlah 99 Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang akan digunakan pada tahun ini dalam kesemua 23 kementerian dan Jabatan Perdana Menteri untuk membantu Bumiputera. Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) termasuk Petronas mempunyai kuota khas kontrak untuk Bumiputera. Setiap GLC juga tertakluk kepada satu program pembangunan untuk kontraktor Bumiputera bagi memberi peluang kepada kontraktor Bumiputera yang berkelayakan. Lebih banyak biasiswa diberi kepada Bumiputera di bawah badan berkaitan kerajaan. Geran Superb disediakan untuk melahirkan lebih banyak usahawan Bumiputera. Ekuinas pula dibentuk untuk meningkatkan nilai pegangan Bumiputera dan sehingga 2014, ia telah mencapai objektifnya untuk mewujudkan RM4.2 bilion nilai ekuiti Bumiputera bagi syarikat portfolionya. c. Di samping itu, UiTM kini diperluaskan untuk menambah tempat daripada 174,875 pada 2011 kepada 250,000 menjelang 2020. UiTM juga telah mewujudkan program 'Mengubah Destini Anak Bangsa', di mana ia masuk ke kawasan pedalaman bagi membantu belia Bumiputera yang tidak mendapat manfaat dari segi pendidikan, anak yatim dan golongan miskin. Kini, mereka boleh belajar di UiTM dan langkah ini membantu mengubah sepenuhnya masa depan mereka. Sebanyak 5,000 tempat diberikan pada setiap semester. Terdapat lebih banyak lagi contoh konkrit dalam kad laporan TERAJU. d. Oleh itu, secara ringkasnya, untuk mengatakan saya mengetepikan tindakan afirmatif, adalah karut. e. Sebagai perdana menteri, saya juga memberi banyak sokongan kepada orang Cina dan India dan semua komuniti lain yang menjadikan negara kita ini hebat. Namun demikian, ia bukan dilakukan dengan mengabaikan Bumiputera. Fokus utama saya ialah untuk meningkatkan carta pai ekonomi agar lebih banyak dapat diberi kepada SEMUA kaum. Selagi saya dapat memastikan wujudnya pertumbuhan ekonomi, maka akan ada mobiliti sosial, dan semua kaum akan dapat mendaki tangga ekonomi yang lebih tinggi. 8. Dakwaan bahawa BN akan tewas pada Pilihan Raya Umum akan datang a. Jika saya mendapat sokongan yang saya perlukan untuk meneruskan program transformasi, kita akan berjaya. Jika kita bersatu dan menghentikan perbalahan dalaman, kita akan berjaya. Jika kita memberi tumpuan kepada politik membina dan bukannya politik yang merosakkan, kita akan berjaya. Jika kita memberi tumpuan kepada kerja dan bukannya mempercayai dan menyebarkan khabar angin, putar belit dan perkara separuh benar, kita akan berjaya. b. Satu rancangan yang jelas telah pun digerakkan. Kita mula menyaksikan hasil usaha kita. KDNK kita meningkat kira-kira 5-6 peratus sejak saya mengambil alih (jawatan) dan kita juga berada di landasan baik untuk mencapai ekonomi maju menjelang 2020. c. Kita berdepan halangan pada masa ini disebabkan oleh kejatuhan harga minyak mentah yang melemahkan nilai Ringgit. Faktor-faktor ini adalah di luar kawalan kita. Namun begitu, kita dapat bertahan kerana asas kita kukuh, rizab terkumpul dalam tahun-tahun sebelum ini serta aliran pendapatan yang pelbagai berbanding penggantungan kepada minyak. Kita juga telah mencapai skor bebas terbaik yang pernah dicatatkan mengenai rasuah dalam tempoh 10 tahun lepas berdasarkan Indeks Transparency International. Pentadbiran saya telah menyaksi Pelaburan Langsung Asing yang paling tertinggi setakat ini. Nisbah hutang kepada KDNK kita menyusut dalam pertumbuhan dan defisit bajet kita semakin berkurangan dari tahun ke tahun. Selain itu, kita mencapai tahap tertinggi dalam indeks ekonomi paling berdaya saing WEF, yang mengatasi Australia, Perancis, Austria dan Korea Selatan. Kita mencapai tahap paling tinggi dalam indeks kemudahan menjalankan perniagaan Bank Dunia. Ketiga-tiga agensi penarafan kredit utama telah mengekalkan gred pelaburan yang baik untuk Malaysia. Kita terus mempunyai lebihan dalam perdagangan. Penjagaan kesihatan kita diiktiraf sebagai antara yang terbaik dan paling berpatutan di rantau ini. d. Kunci kepada beberapa rumah mampu milik PR1MA telah diserahkan dan semakin banyak lagi akan menyusul. Jambatan Pulau Pinang kedua sudah siap, Fasa 1 MRT hampir 60 peratus siap, ekonomi telah membuka peluang 1.5 juta pekerjaan baharu dalam 5 tahun lepas dan menjadikan kadar pengangguran kita yang paling rendah di dunia serta koridor ekonomi seperti Iskandar Malaysia menyaksikan infrastruktur, rumah, kilang dan kawasan komuniti maju sedang dibina. Greater KL telah pun dimulakan, dengan lebih banyak kawasan perbandaran sedang dibangunkan selain rumah-rumah dibina, Fasa 1 Bas Rapid Transit akan siap pada pertengahan tahun dengan lebuh raya Pan Borneo akhirnya dilaksanakan dan bakal menjadi pemangkin ekonomi utama di Sabah dan Sarawak seperti lebuh raya PLUS untuk Semenanjung. Projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) sedang dijalankan. Ini semua adalah projek, inisiatif dan usaha yang dijalankan pentadbiran saya untuk membangunkan negara ini. Seperti yang anda lihat, ini adalah hasil Program Transformasi yang dilancarkan 5 tahun lepas. Ia akhirnya berlaku dan saya amat teruja bahawa kita mula melihat impaknya. Inilah yang benar-benar penting buat rakyat. e. Penambahbaikan sedang berlaku di depan mata kita. Tetapi saya tahu bahawa ramai akan melihat kepada yang buruk dan terus bercakap mengenai khabar angin, perkara separuh benar dan putar belit yang tidak berkesudahan. Mereka terus percaya bahawa 'akhir amat dekat' dan bahawa pembangkang akan menang. Ia merupakan dakwaan yang dibuat berulang-ulang kali dalam tempoh lima dekad yang lalu, namun kita masih di sini. f. Walaupun semua orang bebas untuk mengkritik saya dan menyenaraikan semua 'kegagalan' saya, ia juga penting untuk menyedari sejauh mana pencapaian kita dalam tempoh enam tahun lepas, dalam usaha memberikan pandangan yang adil mengenai sesuatu. 9. Dakwaan bahawa 1Malaysia sama dengan Malaysian Malaysia a. 1Malaysia merupakan suatu usaha untuk mewujudkan perpaduan. Perbezaan paling utama dengan konsep "Malaysian Malaysia" ialah 1Malaysia jelas menerima Perlembagaan Malaysia secara keseluruhannya, terutama semua peruntukan yang terkandung dalam Perkara 153. b."Malaysian Malaysia" pada mulanya adalah suatu konsep yang bercanggah dengan Perkara 153 dan kemudiannya bersifat amat taksa. Kalaulah 1Malaysia benar-benar sama dengan Malaysian Malaysia, tentu sekali tidak akan ada Majlis Permerkasaan Bumiputera, TERAJU dan lain-lain lagi. Kalaulah 1Malaysia benar-benar sama dengan Malaysian Malaysia, tentulah tidak akan ada Model Baharu Ekonomi (MBE), satu rangka kerja untuk meningkatkan sifat ekslusif dalam ekonomi dan pada masa sama, memperkasakan masyarakat Bumiputera agar mereka menjadi lebih berdaya saing. c. Mengatakan bahawa 1Malaysia adalah sama dengan Malaysian Malaysia merupakan suatu perbuatan memutarbelitkan realiti, dengan niat yang tidak lain dan tidak bukan iaitu untuk menipu orang Melayu. 10. Dakwaan bahawa Jenayah meningkat sejak ISA dihapuskan a. Dakwaan ini adalah tidak benar. Pada tahun lepas sahaja, polis Berjaya mengurangkan kadar jenayah di negara ini sebanyak 12.6 peratus. Jenayah ganas di negara ini juga menurun sebanyak 13.4 peratus. Polis DiRaja Malaysia telah bekerja keras untuk memastikan semua rakyat Malaysia selamat daripada segala bentuk jenayah dan keganasan. b. Sebenarnya, seramai 8,868 individu telah ditahan dan sebanyak 280 senjata dirampas dalam Ops Cantas Khas yang diadakan baru-baru ini. Ketika ISA mula dilaksanakan, tujuannya hanyalah untuk memerangi kebangkitan komunis dan oleh itu, ia tidak lagi relevan pada masa kini. c. Untuk memastikan ekstremis keganasan tidak mempunyai tempat di Malaysia, kerajaan memperkenalkan Akta Pencegahan Keganasan 2015 yang diluluskan Parlimen. Akta baharu ini akan memerangi cabaran baharu termasuk kebangkitan kumpulan militan yang menggelarkan diri mereka sebagai Islamic State dan ia tidak akan digunakan bagi tujuan politik. Hanya mereka yang ingin melakukan keganasan ekstremis boleh ditahan di bawah Akta baharu ini. 11. Tuduhan mengenai pesawat kerajaan a. Adalah menjadi amalan standard di seluruh dunia bagi kebanyakan pemimpin menggunakan jet rasmi, bukan untuk kemewahan, tetapi sebagai kecekapan dalam menjalankan tugas mereka. Hiasan dalaman pesawat dikonfigurasikan supaya mesyuarat dan perbincangan boleh diadakan dalam pesawat dan tugas negara boleh diteruskan walaupun semasa penerbangan. Oleh itu, tidak timbul persoalan sama ada atau tidak sesebuah negara harus mempunyai sebuah jet rasmi. b. Kita tidak boleh terpengaruh dengan propaganda pembangkang bahawa kerajaan telah membazirkan wang membeli jet baharu. Apa yang mereka gagal jelaskan adalah jet itu dibeli untuk menggantikan pesawat berusia 16 tahun, yang berbahaya dari segi keselamatan. Selain itu, ia juga adalah pesawat rasmi yang digunakan oleh Yang Di-Pertuan Agong, yang merupakan sebab mengapa kita tidak boleh berkompromi mengenai jaminan keselamatan. Kos penyenggaraan pesawat lama adalah tinggi. Oleh itu, pesawat lama akan dilupuskan dan wang yang diperoleh kerajaan daripada penjualannya akan digunakan untuk mengurangkan kos pembayaran pesawat baharu. |
You are subscribed to email updates from GENERASI PEJUANG BANGSA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |