Dialog Dewasa Kritik Berasa |
PASCA BANJIR: BERAPA BANYAK WANG NEGARA DIGUNA BANTU RAKYAT? Posted: 17 May 2015 06:21 PM PDT Pernahkah kita terfikir berapa banyak kerugian yang dialami oleh negeri-negeri di Pantai Timur terutamanya Kelantan akibat banjir akhir tahun lalu? Berapa banyak pula wang yang terpaksa dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia untuk membantu rakyat di negeri-negeri tersebut sedangkan perbelanjaan untuk pemulihan pasca banjir tidak termasuk dalam bajet negara? Sedangkan wang untuk membantu memulihkan keadaan mangsa dan infrastruktur itu seharusnya digunakan untuk perkara lain di negeri-negeri lain...adakah pernah kita fikir? Mereka bising kononnya wang negara habis dibazir dan diselewengkan...namun pernahkan mereka berfikir berapa banyak wang negara terpaksa dikorek sana sini nak bantu bangunkan negeri mereka sendiri? Tak tahu cerita kata wang diselewengkan kemudian sebarkan fitnah itu hingga diterima sebagai kebenaran...bukankah itu berdosa? Apakah hasrat kerajaan bantu rakyat dan mangsa banjir itu bazirkan wang rakyat? Tahukah kita bahawa Kerajaan Malaysia tidak meminjam atau berhutang sesen pun wang dari negara asing untuk membantu rakyatnya yang menderita akibat bencana banjir tersebut? Dari mana duit nak bantu mangsa banjir itu datang? Turun dari langitkah atau keluar dari perut bumikah? Apakah pula yang dilakukan oleh kerajaan Negeri atau lebih tepat lagi puak-puak PAS untuk membantu rakyat?
Tanya pada Husam Musa, tanya pada Hatta Ramli apa yang mereka berdua buat untuk negeri kamu, rakyat kawasan kamu yang sedang derita pasca banjir? Kamu semua asyik sibuk dengan berpolitik nak menjatuhkan Presiden kamu sedangkan Menteri Besar kamu terkapai-kapai membantu rakyat kamu malah kamu pula sibuk nak halang hudud? Mana dia hero-hero yang hebat berdemonstrasi di jalanan pergi di kala rakyat negeri sendiri perlu minta simpati dan pertolongan Kerajaan Persekutuan dari parti BN. Minta tanah dan wang untuk dirikan rumah mahu berlindung dari panas dan hujan? Oooo mungkin mereka sedang berdemonstrasi lagi minta wang royalti atau desak rakyat beramai-ramai keluar duit dari Tabung Haji. Atau mungkin sedang cari jalan bagaimana nak anjurkan ceramah sana sini untuk kaut duit-duit rakyat berguni-guni dan berpeti-peti atas alasan derma jihad dan derma akhirat? Baca berita ini.... TANAH MERAH 17 Mei – Jawatankuasa Bersama Pasca Banjir Kelantan tidak berpuas hati dengan perkembangan pembinaan rumah-rumah mangsa banjir di negeri ini kerana terlalu perlahan. Hal ini kerana, daripada 1,824 rumah perlu dibina, hanya 19 sahaja telah siap sepenuhnya iaitu tujuh unit dibina oleh kerajaan Persekutuan dan 12 unit lagi kerajaan Pas Kelantan. Pengerusi Bersama Jawatankuasa tersebut, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, isu pemilikan tanah memang wujud, namun perkara itu tidak boleh dijadikan alasan kelewatan memandangkan terdapat 513 rumah dikenal pasti bebas daripada masalah tersebut. Sehubungan itu, Mustapa berkata, beliau telah memanggil jabatan atau agensi terlibat dengan proses pemulihan, khususnya untuk membina dan membaiki rumah mangsa banjir bagi mendapatkan penjelasan lanjut dan mencari penyelesaian di sini hari ini. "Dalam pertemuan sebentar tadi, kita dah bincangkan kaedah bagaimana mahu tingkatkan prestasi. Saya tekankan, pembinaan sebanyak 513 rumah yang tidak mempunyai masalah tanah sepatutnya berjalan lancar. "Keutamaan juga akan diberikan kepada 117 keluarga yang didapati masih tinggal di dalam khemah, iaitu 70 keluarga di Gua Musang dan 47 keluarga di Kuala Krai. Kita memang tidak mahu mereka ini menyambut Aidilfitri dalam khemah," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan kunci rumah yang telah siap dibina oleh kerajaan Persekutan kepada pemiliknya, Mat Zaki Mat Husin di Kampung Sat Tengah di sini hari ini. Yang turut hadir Duta Jepun ke Malaysia, Dr. Makio Miyagawa serta Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz. Mengulas lanjut, Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, antara langkah penyelesaian bagi keluarga yang tidak mempunyai tanah ialah Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) telah menyediakan pelan program penempatan baharu di Chenulang, Kuala Krai. Katanya, program penempatan baharu itu dijangka menyelesaikan masalah rumah kira-kira 400 keluarga mangsa banjir. Dalam perkembangan sama, beliau berkata, daripada lebih 87,000 keluarga yang layak menerima wang ihsan RM500, sebanyak 71,190 keluarga telah menerima bantuan itu manakala baki kira-kira 17,000 lagi sedang disemak oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Beliau turut memberitahu, setakat ini, kerajaan Persekutuan telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM36 juta kepada agensi kerajaan Pas Kelantan iaitu Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) untuk kerja-kerja baik pulih loji serta paip di seluruh negeri ini. Sumber: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/mustapa-kecewa-proses-bina-rumah-mangsa-banjir-perlahan Dahsyat-dahsyat 87,000 orang kebanyakkan di Kelantan yang akan menerima wang ehsan dari kerajaan Pusat. RM500.00 untuk sekeluarga ertinya RM43.5 juta. Dicampur dengan bantuan RM36 juta menjadikannya RM80 juta wang negara dibelanjakan untuk bencana luar jangka. Itu belum lagi termasuk bajet-bajet luar jangka yang sepatutnya menjadi hak milik negeri lain tetapi terpaksa digunakan untuk membangunkan semula penempatan mangsa banjir. Nak bangunkan semula sekolah, pejabat. surau, masjid...apakah itu semua tidak memerlukan biaya? Bantuan tersebut tiada dalam perancangan, namun bajet perlu diadakan bagi menjaga kebajikan rakyat. Adakah bantuan itu membazirkan wang rakyat dan memalaskan mereka sepertimana tohmahan BR1M yang dikatakan membazir dan memalaskan rakyat? Apa pula jasa mereka nak bantu rakyat, mengeluarkan mereka dari kesusahan hidup? Hanya bagi sekampit beras, gula dan kopi itu dikatakan kononnya dah memadai bantu rakyat...pamer dalam akhbar heboh kononnya itu keprihatinan mereka berbanding kerajaan Pusat yang didakwa tak buat apa-apa? Kalau bukan kerana Perdana Menteri seorang pemimpin Islam yang bertanggungjawab dah tentu dia akan membiarkan saja rakyat Kelantan mati sejuk kekejungan kerana bencana banjir itu. Namun atas sifat ehsan kerajaan Pusat maka dibantu juga saudara seagamanya walaupun berlainan parti. Kini rakyat dan pemimpin di Kelantan meminta agar negeri itu diberikan keutamaan dalam pembangunan infrastruktur dalam Rancangan Malaysia ke 11 (RMK-11). Dari mana wang nak dibelanjakan untuk keselesaan rakyat jika kerajaaan tiada pendapatan setelah cukai SST dimansuhkan? Takkan nak harapkan duit-duit sedekah tin milo dan ceramah bagai semata? Cakap semua orang boleh cakap...itu salah ini tak betul, tapi apa jasa kamu bantu rakyat? Adakah kamu bersusah payah bantu rakyat atau sekadar berceramah sana sini buat tuduhan dan lempar kutukan kemudian syok sendiri kata orang lain tak buat apa-apa? Insaflah, dalam kubur nanti akan disoal segala amalan kamu..."apakah jasa-jasa di saat-saat akhir hayatmu yang kamu lakukan untuk bangsa kamu?"... Maka jangan dijawab "aku tak buat apa-apa melainkan aku memecah belahkan bangsaku sendiri dahulu sampai akhir ajalku" | ||
BR1M: KITA MALASKAN RAKYAT ATAU MEREKA MALAS BANTU RAKYAT...CAKAP JE PANDAI? Posted: 17 May 2015 05:07 AM PDT JOHOR BAHRU 16 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bukan bertujuan menjadikan rakyat malas, tetapi merupakan jaringan sosial dan cara kerajaan memindahkan kekayaan jangka pendek negara kepada rakyat. Perdana Menteri berkata, menerusi BR1M, kerajaan berharap dapat meringankan beban rakyat dalam menangani kenaikan kos sara hidup termasuk ekoran pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST). ''BR1M untuk membantu golongan susah dengan memindahkan sebahagian kekayaan negara untuk jangka pendek. Dulu (jumlahnya) RM650 setahun, sekarang RM950 dengan mengambil kira kenaikan kos hidup kerana GST supaya dapat menampung belanja keperluan dapur dan anak-anak. ''Bukan bererti kita jadi malas. Saya nak tanya berapa ramai terima BRIM? Apakah BR1M menjadikan tuan-tuan dan puan-puan malas? Siapa tak nak BR1M boleh pulang balik dan kalau ramai tak nak saya boleh mansuhkan BR1M tetapi niat hati kerajaan ialah untuk menolong rakyat dan BR1M ini juga bukan nak beli undi dan maksud politik tapi untuk tolong rakyat,'' tegas beliau sambil menerima tepukan gemuruh daripada kira-kira 15,000 orang yang menghadiri Majlis Penyerahan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Melana Indah Fasa 1, di sini hari ini. Penjelasan Perdana Menteri itu bagi menjawab kritikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang tidak bersetuju dengan BR1M dan menyifatkannya menjadikan rakyat malas. Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Wee Ka Siong; Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Halimah Sadique; Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Abd. Latif Bandi dan Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed. Najib menjelaskan, pemberian BR1M bukan cadangan beliau, tetapi cadangan Jawatankuasa Fiskal dan Bank Negara untuk membantu 40 peratus rakyat berpendapatan rendah. ''Kita naikkan harga minyak (sebab) kita nak kurangkan subsidi. Apabila harga minyak rendah, siapa untung? Penduduk untung tetapi ada ketirisan. Jadi, bila bagi BR1M, kita bagi kepada golongan yang betul dan tiada ketirisan,'' katanya. Perdana Menteri berkata, projek perumahan rakyat (PPR) juga merupakan antara dasar pemindahan kekayaan kepada rakyat dalam usaha berterusan kerajaan memperjuangkan keperluan ekonomi rakyat. Menurutnya, perumahan sentiasa menjadi keutamaan beliau sejak mula menjadi anggota pentadbiran hingga sekarang kerana kediaman bukan sekadar bumbung tempat berteduh, malah memberi 1,001 rahmat. ''Sebab itu perumahan mampu milik dijadikan keutamaan antara yang tertinggi dan akan terus diperjuangkan seperti yang tertera dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13. Apatah lagi dengan skim seperti PPR, kalau kita tidak mampu memilikinya, boleh disewa dengan kadar begitu rendah. ''Kalau kita memiliki rumah yang akan atau telah siap, fasa pertama di sini umpamanya, nilai yang dijual pada harga RM35,000. Kos sebenarnya secara keseluruhan RM100,000, sudah untung tiga kali ganda dan dalam beberapa tahun tentu sekali akan meningkat dalam sekelip mata dan inilah yang kita katakan satu dasar di mana kita boleh memindahkan kekayaan negara kepada rakyat,'' katanya. Mengenai GST, Najib menjelaskan, kebaikan cukai baharu itu akan dapat dilihat terutamanya menerusi pertambahan hasil dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) yang bermula tahun depan. ''Kalau kita (negara) tambah hasil, saya akan bentang dalam Belanjawan negara supaya rakyat tahu apa hasilnya. Sudah 160 negara telah melaksanakannya dan tanpa GST, ramai orang akan mengelak daripada membayar cukai. Jadi, janganlah kita dengar hasutan pelbagai pihak,'' katanya sambil memberi jaminan kerajaan akan memperbaiki pelaksanaan cukai tersebut dari semasa ke semasa. Nak tanyalah andaikata BR1M dihapuskan apakah akan jadi pada rakyat...marahkan? Bila marah kita akan duduk senang lenang? Siapakah gologan yang banyak menerima manfaat BR1M ...apa yang mereka buat dengan bantuan tersebut? Beli barang keperluan untuk memasak...adakah itu merugikan rakyat? Adakah bila dapat wang BR1M penerima akan simpan tak belanja?...Bila belanja adakah ekonomi tak bergerak? Terdapat banyak cara nak bantu rakyat...beri subsidi, beri zakat, beri pinjaman Tekun, Ikthiar Malaysia dan biasiswa... tapi adakah semua itu menjadikan rakyat dan umat semakin malas? Elok-elok dapat bantuan yang sedikit sebanyak yang boleh bantu hidup mereka tetiba dah kena tarik...adakah mereka akan gembira? Adakah pemberian duit BR1M akan menyebabkan negara menjadi miskin? Bilangan penerima BR1M pun semakin berkurangan kerana mereka berusaha mengeluarkan diri mereka dari kemiskinan. Kita lebih suka mengktitik orang lain buat kebaikan sedangkan kita tak buat apa-apa untuk menyelesaikan masalah umat. Dah rasa bagus hebat sangat kot? Bila dalam kubur malaikat Mungkar Nangkir tanya apa jasa kamu di dunia semasa hidup untuk bantu rakyatmu? Jawab jer.... aku tau kritik jer! |
You are subscribed to email updates from MyMassa | Dialog Dewasa, Kritik Berasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |