Apa Yang Tersirat |
Tan Sri Pandikar Letak Jawatan- Satu Salah Faham? Posted: 16 May 2015 10:43 PM PDT 1. Mungkin berlaku salah faham, dan Tun Dr Mahathir tidak update apa yang berlaku, berkaitan "letak" jawatan Tan Sri Pandikar sebagai Speaker Dewan Rakyat. 2. Memang menurut sumber lebih setahun lalu, memang "peletakan jawatan" itu berlaku, namun, ianya tidak menjadi kenyataan, kerana " isu" yang menyelubungi atau latar belakang "perletakan jawatan" itu diselesaikan dengan sempurna. 3. Memang pada Mac 2015, hampir sebahagian persidangan Dewan Rakyat, Speaker tidak memimpin mesyuarat, kerana Speaker sedang bercuti. Mungkin keadaan ini, digunakan oleh pihak tertentu menasihati mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir, bahawa speaker telah letak jawatan. 4. Bukan salah Tun Dr Mahathir, dan tiada penipuan dilakukan mantan Perdana menteri itu, hanya pihak-pihak tertentu yang memberi nasihat, menipu beliau. Oleh kerana tiada "update" berkaitan "perletakan jawatan" itu, maka pada satu forum di Ipoh pada Ahad, Tun Dr Mahathir, memberi jawapan pada satu pertanyaan, bahawa Speaker dewan rakyat pun "telah" berhenti. |
You are subscribed to email updates from Apa Yang Tersirat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |