PEJUANG BANGSA |
- RUSUHAN STADIUM TERENGGANU, KHAIRY DESAK PENJELASAN SEGERA FAM
- RUMAH MAMPU MILIK P.PINANG MAHAL ATAU MELAYU SUDAH KAYA TAK MAHU BELI ?
- NAJIB JAWAB ISU BR1M DITUDUH RASUAH & JADIKAN RAKYAT MALAS
- KELAB PUTERA 1MALAYSIA&BIRO KEBAJIKAN UMNO HANTAR BEKALAN MAKANAN #ROHINGYAAID
RUSUHAN STADIUM TERENGGANU, KHAIRY DESAK PENJELASAN SEGERA FAM Posted: 17 May 2015 11:00 AM PDT Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu memberi penjelasan berhubung kualiti pengadilan dalam aksi separuh akhir kedua Piala FA antara Terengganu dan Lions XII kelmarin sehingga mencetuskan rusuhan, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin. Bagaimanapun dalam masa yang sama Khairy menegaskan, rusuhan yang dicetuskan penyokong skuad Penyu sama sekali tidak boleh diterima, biarpun tindakan tersebut didorong rasa tidak puas hati terhadap keputusan pengadil.'' "Saya tegaskan di sini merusuh adalah tindakan yang tidak dapat diterima sama sekali dan keputusan pengadil yang tidak memuaskan tidak harus dijadikan sebagai alasan. "Ini bukan rusuhan kali pertama dan kita menggesa FAM memberi penjelasan segera. "Malah, dalam hal ini FAM harus mengambil tindakan melalui Jawatankuasa Disiplin (Tatatertib) kerana jika berlaku sesuatu kesalahan, mereka harus menghukum pihak bertanggungjawab," katanya. Beliau ketika ditemui dalam Program Karnival Fiesta Mesra Belia 1 Malaysia dan pelancaran buku Suara Anak Muda bersama Irmohizam, semalam. Dalam kejadian di perkarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kuala Terengganu kelmarin, sekumpulan penyokong Terengganu bertindak ganas membakar sebuah ambulans, merosakan kerusi stadium, pintu kaca serta beberapa kenderaan selepas tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil. Insiden tersebut menyebabkan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa melepaskan gas pemedihan mata untuk meleraikan kekecohan. Khairy berkata, FAM perlu memberi penjelasan mengenai perkara itu kerana insiden yang terjadi bukan kali pertama tercetus akibat penyokong tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil. "FAM perlu memberitahu peminat bola sepak tempatan apakah prosedur penilaian terhadap pengadil serta apakah tindakan dikenakan jika terbukti keputusan yang dibuat adalah salah sebagai menangkis persepsi negatif ini," katanya lagi. Dalam pada itu, Khairy berkata, FAM dan juga persatuan negeri perlu mengangani perkara ini kerana keselamatan perlawanan dan pasukan yang adalah tanggungjawab mereka. "Saya lihat pasukan polis cukup ramai semalam (kelmarin), tetapi di akhir perlawanan keputusan pengadil telah menimbulkan rasa tidak puas hati penyokong dan mencetus huru-hara. "Tindakan segera harus diambil bagi memastikan perkara ini tidak berulang," katanya. Lions XII layak ke final menerusi peraturan gol tempat lawan. |
RUMAH MAMPU MILIK P.PINANG MAHAL ATAU MELAYU SUDAH KAYA TAK MAHU BELI ? Posted: 17 May 2015 09:51 AM PDT Tahniah pengundi Melayu P.Pinang yang memilih kerajaan DAP di PRU13 yang lalu . Ini kerana melalui surat daripada Bahagian Perumahan SUK P.Pinang membuktikan sejak mereka memerintah 2008 telah berjaya mengkayakan orang Melayu , India dan kaum lain di negeri ini . Bayangkan 33 pemohon rumah mampu milik tak melebihi RM300 ribu di Daerah Barat Daya didominasi kaum CIna seramai 32 dan Melayu hanya 1 pemohon !! Memang adil dan telus betul dasar kerajaan DAP ini . Tapi admin bersangka baik kerana mungkin rumah mampu milik kerajaan DAP ini harga RM299,999.9 dan mengakibatkan orang Melayu dan kaum lain hanya mampu tengok je rumah dan harga di atas kertas. ***Untung orang Johor & Sabah dapat rumah rakyat PPR oleh kerajaan Pusat dengan harga jauh lebih rendah dari ini . |
NAJIB JAWAB ISU BR1M DITUDUH RASUAH & JADIKAN RAKYAT MALAS Posted: 17 May 2015 08:56 AM PDT Menjawab kepada pihak yang masih mempertikaikan tentang pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Perdana Menteri Datuk Najib Tun Razak hari ini menegaskan bahawa program berkenaan adalah inisiatif jaringan keselamatan sosial rakyat khususnya untuk golongan berpendapatan rendah yang disyorkan pakar ekonomi negara. Melalui laman web NajibRazak.com, Perdana Menteri menjelaskan bahawa BR1M merupakan jaringan keselamatan sosial yang disyorkan oleh Jawatankuasa Fiskal Negara yang terdiri daripada para pegawai rasmi Unit Perancangan Ekonomi (EPU), Bank Negara dan Kementerian Kewangan. "Kebanyakan daripada mereka ialah pakar-pakar ekonomi dan bukannya ahli politik. Jaringan sosial seumpamanya juga dilaksanakan di banyak negara lain. "Ada yang mengatakan ia 'bantuan untuk pengangguran' yang menyasarkan golongan yang tidak bekerja. Bagaimanapun, BR1M adalah untuk golongan berpendapatan rendah. "Kedua-duanya adalah bentuk elaun keselamatan sosial memandangkan ia menyasarkan kumpulan-kumpulan yang menerima kesan (daripada tekanan ekonomi)," jelas beliau. Najib menjelaskan, kerajaan mahu merasionalkan konsep subsidi menyeluruh menjadi subsidi yang menyasarkan golongan memerlukan. Dengan memansuhkan subsidi menyeluruh, kerajaan dapat menjana simpanan yang kemudian disalurkan kepada golongan berpendapatan rendah. BR1M juga menurut Najib, bermanfaat untuk meringankan beban golongan sasaran berdepan dengan masalah kenaikan kos sara hidup. Najib juga mengulas tentang sesetengah ahli politik yang mendakwa walaupun dengan pemberian BR1M, rakyat tidak berterima kasih. "Pemikiran yang semata-mata beracuan politik itulah yang membuatkan mereka percaya BR1M sebagai rasuah, sedangkan itu bukan yang difikirkan jawatankuasa fiskal. "Kami melihatnya sebagai langkah ekonomi dan diberikan kepada sesiapa sahaja yang layak tanpa memandang paksi politik mereka. Ia juga diberi mengikut tempoh tertentu dan bukan hanya ketika pilihan raya," jelas beliau. Menurut Najib, orang selalu berkata 'berikan seseorang ikan, dia akan makan untuk sehari, Ajarkan dia memancing, dia boleh hidup sepanjang hayat'. "Namun realitinya, kita perlu lakukan kedua-duanya – memberi bantuan kepada yang memerlukan dan pada masa yang sama melabur dalam pendidikan, menambah baik kemahiran dan melonjak produktiviti," jelas Najib. Tambahnya, Kementerian Pendidikan menerima peruntukan terbesar dalam bajet selain kerajaan memperkenalkan pelbagai program latihan di bawah beberapa kementerian seperti program TERAJU, Tekun, Genovasi, Superb, MAGiC dan banyak lagi. |
KELAB PUTERA 1MALAYSIA&BIRO KEBAJIKAN UMNO HANTAR BEKALAN MAKANAN #ROHINGYAAID Posted: 17 May 2015 08:05 AM PDT Lebih baik buat kerja daripada hanya jadi keyboard warrior yang hanya pandai bercakap seperti Dr Maza Terdapat 1 ribu orang pelarian Rohingya kini berada di pusat tahanan ini . Isu Rohingya : Malaysia pulak dituduh zalim bukannya Myanmar Dalam isu pelarian Rohingya cuba memasuki negara kita jelas diambil kesempatan oleh pihak tertentu menyalahkah kerajaan Malaysia seperti keyboard warrior terkenal iaitu Dr Maza. Mengaitkan kos selawat Perdana dan 1MDB dengan isu pelarian Rohingya jelas tuduhan bagi membangkitkan kebencian kepada kerajaan . Mengapa perlu salahkan Malaysia dengan tuduhan zalim dalam isu ini ? Demi soal kemanusiaan kita telah hantar bekalan makanan pun kepada mereka. Negara Myanmar yang bersalah tapi segelintir rakyat memaki hamun kerajaan kerana tak bantu pelarian Rohingya . Sebenarnya Malaysia adalah mangsa keadaan dan kita yang dipaksa pulak terima pelarian . Tetapi dasar kita tetap melayan dengan baik dan tidak menganiaya dan memilih pelarian seperti negara tertentu. Isu pelarian Rohinya ini juga berkait dengan aktiviti jenayah pemerdangangan manusia dan kalau kita kompromi bermakna kita relakan negara diceroboh pendatang asing. Sewajarnya Dr Maza lebih baik tunjukkan usaha gerakkan membantu menghantar bekalan makanan ke seperti dibuat Pemuda Umno, Kelab Putera 1Malaysia dan Biro Kebajikan UMNO berbanding menjadi keyboard warrior hanya menaip dalam bilik air cond mengkritik kerajaan . |
You are subscribed to email updates from GENERASI PEJUANG BANGSA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |