PEJUANG BANGSA |
AHMAD MASLAN DIGELAR CIKGU GST SEMPENA HARI GURU #TerimaKasihCikgu @ahmadMaslan Posted: 15 May 2015 10:18 PM PDT Ketabahan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan dalam memberi maklumat mengenai cukai barang dan perkhidmatan (GST) menjadikannya memenuhi elemen untuk kategori seorang guru cemerlang kepada seluruh rakyat negara ini. Pengarah Kastam Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), Datuk Subromaniam Tholasy berkata, kesungguhannya dalam memberi penerangan sekali gus kesabarannya menanti rakyat untuk faham mengenai isu berkenaan dilihat ciri terbaik yang perlu ada dalam jiwa seseorang pemimpin negara. "Zalimkah apabila Ahmad selama ini bersungguh-sungguh memberi penerangan yang betul dan cuba memperbetulkan keadaan yang tidak betul? "Apa yang dilakukannya selama ini adalah untuk memberi kesedaran kepada rakyat terhadap kepentingan GST. Ahmad melakukan tugasnya dengan baik selama ini. Dia seumpama seorang guru yang banyak mendapat dugaan malah kecaman namun rela berkorban untuk murid-muridnya (rakyat) faham apa itu GST," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Ahmad sebelum ini meluahkan rasa kecewa apabila kebanyakan kenyataannya terutama mengenai isu GST banyak diputarbelitkan oleh beberapa pihak. Jelas Ahmad, walaupun kehidupannya sebagai seorang menteri banyak berubah selepas perlaksanaan GST, namun dia sedar tanggungjawabnya untuk terus memberi penerangan kepada orang ramai mengenai kebaikan cukai itu. Dalam pada itu Subromaniam menambah, rakyat pasti akan sedar suatu hari nanti terhadap kebaikan 'ajaran' Ahmad mengenai GST. "Sebab itu bagi saya rakyat akan sedar satu masa nanti kerana mungkin pada masa ini banyak lagi yang perlu dibuat untuk memupuk pemahaman rakyat terhadap cukai ini. "Bagaimanapun kadang-kadang sasaran pemahaman ini tidak kena, seperti peribahasa Melayu 'Marahkan nyamuk, kelambu dibakar', rakyat tetap akan marahkan Ahmad walaupun yang menaikkan harga adalah peniaga yang degil,"ujarnya. Oleh itu jelasnya, rakyat diminta terus bersabar dan menanti hasil positif GST selain terus memberi sokongan kepada 'tunjuk ajar' Ahmad tentang cukai itu. Sementara itu Ahmad di dalam laman Twitternya terus memberi penerangan terhadap kebaikan GST. Sambil menyenaraikan beberapa barangan, Ahmad menegaskan, pelbagai produk seharusnya diturunkan harga selepas pelaksanaaan GST dan menyalahkan peniaga yang masih enggan menurunkan harga dengan alasan yang tidak munasaba Sebelum ini, Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Dr Abdul Jalil Hassan menyifatkan emosi rakyat negara ini yang dikatakan terganggu dengan beberapa kenyataan Ahmad berkaitan GST dilihat bakal pulih dalam sedikit masa lagi. BACA: Saya tak pernah cakap 'duduk bulan kalau tak mampu bayar GST' - Ahmad Maslan Jelas Abdul Jalil, pelbagai pendapat rakyat terutama di media sosial dilihat proses biasa meluahkan perasaan yang normal bagi setiap manusia. |
You are subscribed to email updates from GENERASI PEJUANG BANGSA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |