Dialog Dewasa Kritik Berasa |
- BAHAGIAN 2: DUA SEBAB RAKYAT MARAH
- ORANG BUKAN MELAYU TUNGGU MASA MERAMPAS PELABURAN THP DI TANAH TRX
- TABUNG HAJI: ASET TH RM56 BILION TUHHHH! PATUT MAHPUS TERINGIN BENOR...
- TABUNG HAJI + 1MDB: 13 PERSOALAN BIKIN KAKI FITNAH GELUPOR DAN MATI PUCUK...ADOIII
BAHAGIAN 2: DUA SEBAB RAKYAT MARAH Posted: 15 May 2015 08:28 PM PDT Tanah di TRX itu milik 1MDB. Ianya memang tanah yang bernilai tinggi. Banyak pihak dalam dan luar negara berebut-rebut mahu membelinya. Jika tanah itu dimajukan oleh Tabung Haji Properties pun sudah tentu boleh. Why not? Cabang bisnes Tabung Haji itu (THP) mampu melakukannya! Kita boleh bayangkan keuntungan yang akan diterima oleh Tabung Haji Properties dan seterusnya dinikmati oleh pendeposit TH secara berterusan sehingga bertahun-tahun lamanya. Persoalannya, kenapa rakyat marah? Pertama, rakyat marah kerana Prinsip tanah kerajaan dijual oleh 1MDB dengan harga yang mahal. Ramai orang tidak tahu, asalnya tanah itu nak buat Pusat perniagaan untuk Bumiputera. Perdana Menteri bersetuju cadangan asal itu, untuk membantu Bumiputera menikmati juga perniagaan di tanah bernilai tinggi itu. Perdana Menteri memang sangat menghormati dan memberi kepercayaan kepada pasukan kerjanya. Tetapi awas, jika berlaku 'wrong doing', Perdana Menteri tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang. Sebab itu kena tunggu laporan Ketua Akauntan Negara supaya berlaku adil kepada semua pihak juga. Kedua, jika diperhati semula pandangan rakyat, tak ramai yang mempersoalkan CEO dan Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji. Cuma dari segi prinsip conflict of interest sahaja yang dipersoalkan. Kerana mereka ada dalam dua-dua board TH dan 1MDB. Itu rakyat persoalkan. Ini pengajaran kepada semua pihak supaya jangan pandang ringan isu conflict of interest dalam apa-apa urusan melibatkan kerajaan-rakyat. Barangkali anda mempunyai niat yang baik tetapi conflict of interest menjadikan anda kelihatan tidak baik! Kalau orang main saham seperti inside trader, bukan soal keputusan mereka mahu melabur atas tanah TRX. Apa yang berlaku sebenarnya, akibat tahu mereka tidak ada pilihan, maka semua membalun Board TH dan THP. Hakikatnya mereka marah kepada 1MDB kerana menjual mahal benda yang mereka dapat murah dengan harga yang mahal. Soal 1MDB mahu dapat untung, itu isu 1MDB, isunya TH jadi mangsa keadaan. Kesimpulannya, TH sebenarnya menjadi mangsa keadaan! Rakyat masih percayakan Tabung Haji, sebab itu sehingga sekarang tidak ada laporan polis wang pendeposit TH hilang atau berkurangan! Malah bertambah ada .. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
ORANG BUKAN MELAYU TUNGGU MASA MERAMPAS PELABURAN THP DI TANAH TRX Posted: 15 May 2015 07:02 PM PDT Sepatutnya, kita harus menganggap peruntukan tanah di TRX, TUDM Sungai Besi dan Sungai Buloh untuk 1MDB sebagai satu bentuk "nasionalisasi" daripada hartanah utama yang bernilai tinggi di dalam dunia. Anda patut sedar, ia dilakukan untuk melindungi aset-aset utama daripada jatuh ke tangan rakyat Singapura, China, Arab, Jepun, Korea dan Cina tempatan kerana mereka mempunyai wang dan links serta connection yang besar dalam bisnes global. Lihat sahaja bagaimana YTL mengubah Jalan Bukit Bintang dari daerah lampu merah kotor ke dalam pelancongan yang sibuk dan kawasan membeli-belah utama. Bolehkah agaknya pada masa itu, orang Melayu mengubah tanah Sekolah Perempuan Bukit Bintang kepada Pavilion? Lot 10 pada asalnya dimiliki oleh Datuk Sulaiman Manan (Mayang Sari) di mana Taiping Consolidated dan YTL telah mengambil alih. Harta itu walaupun dalam tangan orang Melayu tetapi tidak kekal lama. Kerana Dr Mahathir yang membenarkan ianya djual kepada bukan Melayu kerana Dr Mahathir percaya orang Melayu tidak mempunyai sumber kewangan untuk membuat Lot 10 yang akan menguntungkan. Itu dahulu, ya orang Cina sahaja boleh kerana mereka punya wang. Hari ini, TH Properties (THP) dan banyak lagi GLC mampu membina bandar-bandar baharu dan shopping complexs mega. Contoh yang lain, Menara Angkasa Raya sebelah KLCC dimiliki asalnya oleh orang Melayu. Ia tidak sepatutnya dijual kepada Sunrise. Terdapat banyak tanah bernilai tinggi dianugerah kepada orang Melayu, tetapi akhirnya terpaksa dijual kepada orang Cina kerana kelemahan kewangan ketika itu. Jadi sekarang, apabila Kerajaan menganugerahi TH untuk membangunkan TRX menjadi daerah kewangan khususnya untuk kemajan orang Melayu dan umat Islam di Malaysia, malangnya ada orang Melayu yang busuk hati! Mat Sabu yang bukan ahli ekonomi pun anda terpedaya dengan gorengan mentah dia! Orang-orang Cina sangat bijak, mereka berdiam diri kerana mereka hanya perlu menunggu TH Proeperties dimalukan dan kalah kepada fitnah pembangkang, kemudiannya mereka kan cepat-cepat membelinya. Apa pun, kita akui akan kelemahan mengurus isu ini oleh pihak TH. Sepatutnya mereka tidak perlu kelam-kabut dengan desakan rakyat, sepatutnya mereka berterus-terang dan mendedahkan faedahnya. Begitulah keadaan yang menyedihkan hal ehwal orang Melayu dan umat Islam di Malaysia. Mereka menggalakkan kebencian di kalangan mereka sendiri dan bukannya menyokong program yang hanya boleh memastikan kuasa ekonomi Melayu dan Islam dalam persekitaran global yang kompetitif. (artikel terjemahan) Bersambung lagi... | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
TABUNG HAJI: ASET TH RM56 BILION TUHHHH! PATUT MAHPUS TERINGIN BENOR... Posted: 15 May 2015 07:30 AM PDT Hentikanlah kempen sia-sia untuk keluarkan wang deposit daripada Tabung Haji. Fikir secara rasional di samping harus ada rasa tanggungjawab utk pertahankan institusi milik orang Islam iaitu kita semua. Ada beberapa isu perlu difahami sebelum buat apa-apa keputusan yang tidak bijak: 1. Semua duit deposit dijamin oleh kerajaan. Jadi tak perlu bimbang kononnya duit kita lesap bila Tabung Haji rugi (kalaupun betul dakwaan rugi). 2. Lagipun Tabung Haji mempunyai dana sebanyak RM56 Billion atau RM56,000 juta. Pelaburan Tabung Haji dibuat berdasarkan strategi "alokasi aset" yang telah diluluskan terlebih dahulu oleh Lembaga Pengarah. Daripada jumlah ini alokasi atau peruntukan untuk sektor pelaburan hartanah adalah 15-20 peratus atau kira kira RM11 billion. 3. Sejak 10 tahun dulu, Tabung Haji tidak pernah gagal bahkan trend menaik dari tahun ke tahun dalam pemberian bonus dan dividen yang tinggi. Kadar dividen Tabung Haji adalah lebih tinggi berbanding dengan mana mana tawaran pelaburan di mana mana institusi perbankan Islam dan patuh Syariah. Bahkan risiko pelaburan amat rendah (atau hampir tiada lantaran jaminan yg diberikan kerajaan) berbanding mana mana dana amanah yg lain. Tahun lepas sahaja 8.5 peratus bonus (6.25% bonus tahunan dan 2% bonus haji) diagihkan pada setiap pendeposit selepas ditolak zakat. Maknanya tidak perlu lagi bimbang soal tanggunjawab zakat kerana telah dibayar bagi pihak pendeposit. 4. Pelaburan atau pembelian hartanah yang dibuat oleh Tabung Haji hanya dalam hartanah yang patuh syariah dan mampu menjana pulangan (yield) tidak kurang 6%. Dalam kes pelaburan Tun Razak Exchange, pelaburan dijangkakan memperolehi pulangan tahunan antara 8-9.5% iaitu bersamaan keuntungan secara kasar kira2 RM180 juta setahun berbanding kos pembelian tanah yang dibeli pada harga RM170 juta. 5. Harus rasional bahawa yang didakwa bermasalah adalah 1MDB bukannya aset hartanah yang dijualnya. Analogi mudah bila kita beli rumah di kawasan strategik yang kita tahu harganya akan naik tinggi selepas beberapa bulan atau tahun, apakah kita beli kerana rumah itu atau kerana penjual rumah. Tabung Haji perlu meneruskan aktiviti pelaburannya kerana dua sebab; Pertama: Untuk terus bagi pulangan dividen yg tinggi pada pendeposit khususnya yang melibatkan pendeposit yang simpan duit di Tabung Haji bagi tujuan pelaburan kerana sudah menunaikan haji. Menurut Tabung Haji mereka dalam kategori ini adalah yang paling ramai iaitu 8.1 juta pendeposit dengan jumlah dana RM32 billion. Kena juga ingat 2014 keuntungan drp pelaburan adalah RM3.2 billion. Kedua: Untuk terus memberi subsidi pada jemaah haji yang hanya memerlukan mereka bayar RM9980 berbanding kos sebenar haji RM17270 bagi setiap orang. Ini bermakna Tabung Haji subsidi RM7290 setiap orang atau berjumlah RM120 juta bagi tahun 2015. Justeru hentikanlah kempen kempen sebegini yang hanya akan menjatuhkan institusi Islam dan Melayu. Jangan hanya mudah percaya pada maklumat maklumat yang bersifat andaian bahkan fitnah terutamanya di zaman media sosial yg penuh dengan tohmah dan fitnah. Amalkan prinsip 'tabayyun'atau buat penilaian atau siasatan terperinci satu-satu maklumat yang datang sebagaimana saranan Allah dalam surah Al-Hujurat sebelum bertindak mahupun menyebarkan dakyah. Berhujahlah atas dasar ilmu dan iman bukannya sentimen dan semangat retorik. Jangan pula nanti kita diibaratkan "menang sorak kampung tergadai". | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
TABUNG HAJI + 1MDB: 13 PERSOALAN BIKIN KAKI FITNAH GELUPOR DAN MATI PUCUK...ADOIII Posted: 15 May 2015 03:14 AM PDT 1. Isu Simpanan di TH Mengikut Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535), Seksyen 16 (2): Deposit hendaklah diterima bagi maksud : a) Menyimpan untuk individu itu menunaikan haji di Tanah Suci; atau b) Sebagai simpanan bagi pelaburan atau bagi apa-apa maksud lain yang dibenarkan oleh Lembaga. Mengikut Seksyen 3 (3): 'Tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, Lembaga boleh membuat kontrak dan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan tak alih dan boleh memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemis, menyerahhakkan semula, memindahkan, atau dengan apa-apa cara lain melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai apa-apa harta alih atau tak alih atau apa-apa kepentingan mengenainya yang terletak hak pada Lembaga mengikut apa-apa terma yang difikirkannya patut'. Ia merupakan konsep simpanan (Wadiah Yad-Dhamanah) di mana pendeposit menyimpan wangnya dan TH sebagai penjaga (custodian) bersetuju untuk menjaga wang tersebut. Dalam kontrak ini, pendeposit telah memberi keizinan kepada TH untuk menggunakan/meminjam wang mereka bagi tujuan perniagaan, pelaburan dan sebagainya. TH dan kerajaan akan menjamin wang yang diletakkan di bawah jagaannya seperti mana termaktub dalam Akta Tabung Haji. Dari sudut keuntungan yang diperolehi, ia adalah milik penuh TH. Oleh itu, keuntungan yang merupakan Hibah diagihkan kepada para pendeposit TH mengikut budi bicaranya. 2. Isu Pelaburan di TH TH telah melabur di pasaran hartanah bukan perkara baru. TH menerima banyak cadangan daripada pihak-pihak yang berminat. Adalah menjadi tanggungjawab TH untuk meneliti setiap cadangan pelaburan tersebut. Setiap cadangan akan melelui satu proses penilaian berperingkat dan menyeluruh sebelum sebarang keputusan dibuat. Pelaburan TH adalah menurut selera risiko (risk appetite) dan mengikut Alokasi Aset TH. Pelaburan TH sentiasa berasaskan Syariah bagi memastikan pulangan yang halal. 3. Isu Pelaburan Di Tun Razak Exchange (TRX) TH tidak melabur dalam syarikat 1MDB TH hanya membeli sebidang tanah untuk membangunkan pangsapuri di TRX. Pembangunan ini akan dimajukan oleh anak syarikat TH, TH Properties Sdn Bhd 4. Status Terkini Setelah mengambil kira semua sentimen, pandangan dan nasihat dari pihak berkepentingan sebagai jalan untuk mengelakkan fitnah berleluasa dan melampau, ALP telah sebulat suara membuat keputusan untuk menjual semula tanah tersebut dengan sedikit unjuran keuntungan. 5. Data Hartanah b) Keluasan : 1.56 ekar (67,954 kps) c) RM2,774 kps d) Plot ratio: 10.47 e) GFA 710,418 f) Lokasi: Berdekatan Bulatan Kampung Pandan g) Mendapat kelulusan "Master Development Plan" dari DBKL. h) Infrastruktur disediakan oleh 1MDB 6. Asas penilaian pelaburan (Kenapa melabur di TRX) a) Pembelian tanah pembangunan tersebut adalah satu pelaburan yang berpotensi untuk menjana pulangan yang baik kepada TH amnya dan pendeposit khususnya. b) Pelaburan adalah satu keputusan pelaburan yang telah mengambilkira kepatuhan syariah dan selera risiko TH. c) Tanah ini akan menjadi milik TH. d) Mengambil peluang dalam pembangunan milik kerajaan. e) Terdapat potensi masa hadapan yang bersesuaian dengan selera risiko (risk apetite) TH f) Harga adalah berdasarkan harga pasaran yang dinilai oleh penilai professional berkecuali (Jones, Lang & Wootton). g) Kawasan tersebut telah dilengkapi kemudahan prasarana dan infrastruktur yang akan mempunyai "state-of-the-art" serta rangkaian jaringan sistem pengangkutan yang baik dan terkini: · Stesen transit keretapi bawah tanah yang menghubungkan "Greater Kuala Lumpur's MRT lines" (dual line) · Lebuhraya MEX, SMART, DUKE · Laluan pejalan kaki dalam kawasan TRX ke Bukit Bintang dan KLCC h) Insentif Cukai Khas Kerajaan 7. Isu Jangkaan Pulangan Pelaburan a) Unjuran 25-27% melangkaui 3 tahun b) Unjuran 9% setahun 8. Kenapa tidak beli terus daripada Kerajaan a) Tanah tersebut telah dijual kepada dan adalah milik 1MDB b) Urusan jualbeli adalah antara pemilik tanah dan TH c) TH sebelum ini tidak membeli terus tanah daripada Kerajaan Pusat atau Kerajaan Negeri dengan harga yang rendah, semuanya pada harga pasaran. 9. Perbandingan harga pasaran setempat Harga –harga Hartanah a) MRCB membeli tanah Kedutaan German dengan keluasan 1.87 ekar pada harga RM3,188 skp berjumlah RM259.26 mil b) Plot tanah antara KLCC dan Wisma Sentral – Hotel for Four Seasons sedang dibangunkan di atas tanah yang dibeli pada harga RM3,300 kps c) Tanah 2.5 ekar di Jalan Conlay, berhadapan Sri Melayu dibeli pada harga RM3,299 kps d) Kedutaan Perancis - 7.98 ekar, dinilai pada harga RM1.1bil atau RM3,190 kps e) Pavillion melancarkan 'Service Apartment' di kawasan Bukit Bintang dengan anggaran harga jualan pelancaran dari RM3,000 kps f) The Horizon (bersebelahan RHB berhadapan TRX), bangunan apartment sedang dijual pada harga RM2,500 kps. 10. Mengapa Sehingga Perlu Bayar 100% a) TH sebenarnya telah meminta harga yang lebih rendah daripada harga nilaian yang mana 1MDB telah bersetuju tertakluk kepada pembayaran 100% harga belian. b) Disamping itu, 1MDB juga telah bersetuju untuk memberi sebidang tanah lain dengan anggaran keluasan 5 ekar sebagai cagaran yang memberikan sekuriti coverage sekurang-kurangnya 1.7 kali harga belian 11. Bagaimana Pula Dengan Manafaat Simpanan di TH? a) Simpanan pendeposit adalah terjamin walaupun RM1.00, itu jaminan 100% Kerajaan kepada pendeposit mengikut Akta. b) Setiap tahun TH berjaya menjana pendapatan yang baik dan keuntungan tersebut – paling utama akan digunakan untuk subsidi dan pengurusan Haji, kemudiannya TH akan mengagihkan keuntungan melalui hibah bonus tahunan. c) Kita sepatutnya bersyukur dan tidak lupa akan manfaat dan keuntungan yang kita dapat dari simpanan di TH. d) Tiada institusi perbankan yang memberikan kadar pulangan untuk akaun simpanan biasa sebaik TH. Kebanyakan hanya membayar purata kadar pulangan dari 2.9% ke 3.3%, ini fakta dan track record TH. e) Sepanjang tempoh 5 tahun ini TH telah membayar kadar purata pulangan melebihi 7%. 12. Bagaimana Pula Dengan Track Record TH Pendapatan TH 2014 mencecah RM 3.3bil Keuntungan Bersih 2014 RM 3.3 bil – track record Keuntungan Terkumpul (5 tahun) RM 11.2 bilion Aset Bersih (5 thn) RM54.1 bil - meningkat hampir sekali ganda
Demi menjaga kebajikan Jemaah Haji - Kos untuk menunaikan Haji, kekal RM9,980 sejak tahun 2009, walaupun setiap tahun kos sebenar meningkat.
Subsidi TH melibatkan kos kursus-kursus Haji, pembiayaan petugas dan pembimbing ibadah haji, pasukan perubatan dan ubat-ubatan. 13. Bagaimana Pula Dengan Sukuk terbitan Bandar Malaysia a) TH pada 11 Mei 2015 menerusi kenyataan media telah menjelaskan bahawa ia telah melabur di dalam Sukuk terbitan Bandar Malaysia pada bulan Februari 2014, kerana pelaburan tersebut adalah pelaburan bercagar. Sukuk ini disandarkan ke atas beberapa bidang tanah di Bandar Malaysia dengan perlindungan sekuriti sekurang-kurangnya 1.67 kali ganda. Sukuk ini diterbitkan untuk membiayai pembinaan fasiliti gantian ekoran daripada penempatan semula fasiliti Lapangan Terbang Tentera Udara Sg. Besi yang sedia ada.
b) Jumlah keseluruhan pelaburan TH dalam dua (2) tranche Sukuk tersebut adalah sebanyak RM 920.8 juta yang akan menghasikan pulangan 5.85% dan 6.05% untuk tempoh 7 dan 10 tahun masing-masing. Di akhir tempoh pelaburan tersebut, TH akan menerima jumlah perolehan sebanyak RM 1.55 billion, menghasilkan keuntungan sebanyak RM 626.5 juta. c) Dalam bahasa mudah: TH beli Sukuk tersebut pada harga RM920 juta, TH akan menerima bayaran RM1.55 billion, keuntungan TH RM625 juta. Kalau Bandar Malaysia tidak bayar, TH akan mendapat tanah cagaran yang nilainya adalah 1.67 kali ganda dari harga belian sukuk tersebut. Maka sukuk tersebut adalah selamat. Sumber : Dari Pihak Yang Berkredibiliti Sumber Grafik : Friends Of Islam Di kala kita dok sibuk gaduh halal haram dosa dan salah...tetiba orang lain rebut harta kita...kadangkala kita letakkan kewarasan di kepala lutut kerana sifat dengki dan khianat... |
You are subscribed to email updates from MyMassa | Dialog Dewasa, Kritik Berasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |